Monday, May 4, 2009

Madah Ilmu

Carilah ilmu, agar kita tidak tersasar dalam pengamalan kehidupan seharian kita... setelah berilmu, beramal lah... Huraian: orang yang tidak mencari ilmu, bagaimana hendak beramal? Kerana dalam hidup, selagi bernama hamba Allah, kita perlu beramal...dalam erti kata lain, amal itu bahasa Arab yang bermaksud buat... perbuatan... beramal soleh..ilmu perlu betul, atau jika salah amal...takut mengundang dosa pula. beramal tholeh..yakni yang tidak baik pun perlukan ilmu..kalau tk ada ilmu kejahatan itu..nescaya tidak akan berjaya perancangan jahat itu.

Ilmu tanpa amal bagai rahmat tanpa nikmat, Begitu juga amal tanpa ilmu bagaikan meredah di kegelapan malam.

Huraian: Apa kemanisan yang kita boleh perolehi dari ilmu yang tidak diamalkan? tak dpt rasa la kebaikan ilmu itu.

dan amal yang tanpa diiring dengan ilmu, akan meraba la pulak, kerana tidak mengetahui segala apa yang patut diketahui, terutama dari segi kaedah pengamalan dan manfaatnya. Kerap kita dengar; Gersang Hati Tanpa Iman Gersang Jiwa Tanpa Amal Gersang Minda Tanpa Ilmu

Dah ..malas nk hurai..huraila sendiri.

Dan Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah ibarat awan tanpa hujan Dan Mati ilmu tanpa amal, mati amal tanpa ikhlas ilmu tanpa amal tak guna dan amal tanpa ilmu sia-sia jua sudahnya. Moga aku tergolong dari mereka yang mengamalkan ilmu yg ada....mencari ilmu yg tiada.

4 comments:

  1. terima kasih...
    Wahai Ya Rabb, terangilah hati kami dengan ilmu yang berguna. aminnn

    ReplyDelete
  2. m0ga kita sama2 terg0l0ng dlm g0l0ngan 0rg berilmu dan mengamalkannya..insyaallah

    ReplyDelete
  3. bayak manolah agak e ilmu di dado ni. seghiau gak mike-mike e.

    ReplyDelete
  4. Mak su,
    aamin.

    Sharamli..
    selamat mencari ilmu dan mengamal ilmu..

    kpah..
    ciput yo kak...yg ciput tu pun tk teramal kann..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...