Tuesday, August 31, 2010

Biskut raya

kenapa time raya je orang kita buat biskut raya..?? Masa2 puasa camni lah sibuk mencari resepi memacam biskut.  Kalu tk raya, tak pandangpun resepi biskut tuh.



Cubalah klu tk raya pun, kita terus buat biskut. Cuba memacam resepi biskut.  Pastu bawak gi opis ke...
Atau..orang kat opis akan pelik nanti....mesti diorg kata..

"eh... nak raya ke...buat biskut nih??"   hmmm...biskut dan raya....dah sinonim untuk orang melayu kita.



Skrg ramai yang amalkan 'tunjuk' biskut/kuih raya.  Sanggup perabih beratus untuk beli biskut raya.


Klu mcam almond london tu satu bekas udah 2-30 hengget... klu 4 bekas... (satu untuk mentua, satu untuk mak kat kampung, satu untuk anak bawak balik asrama, satu untuk kat rumah sendiri) dah baper hengget tuh...
baru satu jenis...belum jenis lelain lagi tuh..


Kalau biskut2 tu habis dimakan, tak per gak.  Yg malangnya, sampai ke raya tahun depan pun, tak abih gak lagi..bebetul membazir.. ..ada yg jadik centu kan???  *errr..cam pengalaman je kan..

Selalunya, acik beli gak biskut raya ni time esok dah nak raya.  Balik kampung, nyinggah kat Ampangan Seremban tuh, pilih la bisekut yg paling murah2 je...al maklum, bajet utk setiap kali raya, tk banyak mana.

Dan, tawon ni acik nak tingkatkan penjimatan acik...takmo dah membazir.  Acik udah order kepek ubi je utk raya nih.  Sila lah dtg ke rumah.











Friday, August 27, 2010

bahang raya dah dirasa

25/08/2010
Lima belas hari puasa, suasana nak raya dah mula terasa kat opis.  (*lima belas hari puasa??  .... hari pertama puasa dan mula terasa pun, bilamana tempahan kuih mula dibuat, lagu raya dah di keudarakan oleh Yusuf kat opis nih....)

Apapun, lampu liplap hanya mula disangkut dan dipasang pada 15 hari puasa lepas. Lihatlah berita bergambar ni... untuk penceritaan selanjutnya.



Imah, Siti  dan Yanti (memerati je...? Cam acik gak..hehe.)
Dayah melelongkan dirinya...tolonggg...tolonggg... *naper lah tak ada orang dtg tolong aku nk sangkut mendalah nih..!!.
Siiiitiiii gak yg rajin..tengok tuh...suker amat memanjat... :) ..sesuai sgt jadik polis bantuan nih....
Suasana dalam opis yg kecoh dan meriah salu..sama ada dalam soal kerja, mahupun hal remehtemeh.. utk hilangkan kesteresan atau tekanan tika bertugas.
jejaka2 yang ada membantu...tk sampai ati tengok cik siti wan kembang je yg manjat...tercabar lah tuh..!! Kelihatan dalam gambar, Amirul, Shathir dan Deli...dan...siti kat bakang amirul.
Deli : "Yaaaaaaaaa....merrrrdekaa...!!"...eh..silap sambut nih..patut sangkut bendera dulu kat dlm opis, sebab kitakan sambut Hari Merdeka dulu sebelum sambut raya???  Hmmm... sok kita carik bendera lak ye..
amvooii amvooii...suker amat si Yana nih... ni mesti tengok pesbuk nih....
Yg ada kerja, tetap teruskan kerja...pekerja contoh nih...  Wan, Aishah & Imah.
26/08/2010

Batrisya datang melepak kat opis, sementara tunggu emak dia yang nak bawa dia ke klinik..Cam biasa, bila ada baby menjengok, smua rebut2 nak pegang... tgk Pn Su nih...tk penah lepas peluang nak dukung anak2 bajet. Amek berkat.  


Batrisya yg tk boleh tengok lens kamera...mesti nak bergaya.



Sekian.

Wednesday, August 25, 2010

Perginya sorang sahabat

Hari ni mendapat berita, perginya sahabat yang pernah acik ceritakan dulu, Noraizah,  yang telah disahkan mengidap barah tairoid... err..tak tahulah apa nama betul penyakit nih. Tapi berpunca pada bengkak di lehernya.

Acik pun dah lupa bila acik ceritakan kat blog nih...puas carik, tk jumpa pulak entry yang mana.
Apa-apapun, takziah buat keluarga beliau.  Acik tak dapat nak menziarah, sbb tiada kenderaan. 
Namun acik tetap mendoakan kesejahteraanmu di sana.  Sekali je acik pergi tengok, masa kat HUKM...pastu, acik tk mendengar berita lagi tentangnya. Nak telefon, acik takut mengganggu pula, memandangkan keadaannya yang lemah tk berdaya.  Akhir sekali acik dengar dia minta doktor benarkan dia pulang ke rumah, sebab merindui anak2nya

Apa-apapun, Allahummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha...Rahmatilah ruh sahabat ini ya Allah. Berikan keampunan dan selamatkanlah beliau dari siksaan kubur dan api neraka.  Moga syurga tempat yang menanti beliau di sana. Ameen...

Antom musaabiqun ana lahikuun..kalian pergilah dahulu, akan aku susul kemudian.

Tuesday, August 24, 2010

Mari baca Al Quran

 Sekarang dah mudah sungguh nak baca Quran. Kat internet ni terutamanya.
Acik sebelum ni rajin gi tengok kat  Quran Explorer ni.

Pastu cikgu Rozi kat Colorado bagi pulak link untuk Quran online kat sini.  Bagus betul. Sama macam kita mengadap naskhah Al Quran bebetul.

Macamanapun, acik lebih suka guna di Quran Explorer. Untuk memperbetulkan bacaan yang kelabu asap kekadang tu.  Iman tahap rendah cam acik ni, bukan rajin pun nak baca Quran.  Maka selalulah berlaku bacaan yang tersangkut, tak tahu camne nak sebut. Bila jadi camni, kalu dah ngadap komputer ni, acik rujuk la kat qari2 yg disediakan untuk kita dalam Quran Explorer ni.  Dan yang paling acik suka, bacaan Al Mishari. Terang jelas dan nyata. Serta mendayu2...nak tahu maksudpun senang...hujung jari je kan.

Kita ni sebenarnya memang kena selalu baca Quran. Kalau jarang2 atau tak penah baca, lepas belajar ngaji masa kekecik dulu, memanglah payah nak baca balik.  Merangkak... tak kira lah berapa kali khatam masa kekecik dulupun, namun klu tak amal baca, nescaya merangkak biawak la membacanya.  Tajwid toksah cerita lah.

Tajwid besepah sempang siur.  Berhenti ikut mana suka je.  Kalu diibaratkan trafik lait la...lampu merahpun kita langgar kat tempat yang sepatutnya kita berhenti.  Pastu, kalu kat tempat yang patut kita jalan, kita gi parking pulak.... hmmm... kalu kita paham maksudnya....mesti kita nyesal tak bajar bahasa arab bebetul. Sebab kalau silap bacaan kita, bacaan tu pun dah berubah terjemahannya... berubah maksud.  Contohnya, Qaf jadik Kaf, dah berubah makna ayat.  Tu baru tentang makhraj atau sebutan...belum lagi pasal lelain.

Dari itu, mari kita memperbetulkan bacaan Quran kita hari ke hari.  Jadikan Al Quran teman di kala sunyi, penenang di kala jiwa kaco, panduan dalam menjalani kehidupan.

Sekian.

Monday, August 23, 2010

Minggu melawat baby


Jumaat lepas opis acik dikunjungi oleh baby lelaki yang comel ini. Adam Irfan nama dia.  Semoga menjadi anak yang soleh..
Berebut-rebut nak dokong dia. Hmmm...ni kalu dah besar nnt, berebut2 pulak anak dara nak jadikkan bopren nih..
Tak lepas peluang bergambar dengan Adam Irfan.
Adam Irfan dan ummi nya.
Susahnya lah nk suruh senyum....
Ni pegawai kami dengan gaya manja ala2 Rita Rudaini.kena amek candid shot..hehehe
 

petangnya pula, acik ambil kesempatan, melawat baby Ramadhan nih...lahir pada 7 ramadhan kalu tk silap. Diberi nama Arfan Naufal .  Dah lama, baru nak gi tengok... padahal duk sebumbung rumah tu...sungguh tak patutkan.  Tak per..janji sempat gak jengok si Natrah dan babynya ni sebelum beliau pulang ke Perlis. Ingat lagi tak, Natrah yang pernah masuk dalam satu entry acik di sini dan entry selepasnya tentang Hari Bertemu Pelanggan KPM di Perlis. Masa tu dia lom pun kawin lagik.  Sekarang sudah ada anak satu. Tahniah Nat.  Semoga Arfan Naufal akan membesar menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan keselamatan kedua ibu bapanya.

Selain dari itu, acik juga nak ucapkan tahniah kepada Puan Azizah Bahrum, bekas pegawai acik yang juga telah dikurniakan seorang anak lelaki.. Imran Shahmi.. Alhamdulillah... syukur...acik belum dpt gi tengok lagi... nnt2 lah, kekalau kita terserempak kat Alamanda ke.. :) 
 
Nampaknya ramai sudah kaum Adam yang lahir tahun ni. Maka poligami tidak lagi digalakkan, bahkan dikhuatiri, ramai pula perempuan2 yang memiliki lebih dari seorang suami di era mereka kelak (poliandri)...boley ke?  heheh...acik gurau je.

Sekian.Berita bergambar kali ini.

 

Thursday, August 19, 2010

puasa


Salam Ramadhan..kita masih menjalani ibadah puasa. Hampir semua aktiviti riadah dibekukan dalam bulan yang mulia ini agar kita dapat menumpukan pada ibadah puasa serta amalan2 yang dituntut dan disunatkan kita melakukan.  Termasuklah aktiviti memblog dan memFB acik nih.. :)

Err..betul ke kita sibuk beramal...atau kita sibuk bershopping? Sibuk membuat kuih? Sibuk membuat langsir? atau sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa yang pelbagai rupa dan rasa? Atau kita letih sangat berpuasa hingga tergolek di atas pembaringan setiap kali pulang dari kerja dan tergolek juga di pembaringan setiap kali lepas berbuka puasa dik kekenyangan yang melampau?

Seperti ini....

Atau seperti ini....

Teringat pula tentang seorang wanita yang buat pameran ular baru-baru ni...beliau semestinya seorang peminat ular yang telampau. Mengikut penerangan yang diambil dari wikipedia,
peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia. Rasanya perempuan tu dalam kategori  ofidiofobia atau ofiofilia.
Eh..tetiber je masuk tajuk ular kan...tak kisah la...janji blog ni di update.

Nak cerita juga, acik dapat baju raya free lagi.  Alhamdulillah. Kali ni dari department lama acik. Telah menjadi tradisi, mereka akan menyumbangkan cenderahati pada staff-staff yang akan keluar bertukar mahupun naik pangkat.  Terima kasih pejabat lamaku..acik suker..!!. maka akan bertambah lagilah koleksi baju di lemariku...


Hmmm...saper tukang jait kat sini angkat tangan..! meh tulun jaitkan baju acik nih... hehhe
Pastinya dalam masa2 kritikal begini, tidak ada tukang jahit yang akan menerima lagi tempahan baju.  Ok..acik simpan untuk dipakai selepas raya lah nampaknya.

Nak story lagi..
Subuh sabtu hari tu, kami sekeluarga bangun untuk makan sahor.  Dah lah terlewat..tinggal lagi setengah jam nak imsak.  Pulas kepala paip, tidak ada setitik air pun yang keluar.  Emak acik pun ada sekali kat rumah masa tu. Perancangannya, nak menghantar beliau pulang semula ke kampung pagi sabtu itu.

Oleh kerana tidak ada air, hatta untuk membasuh muka...apalagilah untuk membuang air.... maka kami percepatkan perancangan kami untuk pulang ke kampung subuh itu juga.

Air takungan?  Dulu acik ada takung/simpan air dalam tong kecil dan botol2 yang ada.  Tapi sebabkan tak pernahpun tak ada air sejak duk kat kuarters ni, maka acik buangkan je air2 tu... moral of the story, lu pikirlah sendiri.. biar tader letrik, jangan tader air.. tapi kalu boley, jgnla tak ada dedua..

Maka balikla kami anak branak berbondong2 ke kampung...err..tk terus ke kampungpun, singgah di Seremban, rumah emak saudara acik, tumpang mandi dan buang air kecik besar segala yg patut..
Pehtu, bawak mak acik gi sopping... beli barang2 dapur.

Dah hampir tengahari, baru lah sampai ke kampung.  Lagi haru... masuk je dalam rumah, hidung terbaukan sesuatu yang kurang enak.  Sewaktu acik membuka peti ais untuk menyimpan ayam dan ikan yang dibeli, maka tahulah dari mana punca bau itu datang. Dari 2 buah peti ais di dapur itulah!!! Waktu kami tiba di rumah, sebenarnya anak acik si Shahmah dah sampai dulu. Dia memandu kereta acik untuk di servis, selesai servis, terus balik ke rumah neneknya. Katanya, ketika dia masuk rumah yang telah ditinggalkan selama  lebih seminggu tu, letrik tak ada, lalu dia check main switch dan dapati suis utama telah tertutup.  Pasti berlaku hujan lebat dan kilat petir yang menyebabkan suis letrik otomatik ter 'off'.

Moral of the story lagi, lenkali kalu nak bepergian jauh, jgn simpan barang2 terutama makanan basah atau ikan, ayam daging sayur mayur dalam peti ais.  Macam-macam boleh jadi sepanjang tempoh kita tiada itu.  Syukurlah, sebab mak acik memang dah agih-agihkan kebanyakan ikan dan udang serta sayur pada acik waktu dia datang minggu sebelum tu.  Cuma ada sikit2 yang tinggal tu...tu yang membusuk menusuk ke hidung.  Makan masa jugakla nak hilangkan baunya.
Ok...itu kisah tak ada letrik pulak. Sebab tu acik kata, kalu boleh, janganlah tak ada dedua tu...air dan letrik, keperluan utama...
Sekian.





Friday, August 13, 2010

Rahmatilah kami

Bulan yang mulia ini, perbanyakkanla amal makruf dari bulan-bulan biasa.  Kerana ganjarannya berkali ganda.
Ketika ini lah kita berpeluang mengumpul lebih banyak bekalan untuk ke akherat. Hanya orang-orang yang lalai sahaja yang akan mensia-siakan peluang yang Allah berikan selama sebulan dalam setiap tahun.  Hanya mereka yang alpa sahaja meneruskan perlakuan dosa dan larangan Allah tanpa sedikitpun rsa malu kepada Allah yang memberikan segalanya dalam kehidupan ini untuk kita. Mohon doa sentiasa, agar Allah memberikan kita petunjuk, memberikan kita taufik dan hidayah untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.
Mohon jua agar petunjukNya ini berterusan dan tidak akan dibiarkan kita dalam gelumang dosa.

Tadahkan kedua tangan mu, di subuh bening, mohon keampunan dan makrifah dari Ilahi. Mohon lah dengan rendah hati, akan segala kekurangan dalam diri agar dikurniakan sifat terpuji.  Mohonlah agar dipelihara hati dari segala sifat keji.  Mohonlah agar iman dan ketakwaan menjadi milik kita, agar dengannya, kita dibentengkan dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Doalah, agar kita semakin mendekatkan diri kepadaNya, dan bukan semakin jauh. Doalah, agar kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan setiapkali kita meninggalkan suruhanNya dan dalam kelalaian.

Sebutlah selalu, namaNya di hati dan di lidah kita..agar kita rasa dekat denganNya. Kerana apakala kita dekat, kita pasti akan takut menghampiri apalagi melakukan kemungkaran. Kita memperolehi keimanan dan ketakwaan..
kita jauhi neraka, dengan keimanan dan ketakwaan kita.
Apabila kita dekat denganNya, kita akan hanya melakukan segala kebaikan...dan menjauhi segala kejahatan.

Syurga..aku bukan layak untukmu..tapi itu yg aku mahu..
Neraka ... aku tk mampu walaupun utk menghampirimu...jangan kau panggil aku untuk bersamamu.

Sekian, peringatan buat diriku  yang sering lalai...moga kita semua sentiasa mendpt petunjukNya.

Wednesday, August 11, 2010

Hadiah raya


Sebelum merajinkan diri menaip entry ni, acik nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambutnya.  Semua orang sibuk mengucapkannya, acik jer duk ontok, mcm biasa....  Bulan Ramadhan bulan yang mulia.  Acik risau, acik yg lalai ni, tk menggunakan sepenuhnya peluang yg Allah berikan untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Bantu aku ya Allah...agar lebih banyak amal ibadahku untukMu. Kepada Muslimin muslimat yang acik penah sakitkan hati, acik mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut...zahir dan bathin..maafkanlah, agar puasa dan segala amalan sepanjang Ramadhon ini akan diterima Allah.
 

Belumpun puasa..Allah dah bagi rezeki untuk acik.  Alhamdulillah... si insan bertudung biru dlam gambar ni, telah mensedekahkan sepasang baju raya buat acik.  Acik malu taw...patutnya acik yang bagi2 adiah kat orang lain.

.

Moga akan bertambah berlipat kali ganda rezeki insan yang bermurah hati ini...aamin.

Acik malu, sebab dia bukan kenal acik yang bukan baik pun nih...tpi tetiber je nak bagi acik...terharu bagai nak garu acik dibuatnya. Mekacih...mekacih..mekacih..





Tuesday, August 10, 2010

Selamat tinggal

Malas nak tulis. Letak gamba je..boley? Sejak blogspot upgrade lagik nih...nk adjust gamba payah..nk nulis ikut mana kita suka pun payah..ke acik yang susah nk paham?? hagaknya lah...

Pegawai2 yang hadir


Makanan yang dihidang
Insan yang diraikan..raikan? Yang naik pangkat dan bertukar ke tempat lain. Puan Aida. Suka ekk...dapat gi Melaka Bandar bersejarah.
Yeay...dpt adiah...semoga akan lebih sukses di sana.
Ni apsal ni Cik Syu? Ohh...wakil amik adiah utk owang dapat baby ye...
En. Zek memberikan ucapan selamat berpisah..

Wednesday, August 4, 2010

Murahkan rezkinya

Malam ni tadi, kami dibelanja makan dik opismet acik, Rahimah, sempena sambutan ulangtahun kelahirannya.Di doakan moga tambahlah murah rezkinya, dan disempurnakan segala hajatnya oleh Allah Taala.  Nak amek gambar, tapi kelabu memandang lokasi dalam keadaan cahaya samar2.  Pempaham je la...amek gambo dgn Vid cam tak canggih nih..sangat kelabu asap.

Imah...yang blanjer malam nih..
Wan, makan sungguh2..
Mat Jawa n Hafiz.


Takpe...janji acik dapat merakamkan suasana meriah malam ni dalam video cam acik.
Jemputan termuda, si Emer ni... 

acik gi ni pun tumpang keter mama si Emer, ..thank u Aishah.
Lelain yang turut serta, Wan, Apiz, Mat Jawa, adiknya (ato kakaknya) Imah  dan suami Imah...err..kami je..
Untuk makan hidangan untuk doblas org tuh???

Berbaloii...memang berbaloii...tiada pembaziran berlaku.  Alhamdulillah..kenyang perut malam ni.
Lupa pulak menyatakan lokasinya... di Village View Restaurant, Kajang.
Ikan goreng 3 rasa dah tinggal tulang.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-