Aku hanya insan kerdil di lautan ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku, hanya sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun aku juga hamba Allah yang berhak untuk melalui jalan menujuNya. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah.
Ust. Pahrol Mohd Juoi. ~ Di mana Dia Di hatiku?
Lama sudah tidak ku update entry di laman ini. Ia semakin sunyi kerana aku rasa aku semakin jauh dari kesempurnaan. Aku diuji dan terasa amat diuji. Lalu aku berlari dan terus berlari. Namun larianku hanya ibarat di padang balapan semata. Aku kembali semula di tempat aku mula berlari. Ku ulang lagi, dan lagi, berlari.
Seolah2 aku mengejar semula tempat asal aku mula berlari itu. Sama seperti yang aku pernah dan selalu katakan dulu. Aku ingin lari dari sesuatu itu, tapi aku juga mengejarnya. Inilah kehidupan. Kehidupanku...kalian? Aku tak tahu.!!
Sekian. Marilah kita terus membaca. Err...ada banyak lagi buku2 yang ku beli yang belumpun ku sentuh apalagi untuk ku baca. Ayoh...perbanyakkan ilmu, pertingkatkan amal.