Friday, May 25, 2012

Pentingnya Restu ibubapa

Di tengah malam jemahat yang mulia, acik tertukar channel forum Tanyalah Ustaz yang bertajuk Seks di awal usia...tk perasan pula nama Ustaznya.

Acik ikut forum ni dan tertarik dengan kebenaran kata ustaz nya. Katanya, jika anak perempuan itu memasaknya tidak mahu, auratnya tidak ditutup, tidak penyabar..tidak hormat orang tua,. bagaimana mahu berkahwin? Ibubapa merasakan si anak belum layak untuk berkahwin berdasarkn pemerhatian mereka.  Anak itu, belum bersedia untuk berkahwin, selagi mereka bersikap sebegitu, kerana apabila berkahwin, anak itu perlu menjaga anak orang lain, samada lelaki atau perempuan..dengan menjadi suami atau isteri...menerima dan menjaga hati ibu dan bapa mertua juga, dan kemudiannya akan melahirkan anak, mendidik anak itu...bersediakah mereka? apabila penghormatan dan ketaatan mereka pada ibubapa sendiripun tidak ditunaikan.

Soalan lain tentang pasangan yang mahu berkahwin, tetapi tidak dipersetujui oleh ibu atau bapa...
Kata ustaz tersebut, pertama sekali, ibubapa telah banyak mengenal dunia atau lebih dahulu makan garam.  Sebab itu, mereka akan memerhati secara keseluruhan dan mudah nampak sesuatu yang tidak sesuai untuk anak mereka. 

Contohnya, jika anak perempuan, merasakan teman lelakinya adalah seorang yang baik, beragama, beri hadiah kitab agama, bertanggungjawab, penyayang dan rajin...bukankah anak perempuan itu berkemungkinan akan menjadilah nasib Tipah tertipu..(ayat ni acik yg tambah...) seorang ibubapa yang menyayangi anaknya, akan memerhati perkara ini secara matang.  Bukan seperti pemerhatian si anak, kerana ibubapa ini lebih berpengalaman. 

Mereka lebih dapat menilai dan tahu lelaki yang berlakun atau yang benar-benar baik  atau benar-benar gentleman. Kata ustaz itu lagi, adalah perkara biasa, seorang lelaki itu menunjukkan atau melakunkan sikap yang baik untuk menawan hati perempuan.  Seorang gadis itu memang amat mudah ditawani dengan hanya menunjukkan sedikit kebaikan, hingga adakalanya akan sanggup melupakn kebaikan ibubapa yg tidak ternilai, demi mengejar kasih si lelaki pelakun itu. Belang silelaki akan terserlah, apabila telah berkahwin.

Yang kedua, keberkatan, dari mentaati ibubapa.  Oleh itu, ikutlah nasihat ibu atau bapa.

Maka seruku pada anak2 perempuanku,sama2lah berdoalah pada Allah, agar diberikan jodoh yang baik buat kalian.  Jangan lah terlalu mudah mempercayai seorang yang bernama lelaki, sebaliknya, dapatkan restu dari ibubapa.

Untuk anak lelakiku pula, binalah keimanan dan ketakwaan dalam diri, dan jangan jadikan diri kamu sama seperti lelaki2 yang bijak berlakun untuk menawan hati wanita itu, setelah mendapat wanita idaman, bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak mampu mendidik anak isteri kalian.
ustaz menyeru ibubapa agar memilihkan jodoh untuk anak-anak mereka.
Hmmmm...acik tidak mampu mencarikan jodoh untuk anak2...kalian carilah sendiri, tapi biarlah yang dapat restu dan persetujuan. Itu je...perasaan takut dipersalahkan sekiranya nnt tidak bahagia.

Bukan senang menjadi seorang isteri yang taat dan bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Dan, lagi bukan mudah mahu mendidik anak untuk mentaati dan menghormati kita. 

Buat lagi

Semalam acik cuba buat lagi roti.  Roti asas lagi.  Tpi kali ini saiznya yang terkecil. Sebab yg pertama kali tu, besar 3 paun, tk abis makan...2 hari je, roti tu dah berkulat, tader orang makan.  Biasa lah, roti yang pure, tk letak bahan pengawet kan, mesti la cepat rosaknya.  Lagi la dah disentuh dengan tangan waktu memotong tu.
Jadinya, semalam, menerai lagi.  Sonang kojo eh kan...letak2 bahan, tutup ..pehtu gi tidur. 
Tpi saya tk senang hati.  Entah kenapa. Sejam selepas itu saya pergi intai ke dalam mesin tersebut, bunyi seperti sedang diproses, tapi tepungnya tidak bergerak.   Baru lah saya teringat, dua bilah pisau pengadun mesin tersebut tidak saya masuk seperti sepatutnya... aduuuuiiiiiihh..!!  maka saya hentikan proses, lalu cuba masukkan bilah besi keluli tersebut di tempatnya di celah2 tepung, dan mentega dll bahan itu..

Ulang proses semula.  Alamat tk sempat la nak bawak bekal roti gi kije esoknya... (proses bermula tengah malam...huhu) setiap pembakaran roti asas, memakan masa paling kurang, 3.30jam.

Intai lagi di ruangan transparen ke dalam mesin tersebut....dah lama berada di posisi 'rise'  ....tk gerak2 lagi.  Kenapa pulak ni...rasanya memula kemarin, idak le lama camni...  saya tk sedap ati lagi.  start, stop, start, stop mesin tesebut...  lelama saya setkan ke fungsi 'bake' terus sebab kelihatannya sudah sempurna di uli. Pastu acik sambung tdur.  Memang tk sempat masak sebelum gi kije.  Akan masak pukul 7.30pagi lebih kurang.  Saya gi kije, sebelum pukul 7 pagi... hmmmm...pesan je lah kat anak utk tutup suis itu nanti.
Balik kerja tadi, terus tengok itu roti...rupanya bilah pisau tersebut tertanggal dari tempatnya.  Mesti sebab masukkan tk betul,,dah tepung berselumat dulu kat situ.. Alhamdulillah...bulih la dimakan.  Lenkali kena check bebetul..jgn jadi camni lagi..



jadilah kan.. makan 2 keping udah kenyang.  Alhamdulillah...halalan thoibah..hehhe

Sunday, May 20, 2012

Buat roti sendiri

Not bad kan....percubaan pertama dgn mesin roti ni..



Sekian lama tunggu mesin ni, akhirnya dpt juga beli separuh harga melalui Cosway.  Tk rugi rasanya untuk menambah aset rumah dengan ini mesin. Ye lah, walopun kena tunggu 3 jam baru siap sebuku, dibanding dengan gi beli kat kedai, sekejap je dah dpt roti yg lembut dan gebu... puas hati lagi buat sendiri. err....mesin sendiri yg buat.
Kita kawal bahannya, kita tahu apa yg kita letak, kita kawal juga kebersihannya.  Terjamin bersih tanpa was-was.  Betul tak kak Pah..?  Kak Pah yg lagi rajin bako roti seniri ni.
Memula nak test mesin ni, risau gak..sebab saya tak ada penimbang.  Nak timbang tepung je kot.. main belasah je buat.  Kalu ikutkan, kena betul sukatan, baru leh jadik roti yg mantop.. Alhamdulillah.  Walopun cam ada sikit kempes di atas nya, namun texture dalaman, blh lah dipanggil roti..hehhehe.. syukur ya Allah atas rezeki ini.
Sok nk gi beli penimbang la pulak.  Kat Cosway Bangi ni misti ada kan..?  :)  sajer nk gi shopping kat situ lagi.

Hadis Rasulullah s.a.w mengatakan.. 'Hati yang bersih itu ditempa dari makanan yang bersih dan halal'

Sekian.

Tuesday, May 8, 2012

Peperiksaan itu..

Beli lagi buku baru.   Tiap-tiap kali nak periksa, kena beli buku baru... kerajaan ni asik buat pindaan pekeliling, pindaan akta tukar itu ini, ikut arahan orang atasan.

Buku last yang saya ada, tahun 2007... Saya gunakan untuk peperiksaan tahun 2007, 2008, 2009, 2010 ... tak jugak lulus-lulus lagik ... duk print2 je pindaan yg dibuat.  Malas nak beli baru.  2011, rehat, malas nk ambil pekse ni...  
Nyesal gak, sebab kenkawan lain yang ambil tahun lepas tu, ramai yang lulus..huhu..
Jadi tahun ni, kembali ke gelanggang peperiksaan ini semula. Dan rasanya wajib je beli buku baru ni. 


Dulu regernya RM20.00 .... sekarang udah hampir RM50 ... !  Gubuk buruk ni akan tambah berat... bila agaknya nak lulus..

Serupa macam kehidupan ni, tak akan berhenti dari terpaksa harungi pelbagai ujian....selagi hidup...  Agi idup, agi ngelaban...

Selagi ada nyawa di badan, selagi itu, kita akan terus di uji...terus terpaksa menduduki peperiksaan tanpa disedari.  Cuma, ujian kehidupan, tk perlu beli buku baru setiap kali menimpa kita...ia cuma perlukan tingkatan iman, tingkatan, kesabaran.  Rujukan buku hanya satu...  kitab suci Al Quran, yg tk pernah berubah dan tak akan berubah.. dibantu oleh sunnah Rasulullah.  Pesanan, dan ajaran Rasulullah yang menjadi panduan setiap yang mengaku beragama Islam.  InsyaAllah..selagi kita berada di landasan Al Quran & Sunnah itu, kita akan lulus, selamat di 'sana' .

Sunday, May 6, 2012

Terkenang temuduga haritu..

Bulan lepas dpt panggilan interview dari Majlis Perbandaran PD.. Yang Dipertua yang sendiri panel nya.

Tapi camne eh...taim tu la smua nya blh telupe..

Patut blh jawab, tpi tk leh nak jawab. 

Pegi ngaku reti cakap Jepun, tpi bila dia tanya, Silakan masuk dalam basa Jepun nak cakap apa?  Boleh telupa taim tu....err....err..err..

Sekurang-kurangnya jawabla 'wakarimasen' ...kann... 

YDP tu agaknya tgk citer The Last Samurai....  hehehe..
(mood terbayang Tom Cruise yg ensem dalam citer The Last Samurai kat WarnerTV mlm tdi).

aaah....lupekanje jawatan itu.

Kosongnya satu, yg di shortlistedkan 102 orang...ader ke harapannya? dahler interview panggey reramai sekali masuk..!!

Serebe salah jua masa gi interview tu.  Buatnya dapat kije tu, satu, tepaksa tinggalkan Putrajaya tercinta ini.   Dua, kerja itu sangat memerlukan banyak pengorbanan...berkorban dan terkorban.  Kerja yg tidak tentu masa...  perlu sentiasa bersedia, dan serba boleh, dan rajin beramah mesra dgn semua golongan masyarakat.  Jadi, sangatlah lega juga, bila tk dapat jawab soklan2 yg panel kemukakan.  Boleh?

Allah telah menyusun kehidupan hambaNya dengan sebaik mungkin... bersyukur lah.  Gaji kicik, hati gumbira,  Gaji busat, hati sengsara.....watpe kannn...

Friday, May 4, 2012

Solat Isya' dan Subuh


"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." -Shahih Muslim



Betul kan... solat yang paling liat nak dibuat, adalah dua solat ini.  Sesungguhnya manusia yang lalai, tidak akan menyedari mereka itu adalah dalam golongan munafik...nauzubillah.  Mari sama-sama kita membaiki ibadah kita pada Ilahi.

Thursday, May 3, 2012

Pertemuan & Perpisahan

Cuti Hari Buruh kemarin saya luangkan masa menziarah orang meninggal di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ni. Dah lama siap, baru ini lah kali pertama saya menjejak kaki di sini.  

Cuba lihat suasana yang saya lihat di sini...dalam satu gambar ini...  di kiri, mensaksikan perpisahan, sebuah kematian.  Di sebelah kanan, mensaksikan pertemuan dua hati. Sebuah pernikahan.  Di sini... di masjid ini.





Saya ambil kesempatan melawat kawasan Masjid ini...



Ketahuilah manusia, kita dipinjamkan, dan bila2 masa, akan dipulangkan semula, kepada yang meminjamkan itu.  Ingatlah selalu.  Hargailah pinjaman Allah itu.  Gunakan untuk kebaikan dan jadikan wasilah, alat, untuk perbekalan ke sana...ke akherat yang baqa'.

Wednesday, May 2, 2012

Berlakunkah kita

Tengok orang berlakun, kat Tv, kat filem, kat pentas.....
Mereka boleh melakunkan pelbagai watak.  Mereka mahukan watak yang mencabar dari masa ke masa.
Nampak macam mudah je nak jadi baik.
Dan nampak macam jahat sungguh satu2 watak tu.
Rupa cantik, bau tadak...blakun jugak ka?

Bila berlakun jadi orang baik, penonton, sanjung. Respek. Sayang kat pelakun tu.  Punya lah pengaruh seorang pelakun.

Bila berlakun jadi orang jahat, audiens memang bebetul benci.  Sampai ke tahap kena baling batu bila kluar tengah khalayak ramai.
Berjaya kan...pelakun macam tu.

Tapi saya ni mmg rasa benci sangat kat pelakun yang dlm filem, dalam tv, belakun jadi baik sesangat macam malekkat.  Tapi, habis je shooting, huha huha, tk ingat Tuhan dah.   Tk terkesan  sikit pun ke dalam hati mereka, sepanjang menghapal skrip tu....kebenaran kata2 dalam skrip yang mereka duk hapal dan lafazkan tu..?


Hmmmm... aku tk sedar, aku pun selalu berlakun.  Itu ketukan di hati, bila memikirkan perkara yang sedemikian.  Aku sering berjanji pada Allah, dalam solatku, dalam doaku...untuk menyembah hanya Allah yang satu.  Untuk membuat kebaikan.  Meninggalkan kejahatan.  Se usai solat, aku kembali ke dunia kemungkaran.  Hanyutkan diri dalam kealpaan.  Tidak ada bezaku dengan pelakun2 tv, filem dan pentas itu. Aku pelakun di hadapan Rabul a'lamin rupanya.  Pelakun yang berjaya juga layak mendapat anugerah filem antarabangsa.

Ampunkan dosaku Ya Allah.  Berikanlah segala kebaikan kepada kami dalam menuju ke jalanMu yang benar.  Jangan kau putuskan kami dari RahmatMu, dari Taufiq dan HidayahMu Ya Allah.  Berikan Nur keimanan dalam setiap diri kami untuk mentaati perintahMu dan mengikut sunnah rasulMu Ya Allah.
Jauhi kami dari lakunan kejahatan yang akan memberikan bala' siksa neraka mu di akherat kelak. Kuatkan keimanan kami, tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami dalam menempuh ujian penghidupan demi mentaati Mu, keranaMu..bukan kerana yang lain.

Tunjukkanlah kami jalan yang benar, sebenar2nya untuk kami lalui, untuk kami ikuti, agar tidak tersasar dari perintahMu.  Aamiin. Ya Rabb.

Tuesday, May 1, 2012

This old joke that I found in my 2008 mailbox makes me smile this morning.  (yeah, I'm clearing my inbox from several thousand of emails from year 2007!!)


Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?  

Operator: Yes, you can speak to me.  
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?  

Caller: I'm Sam Wan. And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.  
Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!  

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Ree.

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!  

Operator: That's what I said. I'm Saw Ree...
Caller: O h ......God!!! !




APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-