Tuesday, June 30, 2009

Mingguku yg berlalu

Aktiviti hujung mingguku bermula dari malam sabtu lagi. No fulstop...sehingga malam Isnin. Setelah pulang dari kerja..acik bersolat lalu ke pasar malam di presint 2. Yahhh...kamu tahukan...acik bukan suka2 mahu ke sana... tapi melihatkan tiada bahan mentah di peti ais comel ku itu..lalu ku paksa diri ke sana bersama putri sulungku, Yanie...merangkap penasihat ngok ngek.. (dah..aku tnya dia..dia tanya aku balik..) rengkaskan cerita (kang abih pasal tukang buat kebab pun aku citer....sampai esokpun tk abih gak n3 nih...!!) Acik beli sikit dagin..sikit ikan..sikit udann.. dahh.. tu je.. (tahan seminggu lebihpun tu). perut kenyang lagi. Jadi ta payah la merayau buang masa nk beli makanan lain...abih tk pun, beli kebab dagin (tu pun bkn aku yg makan..!) dan Yanie beli jagun bakar.. selesei misi... kami balik . Solat mengrib... Hari sabtu... gi opis. Kerja...kerja .....kerja... sampai petang... ada kerja yang urgent, yang perlu disiapkan segera. Dua Program guru-guru yang dilancarkan serentak, menyebabkan aku dan bosku tidak lena tidur selagi tidak disiapkan... yeah...demi pendidik bangsa itu. Sebelum itu, sorang kawan baek acik masa di Seremban anto sms... ajak jumpa di Dataran Putrajaya... dia ikut rombongan murid2 sekolah di mana ia bekerja. oraiiiit... aiyem kaming.... lalu kami berjumpa seketika, dan berpisah semula. Namun di hatiku, kau tetap bersama selamanya....eeewahhhh.. hehhe.. buat sahabatku Ida yg berada di Sikamat Selemban... moga kita kan dpt betemu lagi... nnt acik pi lepak kat umah baru kau lagik yek.. Petang, perut dah lapau.. lalu acik, bos acik (lyn) dan chaiyok, menjamu selera di PKNS Bangi.. ye kakpah..setelah mencuber mendptkan maklumat tempat makan yang sedap dari sorang yang terlalu asyik mengupas doyannnn... wlopun telah ku duga... hamba Allah ini berkemungkinan akan membuka sms itu pd keesokan harinya... maleh la nak citer...heeheh.. lalu kami terjah jer PKNS tuh. Makan sambil besembang...sehingga da dedkat maghrib, kami pulang ke sarang memasing....dgn janji utk bertemu lagi dlm 1/2 jam slepas itu.... di mana??? Apa lagi... aktiviti berenang2 ketepian kami la pulak... (haiii... pewot konyang lagi nih.... ) Sronok brenang kli nih...smua geng opis... bising cam dugung kami... yaaaaa..buat cam kolam renang rumah sendirikkk.. walopun airnya tidak sedalam mana..dan kolamny pun idakle luas sgt...tpi cukup utk membakar lemak2 chicken chop yg acik makan seblm tu.. :) .(bukan di kolam kanak2 ye kawan2...!!) .namun acik masih blh buat gimrama... errr...renang berirama..aper ke nama nyer tuh.. biler lagi nak tunjuk skil brenang sesuka hati... Kiranya kami letih yg amat slepas tu...kann.. dan percayalah...perut kami lapar semula!! Lalu kami tidak terus pulang ke rumah ... jam sudah lebih sepuluh malam. Kami ke Dataran Putrajaya... ! Ingat nak carik makan kat situ... jalan punya jalan.. tgk ada majlis perkahwinan... yg acik tk pasti smpai kini...sama ada bebetul ke atau just program pelancongan je... best gak.. ada persembahan...menari..menyanyi... biasalah.. awal bulan, lepas dpt gaji... weekendnya, mesti ada memcm pogrem kat Dataran ni. Actually, ni pers taim acik kluar memalam gi tgk pameran kat Dataran ni... ramai nyer owang... depa tk ngantuk ka?? huhu.. malang... tah camner.... blogger tegar ini terlupa membawa Vcamnyer... Perut lapar sudah... makanan tk dicari...sbb dah leka tengok orang menari.. wehhhh..mana ada gerai makan kat dataran nih!!!.. lalu kami bertiga dara ini... tan, tin dan tun... cari port untuk mengisi perut smula.. dua kereta, parking kat apartment acik...lalu kami menyumbatkan diri kami ke kereta chaiyok itu....menuju ke .... Kg. Datuk Abu Bakar Baginda... ala..bakang umah acik je.. di sana ada satu kedai makan.... Brothers ..... (promot nih...) .. aper yg spesel di sini?? Mee Bandung Muo... acik minta sop ekor je... memalam, tk elok makan beberat. Chaiyok oder mee sup...dan sungguh menyesal dgn mee sup nya itu. Lyn oder Mee tomyam... hmm..habih kaaaaa tuu?? tpi syedap katanya.. jadi..kami makan...makan dan makan..sambey sembang2 tgh malam.. TETIBERR... kelihatan di langit hitam... hamburan bunga api menghiasi permandangan kami yang memang duk di posisi tepi kedai makan itu... wahhhh....terkesima seketika.... sambil makan, dpt hiburan mainan bunga api gitu... klu dgn bopren ni... alahaii...romantik la kann..hehehe...gatai hakuh.. ruper2nya di pusat latihan petronas berhampiran, ada dibuat persembahan tah sesaper penyanyi jemputannya.... yg pasti berduyun2 manusia2 yg baru dapat gaji, mengunjunginya..hingga polis trapik tepaksa betugas lebih masa malam tu. Jalan jem giler yg tk la baper nak giler gak... patot la ada lampu laser yang merayau2 mencakar2 langit malam tersebut di sekitar kawasan kediaman acik nih. ok... 3 dara itu sudeh kekenyangan... tidak larat mahu pulang ke rumah masing2... dan rumah paling hampir untuk merangkak naik adalah rumah acik..!! jadi...ke situ lah destinasi akhir kami malam tu. Bentang tilam...letak bantal.... laluuu... zzzzzzzzzzzzzz... apa punye anak dara la. errr...panjang ekk citer...tpi tk de gambo... kan spt yg acik katakan... acik lupa bawak kamera!! tpi acik tempel kan gamba2 lama dari kamera acik gak tau... bukan gogelll.. tk main la gogel....(belagakss..!! ) Itu jer la citer ari sabtu... ada citer ari ahad lak... tpi dah tk larat nak citer... pasni ajer lah ye..kok rajin.. tpi nak citer gak..sbb besh jugak. Moral of the story; ingat weeii... ari selasa ada examm...jangan asik poyer2 jer...

Monday, June 29, 2009

Mendung petang

Pintu Duka
Pintu itu akan tetap dijumpai
diberi salam dan dihormati barangkali
ada yang sentiasa di sisinya kerana demikianlah tuahnya
tetapi janganlah dipintai atau minta bukai sepertimu kini
di mata dan di dahimu engkau mengasuh kedukaan mengadukan
serba serbi ketiadaan
maka engkau minta dibelai dengan apa saja kemudahan dan kesenangan
dan engkau hanya berpangku tangan menantikan mimpi menjadi kenyataan
Maka tumbuhlah duka kembang berbunga kerana
engkau sendiri mencambahnya
dan menyirami tanahnya
14 Syawal 1423H / 19 Disember 2002M YAHYA M.S. (Brunei)

Tk sempat nak hapdet umah nih.. tempel sajak ni jer ler... Jangan idak..huhu..

Friday, June 26, 2009

Mike Jackson dah pegi

Mendahului kita. Malam jemaat weiii.....

Bedosa tak acik kat dia....? acik tk kutuk dia aritu kannn..????

Ingatan bersama

Taim melawat2 akaun friendster yang dah bersawang, terjumpa mesej ni... bagus juga untuk ku abadikan di blog nih untuk tatapan besama.. Dialog seorang manusia bersama 2 pengiringnya ;
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Thursday, June 25, 2009

Rejab dah tiba

Jadi, perbanyakkan lagi amalan di bulan-bulan mulia ini. Elakkan dari melakukan dosa dan maksiat, dan membuat perkara yang sia-sia. Sebelum kita terrr melakukan sesuatu yang meninggalkan akibat buruk pada kita di SANA nanti, kita fikirkan dulu... apakah aku kuat untuk menanggung siksaMu itu ya Allah??? Ingatan untuk diri sendiri. - ---------------------------------------------------------------- Ari ni sehingga beberapa hari yg acik tk baper nak ingat... , acik akan menghadiri mesyuarat / pembentangan sistem baru untuk bahagian acik ni...sebagai tukang sibuk je... adeiiiihh... tk ikut tk boleh ke??? malasss betul laaaaaaaaaaaaaa... Terpaksa je jadi Saya Yang Menurut Perintah....!!! Tapi kann... opis kan tak ada orang. Kebanyakannya dah kena pergi kursus dan jadi urusetia intervensi... besilat la 2-3 orang yang tinggal tu. Mesti hari ni tipon cam kat Bursa Saham Kuala Lumpur... Jadi, sesaper yg rasa nak tipon pejabat kami hari ni... lupekanje..... sbb kami tk ada di pejabat. Dont worry...camner pun, di kaunter tetap ada orang. errr...saper la nak tipon akuu...hahaha..

Wednesday, June 24, 2009

Bakhil itu Keji

Salam... Sambungan Kitab Hidayatussalikin. Bab yang ke lima tentang BAKHIL. Yakni bakhil dan kasih akan harta sifat yang dicela oleh syarak. Iaitu yang membawa sebesar-besar kebinasaan di akherat kerana seperti firman Allah Taala yang bermaksud; Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka bakhilkan pada hari kiamat kelak. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Takut oleh kamu akan kikir itu kerana ia telah membinasakan orang-orang yang terdahulu dari kamu. Itulah pula yang membawa mereka suka mengalirkan darah sesama mereka serta menghalalkan apa-apa yang dilarang kepada mereka. Maknanya tu...jangan bakhil ato kedekut ...sebab kedekut tu blh membawa bala di dunia dan akherat... Tuhan tk goma tuh... Lawan kepada bakhil adalah Sakha-pemurah, yakni sefat kepujian yang dipuji oleh syarak seperti firman Allah Taala yang membawa maksud; Barangsiapa memelihara akan dirinya dari kikir maka mereka itu lah yang dapat kemenangan di akherat. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Bermula murah hari itu satu pohon kayu yang tumbuh di dalam syurga maka tiada masuk syurga itu melainkan orang yang murah hati dan kikir itu satu pohon kayu yang tumbuh di dalam neraka, maka tiada masuk neraka melainkan orang yang kikir. Sabda Nabi lagi yang bermaksud; Bermula orang yang murah hati yang jahil itu lebih dikasihi Allah dari orang a'bid dan berilmu yang bakhil. sabda baginda lagi; Tidak masuk syurga orang yang bakhil dn memperdayakan orang dan orang yang khianat dan orang yang jahat perangainya di dalam hati. Kata imam Ghazali, ketahui oleh kamu bahawa kikir itu berasal dari kasih akan harta iaitu dicela oleh syarak kerana barang siapa tiada diberikan harta, tiada nyata kikirnya tetapi nyata ia kasih akan harta. Yang demikian itu, dicela pula oleh syarak. Begitu juga orang yang kasih akan harta ini menunjukkan pemurahnya semata-mata mahu dipuji oleh orang lain, mahu dikatakan orang bahawa ia seorang yang pemurah...juga dicela oleh syarak. Nyata, terdapat ramai golongan sebegini di dalam masyarakat kita. Yang berderma beribu-ribu, berjuta mungkin, tapi mahukan nama. Mahu ianya dihebah2kan. Mahu ianya diiklankan. Kerana ia mahu mendapat nama. Maka ia bukan seorang yang pemurah kerana Allah. Akan sesia sahajalah sedekahnya itu. Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Walaupun tidak bakhil, namun sikap begini pun dicela oleh syarak... Tidak ikhlas...buat sesuatu bukan Lillahitaala. Tapi bila fikir2 balik...tak apa lah...walopun dia hanya nak nama... pedulik apa...mungkin pahala dia kurang...namun orang lain tetap mendapat faedahnya kann.. dari dia membuang duit untuk berpoyer2.. Namun kita sama2 ingat mengingati ...agar bila membuat kebajikan... ikhlaskan diri. Jangan mengharapkan balasan sama ada dari segi pujian orang atau harapkan ada udang balik mee...ye anak2.. itu nanti adalah salah satu sifat keji dalam hati juga...belum sampai ke tajuk tu lagi. Firman Allah yang bermaksud; Jangan kamu melaghakan (mensia-siakan) oleh kamu akan segala harta kamu dan segala anak kamu daripada mengingati Allah. (Bahasa mudah, Janganlah kamu dan keturunan kamu mensia-siakan harta kamu sehingga menyebabkan lalai dari mengingati Allah.. ) Dalam kitab ni tulis lagi.. maksud sabda nabi saw; Bermula kasih akan harta dan kasih akan kemuliaan itu iaitu menambah keduanya itu akan munafik dalam hati seperti menambah air akan sayuran?? (saper blh terangkan maksud ni? Kopisuam???) ..adakah maksudnya akan merosakkan sayur itu? seperti rosaknya amal? Kata imam Ghazali, Harta itu adakalanya dipuji oleh syarak dan adakalanya dikeji. Ianya dipuji, apabila harta itu digunakan ke jalan kebaikan. Bersedekah, menunaikan fardhu Haji misalnya, dan segala perbelanjaan yang dilakukan ke jalan akherat... (termasuk membeli makan dan keperluan anggota keluarga secukupnya..) ..errr....dan blanjer kenkawan... yang kelaparan... adalah satu perbuatan yang amat terpuji dan dapat pahala...sbb betul cara guna harta tu... melainkan klu beli makanan yg haram...bagi keluarga makan.. bagi kenkawan makan... ha..!! maka ianya tidak lah dinamakan amalan terpuji... bahkan dikeji.. wokeh..! Manakala harta yang dikeji itu adalah harta yang digunakan kepada berbuat maksiat.... dibelanjakan ke arah yang disukai oleh napsu yang tidak akan membawa kebaikan di akherat kelak...melainkan mendapat balasan dosa....siksaan... well....salah guna reter lah tu... Walopun reter sendiri... nanti ada yang kata...sukati guaaa laah nak guna buat apa..ni reter guaa....! eehhh...tak boleh centu... dalam hidup yang seketika cuma ini, apapun yang kita lakukan, perlu dikaitkan rapat dengan kesan2 yang bakal kita terima di akherat kelak...kerana kesan efek itu, akan mengakibatkan hasil yang kekal dan berpanjangan di akherat yang kekal abadi itu. Huhh...panjang gak tajuk ni... (2 hari baru siap..) ader sesaper nak tambah...nak betulkan klu ada salah...silerkan..kembangkan ilmu nih....dan amalkan... Peringatan untuk diri sendiri nih...yang slalu tk bersyukur dan lalai.

Sunday, June 21, 2009

Aktiviti Cergas Cerdas

Bahagian pertama. Di sini, tempat ku bersandar harapan... fuuuhhh...tk tahan... Hari ni acik tersilap hantar sms. Sepatutnya hantaq kat sini...tpi terhantar kat umat mana tah...kehkehkeh... tu ler..lenkali pikir seblm antar... telupa lahhh... Jangan jadik cam si Yanie arini, masa acik pi amek dia kat Sentral tadi.. ada 2-3 bijik buah rambutan dalam kereta. Dia yang letih dan kelaparan, ambil sebijik...dan tanpa menggunakan akal dan fikiran dan pancaindera yang sepatutnya digunakan, mengupas,mengonggeh lalu mencampak keluar kulit... ehhh.... bukan kulit... rupa2nya dia campak kluaq isi rambutan dan simpan kulitnya.... dah telabik... acik rasa nak brenti gelak goling2 tgh jalan tu tdi...dah..cukup..its not funny ok.. Yanie marah tuh. Ok...lupakan tu. Nak cerita apa yg acik buat di hujung minggu ni. Hari sabtu, acik tk pi memana. cuma malamnya..acik pi berenang. Meningkatkan kemahiran. Memang ada peningkatan. Dah berjaya buat 12 pusingan pergi balik dengan gaya bebas yang lebih pantas. Namun tenaga, masih tenaga orang tua. Tidak berdaya untuk lebih bertenaga mcm orang muda. Kawan acik sorang lagi tu, lagi handal....blh lap non stop pi balik pi balik woo. Hari Ahad sangat sibuk. Bermula di subuh, acik bangun tidur, menyelesaikan basuhan kain dan menyidai...kemudian capai kunci, capai beberapa barang lain, untuk memulakan perjalanan balik kampung. Pukul 8.30 pagi acik dah ada kat kampung. Zirah dengan sepupunya dah ada dari kemarin. Diorang balik kampung dengan bas. Acik memang tk reti duduk diam... kecuali klu ada komputer dan internet! Bukan....bukan mesin rumput.... rumput pendek lagi... Acik merayau keliling rumah. Dongak durian....selak2 semak belukar kekalau ada durian yang gugur.. Dongak manggis... tk menjadi sangat tahun ni.... DOngak rambutan.... uwaaaaaaaaahh..lebat sungguh pokok yang sebatang kara nih. Semua dah sedia untuk di petik. Acik tinggalkan pokok bebuah tu dulu.. lalu acik basuh kereta. Matahari dah mula menaek... panas terik...walopun masih pagi. Acik basuh dry cleaning je pun. Peluh acik menitik2 keluar... Rasa puas hati bila berjaya menitiskan peluh di mata....di hidun... di dahi...sihat la tandanya kan! Lepas basuh kereta ala kadar.. acik kait moktan. Dapat dalam 2 goni..Satu goni dan bebagi dgn zirah, ieka sepupu dia dan kakak acik serta mak sedara acik yg baru operate kat Seremban tu. (Bukan dia makan...anak cucu dia yg bedal..) Segoni lagi, akan acik agih2kan di opis esok. saper nak, mai dtg opis acik.. Kemudian acik pack smua yg nak dibawa dan sebelum tengahari acik dah bertolak balik..ehhh..bukan balik... pi Seremban. Nak gi hantar moktan ke rumah mak sedara tu. Masa isi minyak, acik tingat kat si TIjah...yang tinggal berhampiran dengan kawasan tu... lalu acik dail tipon...terai kontek dia... hmmm...2 kali...tk bejawab. Sombong betul dak tijah ni...tetiap kali tipon, dia tk angkat. Agaknya dia takut nak becakap dengan acik yang jaat nih..hehe. Tak ada la..senornya...dia sibuk gak. Lepas antar moktan tu, acik teruskan perjalanan ke Kuala Pilah. BUat apa lagi...klu tk ngantar di zirah dengan sepupunya balik ke kolej. Berdevar2 jugak memandu...cam pers taim lak pegi koler pilah kannss... yg berdevar tu, sebab acik balik nanti, sensorang..tk de teman. So far so good. Alhamdulillah..acik selamat sampai..ke highway dan melalui jalan yg jem amat tuh. Ada banyak kemalangan nampaknya di highway PLUS hari ni. Yang acik nmpak tdi....ada 5 kereta. Itu yang menyebabkan kesesakan dan keperlahanan perjalanan. Acik perlu bekejar ke Putrajaya sentral pula...ambil si Yanie dan Yanie... Dedua Yanie ni baru balik dari Baling, Kedah menghadiri majlis pertunangan abang si Yanie Kedah tu. Masa pergi, depa naik flight...(flight pertama diorg...) Tak lama, acik merempit dan selamat sampai ke Sentral...lalu kami bertiga pulang ke rumah.. dgn dua orang yang kelaparan itu. Acik? Acik tk lapar, sebab sempat makan lontong kat rumah mak sedara tadi.... yaaa..lontong yang enakkk!! Malam ni.... hmmmm.... nampak gayernya...malam ni akan ada satu majlis lagi.... kenkawan ajak lepak di Dataran Putrajaya.... jommmm join acik....kami nak beriadah kat dataran malam ni. Berita terkini... tak jadik lepak...yahuuu...blh rehat...penat nih..!! Ehh...tdi nak cerita lain.... dah betukar tajuk dah.. Tak apa...acik buat dua bahagian ok.. ********************************************************************** Bahagian kedua

Sebenarnya acik nak cerita hal ni lah tdi. Dah terpesong lak. Hari ini hari bapa...acik ulangtayang semula tahun lepas nya entry hari bapa ye... Salam untuk sesemua kaum yg bergelar 'bapa'. Wlupun aku dari kecik, tk der bapa, anak-anak aku pn tk ada bapa...(ada mcm tk der je...) Ingatlah, bahawa 'bapa' adalah gelaran dan pangkat yang amat berat tanggungjawabnya. Bapa yang tidak menjalankan kewajipan sebagai bapa, jgn harap nk sambut hari bapa. Yang menjalankan tgg jawab sebagai bapa...tk yahla tgu hari bapa...hari-hari kena sambut hari bapa. Bapa adalah ketua keluarga. Bapa, amat banyak pengorbanannya...(tapi bukan bapa ayam, yg banyak bekorban untuk ayam-ayamnya...heheh) Aku rasa, anak aku tk tingatpn nk sambut hari bapa dgn bapak diorg. Bapa diorg tk penah pun ambik tahu pasal diorang, besar mana dah diorang, kejayaan diorang, kesusahan diorang, sakit pening diorang, bahkan tk penah saksikan mereka semakin meninggalkan usia belasan (teenagers) mereka. Bapa diorg mungkin ingatkan diorang..(ye la tu...) tapi tk amik inisiatip untuk mencari anak2nya, apalagi bertanyakan bagaimana mereka membesar. Takperlah....sebenarnya, bapak diorg ni tk yahla nak sambut hari bapak, sebab hari bapak tu, aku yang punya...setelah 21 tahun aku besarkan anak2 aku sendirian..... Bapak diorg ni sama dengan bapak2 yang hanya tahu kawin sana sini, buat anak sana-sini...tpi tk reti yang memikul tanggungjawab. So, Selamat Hari Bapak dan Hari Ibu pada aku ... dan yang senasib dengan aku. Tabik spring buat bapak2 yg bebetul menjalankan tggjawab bersama menjaga dan mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna pada nusa dan bangsa. Aku senornya nak bagitau...tetiap kali Hari Bapa...aku sedih sangat. Aku tk gemar dengar orang bagi ucapan, puji2 bapa diorg...puji2 suami diorg yg jadi bapa kepada anak2 diorg...

Sebab aku dan anak2 aku tk dpt nak puji sesaper. Kamiorang tk de bapak... klu ada pun, tk layak nak dipuji....sebab bapak anak2 aku nih...hampeh. Anak2 sedih dan tk suka kalu sebut pasal hari bapa. Orang lain punya bapa yang baik...yg bertanggungjawab... tapi anak2 aku....? Tk pernah merasa pun belaian apa lagi perhatian dari bapa mereka. Jadi, kami akan biarkan hari seperti hari ini berlalu segera. Tk mahu di ingat..tk mahu dipikirkan. Tutup gadio...tutup tv....bukak je CD.. sebab di TV, di gadio, penuh dengan ucapan selamat hari bapa.. Namun acik rasa tk patut, klu acik tk hargai bapa2 yang baek2 di luar sana.... lalu acik ucapkan tahniah pada anak2 mereka yang amat bertuah, punya bapa yang penyayang, bapa yang bertanggungjawab...dan lelebih tahniah lagi, pada mereka yang bergelar bapa yang baik....dengan ucapan Selamat Hari Bapa.

Friday, June 19, 2009

Cantikkah..

Subhanallah... Tuhan jadikan manusia makhluk yang paling sempurna di muka bumi ini dibandingkan dengan makhluk lain.

Sempurna dengan akal yang ada pada kita. Akal untuk memilih apa yang baik, apa yang tidak. Memilih yang selamat, atau yang tidak selamat. Membuat keputusan atas segala yang patut diputuskan.

Acik nk luah apa yang dirasa dari apa yang dilihat..pandangan acik tentang mereka yang membuat perubahan pada wajah terutamanya, acik lihat.... keadaan mereka bukan semakin baik...atau semakin cantik.... tapi..kenapa masih ramai buat perubahan?

Contoh paling ketara, Mike Jeksen.. sebab nak putih...sebab nak mancung hidung dan yg sewaktu dengannya...melalui banyak pembedahan.... hinggakan..apa da jadiiiii???

Adakah beliau makin sihat? OK..walopun tk sihat..katalah pentingkan kecantikan...kehenseman..
Apakah beliau makin hensem??????

Duit berbillion habis.. untuk pembedahan. Untuk merawat sakit kesan dari pembedahan demi pembedahan itu... Berbaloi kah?

Sedangkan dulu, beliau adalah seorang budak hitam hidung kembang (idakla kembangpun..sama je cam idun acik..) yang comel.... lagi comel kalu senyum walopun hanya nampak gigi je.. (idakler itam sangatpun dia dulunyer...)

Ada orang buat pembedahan untuk hilangkan kedutan pada kulit. Hasilnya apa??? Penyakit barah dan lelain. Dah la tegang dan kaku semacam. Cantik ke? Bila bercakap, mulutpun macam tk blh nak bukak. Hilang manisnya. Sedangkan keadaan sebelumnya adalah jauh lebih baik...walopun kendur...walopun berkedut. .. sikit je pun kedutnya... senornya, terlalu takut untuk kelihatan tua...atau tk puas hati dengan keadaan di wajah yang telah Tuhan berikan... maka dihabiskan duit dalam jumlah yang bukan sedikit, untuk memuaskan hati...

Kenapa takut dan rasa malu dengan kedut...rasa malu untuk lihatkan usia telah semakin lanjut?? Mahu hidup berapa lama lagi di dunia ini dengan kecantikan yang ada? Ke mana haluan kita selepas ini? Adakah difikirkan semua itu? Kalu habiskan duit untuk membuat pahala, bersedekah, bantu mangsa bencana...kan lagi bagus....klu ikhlas, maka jadilah bekalan di Sana kelak.

Acik: Rindukan wajah mereka yg dulu... manis dan menawan jua.
Segala yang tercatat hanyalah pandangan peribadi penulis. Tidak melibatkan mana-mana organisasi. Kesilapan adalah kerana kelancangan, ketelanjuran, kelemahan dan kekurangan mental penulis..minta maaf... Kalau ada yang baik, adalah dari Allah semata-mata.

Thursday, June 18, 2009

Macamana tk letih..

Hari Selasa kemarin acik memang letih....asik letih je kan... Paginya acik sarapan beli nasi lomak sebungkus...(sib baek yg kocik yo...)
Pehtu kul 9 dah kener gi mesuwarat... sampai kul 12 gak eh...pas mesuwarat cam biasa ada makan2...laaa..
makan lagi !!! Nasik Dagang pulak tu... tmbh boroi la pewot acik ni ha...
Pehtu..sejam lebih pas tu... acik kener hadirkan diri kat majlis ni... makan lagii...maleh la nk tunjuk makannya..setakat Hi Tea...tk de apa sangat...tpi...mang konyang lagi la...
Sampai dekat kul 7 ptg... yg dpt hadiah bebesau ni bebaloi lah....terutama yang menang tiket kapatebang n hotel di Dubai tu.. yg acik ni...penat tepuk tangan je....huhu...
(Acik tukang amek gambar je ...tk de dlm gambo yek..)
Lagi penat...bila kemunculan penyanyi evergreen nih..acik tepaksa taww..nyanyi reramai dgn dia...!
Rasanya, balik dari majlis tu nanti nak tempah baju suar top 2 toe serba merah gak cam JayJay nih...haha..
Tapi, yang lebih memenatkan, sebab banyaknya persembahan yg diorg adakan dalam majlis tu... terutama yg kat klip video bawah ni...ngkorang tgkla klu boleh.. Acik tepaksa goyang2 tauu..mana blh tahann...muahahha...tk sedo diri betul. Makanya, pat ari pat malamlah acik lotihh....
Sekian.

update arini

acik baca...acik tdo...acik tdo, acik baca... acik teramat bz (kunun)..balik umah letih..lompat kekejap kat blog orag lain. ...ngantuk smula. OK dah hapdet...jadikla... (nanti ler... acik cam capek nih...)

Tuesday, June 16, 2009

Kejayaan dan Kegagalan

Dalam kehidupan, kita tk lari dari melalui dua perkara di atas dalam menempuh segala Ujian Kehidupan. Kalu tak berjaya.....gagal....dua tu je... Yang berjaya.....akan gumbira dan bersyukur....dan nak terus berjaya. Yang gagal....akan sedih...keciwa...marah....dan tk puas hati...(eeeeii...benci taw kat sorang cikgu ni....ader ke tipooo acik kata dia gagal...!! pdhal dia bejaya !! main-main laa..heheh..!!) . Tapi...sobss....pada yang gagal...jangan menanges ye sayanggg.... kerana smua tu adalah rezeki memasing... Percaya lah pada ketentuan Tuhan. Rezeki tu dah ditetapkan. Kalu tk berjaya... nescaya ada hikmah tersendiri, yang tersurat mahupun yang tersirat. Kekdg, kita rasa dah berusaha yang terrr baik pada kita lah...tpi masih tk berjaya ... dah bukan rezeki kita...mesti ada sebab2nya kan.. Yang berjaya tu melompat2 sonok dan senyum sampai pangkal telinga.... Hari ni ada yg bayar nazar, beposer ke...besedekah ke....botakkan kepala ke... Jangan pulak lupakan nazar sendiri.... kang...bebuat luper pulak.... golo deh eh.. Dan pada yang gagal tu, bawakla betenang... jangan risau, jangan bimbang... belum ada rezeki. Mungkin rezeki anda, di masa akan datang pula... buat improvement. Sekurang-kurangnya, anda telah tahu bagaimana temuduga dijalankan. Bila mencuba lain kali, pastikan anda membuat lebih baik dari yang sebelum... lain dari itu, serahkan pada kehendak TUhan, setelah berusaha. Senornya ni semua pasal keputusan permohonan biasiswa HLP tajaan KPM untuk guru-guru melanjutkan pelajaran penuh masa yang dah keluar hari ini. Bila la pulak kajaan nak taja kakitangan sokongan cam acik ni utk sambung pengajian.... Tok Najibbbbbbbbbbbbb..dengarlah rintihan kamiiii... berapa ramai kakitangan sokongan yg berijazah...tapi masih bergred bawah 30..... tak ada yg nak membela kah???? udah la kami ni belajo dgn tanggungan sendiri... Akhir kalam... TAHNIAH buat guru yg berjaya menerima biasiswa HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh ... pada yang belum semak...sila semak di sini.

Segala yang tercatat hanyalah pandangan peribadi penulis. Tidak melibatkan mana-mana organisasi. Kesilapan adalah kerana kelancangan, ketelanjuran, kelemahan dan kekurangan mental penulis..minta maaf... Kalau ada yang baik, adalah dari Allah semata-mata.

Monday, June 15, 2009

Apa kata hati

Mata Hati (Lirik Nasyid)

Pandangan mata selalu menipu Pandangan akal selalu tersalah Pandangan nafsu selalu melulu Pandangan hati itu yang hakiki Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih Pandangannya kan menembusi hijab Hati jika sudah bersih Firasatnya tepat kehendak Allah Tapi hati bila dikotori Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah Jasad lahir tumpuan manusia Utamakanlah pandangan Allah Daripada pandangan manusia

Untuk renungan diri sendiri....yg selalu mendapat bisikan hati yang tak betul... biarlah di senin yang blues ini....acik menjiwangkan diri...

Sunday, June 14, 2009

Kulit ahli syurga?

Pernah dengar bahawa di anggota kita ada seciput warna kulit ahli syurga? Ada sesiapa boleh bagi penjelasan? Acik pernah dengar dalam pengajian yang acik ikut, tah biler..tah ustaz / ustazah mana yang cerita. Dah telupa... tapi bila search kat internet nih.... acik ada gak jumpa cam artikel di bawah ni... dari laman web ini yang menceritakan kejadian Adam. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

MasyaAllah.... sampaikah kita di Sana untuk memiliki kulit kemerah2an ini??? Moga kita tergolong dari kalangan orang2 yang beriman jua yang diampunkan segala dosa...klu tak...tk merasa lah nikmat surga...bahkan neraka menanti kita.... nauzubillahiminzalik.. (aku yang brangankan surga...tpi berkelaku dosa..)

Saturday, June 13, 2009

Hari malas sedonia

Duk rumah sehari suntuk..nak balik kampung tk jadi.... basuh kaen....lipat kain...menyapu, mengelap cermin tingkap.. errr...idak le bermalas2 ekkk... Nak gi jenjalan, tak de kenkawan.

 Nak gi shoping, pun tk de kawan...sorang2???? huh...cam kera sumbeng jer nanti. Nk gi brenang pun tk de mood. Nak hapdet blog..cam tk do ilham je... buhsan gak ngadap si gogon kat Pet society facebook nih. 

Yanie pegi Muar arini dgn knkawan, kenduri kawin kawan dia... masa balik, singgah kat kampung... makan doyan ngan moktan... balik dari kampung, nenek dia bekalkan untuk umi dia ni doyan satu bekas eskerim tuh...dongan moktan sekarung.

 Acik bedal doyan sorang2 cam dah ompek tawon tk makan doyan. Pehtu giliran moktan lak....belasah dalam sepastik.... moktan tk berapa nak berair lagi....tapi lengkang... (errr...ckp NS, longkang ko...wakakakaa..) ader worang kata longkah... yakni, isi tk melekat kat kulit biji moktan tuh..
Sekian, hapdet arini...ngantuk nih..pewot penuh doyan ngan moktan...muahahaha.... buruk tebiat sungguh.

Friday, June 12, 2009

Hasad

Seterusnya, dihari Jumaat yang mulia ini, kita teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin dalam tajuk Maksiat Batin... yakni sifat keji (mazmumah) dalam diri manusia. Kali ni kita masuk ke sifat keji yang ke4.. HASAD.
Adapun hasad yakni dengki adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak lagi haram.Kata Imam Ghazali rhmlhtaala...

A'lam annalhasada haram ..........ertinya, Dan ketahui oleh kamu bahawa hasad itu haram, iaitu suka engkau akan hilang nikmat dari orang lain atau suka engkau turun bala pada orang lain dan tiada haram munafasah dan iaitu bhawa engkau kenang dan suka bagimu seumpama nikmat bagi orang yang lain dan tiada suka engkau hilang daripadanya dan harus engkau suka akan hilang nikmat dripada orang yang zalim supaya hilang zalimnya itu.

(sori, bahasa kitab tua, ada sikit fenin...) Retinyer...Berdengki2 itu adalah dilarang oleh syarak...hukum Allah.. Hasad itu merupakan satu rasa gembira agar orang mendapat susah dan mendapat bala'... tetapi bagus jika bergembira sama dengan orang yang mendapat kesenangan, kemenangan, keuntungan, kegembiraan, dan harus pula suka jika orang yang zalim mendapat kesusahan (betul ke camni ayatnya...) sekiranya orang zalim itu, dapat berubah sikap kerana bala' itu...harussss.. sbb nakkan mereka berubah sikap menjadi baik.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah itu tidak salah. Selanjutnya tentang munafasah klik di sini: http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20090220092439

atau search kat tempat lain..banyak yang menceritakan tentang hasad ini.

Seterusnya isi dari kitab ini;

Ketahui olehmu, bahawa hasad itu membatal akan ibadah dan mendatangkan murka Allah. Hadis Nabi bermaksud;bermula hasad itu memakan ia akan amal kebajikan seperti api memakan kayu yang kering.

Maknanya...sekiranya ada sifat hasad ni, maka tidak ada gunanya membuat amal kebajikan yang lain, kerana semua nya akan dipadamkan dari rekod kebajikan yang ada..hanguss... tk de pekdahnya dah... jadi...jagalah, jgn ada sikitpun rasa hasad dengki ni dalam diri kita. Sesia jer nanti segala amalan baik kita. .. sama la cam mengumpat...kankankan...

Sekian.

tu je tentang tajuk hasad dalam kitab ni.

Huraian acik;

Hasad terlalu berleluasa di persekitaran kita. Biar kita di dengki orang, jangann kita berdengki pada orang.

Namun seperti yang dituliskan dalam kitab ini, bermunafasah itu harus. Irihati pada kelebihan orang lain. Irihati dengan azam untuk berusaha menjadi sepertinya. Tanpa melakukan aniaya terhadapnya... irihati dan merasakan ianya satu cabaran untuk usaha lebih giat lagi.

Kita jadikan diri kita gembira apabila orang lain mendapat nikmat...mendapat kebahagiaan, mendapat keuntungan. Jangan hanya mulut mengatakan; Saya tumpang gumbira dengan kejayaan awak..!! , tapi dalam hati kata;

Nanti engkau!.... aku hebahkan kat orang lain pasal keburukan engkau...baru padan muka engkau!

Inilah orang yang hasad dan dengki. Busuk ati... Bersihkan hati anda dari sifat ini. Nescaya hidup akan tenang tanpa stress atau tekanan, memikirkan hal orang lain. Sekian.
Maklumat tambahan, sebelum telupe.....semalam ada orang bawak buah ni kat opis utk org yg mengidam...... berair mulut den...hehe..tak suker..
Cuma suka tgk gugusan mangga ni... cantik klu nak buat lukisan.. ( ...err....aper ye penjodoh bilangan utk selonggok buah yang masih ditangkai ni..? Cikgu BM ade tak? hehe...)

Thursday, June 11, 2009

beauty anda lah beast itu

Malam ni, setelah sekian lama, acik mengadap TV, sebabkan kebosanan yang melanda diri. tengok pulak cerita Shrek.. buat acik tepikir...berapa ramai agaknya antara kita yang berkahwin, tidak memandang pada wajah, mahupun usia ...tapi pada budi bahasa....??? Kekadang heran, seorang lelaki, sanggup meninggalkan dan menyakiti isteri semata-mata mahu memiliki wanita yang dipandangnya lebih cantik dari isteri... apakah kecantikan seseorang itu kekal abadi.... akui lah..bahawa kecantikan dan apa jua kelebihan yang kita miliki, bukan milik kita selamanya. Dan seorang wanita itu, jangan merasa puas hati kerana mampu memikat seseorang lelaki dari tangan wanita lain, kerana kelebihan anda, kerana satu hari nanti, semua kelebihan anda jua akan hilang dan berkemungkinan nasib anda akan serupa jua, apakala lelaki yang memandang pada kecantikan anda itu, bertemu pula seorang wanita lain yang ternyata masih segar, cantik dan bergaya dari anda. ....

Wednesday, June 10, 2009

Marah

Salam.. Teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin.. Fasal ketiga pada mengatakan tentang Maksiat Batin, adalah Marah...atau bahasa Arabnya, Ghadab.. Sifat marah adalah dicela oleh syarak sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti membinasakan petrol/jadam akan air madu.

 Sabda nabi lagi, yang bermaksud Tiada marah seorang itu melainkan hampir ia atas api neraka jahannam sabda nabi lagi, bahawa marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu daripda api dan hanya sanya padam api itu dengan air. maka apabila marah seseorang dari kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu'.

Ini dari kitab Hidayatusalikin Ringkas je...tapi huraiannya mesti panjang...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sifat marah ni. Ini diambil dari satu laman web lain...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan. 


 Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " 
Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" (la taghdap...) Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.


jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) 


Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) 
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan. 


Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara...


Ifrath pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal.. (wah...acik cam kompius...cut n paste ni..nnt semak balik) -OK...dah semak..dan dibetulkan...tuanpunya laman web tersilap taip tu.. mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) .. 


Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!".. 


Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu. 


Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134). 


untuk diriku yang salu terleka. (Nampaknya isi yg acik copy n paste ini diambil dari kitab Intipati Ihya' Ulumuddin Imam Al Ghazali... susunan Al-Shyeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi.) Terjemahan Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz

 Aku yang cepat marah... perlulah jua mengawal diriku ini....

Ya Allah, lembutkanlah hatiku dari segala kemarahan.

Monday, June 8, 2009

Monday blues

Salam buat semua. Hari ini masa terlalu padat buatku. Sehingga ku rasakan terhimpit dihimpit2nya. Pulang ke rumah, barulah lega. Terkenang kisah semalam.... kerja seharian suntuk..lebih dari waktu kerja biasa... (macam ye je..tp tk ler..) .. Aku di Pejabat sehingga pukul 5 petang.... namun sempat jua aku merayau di Alamanda. Bukan merayau menjadi kutu rayau. Tetapi merayau mencari di mana ada jual charger henpon buruk acik ni. Kenapa kener beli charger? Sebab charger acik tetinggal kat kampung.... Jadi, sblm jangka hayat betrinya sampai ke penghujung, baek la acik cari ganti segera. Akhirnya berjumpa, di kedai telephone berhampiran dengan TGC...panggung wayang. Malam, aku berenang2 ke tepian dengan sya... dah lama kami tk berenang... Memula tu, aku ingatkan hari nak ujan. Hati ku berbelah bagi..nak pegi ke tk ..nak pergi ke tak... Lelama aku tawakal je...pegi ke pool itu. Dan ku cari di mana gerangannya sya...tpi tidak kelihatan. Lelama acik nampak sorang budak yang iras2 si Arep...anak sya...lalu aku menghanyutkan diri ke aras mereka... YAAAAAAAAAA...betul..itu sya... Sya dah nak naik bersalin pakaian...sbb bosan..orang ramai...acik ni tk nampak2 gak.. Lalu acik suh dia masuk smua dalam air... lalu kami main tepuk2 air bersama seperti kanak2 riang yang lain... Letih...si sya bawak acik buat beberapa lap yang non stop....rsa nak tcabut kaki acik...

Hari ni pun ada kawan ajak pi berenang, tpi acik koba..acik nak rehat...letih...hehhehe

Sekian.

Saturday, June 6, 2009

Sakit

Semalam hari yang sibuk buat acik. Kerja di ofis berlonggok... seronok sebenarnya, bila dapat membuat kerja yang mampu dibuat. Tak kira lah banyak manapun.

Tapi panggilan telefon serta sms mengingatkan acik bahawa mak sedara acik dibedah hari ini juga. Sudah tentu acik tk boleh menghadirkan diri di waktu ia dibedah, kerana kerja yang begitu 'urgent' perlu disiapkan ini. Bos kata, siapkan dulu, baru blh balik awal, selepas acik minta izin nak balik awal petang nanti.

Kesian kat bos...kerja dia terlalu banyak... acik perlu bantu mana yang sepatutnya acik kener buat dan blh buat. Mengapalah pengagihan kerja tidak sama di kalangan kita... kener lah SYMP (saya yang menurut perintah) kan... kerja dengan senyuman, walopun dalam hati, Tuhan je tahu....

Jadi, acik hempas pulas..(tah haper yang aku hempas dan pulas gaknye...) menyiapkan kijer...taim rehatpun aku teruih buat kijer tuh..sambil berYM dgn blogger dan knkawan lain... err..mahap, semalam janji takkan berblog masa buat kijer...tpi aciiikkkk...terrrr....berblog gak sambey2 buat kijer...hahaha... tapi kije acik siap... on taim.. balik cepat sikit je...ala...setengah jam.

Bengang sbb beriyer nak balik cepat... nak elak jalan jem... tapi si Yanie yg nak ikut sama, lambat balikk.... cehhh...aper guna aku mintak balik cepat....akhirnya pukul 5.30 gak dpt masuk umah sendiri... sebab kunci ada dekat Yanie, kena la tunggu dia balik gak.... menung je lah acik depan pintu rumah , menunggu dia balik...

Lepas dpt masuk rumah, solat Asar dan bergerak ke Seremban bersama arus kenderaan yang agak perlahan menuju ke arah selatan Malaysia di Lebuhraya Utara Selatan itu. Alhamdulillah, selamat sampai ke hospital. Dapat parking di tempat yang tk baper jauh... (siksanya nak carik parking kat hospital Seremban nih..) .. lalu kami terus naik ke aras 8, ward 8B.

 Mak Sedara acik dah sedar dah...tpi lemah. Kesan ubat bius masih belum hilang. Hempedunya dibuang. beberapa ketulan yang hancur hasil pembedahan di tunjukkan oleh mak acik yang dah berada sejak dari subuh lagi di hospital bersama sepupu acik (anak mak sedara tu..) . Beberapa orang saudara mara lain turut hadir menziarah.

Bulan hadapan doktor minta mak cik acik tu ke spital Kuala Lumpur untuk buat rawatan laser pulak...tambah lemah dia. Ringkas cerita, selepas hampir tamat waktu melawat, pukul 7.30, kami bergerak pulang ke kampung. Bersyukur sebab dah selamatpun pembedahan itu. dipertengahan jalan, acik yang memandu tergezut dengan teriakan emak acik... KUNCI RUMAH AKU TINGGGGALLLL !!!

Adeeeiiihh....hari dah gelap. Dah Maghrib... kunci rumah tertinggal kat rumah mak sedara tadi.. beg mak acik semua tinggal lagi kat situ... nanti nk pergi semula lah kononnya... tapi telupa yang dia nak balik dengan acik nanti. Jadi acik teruskan perjalanan ke masjid berhampiran...yakni, Masjid Kuala Sawah. ..(kampungnya Dr. Fazly).. bersih je masjid tu.

 Suka pulak acik dapat bersolat kat situ. Lepas solat maghrib, kami teruskan perjalanan ke arah Seremban semula...uwaaaaaaaaaahh...amek kunci kat PancorJaya.... letih acik. Tapi nak buat camne...dah nak jadik...ada la hikmahnya... eheemmm...dah hikmah nyer adalaaaaaaaaaaahh.. Omak acik banjer makan McD... hahaha... Drive Thru je.... Sampai kampung dah lewat... rendang ayam kampung dan gulai daun tempoyak yang mak Acik masak, dah tk menyelerakan....sebab pewot dah kinyang dengan burger McD dan bubur nasik McD (omak acik makan)..

Acik maleh nak pikir penderitaan acik sebab tk dapat online masuk blog.... memandangkan acik tk de Berodben ka laptop ka...ato henpon canggih smua tuh.. maka acik bawak2 la tdo je....dalam keletihan yg amat sangatpun.
Pepagi sabtu tdi, acik dah bangun (orang tua kata tk elok bangun lewat...nnt rejeki lari...hehe) .. memula menyiram air kekereta acik yang dah diselimuti embun. Pehtu jalankan rutin biasa acik klu balik kampung.... apa lagi...mesin gumput laaa !!! Sonok ... sebab mesin tu tk buat hal. Biasanya kalu dah lama tk guna, bepeluh2 setengah mati nak setat mesin tuh. Tapi kali ni, sekali rentap je, mesin tu dah berfungsi.

Bahagia sungguh acik rasa. Cuaca pun redup...tk panas... sebab pagi lagi... dannn...sebab hari nak ujan pun satu hal gak. Memang seronok lah acik mesin gumput hari ni tadi. Selesai satu tugas. Elok2 habis je mesin gumput, ujan turun dengan lobeknyo... ujan rahmat lah tu. Acik msuk ke dapur, lalu melantak nasik dengan lauk rendang ayam kampung dan gulai temfoyak malam tdi tuh... sodaaaapp!! tapi, tangan acik ni menggigil2 nak menyuap tawwwww...

Itu efek biaso la lopeh mesin gumput. Lepas makan, ujan brenti. cam tetau je kan... lalu acik sambung aktiviti basuh keter lak. Ala...cam biasa...dry cleaning je...seksikit je lap...janji kilat...hehhe Pehtu sepupu acik yang jaga mak dia kat sepital tu tipon; Bila ko nak datang? tolong aku gi carik stokin berubat untuk mak aku ni....doktor suh...utk melancarkan aliran darah dia....!!

Aku datang waktu melawat la... aaaaalaaa...ko datang awal la..bawak aku gi farmasi tu... ok lahh..ok lahh.... jawab acik...terdengar di belakang, suara mak sedara acik tu kata....klu nak tolong...tolong...klu tk nak, syudaaahh... huhu Jangan la sensitip encik (panggilan acik pada mak sedara tu..) ..

Maka acik, mak acik dengan Yanie pun besiap untuk ke hospital. Ambil sepupu tu, lalu terus mencari farmasi yang dimaksudkan... laaaaaaaaaaaaaaa...tutup pulakkk.. Lalu kami gi mencari di bandaraya Seremban pula...gi KM Plaza, gi Terminal One... minah kat Guardian tu kata.... kami tak ada jual produk ni...tpi kat tempat lain mungkin ada....tapi kedai tu tutup...sebab ari ni Public Holiday !!

Public holiday kenapa? tanya acik Eh kak..arini kan Besday YDPA !! kata minah tu... PUBLIC HOLIDAY !!!! dan acik tk hengat dan tak tau!! bebetul tak hambek tau.... kalu aku tau...aku gi OT tadi... wakakaka... (dasar mata duitan!!) Jadi, tk dapat la kami carik stokin spesel tu... acik ada tgk nyonya sebelah katil mak sedara acik tu pakai semalam...dan acik pun bekenan tingin utk diri sendiri...tak tau pulak yg setokin tu berguna untuk melancarkan pergerakan darah..!

Kami pun balik semula ke spital...lalu acik dengan Yanie duk menunggu di lobi sbb belum waktu melawat lagi. Hanya emak acik je dengan sepupu tu yg ada tiket jaga pesakit yang naik dulu... bosan...tpi sekurang2nya dapat gak acik baca dalam 10 helai novel yg tk habis2 ku baca ini. err..panjang nyer cerita kan.. tak pe la...sukati acik la...heheh lepas dapat naik..dan melawat kali kedua, dalam pukul 2.30, acik dgn Yanie minta izin untuk pulang ke Putrajaya.
Tak tau lah budak Yanie ni...dah kemaruk nak bawak kereta. Semenjak acik test dia drive pegi ke pertandingan Kayak aritu....

Kali ni dia merayu2 lagi nak bawak. Sampai kat R&R Seremban, acik serahkan stering kat dia, bagi dia bawak... aaaaaargghhh... acik tk leh duk diam... kaki acik asik carik brek je taim dia drive.

Anyway, acik kener bagi penghargaan gak kat dia...sbb berjaya memandu dengan selamat hingga ke Putrajaya.... injin mati masa nak parking kat rumah je... huhuuhu...Jalan menuju ke Selatan yang jem panjang dari Nilai hingga ke Seremban...tpi ke arah KL, jalan clear... Alhamdulillah..

Letih..! sampai rumah ingat nak tdo...tpi windu kat blog....terus bukak komputer. ... hingga sekarang nih.... ni tengah tunggu Yanie balik....dari Alamanda..dia nak belanja acik makan Pizza.... sebab .... acik burn kan 2 keping CD berkayak dia aritu... nak bagi kat kawan dia pulak.... Iyer...belanja acik pehtu kata nanti acik kener ganti balik duit dia tu....huhu.. Sekian.. sok kener gi kijer...

Friday, June 5, 2009

Syarhil Kalam

Sambungan Fasal Maksiat Batin dari kitab Hidayatussalikin

Maksiat batin yang kedua... Syaruhkalam.. Gemar membanyakkan cakap. .. dengan lain kata, Banyak Cakap !

Firman Allah Taala yang bermaksud; Tiada kebajikan pada membanyakkan mereka itu akan perkataan melainkan seorang yang menyuruh berbuat sedekah atau menyuruh dengan membuat kebajikan atau mendamaikan orang yang berkelahi

Sabda rasulullah yang bermaksud; Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia berkata akan kebaikan atau ia diam. Selain dari yang acik pernah taip dalam n3 di sini... tentang banyak cakap...(rupanya acik baca dari kitab ni dulu..)

Payah gak..klu dah jenis suka becakap... menceceh je kije dia.. sib baek acik tk camtu..heheh.. *adeiiih....saper baling batu nih...!!

Memang di akui, orang yang tak banyak cakap, tk banyak musuhnya. Yang banyak cakap ni, kekdg tk sedar dia menyakitkan ati orang ...kekadang la...bukan semua.... Dalam sedar dan dalam tak sedar.

Kalaulah kita blh set mulut kita ni....bila nak cakap mender tk elok je, tetiber jadi kejang tang rahang tu...

biler nak ngompat je....tetiber meleleh air liur tanpa henti....ehemmmm...eheeemmmm.

reti-reti lah brenti ngompat kan....hihi...

bila nak merapu je, mulut tetiber menganga tk leh katup...

Sekian.. ingat nak hurai lagi panjang...tpi tu haa...orang tengah berjamuan...tk leh tahan....uwaaahh..

Wassalam.

(Peringatan untuk diri sendiri ni.... )

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-