Tanpa pasrah, kita kan slalu rsa nak marah,
tanpa redha, kita kan asik tk puas hati dengan apa yg menimpa
tanpa tawakal, kita kan bertindak mcm org hilang akal..
- KC
Sekian, entri ringkas hari ini....nk buang sawang jap..
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia
2 Sept lepas acik telah mengikuti satu gerombolan seramai 14 orang melawat dan mengikuti bengkel di Arkib Negara Malaysia.
Gambar di bawah adalah Ketua rombongan, Cik Anis bersama pegawai Arkib yang mengiringi dan memberi penerangan kepada kami.
Ketika kami dberi penerangan tentang cara-cara rawatan dilakukan ke atas satu dokumen yang dah reput.
Ni En. Norazam (klu tk silap la, nama dia ni...) sedang memberi penerangan tentang fungsi-fungsi Arkib Negara dan peranannya dalam memelihara bahan sejarah negara.
Tu cara yang betul menutup fail. Jangan tak sistematik hingga sukar nak di kategorikan bila dah dihantar ke Arkib.
Ini antara bahan/dokumen yang menerima rawatan baikpulih di Arkib ini. Kalau tk silap, dokumen ini berusia hampir 100 tahun.
Gambar di bawah, salah seorang yang bertanggungjawab mengasaskan pembentukan Arkib Negara ini ketika menjadi peneraju ANM yang pertama, Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr) Haji Abdul Mubin Sheppard (1957 - 1962).
*Gambar ni digantung di dinding di lobby pejabat ANM .
hmm.. atas ni gambar dekat beliau. Maaf ye Arkib...acik celok dri laman web ANM.
Ini pula gambar berus cat.. apa kaitan dgn Arkib ye? Entah. Tapi pegawai ni membuat kajian terhadap segalanya kot... dia maklumkan kami bahawa ini adalah antara berus cat yang dibuat daripada bulu babi/khinzir. Kata pegawai berkenaan, ianya boleh dikenali, dengan melihat dengan teliti, bahawa bulu babi itu bercabang 3. (err.....rambut ngkorang ada gak kot yg bercabang 3?) ..tpi mmg ternyata, dengan mata kasar pun blh nmpk bahawa bulu babi itu bercabang...tak payah masuk bawah mikroskop.
Aritu acik membeli peralatan mengecat pagar rumah emak acik.. dan memang hampir smua berus yang dijual, memang dihasilkan dari bulu babi.
Abih camno??? Cuma ada satu, yang Nyonya tu kata,
'Olang melayu suka cali ini melus.......'
Ada tulis Halal kat berus tu... pastu bukan dari bulu babi... lalu acik beli...harga lebih kurang je.
Ok..sambung cerita lawatan tadi... ni timbunan fail yang telah dihantar ke ANM ni untuk disimpan dengan baik.
Dan ini Encik yang buat kerja penjilidan ke atas dokumen atau buku-buku yang telah dirawat rapi. Menggunakan kulit yang terpilih dan berkualiti. Mekasih encik ye...nampak letih je smua staf ANM nih... yelah...nyebok je kami datang bebulan poser lak kan..hehhe..
Kami pun letih gak...biasa lepas taklimat, ada jamuan, tapi kami jamu mata je lah...hehe
Bgimanapun, terima kasih ANM...kerana mengizinkan kami membuat lawatan ini. Baru lah kami tawu betapa besarnya peranan ANM dan betapa pentingnya memelihara dokumen-dokumen yang boleh menjadi bahan sejarah negara.
Sekian.
Tuesday, September 14, 2010
Cerita Hantu
Salam Syawal buat semua...
Tak banyak yang hendak diperkatakan kali ini. Hanya satu persoalan, seperti tajuk tertera.... CERITA HANTU.
Apsal banyak sangat cerita hantu sejak akhir-akhir ini terutama tika menyambut raya ni.????
Memang sekarang musim penerbit-penerbit filem, buat cerita hantu? Musim hantu-hantu banyak sangat berkeliaran sekarang ni? Tahu lah, lepas ramadhan, syaitan dan iblis terlepas dari belenggu. Maka semua hantu-hantu tu dah masuk dalam pilem kannn...
Dulu smua cerita berunsur hantu ni di tapis, tapi sekarang tapis tu semua dah koyak agaknya.
Jadi, bolehlah orang-orang kita menakutkan anak-anak tentang hantu...
"MASUK TIDUR...!!!! KANG ANTU CEKIK !!! "
"BERENTI MAIN...NANTI HANTU KEJAR !!!"
Dan banyak lagi ayat-ayat yang boleh menakutkan anak-anak kita. Dah jadi budaya semula, atau budaya diteruskan, untuk menakutkan anak-anak dengan perkataan hantu.
Cuba tukar ayat-ayat tu gini,
"MASUK TIDUR... NANTI TELAJAK SOLAT SUBUH, ALLAH MURKA... ALLAH BAGI HADIAH API NERAKA NANTI !!"
"BERENTI MAIN.... NANTI LEKA, LUPA NK SOLAT, LUPAKAN ALLAH, JADI PENGIKUT IBLIS, JADI PENGHUNI NERAKA, TAK MERASA SYURGA ALLAH!!!"
Kalau budaya takut antu terus diamalkan, maka terseraplah dalam diri mereka untuk lebih menakuti hantu dari takutkan Allah, mengikut perintah Allah, menjauhi laranganNya. Antaranya sebab selalu sangat disajikan dengan cerita-cerita seram hantu itu di TV dan panggung-panggung wayang.
Ittaqullah...ya aiyuhal muslimin...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...