Monday, January 31, 2011

Ciri-ciri Idaman Hati

 Dipanjangkan ilmu yang baik untuk kita kongsi dan pikir2kan. (Ambil dari http://soleh.net/2008/03/19/10-sifat-calon-suami-yang-baik/


10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, January 18, 2011

Terkenang

Masa reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah aritu......


 Dari secomel2 budak.....hingga skrg ni, dah 'besar-besar'.  Ni gambar cikgu yang telah mendidik kami.  Cikgu yg garang ni, yg kami jemput untuk sesama berjumpa pada hari bersejarah itu. Bak kata orang, yang dibenci tu lah sebenarnya yang beri kekuatan pada kita.  Bagi semangat..bagi dorongan..bagi cabaran.
Jadi, pengunjung yg membaca coretan merapu acik ni, ingatlah..kalu anak-anak anda dimarahi cikgu, dicubit, dirotan, Janganlah pergi serang cikgu tu.  Kerana cikgu itu dalam proses mendidik anak-anak kita.

Orang dulu-dulu lagi teruk kena balun dengan cikgu2 mereka.  Tak ada pun masuk suratkhabar.  Tapi cikgu cikgi dulu2, ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka.  Cikgu2 tu memang mahu anak2 murid semua berjaya kerana Allah.  Bukan kerana mahu naikkan nama sekolah, bukan kerana naikkan nama mereka, bukan kerana nak disanjung dipuja masyarakat sekeliling... tapi kerana Allah.

Acik bukan nak kata cikgu2 sekarang tk ikhlas, mahukan pujian, mahukan anugerah..mahukan hadiah dari murid2...cuma, dari pemerhatian acik yg tk brapa terang dah mata ni... asal-usul sejarah bagaimana mereka menjadi guru ini yang amat mencuriga dan menyebabkan acik mensaspek mereka itu tidak ikhlas dalam mengajar...bukan semua... sikit2 je.. kalu kumpul2, ramai la..
Antaranya, segelintir mereka itu tidak langsung pun ada minat nak mengajar. Jadi guru semata2 sebab tidak ada pilihan atau kerana menunaikan permintaan ibubapa.  Sebab tu, tak sampai setahun mengajar, dah mula menggeliat macam cacing kepanasan, nak kluar dari sekolah. Nak kerja kat pejabat...nak apply cuti belajar tak kiralah tanpa gaji atau separuh gaji atau lagi suka kalu dapat bergaji penuh, plus dengan biasiswa... Mungkin ramai yang marah acik sebabkan statement brani matik nih.
Ada yang ikhlas, tpi kena buli pulak dengan pelajar, dengan sesama cikgu.  Akhirnya, cari jalan macamana nak keluar dari tempat yang rsa cam penjara yg menyiksa tu.

Hmmm..sebenarnya, kerja mana-mana pun ada masalah.  Cuba tanya bapak polisi, tanya bisnessman, tanya akauntan, tanya pegawai PTD, tanya pilot kapatebang, tanya pemandu lori, tanya drebar teksi, tanya pekerja am, tanya peon, tanya despatch, tanya lawyer, tanya arkitek, tanya lahhhhh... mereka semua rasa amat tesepit dengan urusan kerja mereka...dan ramai gak yg rasa cam nak lari carik kerja lain.  Sama lah macam yang cikgu-cikgu rasa tu.

Tapi itu lah kenyataannya.  Mengajar memang bukan kerja senang...tpi ianya tugas yang paling mulia.  Apalagi lah dengan bebanan yang memacam yang telah kementerian tanggungkan ke bahu guru2 negara ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan dalam menjalankan tugas sebagai guru ni. Namun tak salah, kalau mereka yang mempunyai atau telah mempunyai kemahiran dan kelayakan, disalurkan khidmat mereka di jabatan atau kementerian di mana kemahiran mereka boleh memantapkan lagi institusi pengajaran, pendidikan dan penyampaian ilmu di negara ini...

Tambah pulak ujian dengan murid2 terutama yang di sekolah menengah yang perangai tak terkawal dik mak ayah...apa lagi lah cikgu, nak kawal diorg..mmg tk terkawal.  Besarpun lebih besar dari cikgu dan cikgi yg cecomel.

Sebab tu memang bagus kalu setiap cikgu, cuba memperolehi talipinggang hitam dalam taekwando atau karate, karatedo ato apa2 do sekalipun lah... mungkin murid tetakut sikit nk buat kurang hajar dengan cikgu.
Macam2 cerita yang kita dengar yg tidak baik tentang pelajar yang tidak lagi menghormati guru...

Kalu ikutkan, tak perlulah pulak susah2 cikgu nak takutkan murid dgn talipinggang itam mereka.  Kerana guru yang berdedikasi, pandai tackle murid (bukan ngorat murid .... ) ..sungguh2 dalam menyampaikan ilmu pada murid, sebagaimana sungguh2nya murid menimba ilmu mereka...dah cukup. Murid atau ibubapa nk benci pun tk apa lah...asalkan niat cikgu tu betul2 ikhlas, mahukan kejayaan murid...macam cikgu acik ni, brapa ramai yg benci dia...tak suka...marah...sebab dia suka memukul..merotan...mulut laser...
*acik tk leh jadi cikgu, sebab acik baran..huhu..

Tapi ada...bukan tak ada..pelajar2 yang menghormati, menyayangi guru2 mereka.  Ramai...yg tak senereh tu cuma sikit je. kalu kumpul2, ramai la..Lihatlah sambutan hari guru....guru mana yang dapat hadiah paling banyak...itu lah dia guru yang disayangi murid.  Guru yang tk dpt bnyk hadiah tu???? Tidak juga bererti murid tk sayang diorg....cuma, ada guru yang tk bagi murid beri hadiah pada mereka.  Kerana keikhlasan mereka mengajar yang tidak mahukan balasan...dan tak mau nyusahkan anak murid..agaknya lah...

So, murid2 sekelian, jaga lah hati cikgu..kok bgi hadiah tu, bagilah kat semua cikgu....huhu...fitamm omak ayah...

Ye murid-murid dan bekas murid-murid.  Hormatilah guru kalian, sehingga akhir hayat kita dan mereka....tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini....TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU yang telah berhmpas pulas mengajar kami. Doa kami, agar kalian mendapat rahmat Allah berlipat ganda di akherat kelak kerana tugas cemerlang yang telah kalian jalankan.

Akhir tpi bukan terakhir, maaflah kalau ada yang terasa.  Acik main tulis je ni.  Tk ada la nak perli sesaper. 
Siapalah acik, tk tau sgt pun soal dunia perguruan dan pendidikan nih..

SELAMAT HARI GURU...ehh...belum bulan Mei ye..? hehe





Sunday, January 16, 2011

Antara yang terbaik untuk dilawati

 Laman web yang amat menarik untuk dilawati.


http://genta-rasa.com/






Thursday, January 13, 2011

Pemberian itu



 Masa birthday acik tawon lepas (cam dah lama dulu je kan..)  ada sorang adik ni bagi hadiah kat acik.  Acik nak abadikan kat kat blog ni. 

Terima kasih adik2 sekelian..



Saturday, January 1, 2011

Good Day


Wish all to have  good weekend...

Dont forget that the Masihi year has changed to 2011.  So, if u write a cheque, pls do not making mistake on the year.  We are now in 2011.

Wah...tetiber acik telah mendwi bahasakan entry ini. 

Hari ini acik kluar gi Shah Alam hantar Hazirah balik menyambung sem.ke2 nya di sana. Hujan sangat lebat ketika tiba di Shah Alam.

Shahmah sebagai driver.  So, acik terlepas dari kekeliruan mencari jalan ke destinasi...dan mencari jalan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, tringat nak gi tengok emak...hmm..bukan apa..Shahmah dah dapat gaji hasil titik peluhnya bekerja part time sepanjang cuti sem beliau.  Bulan lepas, dia pinjam duit nenek dia, buat bayar deposit untuk beli sebuah motosikal baru untuk kegunaannya ke dewan kuliah kelak.  Kereta acik dah dipulangkannya..jadi, acik dah tk patah kaki lagi.  ALhamdulillah. Sebaik saja dia kata gaji dah dapat, acik terus ingatkan dia pegi bayar duit nenek yg dia pinjam tu. Adat berhutang, mesti segera langsaikan apabila telah ada uwangnya..lepas ni senangla orang bagi pinjam lgi kalu tedesak lagi. sebab orang akan pecaya kat kita.

Sedih tringat waktu Shahmah merayu nk mintak tambah uwang bayar deposit tu..acik bilang, acik tk ada uwang...tpi nnt acik cuba terai test pinjam dgn kawan2.  Lepas sorang2 acik pikir, nk mintak kat saper????  Tetiber rasa malu yg amat besar...kerana acik tahu, tidak ada orang yang akan suka untuk memberi kita pinjam uwang mereka.  Kalaupun orang tu ada banyak wang, mesti takut nak bagi kita, takut kita tk bayar...kerana mungkin mereka pernah terkena tipu gitu.
Mesti akan pelbagai alasan mereka berikan,  mesti mereka akan elak2 jumpa kita, sebab takut kita nak pinjam wang mereka.

Iye lah..kita orang susah...bukan orang berpendapatan tinggi, susah orang nak percaya.  Tak apa lah, biar derita kita tanggung sendiri.  Terasa amat hina tika mengeluarkan ayat-ayat mahu meminjam uwang dari orang lain.  
Kamu sabar je lah dulu, tak payah beli motor dulu.  Doalah moga ada rezeki Allah dalam masa terdekat ni...pujuk acik pada Shahmah. Doa moga ada rezeki dari sumber yang tidak diduga.

Itu je lah yang mampu insan lemah seperti acik katakan apabila tidak mampu memenuhi permintaan anak-anak.
Akhirnya, ternyata Allah makbulkan doa acik. Memang ada rezeki Allah yang datangnya tidak disangka-sangka ketika amat memerlukan itu.  Syukurku padaMu ya Allah....
Tercapai jua hasrat anakku untuk memiliki motosikal baru itu.  Dulu kan pernah dia beli satu motosikal 2nd hand...tapi dah dijualnya, memandangkan motosikal tersebut memberikan masalah kepadanya. Budak2 sekarang, belum kerja dah nak pakai kenderaan.  Oleh kerana alasannya munasabah dan munasarawak, maka acik benarkan dia membeli motor baru,  tapi dengan usaha sendiri...jangan lagi minta duit orang lain.


eh...cerita apa tadi ekk...dah telencong pulak.  Apa2 pun, sekali lagi diingatkan, kalu tulis surat, sain, cek ke....tulis resit ke...jangan tesilap tulis tahun tu...!

Sekian.







APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-