Friday, July 5, 2019

Mampukah Kita

Ada kategori orang yang tidak mampu, tapi buat-buat mampu hingga sanggup berhutang sana sini. Sudah tentulah hidup sentiasa mengeluh, merungut dan takut kerana banyak hutang, rasa tidak punya apa.
Ada kategori orang yang mampu, lalu segalanya ada dan diadakan, semua tempat peranginan dijelajahi, segala jenis hidangan dapat dibeli dan dirasai. Harta mereka tidak luak-luak.Tapi hidup tidak tenang, rumahtangga tidak bahagia. Serasa ada kekosongan dalam diri.
Ada kategori yang tidak mampu, berbelanja ala kadar mengikut keperluan, dan mensyukuri nikmat Allah. Hidup mereka bahagia dan tenang walaupun tidak semewah mereka yang mampu itu. Mereka punya lebih masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Ada kategori yang mampu tpi sentiasa beringat dalam berbelanja. berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah padanya. Ahli keluarga tidak dimandikan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Sebaliknya dididik agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan menggunakan harta ke arah kebaikan. Mereka diajar untuk sedar bahawa harta itu hanya wasilah/alat untuk menyelamatkan mereka di akherat kelak.

Mga kita adalah hamba Allah di kategori 3 atau 4 itu. Wallahualam. Terima kasih.


Nota :
Catatan komen sendiri   sini

Indahnya katamu sahabat

Kataku, kalau kita ketemu, aku mahu memelukmu erat.  
Katamu pula, kau akan memelukku dan tidak akan melepaskannya.

Kataku, kaulah sahabatku yang terbaik.  
Katamu, kita akan menjadi sahabat sepanjang hayat kita,
di dunia dan di akherat,
dan moga Allah satukan di Syurga.
Usahalah, untuk ke syurga Allah, mungkin dengan persahabatan kerana Allah kita ini,
akan menemukan kita di sana.

Kataku, aku bukan seperti yang kau kenal dulu, 
aku kembali mengumpul mazmumah,
meringankan mahmudah.
Katamu, akan ku pimpin dikau wahai sahabatku
Menampal kebocoran mahmudah,
menceduk keluar mazmumah yang melimpah

Kataku, aku tidak sebaikmu
dan tidak layak mendekatimu pun
kerana dosaku..
Katamu, Allah itu maha mengampuni
Tadahkankan tanganmu, pohon keampunan
Taubat dan kembali membina keimanan dan ketakwaan
Bersama kita mencari keredhaan Allah

Berkati ya Allah, persahabatan kami ini.
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah.

Accik Cen
2 Jun 2012

Transfer dari FB Accikcen

TERLUPAKAH

Aku masih di sini...
menanti hari yg semakin mendekati..
tpi kekadang aku tk ambil peduli..
terus berpoya2 di sana sini..
menyangkakan usia ku masih muda lagi
sihat segala segi, lupa diri
lupa iktibar yg dilihat sendiri
lupa menyiapkan bekal untuk ke sana nanti.
lupa memohon ampun untuk dosa yg telah digelumangi..
lupa bersedia untuk mati ..


 Accik Cen
Ramadhan yg semakin meninggalkan kami.....
26 Ramadhan 1433

Transfer dari FB ku

Jus Asli 1001 penyakit

Cara bancuh (Transfer dari FB accik cen)
ACCIK CEN·MONDAY, DECEMBER 12, 2016
Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol.
Kalau anda dinasihatkan untuk buat Bypass Treatment atau Angiography kerana masalah injap jantung tersumbat......SABAR DULU....NANTI DULU.....Haaaa cuba makan penawar ini dulu. InsyaAllah, anda tak perlukan treatment tersebut.
Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat.
Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini. Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. Untuk makluman, saya pernah buat full medical checkup pada tahun 2009 sebelum bersara. Pada masa itu reading Cholestrol saya agak tinggi iaitu 6.3. Lain2nya semua OK & Normal. InsyaAllah, sebelum puasa nie saya akan lakukan satu lagi Full Medical Check Up. Saya akan update kan resultnya nanti.
Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.
(Bawang Putih dan Halia ditoskan atau direndamkan sekejap dalam air panas. Kemudian, ambil bawang putih atau halia yg ada sedikit air yang lekat padanya mesin menggunakan blender pembuat Jus iaitu yang air jusnya sahaja yg keluar dan hampas telah ditapis.
Anggaran dalam 2 kg bawang putih untuk mendapatkan satu cawan air jusnya. Bagitu juga dengan halia. Maksudnya disini, hanya pati jus yang diperlukan. Jangan dicampur air dalam blender.)
Cara Membuatnya
Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.
Sukatan Minumannya
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.
Supliment Tambahan
Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118
Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'

Ihsan dari Blog/Wordpress siapa tah..lupa...semoga Allah berikan rahmatnya pada yang kongsi ni.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...