Friday, August 4, 2017

Quran Hour 9 Zulhijjah 1438 / 31 Ogos 2017

Dari Mstar Online:

PUTRAJAYA: Bacaan al-Quran akan diperdengarkan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadah wukuf di  Arafah pada 9 Zulhijjah ini yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata program itu dianjurkan sempena World Quran Hour.
Beliau yang juga Pengasas Kumpulan Karangkraf berkata program itu bertujuan menggalakkan umat Islam membaca, memahami serta menghayati al-Quran selain mengadakan interaksi atau perbincangan mengenainya serta menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka. 
"Program ini akan menggalakkan umat Islam lebih mengenali dan mendekati Quran. 
Dengan ini kita boleh melahirkan umat Islam yang baik dan ia akan diterjemahkan dalam akhlaknya. Ini akan membuka mata orang bukan Islam bahawa Islam itu indah," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Beliau sebelum itu menghadiri taklimat persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.
Beliau berkata program yang diadakan sejak tiga tahun lalu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada umat Islam negara ini.



Al Quran
Keindahannya orang bukan Islam pun akui. Nikmati, dan amalkan. Kita sebagai umat Islam mesti lebih-lebih lagi mencintai Kitabullah ini.


Jom, baca, faham dan amal Al Quran.


Tuesday, June 27, 2017

Ingatan Tulus Ikhlas

Surah Annisa' (148 - 149)

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149)

Panduan untuk umat Islam.  Peringatan buat diriku yang selalu lupa.  
Apa  lagi rujukan kita selain dari Al Quran dan Sunnah yang Rasulullah s.a.w tinggalkan buat umatnya.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat semua yang melintas dan singgah di blog ini.

Wednesday, June 21, 2017

Berjimatlah di Hari Raya

Bangsa kita, bangsa melayu ini selalu membazir bila tiba hari raya kan.
Bazir duit, bazir masa untuk perkara yang tidak berfaedah.  Lepas tu bising kata tak ada duit.  Gaji sikit, Majikan kedekut, barang mahal.

Sebenarnya Allah dah bagi rezki yang mencukupi buat hambaNya yang bersyukur.  Sikit pun cukup sebenarnya.

Buat apa nak beli baju baharu, jika baju lama banyak lagi yang elok dan cantik.
Kita beli baju bila dah tak ada baju nak pakai.  Bila baju yang selalu kita pakai dah koyak.
Mesti ramai tak setuju dengan ayat tadi tu.  OK.  Fine.  Tapi tengoklah orang kita.  Bila ada orang kawin, beli baju baharu.  Bila nak pergi jalan, beli baju baharu.  Nak pergi dinner, beli baju baharu.
Bila buka almari, berlonggok baju-baju lama yang bukan makin kurang, tapi makin bertambah.  Akan dihisab ye, kalau tak digunakan. Sedekahkan lah baju-baju yang berlebihan itu. Jangan sedekah baju yang sudah koyak-koyak pulak. Rasulullah sedekah baju dia bila ada sahabat yang menegur bahawa bajunya cantik.  Sanggup kita?   :)

Contoh baju yang dijual .  credit untuk tuan gambo ni.  tq.


Ok.  Alasan, baju dah sempit. Memang lah kena cari baju baharu.  Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak beli.  Beli bila rasa perlu.   Apakala semua orang set minda, hari raya kena ada baju baru, ini yang buat orang ramai di pusat beli belah setiap kali perayaan ini.  Begitu juga dengan kasut baharu, beg baharu.

Fungsi baju adalah untuk menutup aurat.  Bukan pakai untuk orang puji kita.  Kalau ada pegangan ini dalam diri masing-masing, insyaAllah, banyak lah yang kita dapat berjimat dalam perbelanjaan kita sehari-hari.  Boleh lah menyimpan untuk perkara lain yang lebih diperlukan.  Bagi yang lebih kreatif, baju yang mungkin tak boleh lagi dipakai, jika diubahsuai (Macam rumah pulakkan..) mungkin boleh dipakai semula.

Kalau kita nak cukup dalam perbelanjaan kita, kita perlu menjadi orang yang bijak menguruskan wang.

Jangan membazir.

Satu lagi, jangan lah bakar duit.  Ye..bakar mercun, bunga api yang mahal-mahal tu, bukankah membakar duit.  Kalau nak tengok orang yang ada berlebihan duit, pergi lah cari tempat di mana kita mendengar bunyi mercun setiap tiba bulan Ramadhan.   IYE.....BULAN RAMADHAN !!!
Sebab kalau dahulukala, orang melayu main mercun pada malam raya, atau pada malam 7 likur.
Sekarang ni, anak-anak diajar, (atau kurang diajar) main mercun dari mula malam satu ramadhan lagi.

Di kala orang lain sibuk bertaraweh, anak-anak diluar telah mula meletopkan mercun.  Adat manakah itu?  Bukankah mereka itu dari keluarga yang kaya raya sungguh.  Mampu membakar duit begitu sahaja.   Sedangkan duit itu susah payah dicari.

Itu belum lagi yang membakar duit dengan menghisap rokok.   OK, tak mau bawa tajuk itu.  Sindri tahu lah.  Bukan setakat bakar duit tu.  Bakar nyawa sekali.

Monday, June 19, 2017

Ramadhan, ramadhan, ramadhan..usah pergi


Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujung. 
Puasa 29 hari untuk tahun ini.

Apa yang kita lakukan untuk menambah perbekalan ke akherat? Tambah pahala atau kurang mengumpul pahala, dik kerana kelalaian, dik kerana kedosaan, dik kerana kealpaan?

Apa yang kita dapat dalam kita melalui Ramadhan yang mulia ini? Apakah hanya sebagai laluan untuk bersukaria di hari raya?

Ada yang tidak berkesempatan bertemu ramadhan ini.  Ada yang hanya sempat sampai di pertengahan ramadhan sahaja.  Ada yang Allah beri nikmat melalui hari-hari sepanjang ramadhan. Tetapi tidak melihat dan menggunakan kelebihan ramadhan itu, hanya setakat untuk lapar dan dahaga.  Sedangkan ia sebenarnya belum pasti akan bertemu lagi bulan penuh berkat ini di tahun mendatang. Mungkin sempat, mungkin tidak.  Tidak lagi rasa kerugian kerana mensia-siakan anugerah Allah ini.

Apapun, Moga Allah terima dan merahmati kita sepanjang masa. Moga Allah masukkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman.  Moga Allah Ampunkan dosa kita.  Moga Allah masukkan kita ke syurganya dengan rahmatNya.  Moga dijauhkan kita dari azab nerakaNya..aamin, ya Rabbal Aa'lamin.



Perjalanan yang akan sampai ke penghujung pada bila-bila masa.

Thursday, June 8, 2017

Jangan Lupa: World Quran Hour 2017 Pada 19 Jun 2017



Shah Alam  -  Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung ma­sing-masing pada 24 Ramadan dan 9 Zulhijah ini sekali lagi menghimpu­n­kan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.
Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
Kempen World QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang) pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.
Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Wa­risan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.
Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.
Sumber dari KOSMO online pada 24 may 2017.

Ayuh....ambil bahagian .  Sekurang-kurangnya dari rumah atau pejabat masing-masing.  Jadikan Al Quran, teman dan panduan anda.

Tuesday, May 23, 2017

Pesanan buat anak-anak

Ayat 132 Surah Al baqarah


يٰبَنِىَّ اِنَّ اللّٰهَ اصۡطَفٰى لَـكُمُ الدِّيۡنَ فَلَا تَمُوۡتُنَّ اِلَّا وَاَنۡـتُمۡ مُّسۡلِمُوۡنَؕ


Maksud firman Allah:
Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam. (132)
(Pesanan Nabi Ibrahim as dan Nabi Yaakub as kepada anak-anak mereka)

Mudah-mudahan anak-anakku akan menjadi anak-anak yang hidup berpandukan Al Quran dan Sunnah.  Yang akan mendidik diri dan keluarga mereka untuk berbuat amal soleh dan meninggalkan larangan Allah. Moga mati kami dalam iman.  Di akherat kan dimasukkan dalam golongan orang beriman jua. Aamin.

Friday, April 14, 2017

Ketawa di dunia, menangis di akherat

Rasulullah s.a.w. ketawanya hanya menampakkan gigi..tiada mengeluarkan suarapun..
tidak sampai terbahak-bahak.

Orang yg beriman itu sangat takutkan siksa neraka, Tidak sanggup
untuk ketawa di dunia..kerana takut ia menangis di akherat. Nasibnya belum tahu.
Banyakkan menangis di dunia kerana setiap titis airmata akan membantu kita di akherat.
Banyak ketawa, menggelapkan hati ..

La tadhak katsir wahai sahabat..ketawa melalaikan kita. '
Tidakkan membantu apa-apa di sana nanti. Ye..Air liur yang menyembur ketika ketawa tidak
membantu kita memadamkan api neraka, seperti mana air mata.

Tetapi senyum digalakkan dalam Islam. Senyumlah selalu, kerana pada senyum itu ada sadaqah.
Ada pahala. Ada hasilnya. Pahala dan ukhuwah. :)

Sunday, March 12, 2017

Resepi Simpanan

Subuh ni mengemas rak buku.  Jumpa lah kertas kecik yang ada tulis resepi beberapa masakan.
Dah berapa kali hilang resepi ni,  Biasalah, tulis kat kertas..selit entah mana-mana.  Lepas tu pernah juga taip dalam word atau note pad..bila cari tak jumpa...aduhaiiii.
Jadi, jalan paling selamat setakat ni, meteri kan dalam blog sendiri...kannnn.  Selagi blogspot tak tendang nama accik ni..selamat lah bersemadi resepi ni kat sini.  Sesekali nak guna, boleh jengok kat sini.  Orang nak share pun boleh.
Lepas ni boleh buang dah kertas ni.  Mengemaskan...kena compress betul-betul barang-barang kita.

Resepi 1,
Kek Coklat Moist Kukus.  (Di share oleh Puan Lin satu ketika dahulu)

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak / butter
1/2 cawan susu manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikabonat
3 biji telur

Cara-cara
Masukkan koko, gula, susu, susu cair, susu manis & minyak ke dalam periuk.  Masak atas api kecil hingga larut
Tutup api biarkan suam.  Ayak tepung...
alamak...nota ni sampai sini je...huhu..to be continue bila dah jumpa catatan asal fotostat Pn Lin..hahha..boleh?


Tart telur

Kulit Tart
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter (125 gm kerat dua)
2 biji telur

Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
Aikk...ni pun sampai sini je?  betui ka nota ni...(ni lah akibat selalu buat kije tak habis.)

Apam Bunga

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3 biji telur
1 cawan aiskrim soda
1 sudu besar ovelette
Kacau hingga kembang.  Masuk dalam paper cup.  Kukus dengan api bosa.  Thank pada yang beri resepi ni.  (Anizalin kah?)

Sekian.  Untuk simpanan sendirik.  Nak kongsi pun boleh...haha.. (catatan yang sekerat..sambung sendiri)
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-