Friday, December 4, 2020

Sama-sama kita tempah syurga


 Sangat sedih bila kekadang kita terlupa untuk mentaati perintah Allah dan melakukan laranganNya.  Kutujukan pada diriku juga.  

Aku dah banyak kali hilang kawan kerana menegur mereka.  Mungkin caraku tidak berhikmah.  Maafkan aku kawan. Padaku, aku menggunakan lidah ku untuk menegur, jangan nanti aku disoal di akhirat kerana tidak saling mngingat. 

Aku memang silap apabila melarikan diri dari kawan-kawan kerana takut nanti aku menegur lagi dengan cara tidak berhikmah. Lantas, retak persahabatan, lalu aku hilang lagi seorang demi seorang.  

Jadi, langkahku meninggalkan kawan-kawan setelah puas mengumpulkan mereka, pada aku, hanya untuk menjaga persahabatan kami. Takut nanti aku melukakan hati mereka lagi, kerana mereka semua tidak mengenali aku. Dan aku sering terlepas cara menegur yang tidak betul. Maafkan sekali lagi.  

Sekarang, aku hanya mendoakan dari kejauhan.  Moga kita semua dalam petunjuk Allah sentiasa, moga kita didorong untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.  Moga kita menjadi hambaNya yang mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.  Moga Allah bagi kekuatan pada kita semua.  terutama aku, yang sebenarnya sangat belum sempurna Islam ku. Tapi ingin iman menjadi milikku, takwa pakaianku. Doakan aku juga wahai sahabat. Tegur aku jika tampak aku terleka.

Umur kita semakin dekat dengan penghujungnya, yang boleh ditamatkan bila-bila sahaja, mungkin sesaat lagi, mungkin seminit, mungkin sejam. mungkin sehari lagi.mungkin esok, mungkin lusa... mungkin tahun hadapan, manakah bekalan kita untuk perjalanan akhirat yang tersangat jauh dan kekal abadi.

Yang kita harapkan, kesudahan yang baik. penghujung di kala kita dalam mentaati Nya. Membuat kebaikan. Bukan ketika atau sedang berbuat mungkar. 

Thursday, November 26, 2020

Peringatan untuk Artis dan semua Muslim


 Untuk dikongsikan bersama.  Bukan hanya untuk artis, tetapi untuk kita semua. Muslimin muslimat khususnya. Bagaimana kita hendak menyampaikan keindahan Islam itu dalam masyarakat kita, jika kita sendiri tidak memahami ISlam sepenuhnya.  Tuntutlah ilmu untuk mencari kefahaman dan untuk mengingatkan kita.  Amal dari Ilmu. Tanpa Ilmu, amalan tersimpang.  Amalan tanpa ilmu mengundang kesesatan dan boleh menerjunkan kita ke neraka.  Ilmu tanpa amalan juga lebih menerjunkan kita ke neraka jahannam.  Nauzubillahi min zalik. Belajar dan beramal lah.

Wednesday, March 4, 2020

Apa nak jadi lah negara ni..


Saya bukan pengkritik politik. Hanya rakyat marhaen.
Apa pun kemelut yang sedang melanda negara ini, mari sama-sama kita doakan
Moga negara ini akan aman damai, terus bersatu padu, maju rakyat, maju ekonomi.

Tidak mendapat pemimpin yang bermain politik kotor, yang makan rasuah, salahguna kuasa dan
mementingkan diri sendiri. Apa lagi ciri-ciri pemimpin yang tidak patut ada.....moga tiada pada pemimpin-pemimpin kita sekarang dan akan datang.

Apa yang negara ini perlukan, pemimpin yang bertakwa, bijak dalam memajukan negara dan menyatupadukan rakyat di samping menjaga keharmonian, berintegriti, menambah hasil dalam dan luar negara, dan yang paling penting, mengutamakan agama Islam dalam hal kepimpinan dan pentadbiran negara. Jadikan apa yang Rasulullah dan para sahabat lakukan sebagai panduan dalam mempimpin. Lihatlah bagaimana empayar Islam dibangunkan ketika itu.  Runtuhnya sesuatu kerajaan itu apabila telah ujud rasa tamak dan haloba dengan dunia dan kuasa. Itu yang nyata, yang berlaku di mana-mana kerajaan kecil atau besar.
Kepimpinan melalui tauladan. Pimpinlah negara ini dengan berpandukan Al Quran dan sunnah.

Apapun, ingat sentiasa,   Kita mentadbir, Allah mentakdir.

Semoga Allah kembalikan kemakmuran dan kesejahteraan negara ini, dan menyatupadukan para pemimpin yang akan mentadbir negara tercinta kita ini.

Pemimpin bersatu, negara maju.

Wednesday, January 8, 2020

Bacalah Al-Quran

TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%, TOLONG SHARE YA SAHABAT

*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
 
*"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *Al-Quran*,  maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*
 
"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT*
Copy n paste

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...