Friday, August 30, 2013

Makanan Hari Raya

 
Jamuan hari raya macam-macam ada...
 
 
Hari ni 23 Syawal bersamaan 30 Ogos 2013. Masih ada yang buat rumah/opis terbuka, makan sana sini lagi. Macam-macam ada..untuk dipejabat accik ni, dari tahun lepas lagi, macam-macam nama diberikan pada makanan-makanan yang di sediakan..Lemang intan baiduri lah, Rendang Ayam Den Lopeh lah, Ketupat Daun Kering, Cup Cake Rama-rama Pulang Petang, Satey Pukul Sepuluh, dan maciamm-maciammm lagi... huhu..
 
Tapi accik tak berapa nak makan... ala kadar je. Memang tahun ni raya accik sangat mengawal pemakanan, sebab lepas raya accik kena gi check tekanan darah yang tak tentu arah sekarang ni.  Nak elak mendapat gelaran pemakan ubat darah tinggi yang tegar...
 
Moga Allah kurniakan kita kesihatan untuk jalani penghidupan ini dengan sebaiknya, menjalankan perintah dan menjauhkan larangan Allah seperti sepatutnya.  aaamiin.

Monday, August 26, 2013

Misi mengecat



Burung belatok kepala merah, panggil datuk, nenek marah....  
Ingat lagi kan pada lagu masa kanak-kanak dulu. 

Sambil mengecat pagar kemarin, terpandangkan burung belatok ni di pepohon manggis di luar pagar. Terpengaruh dengan gambar-gambar burung di blog Zul Ya , terus capai video cam yang dah jarang-jarang digunakan dik sebab masalah teknikal...letak atas tembok yang sedang dicat dan bersedia menanti peluang ambil gambar yang agak-agak menarik.  Ini je lah hasilnya.  Habis camera kena cat...hehe.



Gotong royong bersama anak-anak kemarin, berjaya selesaikan misi yang sepatutnya sebelum hari raya.  Apo nak dikato.. Alhamdulillah. Baru coating.  minggu depan balik kampung lagi, sambung misi.  insyaAllah.



Wednesday, August 14, 2013

Satu hari di hari raya

 
 
 
Sudah lama tak update pasal anak-anak kat sini.  Mereka dah semakin dewasa dan belajar tentang kehidupan satu persatu.  Mereka telah melepasi alam kanak-kanak yang menyeronokkan.  Mereka telah lalui zaman persekolahan dari satu peringkat ke satu peringkat hingga ke peringkat yang boleh dikatakan tinggi.  Kini ke semua mereka telah tamat pengajian.  Yang terakhir, anak yang bungsu pun baru sahaja menamatkan pengajian.   Tunggu praktikal & majlis graduasi sahaja lagi.
 


Keluarga kecilku.
Tahun ni bergambar ber5..dgn nenek, tahun depan mungkin ber6 atau ber7? aamin..
(anda pasti umur anda akan ada lagi tahun hadapan?)
 
 
Dah boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah. Banyak fasa-fasa yang telah dilepasi.  Masih ada fasa lain yang menanti di hadapan. Lepas ni, mereka sedang/akan lalui alam pekerjaan dan alam rumahtangga, alam mendidik anak, secara umumnya alam penghidupan dunia yang pastinya menjanjikan ujian tanpa henti. Bukan seperti zaman persekolahan, ujian mengikut semester. 
 
Sementara ummi nya .....  sedang Menanti Alam Barzakh....  Moga Allah berikan penghujung penghidupanku dengan husnul khotimah..  aamin.
 

Tuesday, August 13, 2013

Jenayah semakin subur

Janda nyaris maut ditembak
Pengusaha kedai makan ditemui mati
Mati berpelukan di dasar kolam
Kerani sekolah mati kena bom
Guru mati kena tembak
Guru mati ditembak di Kulim - Kes tembak guru kedua dalam dua minggu

Ini antara tajuk muka depan akhbar-akhbar sejak akhir-akhir ini.
apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia era modern ini?
Semakin berani melakukan jenayah secara terbuka. Bunuh pulak tu bukan cikai2 punya bunuh.  Bukan macam orang dulu-dulu, pakai tuju-tuju, seher, atau bagi racun.

Tapi macam yang dalam tv atau filem-filem box office. Tembak ditempat terbuka, bako, semelih, cencang.  Bom kebabommm..!!!

Mungkin bukan orang Malaysia yang melakukannya.  Adakah pendatang-pendatang asing yang menjadi pembunuh-pembunuh upahan tersebut?  Hmmmm...atau pengaruh dari cerita-cerita TV dan filem-filem luar? Mudah nak ikut kan? Bunuh orang pun macam potong ayam je. Macam lapah lembu je.

Dulu pun jadi jugak kejadian bunuh-bunuh ni.  Tapi tidaklah sekerap sekarang.  Hari-hari ada orang mati kena bunuh masuk dalam akhbar, masuk dalam tv.  Teringat dulu, yang paling ngeri, kejadian pembunuhan ngeri oleh Mona Fendi & the gang.

Dannnn...  kategori ngeri lagi, kes Altantuya.... dah start orang Msia main bom nih... 

Dannn... kes pembunuhan jutawan kosmetik, Allahyarhamah Sosilawati.. kena bunuh dan bakar tinggal abuk je.  Abuk pun payah nak carik. Ini orang Malaysia sendiri punya kerja. Orang Malaysia dah semakin hilang hati perut. Perikemanusiaan dah semakin pupus.
Buang bayi perkara biasa.
Lagi yang kerap berlaku dulu, rogol dan bunuh. ...memang banyak kes.  Banyak yang tak keluar surat khabar.

Murahnya nyawa manusia sekarang. Murah dan mudah cara ia diambil. 



Mungkin banyak lagi kejadian bunuh tapi tk masuk surat khabar.  Tak masuk tv.  Kann???

Pembunuhan, kekejaman, telah berlaku dari zaman Nabi Adam lagi.  Kan.. tpi sekarang makin teruk la pulak.  Orang sibuk berhari raya, penjenayah2 tu sibuk buat kerja malaikat Izrael..mencabut nyawa. Isk3x...sudah2 lah.

Mari kita didik rakyat, didik anak2 kita dengan didikan sempurna.  Berlandaskan Al Quran dan sunnah.  Jauhkan anak-anak dari aktiviti tidak sihat. Dari kawan-kawan yang cenderung melakukan perkara sia-sia. Pemimpin memainkan peranan utama juga.  Jangan jadi pemimpin ala2 dalam cerita Hindustan.... Mentri sahab yang penuh korupsi dan sanggup buat apa untuk kuasa dan harta. Nanti rakyat ikut sama....huhu... 
Jauhi dan peliharalah aku dan ahli keluargaku dari kekejaman dunia dan akherat ya Allah...

Pesanan untuk pembaca yang membaca rapuan accik ni..   jaga diri baik2...moga anda tidak menjadi mangsa seterusnya....  aamiinn...

Jauhi hutang, jauhi permusuhan, jauhi penyeludup, jauhi pencuri, jauhi judi, jauhi perebutan harta, jauhi ..jauhiii...jauhii chawla...err...

Sekian.

Selamat Hari Raya 1434H

Ramadhan dah berlalu. Syawal kini menjelma...sebulan puasa, raya pun kena sebulan kata orang melayu.
Hmmm... main mercun pun sebulan. Ber open house sebulan.  Tapi solat terawehnya tak sampai 2 minggu.

Helooo... raya eid fitr ni cuma sehari je sebenarnya.  Takbir raya sehari je. Yang kena dilamakan, amalan berpuasa tu.. berpuasa perut, puasa mata, puasa mulut, puasa telinga, teruskan mbaca Al Quran. menjaga hati, menjaga makanan, bersedekah dll amalan mulia sepanjang Ramadhan.


Perjalanan kita masih jauh.

Kita ni sepatutnya, sebulan training berlapar dahaga, membersihkan hati dari sifat mazmumah, makanya, akan menjadikan kita insan yang bertakwa kepada Allah.  Merendah diri, makin mendekatkan diri dengan Allah. Mencintai Allah dan RasulNya.  Renung2kan lah.  Apakah membuahkan hasil puasa Ramadhan kita kali ini?  atau masih sama seperti tahun2 lepas.

Peringatan untuk diri sendiri ..

Maaf Zahir Batin untuk semua.  Moga Allah terus beri kita taufiq & hidayahNya. 
 
 
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-