Hujung minggu lepas acik sangat penat. Tapi seronok. Menyebabkan blog ni bersawang, tak larat nk update..kunun, alasan manjang.
Apa tidaknya, dari malam sabtu, acik dengan kenkawan udah bergelandangan mengarah ke sebelah Damansara. (Bergelandangan dalam maksud Melayu - Indonesia : berjalan tanpa arah) tapi acik ni mempunyai arah...cuma tidak dirancang rapi.
Asalnya mahu melawat kawan di TTDI itu...dan menghabiskan masa bersama-samanya setelah setahun tidak bertemu. Sebenarnya...(eh...tdi dah kata 'asalnya') ada sorang kenkawan Geng PokPek kami yang mengirimkan kek lapis nya untuk kami makan bersama. Anggota kumpulan ini ada dalam 7-8 orang (yang aktifnya) ..kami bersama berkenal melalui ruangan Forum Kedai Kopi (KK) sejak dari tahun 1997 lagi. Dari anak kecil2 hingga memasing dah besar panjang. (Namun masih ada yang produktif melahirkan lagik yg kekecik!)
Jadi, malam sabtu itu, acik dan kak iza dari Serdang, meredah malam, mencari jalan menuju ke Damansara untuk tiba di TTDI itu. Tak sesat tk sah kan? Akhirnya, kami berjaya berada di jalan yang benar. Cuma dah penghujung, dah dekat nak sampai, kami di bantu oleh penunjuk jalan yang di upah oleh tuanrumah. Sungguh berhemah pemanduan pemandu jalan tu, hingga acik rasa kereta acik da jadik cam Knight RIder, terbannnnngg...mekasih banyak la. Kalu tk, mesti subuh nnt baru kami sampai.
Setelah tiba, kami buatla apa yang patut..borak2...makan2... Pastu, tetiber tuan rumah, si Saloma, ajak kami gi poyer2 kat Uptown Damansara. Hmmm..bulih gak. Acik tk pnah pegi lagi Uptown downtown ni...ada la, sekali dulu gaknya, kat Kajang...ke Bangi gaknya..tk ingat lak..errr..
Jadi kami di bawa la ke tempat itu... tak ada yang menarikpun. Kami hanya mencuci mata, menambah dosa...huhu.. tengok dangduttt....
Paling menarik persembahan sorang yang nampak macam cina, tapi nyanyi lagu Industan... ZIndagi, eksafar hai suhanaaa.... hehehe...
Tak lama pun kami merayau nengok2 orang dan barang kat situ. Loma cuma nak datang lagi sebab nak otter sluar jeans dia nnt. kat sorang mamat kat situ. Lelain bembarang atau orang tidak menarik hati kami.
Balik rumah Loma dah larut malam. Acik manjakan diri atas kosi urut dia hingga (sengaja) tidur kat kosi tu sampai pagi.
Pagi-pagi lagi, kami laksanakan rancangan seterusnya, yg sepatutnya dinamakan 'jogging' tapi betukar jadik
'Possing' di Lake Garden'. Konon memula nak gi jogging kat Kiara mana tah...jauh lak jadinya. "ala..sesekali.." kata si Loma.
Selesai jogging, cecepat balik, gi carik sarapan sampai ke Sg Penchala, tapi akhirnya balik semula ke TTDI, beli roti canei tosei bagai, kat sinun je. Kemudian cecepat balik sebelum terlanjur, sebab anak si Loma nak menghadiri Majlis Hari Jadi kawannya di KGCC ke ..aper tah nama golf club tu.
Kemudian lagi, tetiba kak iza dapat panggilan dari suami dia, suh hadirkan diri di satu kenduri kahwin. waaahh..apa lgi. gantung periuk la kitorang. Tpi, manader bawak bajukan? Loma pun dgn gigihnya memunggah lemari mencari baju zaman kenangan silamnya...Hah!! jumpa sepasang untuk kak iza dan sehelai kain skirt untuk acik padankan dengan blouse acik...boleh la tu...
Makan-makan sampai kenyang (kenyang makan roti canei tak hilang lagi..huhu) kemudian tunggu perantiin, lepas tu pegi ambil anak Loma semula. Sudah pukul berapa....3petang barangkali. Semua sudah keletihan. Balik semula ke rumah Loma di TTDI...acik masih berangan untuk merayap di Ikea ...tpi tgk semua orang udah tdo...hmmm ...tak pe la...acik intai kejap Facebook...diorg pun tk jadi tdo, melayan facebook sesama.
Kemudian teringat kawan sekolah rendah acik, Noriah yang acik ingatkan duk di TTDI...rupa-rupanya udah pindah ke tempat lain yang berhampiran Sg Penchala. Loma menawar diri untuk menemukan acik dengan teman lama itu. Hmmm..apa lagi...dalam pukul 6 petang, kami terjah dengan appointment ke rumah Noriah. Seronoknya...dpt ketemu setelah 35 tahun tidak bersua muka...asik cerita jumpa kawan lama je kan.
Yang seronoknya,, dapat jumpa emak Noriah sekali. Sgt mesra alam, walaupun dah tampak uzur dalam usia sekitar 87 tahun. Namun ingatannya/memory nya amat mengkagumkan. Malangnya, dia ingatkan acik ni adalah emak acik..heheh..sipi je tu makcik...sbb dah lama tk jumpa kan..kiranya sepatutnya, acik lebih mudah la dari yg duk di depannya ketika itu..hehehe.. Lagi seperkara yang menyentapkan, Makcik tu tanya, "Dalam perut tu ada isi ke?? " errrkk.....ala makcik Jah, jgn la cakap centu....minggu ni acik akan menggigihkan diri untuk buat sit up okeh..!!
Setelah Noriah bawa kami melawat rumah barunya yang bagaikan mahligai kencana itu, kamipun bergerak pulang, dengan janji, lenkali kami akan datang bawak swimming suit ...blh brenang kat pool rumah dia tu..hehhe ..(just joking)
Hari dah malam...di mana Ikea ku??? tak sempat nampaknya. Kena trip lenkali. Tunggu kedatangan satu eh...dua lagi geng pokpek kami datang..akhirnya sampai ke tengah malam kami behoyeh2. Acik udah stress nak balik.. tk sesabar..nk sampai ke rumahku syurga ku...maka acik paksa juga kak iza ikut acik balik tgh malam tu. Mana boleh acik balik sorang..? Nanti sampai Ipoh, saper nak tunjuk kan acik jalan pulang???
Itulah ceritanya ujung mingguku yang seronok gilo...sampaikan nak sms orang pun asik tesalah tekan je. Sebab taip sms sambil beburak..hehhe..
Sekian. Tahniah acik, sebab berjaya update dalam keriuhan gegaran gempa bumi kat opis nih...