Sunday, March 28, 2010

Jom join Ekiden Run 2010

Maklumat lanjut di http://www.hooha.asia/index.php?option=com_chronocontact&Itemid=202

Saturday, March 27, 2010

Cinta Pertama

Ini ler lagu yg selama ini ku cari merata alam...akhirnya berjaya juga kutemui... kisah? tidak ada kisah...cuma rasa jiwang sendiri bila dgr lagu ni. .. Pertama kali aku mendengar lagu ini tika usiaku sekitar 11-12 tahun, kalu tak silap..masa tu dan sehingga hari ini, di mana aku menemuinya di You Tube, aku mati2 menyangka ianya dinyanyikan oleh Christine Hakim, pelakun popular Indonesia jaman 70an itu...memandangkan dia adalah heroin dalam filem tersebut. Rupa-rupanya alunan suara Anna Manthovani yg aku tk pnah tau pun ujudnya nama ni. Ketika itu, tk ingat pulak, aku dah ada TV ato belum kat rumah...ato aku nompang tgk kat umah jiran sebelah...ceritanya syahdu bangett...walaupun masa tu aku hanya budak ingusan, tapi aku amat meminati lagu ini, dan aku hafal liriknya hingga ke hari ini. Itu satu kelebihan aku...yg tak patut ada pun...huhu. Tu duuuuluuu... masa tu mudah menghafal. Dah banyak umur ni, nak mengafal satu baris lagu pun payah...tengok je la masa join koir kat office tuh.... suh hapal lagu mudah2pun, payah benar. Otak udah berkarat gamaknya. Apa lagi la nk hafal ayat Quran.... hati kena bersihkan semula...InsyaAllah boley... Macamanapun, aku minat Christine Hakim nih belakun. Minat tang apa tak tau la. Tapi minat zaman tu la... Pernah ku katakan, sejak usia meningkat ini, aku amat meminati lagu yang slow, sentimental dan lagu lama jaman 60an, 70an. Hingga kat opis, kawan-kawan akan kembang tekak klu aku pasang kat PC tuh. Aku pedulik haper....hehehhe Hingga satu hari tu, nyaris si Nurul nak bawak kapak, pauk komputer anak gajah aku ni... ada braniii kaa? Sekian.

Tuesday, March 16, 2010

Berubah arah

malam ni senornya nak gi brenang. Dah siap pakai baju renang dalam kat belah dlm... Acik pakat ngan Lyn. Memula nak gi joging cam semalam*...tpi pehtu si Nurul beriyer2 merayu ngajak gi brenang. Maka kami tukar plan dari gi padang, pegi ke kolam kononnya. Itupun dengan ayat berlapis/berlapik : buatnya ujan, kolam pun tak dpt, padang pun telepas. Bila jam dah nak menunjukkan pukul 8 malam, acik pun kelam kabut bersiap. Lalu meluncurkan kereta ke kolam renang biasa kami. Dan cam biasa, bila sampai, kami trus ke bilik kaunter tiket... tpi adik kat situ, senyum2, kata, "Kolam tutup kak. ...!! Sampai minggu depan!" Adeiihh...lalu acik pun balik dan menukar pelan dengan berenang di atas katil sahaja. Hmm..best gak....wakakakka.. Peristiwa yang sama berlaku pada Lyn dan Nurul ketika mereka sampai ke kaunter adik manis tuh...dan smua mereka ketawa sendiri terkenang pada ayat berlapik tuh.... haaa...fadan muka... tak eksesais la kita arini....muahaha.. *semalam acik joging dgn Lyn, setelah sekian lama tk berjoging....sebab tadek kawan...(patot plk!!!) Masa kat tempat jogin tu, kami tekejut, udah ada tempat eksesaiz yg dibina dik PJH untuk pengunjung taman itu. Acik dgn Lyn pun dengan bersemangat mencuba segala peralatan yang disediakan itu. Rowing machine, Air walker, Leg Press, self weighted rower , Tai chi spinner dan memacam nama lagi. Akhirnya kami mencuba Air Walker ni... rasa sungguh selesa. Lyn guna, acikpun guna. Tapi, bila kami turun je dari mesin nih.... kami rsa dunia ni cam ada gempa....pitam bepinar2 rsanya...aduyaiiiii....serik rasanya naik mender ni.... Memula memang seronok...rengan...relaks....tpi bila dah abih.... nak pensan rasanya.. Agaknya sebab aper tu ye... tekanan darah kot??? huhu...atot acik...

Friday, March 12, 2010

Hujung minggu yang ceria

Hari sabtu lepas Cawangan acik telah anjurkan Hari Keluarga sesama kami bersamaAntara hadiah yg hempas pulas kami membungkusnya 2 hari 2 malam..
Cawangan jemputan khas, Pra Perkhidmatan dan bekas2 staf kami bertempat di Port Dickson.
Pemandangan dari atas penthouse kami.
Menarik dan riang memang gembira semua yang ambil bahagian kecuali
(sorry...ayat tergantung, sebab ketika mereka bersukaria itu, acik merayau2 tak tentu hala ke sekitar PD dengan sorang mantan pegawai acik)
Sabtu petang itu, cuaca amat indah....panas tu memang la....Syukurlah sebab tak hujan. Program bermula pukul 3.30 petang. Acik kira, suara-suara peserta Hari Keluarga kami ini telah menggamatkan pantai di hadapan Sunshine Bay / Astana Beach Resortpetang itu...hingga habis ikan-ikan pun bercempiaran lari mencari lubuk-lubuk dalam untuk menyembunyikan diri. Peserta berjumlah lebih dari 100 orang. Meriah kan...
Gambar diambil dari tgkat 13
Jap..acik curik gambar masa diorg besukaria tanpa acik tuh..
Gambar Ihsan dari Adam the Photographer
Sebahagian dari peserta yang bergambar.
Malam nya pulak program BBQ dan cabutan bertuah....sepanjang pantai tu, penuh rupa nya org ber BBQ. dan group kami paling ramai...siap krusi dan set karoke...
Apa yang acik seronok, penthouse yang kami sewa, amat selesa. Dengan pemandangan yang indah dari beranda dan setiap tingkap yg ada di apartment tingkat 13 itu. Tiga belas??? ye...13. !!! Rumah acik tgkt 13, opis pun tingkat 13, bercuti pun duk tingkat 13.... Nothing with the number okey...!!
gambar swimming pool di resort ini ihsan dari kamera orang lain (Pn Rohaya) dari jendela apartment diorg. Malam itu acik tdo dengan tidak lenanya...huhu....sebab.... sejukkk .... aircond yg sejuk terlampau...tdo berdua dengan opismet acik, si Ju....yg kurus...dan acik yg kurus gak...errrkk... Bangun bagi ingatkan nk tgk matahari terbit...tpi awan menebal....dan bila nk turun ke pantai, hujan turun dengan lebatnya.
Ni gambar matahari terbenam dari balcony penthouse.
Acik tolong urusetia membuat persediaan untuk 'Pemburuan Harta' (Treasure Hunt)..dalam hujan yang kejap lebat, sekejap tk lebat, sekjap berhenti tu...lepas sarapan barulah treasure hunt bermula....hehhe...meriah tgk diorg mencari reter ...hamper da....
Gambar orang terbang mesti ada .... gambar ihsan dari Adam
Sementara acik curi ambil dari balcony tingkat 13... Acara kedua terakhir.... memasing lepas gian naik Banana Boat... Acara akhir...menerjunkan diri-diri ke dalam swimming pool...

dannn...satu2nya gambar acik yg ada sepnjang family day itu..mengharapkan kegembiraan..

Wednesday, March 10, 2010

CINTA YANG TERPILIH

Malam itu Warda tidur dengan dada lapang. Dia tidak mahu memikirkan hal yang selama ini membuatkan hatinya tidak tenteram, yang menjadikan langit dan buminya tidak tentu arah... yang membuatkan ingatannya selalu sahaja bercelaru. Ya ALLAH, limpahilah aku dengan kekuatanMu. Iringilah langkah kaki dan niat hatiku hanya ke arah kebaikanMu. Dunia ciptaanMu ini penuh dengan rahsia. Ia sarat dengan muslihat. Kadang-kadang semua itu kelihatan baik sahaja, padahal ada sengketa, ada musibah di akhirnya...! Ya ALLAH, dendam lelaki itu hanya mahukan diri aku. Ambillah aku jika betul aku hak dia. Tapi jika aku bukan hak dia, serahkan aku kepada lelaki yang lebih berhak memiliki aku. Lelaki itu adalah suamiku. Lelaki itu adalah Zahim! Ya ALLAH, aku tidak akan membenarkan nafasku, degup jantungku mengalirkan darah hasad dan dengki. Aku bukan bersikap lepas tangan jika memang benar aku dipihak yang betul. Jika sungguh abang Ashaari itu bagaikan putera sakti, aku mesti hapuskannya! Dia tidak boleh silap menggunakan kuasanya. Benar, ingatan ini jahat Jangan fikir ia akan berakhir Ini bukan angan-angan, bukan memori Masa lalu adalah api, membakar semua mimpi Kamu adalah sejahat insan Yang menolak aku ke gaung sengsara Kamu adalah sebaik insan Yang menarik aku kembali ke dalam diri Aku mahu buang semua ingatan terhadapmu Tiada dalam hati, tiada dalam naluri Engkau sepatutnya mati…! Kenangan kini sudah pergi Sudah tawar dan tidak ada rasa lagi Betul. Betul. Betul Engkau sepatutnya mati…!

Acik :
Menarikkan...sahdu sungguh novel keseploh yang dilahirkan oleh Sri Diah ini....
Siapakah Warda? Siapakah Zahim (suami dia la ekk..)..dan saper pulak Putera sakti bernama Ashaari tu...Kenapa Warda nk hapuskan dia klu dia salah guna kuasa... ?? Sejauh manakah kuatnya kejujuran Warda pada suaminya tu..? mmmm...mari kita lihat ketabahan wanita ini mengharungi ujian yg menduga ketabahan dan kesabaranya ini.
Kepada peminat-peminat novel, jangan lupa dapatkan novel ini di pasaran. err....belum ada di pasaran...bru kuar dari kilang. Mungkin akan di lancarkan pada Pameran Buku Antarabangsa KL (PBAKL) pada 19-28 Mac 2010 nanti.
Haaa..sesaper yang berpeluang ke sana nanti, jangan lupa bertemu dengan penulisnya, Sri Diah nih..... kim salam acik kat dia..hehe..
Kepada penggila novel tempatan, khas buat Eilawaniey di Cork Ireland, jgn lupa suh sesaper belikan untuk tambah koleksi novel...or..maybe the writer herself can post it to u... :)

Sekian. Nanti acik edit lagi entry ni klu rajin...ahaks... nk tnya Sri Diah lagik. Sinopsis selanjutnya.... sebelum membuat keputusan membeli dan membacanya... di sini.. Sri Diah notes

Tuesday, March 9, 2010

Makan tak?

Semalam kawan acik bagi sepastik gula2 dan jajan....temasuk coklat dalam plastik yg brand Chok*2...

Rasanya ramai juga antara kita yang suka gak cam budak2 makan....isap atau gigit pastik tu untuk kluarkan coklat tersebut.

Gambar entah anak saper...amek dari makcik gugel. Thx Google.com

Sorry la...acik bukan nak sabotaj kilang coklat tu. Tapi acik tepikir, apakah kebersihan dalam kilang tersebut terjamin? Adakah coklat2 yang telah terbungkus itu, disimpan di tempat yang selamat dari haiwan seperti tikus, kucing atau anjing? Sebab anak-anak kita makan sampai menggigit2 luaran plastik tersebut....

Pernah gak terbaca tentang kisah kematian disebabkan racun kencing tikus di tin minuman yg diminum tanpa mencuci tin minuman terlebih dahulu. Ntah betul entah tidak, wallahualam...

Itu yg acik tepikir pulak, camner ye...klu kat kilang coklat tuh, tikus merayap2 kat atas coklat2 yg sedang menanti untuk dibungkus dan diedarkan ke kedai2... mungkin di kilang terjaga bersih, di proses, terus masuk dlm pack besar2...tpi di kedai??? kan banyak lipas, banyak tikus gak...? huhu.... kekadang kita perlu think negative gak...semua tu kemungkinan berlaku.

Jadi...untuk lebih menjaga kesihatan kita dan keluarga kita, eloklah basuh dahulu bekas/plastik tempat isi makanan yg nak kita atau kluarga kita makan. InsyaAllah akan terpelihara kesihatan kita...kerana kita tidak tahu, apa yg berlaku kepada bungkusan tersebut sewaktu di simpan di gudang kilang.

Sekian, untuk hari ini.

Saturday, March 6, 2010

resah gelisah

apabila jiwa rsa tdk tenang...resah, gelisah, ...maka banyakkanlah lagi zikirullah. Allah maha mendengar, apakala hambanya dilanda permasalahan. Setiap yang bernyawa telah disediakan santapan ujian demi ujian untuk menjadikan diri mereka makhluk yang kuat dan tabah.

I'll be at PD on 6 - 7... ntah gmbira, ntahkan tidak...... entahlaaaaaahh...

Wednesday, March 3, 2010

Menjahitlah....

Minggu lepas balik kampung. Ingat nak mesin rumput. Rupa-rupanya rumput tk tumbuh. Sebabkan terlalu panasnya cuaca.

 Maka bercuti lagilah mesin rumput acik tu. Lalu acik buat benda lain pulak. Jadik supir emak acik, gi bawak dia repair mesin jait kat Seremban. Hmmm... kejap je ....mesin tu pun dah ok. Pasni emak acik boleh sambung menjait baju2 anak cucu dia lagik.... errrr...

I tell u, mang klu sapa yang tawu menjait, amat besar keuntungannya, memandangkan upah menjait sekarang, amat lumayan. Selalunya berlaku, harga upah menjait, jauh mahalnya dari harga kain. 

Baru-baru ini, Chaiyok bagi acik kain ela sepasang. Harga kain tu, 7.90 sepasang. Ngkorang raser aarr.... untuk upah menjait cikai2nya baju...baju kurung, brapa agaknya untuk kain tersebut? RM30???? stended la kan.. Moga Allah terus berikan penglihatan dan kemampuan pada emak acik untuk terus menjait... *kejamkan!...hehehe

 Ye...acik tk geti menjait... stakat jait jelujur tu tawu la. Dulu masa sekolah menengah, org lain amek kelas sains rumahtangga, acik amek kelas pertanian. Ha...fadan muker haku... dah tk geti menjait. ..nak kata pandai menanampun idak gak.

 Bela ikan pun habih mati...! (ooh ikan guppyku...).. Cuma sekarang ni lah baru menjinak2kan diri menanam sayur2an di Country Story kat FB tu je.. ekekeke... subur sungguh sayur2 yg acik tanam. Nak harap menurun dari bakat yang ada kat mak acik tuh.....entahla... rasa2nya, dapat kat kakak acik.... sbb dia geti gak jait baju kurung dia sendiri... acik ni je... minat tang mesin2 eletrit je... kojo2 seni, hampehhh... Sekian.

Apa itu Sabar?

Apabila anda ditimpa kesusahan, apakah yang patut anda lakukan? Apabila rakan anda ditimpa musibah, apakah yang akan anda katakan pada nya? Apabila anda kehilangan seseorang, apa yang patut anda lakukan? Adakah perkataan lain melainkan 2 patah perkataan itu.... iaitu.. S A B A R....?????

Tak kiralah orang tu nak pelangkung kita ke lepas kita suh dia sabar tu.... atau nk ucap tima kasih kat kita ke...atau nk peluk2 kita ke... memang tu je lah perkataan yang sesuai untuk mereka yang sedang ditimpa kesusahan...

Perlukah kita sombong....dgn berkata... " kau cakap senang la....sabarrrr...sabarrr....sabaarrrr... cuba kau rasa sendiri apa yang aku rasa !!!!!" errrkkk...... acik harap acik tk akan terkena ayat yang centu di kala acik mau memujuk sesorang itu. Sebelum kita nak menasihat orang suruh sabar ... kita kena tahu; Apa sebenarnya erti sabar?

Bagaimana hendak bersabar... apakah hasil sabar itu..... Kemudian kenali diri sendiri dan tanyakan, apakah aku akan sabar sekiranya ditimpakan kesusahan yang sama seperti sipolan itu? Sejauh manakah kesabaran kita? Hari ini acik hampir hilang sabar terhadap seorang kaum sejenis acik. ..iaitu perempuan. Ya....acik seorang perempuan...dan dia juga perempuan.

Acik bukan seorang yang baik pun, sebaliknya acik sorang makcik yg samseng dan gengster gak kalu ada orang buat acik marah...ye... acik memang sorang yang baran. Cepat marah...klu orang tk ikut kehendak acik... citer nya tadi petang, gini... acik nak gi isi minyak keter. Biasanya acik guna kad ATM...selagi ada duit dlm tu. Tapi hari ini, mesin utk kad tu asik mereject kad acik... misti mesin tu yang rosak. Maka tepaksalah acik melangkah menuju ke kaunter pertanyaan pembayaran untuk membayar jumlah minyak yang acik nak masukkan ke tangki minyak keter buruk acik.

Sebelum bayar, acik lihat petugas di kaunter sedang mengira kotak2 rokok di depannya..lalu acik bersabar menunggu sehingga beliau bersedia. Tiba-tiba muncul seorang fomfuan yg cam acik gak....ada dua lobang idung....ada 2 biji mata, ada telinga 2.....*agaknya la...kat dlm tudung, saper yg nampak. Mangkuk betulll !!! ada ke dia terus potong q acik, lantas membayar jumlah minyak keperluannya. Saketnya ati aciiiiikkkkkkkk...

Anak saper nih....eeeeeeeeeee...gerammmmmmm Rasa nak gigit2 je orang tu... Agaknya dia tk geti nk kesian kat makcik tua yg dah tecongok menunggu giliran nk pam minyak tu... Agaknya memang dia memiliki sifat pentingkan diri sendiri yang memang amat tinggi darjatnya... sakit betul ati acik. Tapi masa tu walopun tk ada orang yg suh acik sabar.... namun acik sabarkan juga ati ayam acik nih. Kalu tk, dah acik kebabom keter dia... hmmm...acik ingat lagik keter dia.. W........ 9252 ........... helo sister...lenkali jgn biasa2kan sgt pentingkan diri centu. Hormat sikit kat orang tua, klu tak nanti susah orang nak amek jadik menantu....
Okeh....sabarr....sabar.... acik sabar lah ni.... Balik rumah, tebaca pulak stetment2 orang yang tak sesabar nak dpt duit ni.... Duit nyer pasal, orang sanggup bermusuhan, berbunuhan...! Lambat sikit dapat, bising... bila dapat cepat, abihpun cepat...pehtu tk sesabar nak dpt lagi.... Pastu pandai pulak nasihatkan orang suh buat kije bebetul...jalankan tanggungjwab.... apa?

selama ni tk jalankan tanggungjawab ke kami nih....??? Bertahun udah kami uruskan bayaran, baru sekali terleewat...sudah melenting2....sudah mahu keluarkan kitab suh kita baca..utk tau apa erti sabar sebenarnya...... Cuba lah terangkan. ...apa geti sabar tu??? Maaflah, acik yang tk bljar tinggi ni anggap sabar itu hanya lah satu perbuatan yg dilakukan dalam hati, untuk mengelakkan dari nafsu amarah dan nafsu lelain tuh.

Sabar menghalangkan kita dari bersikap tidak sepatutnya. Sabar dikatakan pahit tetapi buahnya manis...ertinya, seseorang yang sabar itu akan menikmati hikmah yang tidak diketahui apa, bagaimana dan bila... Seseorang yang sabar itu tidak mengeluh apabila di uji Allah. Seseorang yang sabar itu sentiasa lidahnya mengucapkan kesyukuran terhadap nikmat2 Allah yang tidak terhingga banyaknya. seseorang yang sabar itu redha dengan apa yang ditimpakan ke atasnya dengan diiringan kalimah Syukur Alhamdulillah, kami mengharapkan hikmah dari ujianMu ini ya Allah...

Syukur sentiasa kerana ujian Allah yang sedikit itu, tidak dapat nak dibandingkan dengan banyaknya lagi nikmat Allah yang kita kecapi. Syukur kerana Allah uji kita dengan sekecil ujian, dibandingkan pula dengan mereka yang telah diuji dengan ujian yang lebih berat lagi. Sentiasa bersangka baik dengan Allah atas setiap kejadian.... kerana setiap yang berlaku itu tidak akan berlaku kalu tidak dengan izin Allah... Sabarlah dengan apapun ujian yang menimpa kita, kerana ujian2 itu memberikan pahala utk kutipan bekal kita di akherat sekiranya kita sabar.

Dunia ini hanya pinjaman kita. Perjalanan kita masih lagi jauh. Apa jua nikmat dan ujian yang menimpa kita, ianya merupakan wasilah...atau alat untuk kita ke Sana... yang kekal abadi. Suami .... untuk kita taati.... ketaatan, dibalas dengan pahala tidak dpt dinilai... menggembirakan sorang suami, bersabar dengan karenah suami ... bertambah pahalanya menyakitkan hatinya, ......bertambah pula dosanya isteri ..... suami yg membiarkan isteri membuat dosa.... maka dosa jua ke atas dirinya... suami yang menjalankan kewajipannya mengajak isteri membuat segala kebaikan,....maka pahala miliknya... pahala yang boleh menyelamatkannya dari siksaan api neraka. anak ..... memiliki ibu dan ayah untuk ditaati.

Menderhaka kepada ibu dan ayah, maka terkumpul dosa buat si anak... Menyayangi, mentaati, memelihara ibu bapa yang telah tua - maka pahala juga akan diperolehinya. harta ... jika digunakan ke arah kebaikan, maka ianya akan memberikan pahala untuk kita bawa ke akherat kelak.

Sebaliknya, jika digunakan ke arah kejahatan, untuk melanggar perintah Tuhan, maka bertambah dosa jugalah untuk bekalannya di akherat kelak. Maka, ketahuilah, mereka itu adalah antara wasilah/peralatan Allah untuk kita pinjam di mukabumi ini untuk mengumpulkan apa yang akan terkumpul.... samada dosa atau pahala.... untuk menentukan tempat kita samada di syurga atau di neraka, di kehidupan kita selepas ini.

Kehidupan kekal abadi kita. Ujian, bukan sesuatu yang menyakitkan sahaja..... adakalanya kita tk sedari bahawa dalam senang juga kita akan diuji.... diuji dengan kesenangan yang kita miliki... Ingatlah wahai diri....mohon pada Ilahi moga diberikan kesabaran berkekalan.
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-