Friday, September 27, 2013

11 tahun telah berlalu

Tarikh 21 September 2013, aku leka berpoyer-poyer, memancing di Ganu kiter hari tu, rupa-rupanya tarikh tepat 11 tahun arwah suamiku pulang ke rahmatullah.  Aku terlupa..lepas balik tu baru aku teringat...huhu..

Patutlah balik tu aku tergerak melalui jalan yang menempatkan kubur di mana ia dikebumikan.



















Waktu lalu kawasan perkuburan yang dah lebih sepluh tahun tak ku tempoh tu, sempat aku ambil gambar kawasan itu sambil mmandu.  Aku sorang-sorangkan ...dan tk bersih, jadi tak dapatla nak singgah.  Masa tu memang tak ingat tarikh keramat tu. Nanti lainkali saya gi ziarah awak ye bang ye.....insyaAllah.

Moga Allah merahmati rohnya dan moga ia dijauhkan dari siksaan kubur dan neraka di akherat kelak.  Al fatihah.

Memoryku di sini.

Friday, September 20, 2013

Di Pulau Kerengga



Accik sedang menghabiskan masa di tempat yang indah ini.  Bersantai di tepi pantai... dan memancing ... dari semalam, hingga ahad ini.  Sangat damai di sini.  Serasa ingin datang lagi. Pulau Kerengga, Terengganu.

SUBHANALLAH  ALHAMDULILLAH  ALLAHUAKHBAR

Thursday, September 5, 2013

Snack istimewa Mieng Kham

gambar ihsan dari http://www.realthairecipes.com/recipes/leaf-wrapped-snack/

Pernah makan Mieng Kham..?  'Snack' dari Thailand. Accik baru first time tgk.  Kawan-kawan pejabat bawa untuk di rasa.  Memandangkan accik puasa, tak dapatla merasa.  Tapi jangan risau, resepi ada di hujung jari.  Jom kita buat dan rasa sama-sama.  Copy resepi dari blog anizyn..tq

Resepi Miang Kam
Bahan A:
* Daun kaduk
* Bawang merah
* Halia Muda
* Cili Padi
* Limau nipis
* Udang kering
* Kacang tanah goreng
* Kelapa goreng

Bahan untuk sos:
* 3 batang serai (dihiris)
* 4 ulas bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 3 sudu udang kering
* 2 inci halia
* 5 biji cili padi
* 1 1/2 ketul gula Melaka
* 1 sudu air asam Jawa

Cara membuat:
Kisarkan semua bahan untuk membuat sos, kecuali gula Melaka dan air asam Jawa.
Masak semua bahan sehingga mendidih.
Masukkan gula Melaka dan air asam Jawa ke dalam kuah. Kacau sehingga dia pekat dan likat.
Sejukkan seketika.
Isikan semua bahan A dalam daun kaduk dan masukkan sos, kemudian digulung.

Sedia untuk dimakan.
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-