Friday, January 29, 2010

Escapism

Apabila kita tidak suka dengan sesuatu keadaan, tidak suka dengan sesuatu tempat, tidak suka dengan sesuatu tugas itu, tidak suka dengan seseorang, maka kita akan mencari alasan untuk lari darinya. Macam jika seorang jurujual datang ke rumah, kita buat berbagai tektik dan teknik untuk cepat-cepat dia pergi. Cam yang kak pah pernah cerita di blognya.

Sama ada kak Pah menyamar jadik bibik....atau mengatakan kak pah sudah ada barang tersebut....atau lain2 tektik dan teknik. Sekiranya anda tidak suka untuk makan sesuatu makanan yang dihidangkan, dan dalam pada masa yang sama, perlu menjaga hati pihak yang menghidangkan makanan..apa alasan anda? Macam-macam tektik boleh difikirkan, kalau anda kreatif. Yer...kita kena kreatif dalam hidup ini. Kita tak boleh lurus bendul aja....tk boleh memikirkan cara-cara untuk survive dalam hidup ini. Jangan mengharapkan orang lain untuk survive dalam dunia ini.

Kalau lah tarzan dalam hutan tu tk kreatif, tak reti nak carik makanan dia.tak reti nak gayut kat akar pokok mana..tk reti nak jerit ooOOOooooOOO..tak reti nak jait suar sepender dia... mesti dia takkan popular sehingga ke hari ini... Berbalik pada kisah makanan tadi...bagaimana anda akan menggunakan akal anda untuk tidak makan makanan yang memang seumur hidup anda, anda tidak pernah jamahpun...misalnya, petai....jeruk petai.. Padahal tuan rumah menganggap itulah makanan paling spesel untuk dijamukan pada anda, tetamu istimewanya hari itu...?? Fikirkanlah sendiri camana nak lepaskan diri.. Kalau acik...mmg tk boleh fikir...sbb acik suka bangat sama itu jeruk fetai.... hehe..

Kalau orang membising di sekeliling kita, apakah caranya nak buat diorg diam, atausuruh diorg blah aja dari situ..? Anda boleh fikirkan? Sesungguhnya, anda adalah geniyess.... yaaa..sungguh saya saspek, kalu anda blh memboloskan diri dari keadaan2 sedemikian. Acik pernah buat escapism dalam kerjaya acik. Acik udah bosan duduk kerja kat sekolah... acik tak nampak perkembangan yg pesat kalu selamanya duduk di sekolah itu.

Sedangkan acik ada peluang untuk kerja di tempat lain dari menjdi kerani di sekolah. Selepas beberapa tahun yang indah dan tk indah kerja kat sekolah tersebut, barulah acik mendapat akal yang kreatif....err.. utk mohon kerja di tempat sekarang nih. Kerani gak la..tpi sekurang2nya, lebih luas dunia acik. Alasan acik utk escapism ini dulu, antara lain, sebab acik di pitenah ada hubungan sulit dgn tukang kebun itu sekolah. ..(tolonglah...)

Memang tk penah tepikir pun acik nak berhubungan sulit ngan pokcik tuh... tpi dik sebab ada sorang yang ala2 sakit mental bikin itu cerita, acik mendpt tahu, setelah hampir setahun ianya berlaku, bahawa itu tukang kebun tk dibenarkan masuk bilik tidur oleh isterinya... ye...hampir setahun... dan acik tak tahu apa2pun tentang gossip itu... dik sbb acik buat hal acik sendiri kat opis tuh.

Hmm..hikmahnya cikgu yg mental problem tu buat cerita dongeng ni, terserlah akhirnya... di mana, ianya membantu acik untuk melakukan escapism keluar dari tempat itu...kannz... mekaseh la. Tak de la..senornya secara bertulis, acik kata untuk meningkatkan kerjaya...masa memohon tukar tu. Takkan nak tulis sebab saya di fitnah. Lakukanlah escapism dari jiwa yang kaco..... Sekian. Tak abis lagi tu..tpi sbb udah lewat subuh ni... sok sok la cerita lagi pasal escapism nih. belum klimaks lagi tuh..ahak...

Tuesday, January 26, 2010

Pengajaran

Memang fenin klu layan org yg bengap....keterlaluan tak klu kuar perkataan centu? (acik rsa cam mlampo lak...sori..masa tu bengang sgt..ni dh sejuk sikit..acik tukar le.) ... tpi memang la nk di kategorikan dlm golongan yang bengap pd mereka2 yg diluarnya cam org yang bijak pandai tuh..semalam acik cerita pasal bengang..arini cerita pasal orang2 yang bengap ni fulak... jgn la kalian termasuk dalam golongan ini...memenin kan kapla saja. Ni acik nak cerita.. tulisan ini diambil dari sini. Sekadar nk pepanjangkan penyampaian kisah tauladan ini. Pada suatu ketika, terdapat seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang lumpuh. Beliau mempunyai harta yang banyak dan tidak mempunyai waris kecuali seorang anak saudaranya yang berhak mewarisi hartanya. Kerana tamakkan harta, anak saudara itu telah membunuhnya dan meletakkan mayatnya di hadapan pintu salah seorang dari mereka pada waktu malam. Keesokannya beliau mendesak untuk menuntut bela yang hampir sahaja menyebabkan pergaduhan atau pertelagahan apabila masing-masing mengeluarkan senjata dan berlaku tuduh menuduh sesama mereka. Sebahagian darpada mereka mengatakan, “Engkau yang membunuhnya.” Manakala yang lain menyebut, “Tidak! Engkau yang membunuhnya.” Kekecohan itu dapat diredakan oleh orang-orang yang baik di kalangan mereka dengan mengatakan, “Kenapa kamu hendak berbunuhan sedangkan masih ada Rasul Allah di kalangan kamu?” Lalu mereka pergi menemui dan mengadu kepada Nabi Musa. Kemudian Nabi Musa menyatakan tentang perintah Allah bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pembunuhan ini.

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)".

“Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati Dengan sebahagian anggota lembu Yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang Yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.”

Kaum Bani Israel yang diperintahkan oleh Nabi Musa untuk menyembelih seekor lembu betina dan menggunakan sebahagian daripada anggota lembu tersebut untuk dipukulkan kepada mayat (si mati) berkenaan bagi mengetahui siapakah pembunuhnya, berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah ini. Seandainya mereka tidak banyak pertikaian, adalah mencukupi untuk mereka menyembelih mana-mana lembu.

“Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu Yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang Yang melihatnya".

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami lembu betina Yang mana satu? kerana Sesungguhnya lembu Yang dikehendaki itu kesamaran kepada Kami (susah Kami memilihnya) ato lain pekatan...kami kompius la, dan Kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

“Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: sebenarnya (lembu Yang dikehendaki itu) ialah lembu betina Yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya Yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu Yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.” ... ha kann...hampir2 hajat mereka tk kesampaian dik kerana isu remeh yang mereka sendiri kecoh2kan.

Setelah semua persoalan mengenai deskripsi lembu tersebut dijawab, orang-orang Yahudi (bani Israel) masih enggan menyembelih lembu yang disyaratkan dan Nabi Musa menegur sikap degil orang-orang Yahudi terhadap perintah Allah. Dengan sikap itulah mereka hampir tidak menyembelih lembu yang dimaksudkan.

Demikianlah dolak dalik Kaum Bani Israel berkenaan. Akibat banyak mempertikaikan arahan Allah, mereka disukarkan oleh Allah dengan dikenakan syarat yang ketat bagi lembu yang hendak disembelih.

Akhirnya setelah bersusah payah, mereka menemui lembu yang disyaratkan daripada seorang lelaki yang satu-satunya memiliki lembu berkenaan. Tuanpunya lembu berkenaan berkata, “Demi Allah! Saya akan hanya akan menjual lembu ini dengan harga seluruh kulitnya disaluti emas.” Mereka tiada pilihan melainkan membayar dengan harga yang tinggi, kemudian menyembelih lembu berkenaan dan menggunakan bahagian tertentu lembu dipukulkan ke atas mayat lelaki yang dibunuh.

Setelah dipukul mayat berkenaan, lelaki yang dibunuh itu hidup semula dan berdiri, lalu ditanyakan kepadanya siapakah yang membunuhnya. Dia menunjukkan kepada anak saudaranya. Kemudian ia mati kembali dan anak saudaranya tidak dibenarkan mewarisi hartanya. Mulai dari situ sesiapa yang membunuh bertujuan mewarisi harta si mati tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mengikut `Ubaydah, Mujahid, Wahb bin Munabbih, Abu Al-`Aliyah dan `Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam, "Orang-orang Yahudi membeli lembu berkenaan dengan jumlah wang yang banyak.

Sumber: Al-Quran dan tafsir Ibn Kathir

(Kalu ngkorang nak tau mana asal usul lembu tu dan sapa yg jual lembu tu...ngkorang klik kat sini... ) ..sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu, menyusunatur sesuatu kejadian itu, amat indah..amat cantik sekali....subhanallah. Moral of the Story; Jangan lah anda menjadi seperti kaum bani Israel itu...

Bengang

Semalam besemangat nak gi amek PC yang acik antar repair kat kedai di Serdang. Pagi2 udah call, tanya, bila boleh amek itu PC. Fomfuan kat kedai tu kata, petang boleh la mai amek... bila acik sampei kat kedai tu..dia kata tk siap lagik fulak....adeiiiiihh...sakitnya raser ati... rasa nk bom je kedai tuh. Dia tak tau ke yang acik ni dah dekat sebulan tak ada kawan kat umah... ngaku je la tak buat lagik... ni pi kata tk buat back up lgi je... install HD smua udah selesai. Bila acik kata tk payah la back up HD lama tu..nk bawak balik gak PC tuh, dia leh kata ambil esok je lah... (&(^*%($(& MENCIIIIKKKK taw... aritu udah la acik bengang sbb bayar RM50 buat reformat kat PC tu...sampai rumah PC masih tk bley on gak.... kat tempat yg sama. sabau jer la haku.... ujian sungguhh....rindu nk meronda malam.

Thursday, January 21, 2010

Hidup sentiasa diuji

Acik asik terkenang pada seseorang yg jauh tapi dekat dengan acik...yang sentiasa diuji hidupnya. Selama ini, acik ingat, acik la orang yang berat ujian sepanjang hidup, namun setelah mendengar kisah2nya, acik insaf.... bahawa seberat2 ujian yang kita hadapi, ada orang lain lagi yang lebih berat penanggungan beban hidupnya.

Kesimpulan yang blh dibuat adalah, bersabarlah dengan ujian yang menimpa kita... kerana ujian itu hanyalah sekadar ujian. Yang akan berlalu pergi dan silih berganti dengan nikmat yang tidak pernah jemu dianugerahkan Allah. Dalam ujian, ada nikmat sebenarnya.

Yang penting, kita sentiasa memikirkan..sentiasa renungkan...sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat walau sekecil mana sekalipun, yang Allah kurniakan kepada kita. Tenanglah dalam menghadapi ujian. Ketenangan itu akan meringankan permasalahan. Kekalutan, kesedihan, keluhan, itu smua tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Setiap manusia ada bahagiannya masing2 dalam hidupnya. ada yang kita lihat Allah uji dengan begitu berat sekali.... yang tidak mampu kita tanggung klu ujian itu menimpa kita. Tapi kita kekdang tidak sedar bahawa ada manusia lain yang rasa ujian yang menimpa kita amat berat pada mereka. Sebenarnya Allah maha Adil ..maha mengetahui kemampuan setiap hambaNya. Ujian yang menimpa kita itu adalah yang mampu kita lalui.

Percaya lah... Allah juga telah mengatur perjalanan hidup kita dengan begitu cantik sekali. Hanya kita yang tidak menyedarinya...kerana kita leka merungut, mengeluh, menyesali ujian kesusahan yang telah ditimpakan kepada kita. Padahal, kita tidak mengetahui bahawa mungkin ujian itu untuk menghapus dosa kita...mungkin kerana Tuhan mahu memberikan yang lebih baik untuk kita... mungkin ..mungkin....mungkin... carilah hikmah di setiap ujian yang telah menimpa kita seblum ini, ketika ini mahupun yg selepas ini.

Habis tidakpun, ujian2 itu akan memberikan kita pengalaman yg amat berharga, menjadikan kita seorang yang matang...seorang yang kuat iman, seorang yang tabah. Bersyukurlah sentiasa...kerana dengan bersyukur, kita akan tabah melalui setiap ujian hidup ini. Sekian. Moga semua mereka yang menderita diuji, akan mendapat Rahmat dan limpah kurnia dari Allah.

Tuesday, January 19, 2010

Berkelah di Sg Gabai

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kesihatan boleh terganggu.

1. Komputer rosak.

2. Ekonomi yang tidak menggalakkan.

3. Masalah anak-anak.
Sebab tu, penyelesaiannya, duk dendiam....
Rasa cam dah penuh sawang dah blog ni....tak aper la.... sementara PC kt rumah tu blh di ok kan... Nak tggu gaji baru blh antar repair..bukan apa pun, kena tukar HD...udah tk leh pakai dah HDisk lama tuh.
Nak bercerita pun tadek mood. Udahla batuk teruk bebaru ni... Alhamdulillah dah ok dah nih.
Dalam batuk2 tu, sempat gak anak acik bawak acik gi piknik kat Air Terjun Sg Gabai dgn kenkawan dia... tambah semput rasanya kena naik tangga nak ke air terjun tuh. ..naik 2-3 anak tangga, acik berenti berehat...naik lagi 2-3 anak tgga...berehat lagi....dan lagi...dan lagi... hingga akhirnya bejaya gak sampai ke kemuncak.

Bila sampai kat atas tu, sonok pulak... air yg dingin.... menyamankan ... bunyi deruan air yang berlumba2 terjun ke bawah.... damai.... mang damai sekali..

Taim balik, sekali lagik...turun tangga pulak..

rasanya, tangga kat situ, lagi banyak anaknya dari anak tangga kat Batu Caves. ...adeiiiihh... ketaq lutut pehtu.

Adventure sungguh nak gi situ. Memula tu ingatkan masuk free...Roper2nya kena bayar satu kepala singgit... okla... tapi...tandas/bilik air kotoq giler... sib la acik tk mandi. Just menikmati udara nyaman tu je, dan jadik fotografer kekanak riang tuh.

Balik rumah, acik kembali busan.... dah la sorang2...Yanie dah balik kolej... Zirah kat kampung.... PC lak rosak...
tulunnnnnnnnnn...

Saturday, January 9, 2010

Hari Tanpa PC

Ternyata tidak mmbusankan pun. bahkan, acik boleh tk teringatkan pun nak bertenet. Sebab, acik telah mulakn hari dengan mengintai kamar Setor rumah acik, lalu terpandangkan bola yang telah kempes. Sebelum tu acik telah menggantung papan Dart acik di luar balcony rumah ni...dan cuba membosankan diri membaling dart... malangnya asik tersasar je. Lalu sebab itu lah acik gi pulak ke setor tersebut. ada 2 bola...satu bola jaring, satu bola keranjang. Dua2 dah lembik...tader angin. Lalu acik nak isi angin pada bola tersebut. Acik cari nat utk salurkan angin ke bola.. tapi tk berjumpa dengan nat tersebut. tah mana acik letakkan. Udah lupa. Puas acik carik. Lalu acik tercapai pulak pancing ikan acik di setor itu. Ada satu, tinggal dalam kereta..stdby utk gi mancing bila2 masa. Acik jumpa kotak mancing acik...dengan batu ladung, dengan mata kail.... lalu acik keluarkan mata kali tersebut.....yg dah terbelit dan tersimpul, acik ungkaikan semula... susun elok2..pilih matakail mana yg stended saiz yg acik blh bawak gi mancing kat laut atau sungai kelak... Pancing yang di setor, pancing utk ikan kolam... hmm..udah lama tk pegang pancing nih. Lalu acik terai2 .... reelnya ada masalah...lalu acik duduk beselepot...bukak skru satu lepas satu... leka selekanya...memusing2 reel pancing tu, sambil mata jeling2 citer indostan arini. Tah baper kali ulang udah cerita tuh. Si Nurzayani telefon, hairan, sebab acik tk tanya dia pun password lappy dia, yg dia tinggalkan kat rumah seblm berangkat ke ulu Perak subuh tdi. ..acik kata, bio ler dulu... ummi tengah bz dengan pancing ni.... hehe. Sambey2 tu sempat berangan nak beli reel baru utk pancing tuh.... nanti lah...carik yg sedap sikit baling ke laut nanti.... hmmm...bila gaknya. ada dua orang teman yg pakat nak ikut acik mancing.. jadik ke tidak gaknya. Khasnya lepas dengar ada orang kena gigit jerung/buaya kat laut Podeksen.... huhu...misti depa takut nk join....ekekeke.. Apa kata kita pancing ikan jerung? huhu... Cmner klu acik gi mancing kat pulau ni...tetiber sekor boyer merangkak nk tumpang bejemur kat pantai ?...ha....takut gak kan... senornya, tempat acik salu gi mancing tu, dekat dengan kuala sungai Linggi... aha...sungai Linggi yang terkenal dengan udang galahnya tuh...kata orang, klu ada udang galah, adalah jugak buaya dedekat situ..huh.. Acik penah menyusur sg Linggi satu ketika dulu, acik masuk dari laut dengan bot laju...ke muara sungai...menyusuri sungai tu, dan nampak anak buaya bergelimpangan 2 ekor kat tetepi sungai tuh... rasa cam National Geography punyer crew lak masa tu...hehhe.. Ahh..tk kisah la...buaya ke...jerung ke...janji acik idak kaco deme tu. Acik nk gi mancing ikan je.. tapi tah biler tah...hehhee...berangan lagi. Oklah...tdi acik tinggalkan pancing ngan bola tu bersepah tetengah rumah. Memula terai gi reformat PC .... lama gak...bila asik tak bejaya je...lalu acik tinggalkan PC ni, biler dengar sms dari Nur zayani, bagi password lappy dia...terus acik melekat kat kosi depan lappy dia nih...hah.. Tu dia... pasni baru nk gi kemas pancing tu. Simpan balik la bola2 tadi..tk jumpa punat eh nk dipamkan angin... ternyata hariku tidak la bosan sgt tanpa PC kan... Cerita Tambahan: Lupa pulak....cerita selepas subuh... kener catat gak kat sini...hehe Acik bangun sesubuh sebelum masuk waktu solat subuh sebab si Nurzayani tu mintak tulun hantar dia gi Kolej... Perjalanan terakhir dia ke Hulu Perak untuk menamatkan kerja2 Final Yr Project dia di sana. Sementara nunggu dia siap, acik nengok kat akuarium ikan acik.... Alhamdulillah... Ada anak2 guppy yang lahir... maka sibuk lah acik membidankan ikan2 tersebut. Lepas balik dari hantar Nur Zayani itu, acik sambung smula duk ngadap ikan tu, nengok anaknya dikeluarkan seekor demi seekor... sebaik kluar je anaknya, acik tangkap dan asingkan, seblm menyaksikan si ibu dan kuncu2nya mematuk anak2 yg kecil ituh.. Petang ni acik baru ada masa nk kira anak2 ikan tuh...keseluruhannya, ada 37 ekor... wahhh !!! lumayannn kan... ekekekke.. Acik senornya baru beli 5 ekor ikan guppy betina yang sarat buntingnya kat Sri Serdang aritu ...memang saja pilih yg bunting... nk tgk dia banak...dan nak memperbanyakkan rakyat jelata guppy acik... Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali. Gitu lah... dalam kegembiraan mendpt 37 ekor anak ikan guppy itu, seekor ibu ikan itu telah ditemui mati lemas dalam akuarium tuh. Nak buat mcamnakan...dah ajal dia.. hmmm.. moga anak2 ikan guppy ni akan panjang umur dan akan beranak pinak lagi utk acik. Acik merancang nk gi beli lagik ibu ikan guppy nanti...hehe...tamak kann... Sekian tambahan cerita. Pasni tk tau la bila nk online lagik...tuan pnya lappy udah nk balik...hehe.

Friday, January 8, 2010

Apa lagi selepas ini..

PC tua ku pulak rosak malam tadi.....

Apo nk di kato.... tk per.... nnt kan coba ku godek2 lagik... dpt gaji baru gi repair...huhu..

Petang ni Hazirah pulang bercuti 2 minggu ...misti dia buhsan giler tanpa PC nih kat rumah.... ummi dia lagi buhsan... waaaaaaaaaaa...

Harap2 ada belas ihsan si Nurzayani ni meninggalkan laptop dia kat rumah, sementara dia ke Perak untuk kesinambungan Final Year Project dia lagik esok...

Thursday, January 7, 2010

Apa nak jadi

Acik pernah cerita pasal anak acik si Shahmah beli motor 2nd hand kat JB masa dia praktikel aritu.

Nenek dia yang bagi duit beli motor ni. Masa tu masalah dia tk ada lesen motor. Mintak duit lagi dgn nenek. 2 kali ambil test, baru lulus.

Lepas tu, tak tau la berapa kali dia repair motor tuh.

Bila dah habis prektikel, dia balik bercuti. Motor tu Ok je. ..cuma ada dia gi antar serbis...dan betulkan tangki yg bocor.

Baru-baru ni dia nak bawak balik motor tu ke tempat dia belajar...di UITM, Seri Iskandar. Malangnya, sampai di Tg Malim, atas sikit katanya, motornya rosak...tk boleh start injin. Tak lama lepas tu, lalu sorang bangsa India, kata dia pomen.... tarik motor dia gi bengkel di Slim River, Perak. Caj RM100 untuk tarik je... Sib la dia konvoi dengan kawan dia yang naik motor lain. So, dia bonceng je kawan dia...kesian anak aku...udah la ujan...tah baper kali brenti berteduh.

Motor tu pulak tinggal kat bengkel.... tk boleh repair on the spot...anggaran repair memula katanya dalam RM250. Campur caj tarik tdi udah 350 la...tu anggaran je.

Kemarin acik amek cuti, balik kampung, repair kereta dan mesin rumput yang udah panjang. Kener RM30 untuk tukar plug dan filter.

Tiba-tiba terima sms shahmah, kata motor tu kena bayar dalam RM700.... !!! ader kah???? amender yg rosak sampai banyak centu kener bayar...?? Badan yg tk brapa sihat...jadi tambah tk sihat. Kereta acik repair pun tk penah lebih dari RM400pun...ni pulak motor....?

Takut kena tipu je. Bengkel tu dekat Slim River...jauh klu nk gi tengok pun....3 jam perjalanan kalu dari Seri Iskandar. Habis la duit PTPTN dia nk bayar repair motor je... huhu... ni lah antara risiko beli kenderaan 2nd hand. Acik udah bagitau dia dulu, tak payah beli motor ato kereta selagi tk keja...kita bukan orang kaya...

Entahla....acik ni udah tak tau nak letak mana muka ni..malu dah..asik mintak tulun kat nenek dia je. Sepatutnya acik yg tulun dia. Tensen!!...bila tah nk dapat keja gaji lebih sikit nih... sampai bila nk idup tesepit harap bantuan orang je....

Nak besoping, nk bermewah2, nak gi makan angin cam orang lain, memang tk tepikir.

Sedih arr... Moga Tuhan luaskan pintu rezeki acik sekeluarga dan jauhkan dari kesempitan gini.

Aamin.

Wednesday, January 6, 2010

Penghargaan

Hujung tahun lepas, tetiber zirah bagi ni untuk bedday acik.... terharu dan tegaru gak acik...sebab acik tk pnah bagi adiah pun bedday dia. Tapi dia salu bagi acik...walopun acik akan marah dia...sebab membuang duit beli adiah yg memahal... (Kalu lebih dari 19.90 tu bagi acik udah cukup mahal...) Aneway...tima kasih anakku... ingatan dan doa itu yg fenting... bukan material...lenkali jgn beli lagik ceni... beli yg lagik mahal ye.. ... simpan duit tu utk belanja di kolej...jgn membazir.. Pastu ... ingat lagik kan kat shawl acik (asik nyebut je...tah smpi biler nk bajar redha???) acik yg koyak kener shred arituh? Ha...sehari selepas tuh, Wani, opismet acik hadiahkan acik shawl yang baru.... seperti di gambar.. Cantik kan... tpi....acik still tingat kat shawl lama tuuhh.... camner pun, mekasih lah Wani...sbb nk buat acik gumbira... acik tawu la.... ngko senornya nak fujuk ati acik....sbb ngko tk jadik nk jualkan iphone kau tuh kat acik...hahahhaha... Tak apa..tak apa...acik tk marah pun, acik tk minta difujuk funnn...tpi klu udah bagi tu...acik tk kan nak tolakkkannn...ekekekke.. mekasih sekalik lagi.. Nurul...ngko jgn luper carik ganti yg serupa gak dgn shawl acik yg kau shred tuh... jangan ingat sebab Wani udah bagi shawl ni...kau tk yah ganti dah shawl acik ye....hehhehe... Hari ini selepas subuh acik akan balik kamfung..tupun klu acik tesedar la dari tdo... Misi acik mengambil cuti hari ni antaranya adalah : Membawa kereta ke woksyop, tersengguk2 jalan nya...acik gisau.. kemudian, mahu mesin rumput... rumput kat kamfung udah fanjang sangat... Anak acik tanya, naper tk pegi weekend je.. acik jawab, sbb nnt keter tu makin rosak.....dan rumputpun makin tambah berisi tambah menunduk panjang nnt. Penuh kemuncup fulak.

Alerr...cuti tahunan ada...guna kan la. Tapi semuanya ini adalah perancangan manusia yg lemah spt acik... Penentunya adalah Allah... Sebab acik gaser cam nak demam pulak ni... sakit tekak dari petang tdi. Sekian entry hari ini.

Tuesday, January 5, 2010

Kisah di awal tahun lagik..

Entry lepas, tentang bagaimana acik menghadapi situasi fanik, bila sorang anak fitam dan muntah2... peristiwa yang berlaku pada 2hb tuh, mengajar dan memberi pengalaman baru dalam idup acik yg dah dekat setengah abad nih. Kemudian, pada 3hb fulak, berlaku lagi satu pristiwa yang tkkan acik lupekanje. Satu peristiwa yang udah diceritakan oleh chaiyok di blognya... tapi acik nak gak citerkan kat sini..ikut versi acik..utk koleksi citer seram acik.

Pengalaman ini adalah pengalaman yang tk boleh dan tak ada dijualbelikan. 3hb Januari itu, selepas maghrib, acik dengan chai yok itu, ke Puduraya untuk mengambil si Nurul... (masih ingat kisah shawl kesayangan acik yang di shreddernya itu???) ... chaiyok drive, sebab acik nak menguji dan mengasah kecekapan pemanduan beliau di waktu malam.. *banyaklah ngko funyer uji !!!

Senornya, acik tk baper selesa drive keter orang... bio ler org yang udah biasa yg drive... keter chaiyok dan keter nurul sama je... cumer, kasian fulak si chaiyok yang rabun malam nih... tapi tk pe lah...ok je pun dia drive...! Dengan acik, sebagai co pilot, yang selalu mengharubirukan driver mencarik jalan... (hahaha..) Okeh.. fendekkan cerita yang dah mula membosankan nih... Lepas fetch dia, kami gi umah pak sedara dia, nganto kan bubur asyura yang dibawaknya dari kampung... (tpi pak sedara dia tader kat umah fulakks..!!) tk kisahlah... kami balik ke putrajaya trus ke rumah Nurul.

Hajat di hati nak tengok kuarters yang baru dimasukinya.... rancangan kami nak pegi makan2 dulu sebelum diorg ni antar acik balik rumah. Bila sampai kat kawasan rumah Nurul nih, kami masuk le dalam lif...sambil tunggu nurul gi amek beg duit dia yang tertinggal dlm kereta.

Bila dia masuk je dalam lif, dia lompat2 sebab menahan nak buang air kecil katanya... (penceritaan yang melampo) .. acik tegur dia.. Jangan ler lompat2... nanti lif ni rossss.... Tak abih kot perkataan tu acik kuarkan... plopppp!!! lampu lif padam dan lif tk bergerak lansung.... sedangkan pintu lif udah tertutup !!! adeiiihhh... sudahhhh..! Chai yok menjerit ... Nurul fucat lesi... (cam la nampak dlm gelap tu...) Dia cuba tekan2 butang di panel lif tersebut. yang boleh ditekan, hanya butang loceng lif tu je...yg lain, nonfunction. Sekejap tuh, lampu menyala semula. Kami lega. Tapi masih tekurung dlm lif tuh. Kami jeritt... TOLONGGGGG...TOLONGGG...TOLONGGGG.... sambil tekan locengg... KRINGGGGGGGGGGGGGGGGG...KRINNNNNNNNNNGGGG....KRINGGGGGG..

Beberapa saat/minit kemudian kami dengar ada suara2 pompuan kat luar lif tu. Lalu kami jerit lagik kekuat mintak tulunnn... Alhamdulillah....mungkin diorg tu pun nak naik lif..tpi lif udah rosak ...diorg sembang2 kat luar.. sib la diorang dengar jeritan kami. *kami?? errr...acik tk jerit pun...jimatkan tenaga....wakakaka... So, kakak2 dan adik2 yang dengar jeritan kami tu usahakan carik maintenance yg tah ke mana... tk dpt kontek kot...pehtu dengar diorg tanya, ada baby ke kat dlam lif nih.... errr... tader.... baby tua je.....ekekekke... (sempat lagik nk wat lawak tuh..)

Pehtu dengar diorg kata nak call bomba... uiihh... acik doa, janganla nanti ada wartawan tunggu kat depan lif ni, pehtu amek gamba kami lepas diselamatkan... adeiiihh... tk pepasal fofular kann!!!????!! Kakak2 ke adik2 tuh, usahakan ompel pintu lif... yeahhh... thank u ... mereka berjaya buka sedikit dan celahkan batang penyapu, walopun acik suspek, mang lif tu akan tambah rosak klu di umpil pintu nya gitu.. yang fenting, udara dapat masuk kat dalam lif, untuk kami bernafas.

Chai yok udah terduduk. Takut semput. Lampu tetiber padam semula. Lalu sekali lagi, kami berada dalam dunia yang gulap gulita, hanya cahaya dari celahan pintu yang di ompel itu sahaja yang ada. Nampak gakla mata Nurul dan chai yok yang tekelip2 ketakutan...di luar kelihatan ramai ahli2 simpati yang menonton kejadian ini. Perut chaiyok misti kelaparan....tpi angan2nya utk menghirup sop tulang, trus terpadam....

Lama gak terperangkap tuh...dalam 20 minit. Kemudian acik nampak sorang jejaka memegang kunci yang acik yakin adalah pekerja maintenance kuarters itu. Alhamdulillah.... akhirnya kami dapat diselamatkan. Beberapa saat kemudian, bomba pun tiba. Yang talipon bomba tu gaknya... pergi maklumkan bahawa kami telah dapat diselamatkan. Yang tk dapat diselamatkan hanya lif itu... dan ini juga amat menyedihkan kami. Kerana kami terpaksa bersusah payah memanjat tangga hingga ke tingkat 8, untuk ke rumah si Nurul itu. aaaaaaarrrrgghh... capek sungguh rasanya.... rasa cam nak pitam dibuatnya.

Dahla si nurul nih bawak balik banyak bubur asyura.... berat gak tuh.. Walo bagaimanapun, acik dan kawan2 amat berterima kasih pada kakak2 dan adik2 serta penghuni blok kuarter Presint 9 blok 5A itu yang sangat memberi kerjasama ketika menyelamatkan kami. Tanpa bantuan diorg, kami mungkin tidak akan dapat bernafas lagi hingga sekarang. Lepas berehat seketika, nurul hantar kami ke rumah chaiyok...(ye...lif udah elok...cuma tempat kami teperangkap tu yg rosak...!!) dari situ, acik dan chaiyok ke Food court di Teja... chaiyok kan lapar... acik tk baper lapar, sebab udah makan awal2 lagi.

Tak mo citer la kekecewaan chaiyok, tk dapat makanan dan minuman kegemaran dia...heheh... boleh baca kat blog dia sendiri... dia yg lebih dulu citer kisah ni kat entry di blog dia... acik ni buat siaran ulangan je... Yang penting, kami selamat dengan mendapat pengalaman yang amat berharga di malam itu. Moral of the Story; Kalau berlaku perkara begini pada kita...jangan panik. Relaks... dan pikirkan cara yang patut dilakukan yg dapat selesaikan masalah.

Saturday, January 2, 2010

Mari belajar menyelamat

Bukan...bukan acik nak ajarpun... tapi acik nak belajar. Ada sesaper di luar sana yang boleh ajar acik?? Kisah kali ni berlaku kemarin. Lokasi kejadian adalah di rumah acik sendiri. Hari cuti...sempena sambutan tahun baru 2010... Nurzayani balik bercuti di rumah. Membawa bersama roomate dia, si Nurzayani Kasim. Beliau agak kurang sihat sewaktu sampai di rumah acik. Cirit birit katanya. Anak acik bawak dia ke Klinik UPM untuk dpatkan rawatan dan ubat-ubatan. Kemudian kami ke carrefour Alamanda untuk membeli barang2 dapur. Sewaktu di C4 itu, Si Zayani Kasim udah mula tk larat. Lemah nampaknya. Lalu acik selesaikan segera pembelian dan pembayaran barangan yang acik beli. Lalu kami segera pulang ke rumah. Beristirehat sebaiknya. Selepas Isyak, acik yang sedang ngadap PC, dikejutkan dengan suara lemahnya memanggil... Ummiiiiiiii.....!!! Lalu acik berpaling ke muka pintu, dan terlihat sekujur tubuhnya yang kecil itu, tergolek jatuh... adeiiiiihhhhhh...!! Acik segera bangun dan cuba membangunkan beliau yang sudah tak sedar itu....sambil memanggil anak acik datang tolong sama... mengangkat dan meletakkannya ke atas katil. Rasanya, cara acik angkat tu tak betul...mesti sakit tangan dia...huhu.. Aderke buat cam angkat mayat... entahla...kecil2 dia pun, berat jugak...tak larat acik angkat. Si zayani anak acik yang tegap tupun tak larat angkat dia...dia keraskan badan agaknya...sebab tu kami angkat cam angkat mayat je. Sorang pegang dua tangan dia, sorang pegang 2 kaki dia...huhu... komfem salah cara tu kan??? Lepas berjaya letak dia atas katil, dia dah sedar sikit... kata dia rasa loya dan nak muntah... acik segera jerit kat Nurzayani suruh ambil..err...entah...sebab tak sempat pikir, dia udah muntah menyembur. Nurzayani bawakan tuala dan tisu dapur... dia pun udah panik.. Acik suh dia ambil besen untuk tadah muntah yg dah pun melambak atas katil dan penuh kat muka zayani tadi.. tpi dia datang bawakan baldi... ahh..ok jugak...boleh gak dia berpaut kat baldi tu dan muntah sepuas2 hatinya... sampai lembik badan. Acik suh Nurzayani ambil tuala dan basahkan, sebab acik nak lapkan muka dia.. baju suar semua udah penuh muntah.. acik udah tatau nak buat apa lagik.. semua nampak cam kelam kabut. Bila udah boleh pikir sikit, acik carik balm...minyak angin tadek..sbb acik sekeluarga tk geti nak guna minyak angin. Pehtu acik sapukan kat belakang dia. Bila tengok dia udah lega sikit...acik suh Nur zayani ambilkan suar dan baju, suh dia ganti baju. Sementara tu acik ber YM dan ber sms dgn kenkawan yang teringat...nak tanya nak buat apa... kat YM, acik nmpak tipahvogue...acik tanya, tipah kata taktaw..tipah just suh bawak gi klinik. Kat sms, acik mesej chaiyok...dia pun kata tataw nk wat camne...tpi elok sapukan minyak angin kat idun dia.. pehtu suh bawak gi kinik. Acik tipon sepupu acik kt semban, pun tataw nk wat camne...cuma dia kata, sapu minyak panas kat kaki...ramai pekerja Indon kat kilang tempat dia kije yg salu fitam camnih, kata dia. Acik takut tader klinik bukak je.. tpi akhirnya bila dia udah boleh bangun, acik bawak jugak gi klinik. Takut lak melarat nanti sakitnya. Hujan mula turun dengan lebatnya waktu kami kuar dari rumah.

Acik cuba gi klinik di UPM jugak. Tutup..tpi di bahagian kecemasan dibuka...Alhamdulillah, dia diperiksa oleh doktor yg dipanggil olh pembantu di klinik tu. Doktor hantar dia ke hospital Serdang yang berhampiran. Untuk di berikan drip...masuk air sebotol... lebih 2 jam acik ngan anak acik nunggu di luar.... sejuk...ujan tk brenti lak tuh..huh...sempat la tidur dlm keter. ..heheh.. Chaiyok kata, 1hb Januari, mang hari acik jaga orang sakit...sebab tahun lepas, 1hb Januari gak, acik temankan dia gi cari klinik yang bukak (Cuti tawon baru..payah la nak carik yg bukak..) sebab sakit gigi...last2 gi satu klinik di mana sebatang giginya telah dicabut menyebabkan beliau demam seminggu. Acik citer pengalaman ni sebab acik nak ingatkan diri acik dan smua org. yg baca ni... belajar la cara nak membantu orang yang dalam kecemasan. Jangan panik cam acik...pehtu belasah je nak buat apa...huhu.. ada tak sesaper yang tawu cara betul untuk hadapi situasi orang yang tetiba pensan..atau yang muntah2 atau cirit birit...?? tulun ajarkan acik..! Pasni, acik nak masukkan dalam senarai kursus yang acik perlukan... Kursus Pertolongan Cemas. ataupun, acik nak masuk Pasukan sukarelawan...atau polis simpanan...polis bantuan ke aper tah namanya..mesti akan diajar macam2... so, acik tkkan panik lagik nanti untuk hadapi suasana yang tk dijangka. Ada baca cerita acik tentang saat2 kritikal atau kecemasan yang acik alami dulu??? di sini....menambah kuatkan keinginan acik belajar ilmu menyelamat lagi. Mana tawu, nanti tepaksa sambut orang besalin ke... teserempak dengan kemalangan jalanraya ke atau kena patuk ulau ke...iskk...banyak yang tak tau... masa sekolah dulu masuk bulan sabit merah, blajar buah anduh je...balut tangan yang patah atau luka tu je...tak cukup ilmu tuh lagi... Sekian...berita hari ini.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-