Friday, May 31, 2019

Apabila Kita Diuji

Kadang-kadang apabila kita ditimpa maslahat, kita rasa tersiksa sangat.  Lalu kita kata terlalu berat tanggungan kita. Terlalu menderita hidup kita. Hingga ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Tuhan kerana mentakdirkan derita itu buat kita.
Kita bandingkn hidup kita dengan mereka yang tampak gembira dan bahagia. Kita rasa hidup kitalah sahaja yang malang.

Jangan begitu. Banyakkan membawang...eh..maksud saya mengetahui kisah penghidupan orang lain yang Allah timpakan ujian.

Ada yang berkata, dengan ambil tahu kisah kesusahan orang lain akan dapat meringankan penderitaan kita.

Jangan pula apabila kita dengar kisah orang yang ditimpa bala..kita kutuk pula dia. Kita tokok tambah cerita. Kita padankan muka dia.
Sebaliknya hendaklah kita doakan mereka yang baik-baik. Kita bersimpati. Kita bersyukur dan ambil iktibar apa yang patut untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Kita bandingkan dengan ujian yang kita hadapi dan lalui. Tarik nafas..dan lepas. Alhamdulillah, ujian kita telah berjaya kita harungi. Sedar tak sedar, ianya dah berlalu. Tandanya memang Allah uji hambaNya kerana kita mampu menghadapinya.
Banyakkan membaca sirah-sirah para rasul dan nabi Allah. Juga kisah para sahabat nabi yang terlalu berat ujian yang mereka hadapi. Dalam Al Quran..dalam banyak buku-buku sejarah yang dijual dipustaka-pustaka. Hayati kisah mereka. Nescaya bergenang air mata kita membacanya. Betapa hebatnya ujian yang Allah timpakan kepada kekasih-kekasihNya.
Ketahui lah bahawa Allah menguji kita kerana Allah sayang kita. Bukan mahu menyusahkan kita. Sentiasa basahi lidah kita dengan ucapan 'Alhamdulillah' kerana ujian itu adalah salah satu nikmat Allah juga.
Seperti yang saksikan apabila hujan turun..selepasnya ada pelangi yang Allah hadiahkan buat penghuni dunia.  Itu yang kita nampak...hikmah tersirat lain, jarang kita sedari. Contohnya, air hujan itu menyuburkan tanaman. Banyak sangat hikmah dari hujan semata.
Ujian-ujian mega yang lain, seperti kehancuran sesebuah negara akibat bencana alam. Hikmahnya adalah untuk umat manusia selepas mereka yang Allah hancurkan bersama bencana itu. Sadis sekali. Tetapi untuk generasi manusia selepasnya mengambil iktibar. Jika mereka mengetahuinya.
Ingatlah, bahawa Allah bukan saja-saja menimpakan ujianNya pada hambaNya. Allah maha mengetahui hikmah disebalik kejadian. Bersabarlah seperti sabarnya nabi Ayub tika diuji dengan kesakitan, sabarnya nabi Yaakub bila mana Yusuf kesayangannya dikatakan mati dimakan serigala. Sabarnya nabi yusuf tika dibuang saudaranya sendiri kerana cemburu..sabar dengan fitnah manusia kelilingnya..sabarnya nabi Muhammad rasul kita dengan cerca dan siksa sewaktu hendak mengembangkan Islam bersama para sahabat baginda. Harta dan nyawa taruhan mereka dalam mengembangkan agama Allah.
Lebih berat lagikah ujian kita dari yang Allah uji mereka itu?
Bersyukurlah sentiasa... Moga hatikan menjadi tenang dan Allah permudahkan kita menghadapi ujianNya.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...