Accik jarang berjalan makan angin di kawasan sungai. Tetapi minggu ini accik berkesempatan mengikut satu kem sekolah agama khairaa dari Rawang.
Talipon pejabat pengurusannya, menempah sebuah chalet atau kabin atau apa jua yang mereka panggil tempat penginapan mereka.
Nur Laman Bestari Ulu Yam. Itu nama Eco-Resort yang accik pergi ni.
Komen accik :
Tempat yang bagus untuk aktiviti riadah dll. Cuma yang tak bestnya, kami diberi tempat penginapan yang agak tidak memuaskan hati (Buloh 1) Tidur tak lena. Dengan bayaran agak tidak berpatutan (RM80) untuk satu unit chalet/kabin yang tidak selesa. Sebelah toilet awam. Tidur yang diganggu bunyi tikus mengorek, tilam yang terasa springnya, lampu yang tidak boleh dipadam (kalu padam lampu, kipas pun tertutup sekali). Lantai yang jungkang jungkit dan tiada sebiji meja pun meletak barang. Saya suka mencadangkan kawan-kawan saya beriadah di sini, tetapi bukan tempat yang sesuai untuk bermalam. Esp kalau di kabin sebelah tandas ini. Harap pihak pengurusan eco-resort ini menambahbaikan kemudahan yang ada di chalet sewaan mereka. Tq anyway.
- From Putrajaya with luv.