Saturday, November 24, 2012

10 Muharam

Hari ni hari asyura.  Selalu ku terlupa akan manfaat dan segala perkara yang sunat dilakukan pada hari ni.  Maka ku tampalkan di sini utk ingatan ku seterusnya utk panduan sesiapa yang mencari dan mahu membanyakkan bekal ke akherat.

SYukran pada ukhti Noor Jannah DInie yg tampal ni kat FB beliau. Kita pepanjangkan ilmu utk amalan ini.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram / 24 November 2012) <3 img="img" src="https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif">


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
2. Memuliakan fakir miskin.
3. Menahan marah.
4. Menunjukkan orang sesat.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
6. Bersedekah.
7. Memelihara kehormatan diri.
8. Mandi Sunat. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Lafaz niat:
“Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
PERBANYAKKANLAH SELAWAT KE ATAS SAIDINA NABI MUHAMMAD SALALLHU ALAIHI WASALLAM.
Kerana - dengan berkah Baginda Sallahu 'Alaihi Wasallam - lah kita mendapat khabar gembira dan keberuntungan ini.
Daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas Radhia Allahu anhu beliau berkata: “Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”(Riwayat. Muslim).


Peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-