Cintakan manusia, hanya membawa kecewa...kerana ia sementara ..
Cinta Ilahi, cinta yang hakiki ...menyelamatkan kita di sana nanti ..di
tempat yang abadi...carilah cinta ini. Pasti anda tidakkan rugi.
Cintakan
manusia biarlah kerana Allah. Allah yang menemukan, Allah yang
memisahkan, Allah yang menentukan. Kerana kita hambaNya. TakdirNya
tidak terbaca oleh kita. Melainkan ketika tertimpa. Di kala kita
mungkin sedang leka. Menyangka cinta itu milik kita. Tetapi cinta itu
bukan milik kita... apa yang kita ada? Segalanya hanya pinjaman Allah
semata. Allah beri dan akan Allah ambil bila-bila, dengan pelbagai cara.
Sabar
dan redho lah apalagi ketika kita kehilangan cinta isi dunia. Kerana
semua itu adalah kerana Allah menyayangi kita. Allah uji kita, kerana
mahu meningkatkan keimanan dan keyakinan kita dan kepasrahan kita
terhadap ketentuanNya. Yakin..bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.
Percaya bahawa kehilangan adalah kerana Allah mahu memberikan yang lebih
baik buat kita. Kalaupun tidak di dunia, di akherat kelak akan terlihat
hikmahnya.
Aku sendiri pernah melihat betapa takdir
Allah itu memberikan kebaikan buat diriku. Dulu, pernah terlintas,
kenapa lah jodoh aku, bukan dengan sipolan.. beberapa tahun selepas itu,
aku diberitakan bahawa sipolan itu kehilangan nikmat akalnya. Aku
lihat hikmah ketentuan Ilahi di sini. Aku bersyukur...walaupun aku
tetap di uji.
Sekali lagi aku diuji kehilangan kasih
manusia...aku bersyukur, kerana aku melihat hikmah Allah padaku yang
banyak melakukan dosa ini...seketika selepas aku kehilangan itu, aku
lihat, amat besar hikmahnya...kerana Allah tahu, aku tidakkan mampu
dengan ujian yang akan menimpa jika aku memiliki cinta manusia itu.
Lalu aku bersujud sembah kepadaNya dan memohon agar ketabahan dan
kesabaran kekal dalam diriku.
Nikmat Allah tidak pernah kurang kepada
hambaNya...terlalu banyak untuk kita kira dan perlu kita syukuri
sepanjang masa. Bersyukurlah selalu...
Allah telah
menyusun jalan hidup kita dengan sebaiknya. Allah takdirkan kesedihan,
untuk menganugerahkan kegembiraan kepada hambaNya, tanpa hambaNya
sedari...jadilah insan dan mukmin yang sentiasa mensyukuri takdirNya.
Bukan
senang untuk membina iman dalam diri. Tapi itulah yang mesti kita
cari. tanpa iman, kita takkan selamat di akherat kelak. Allah kan uji
kita dengan dunia. Kecintaan pada dunia dan isi-isi di dalamnya. Untuk
mendapatkan iman, mestilah melalui pelbagai ujian dalam penghidupan.
Perlu menjalankan perintah Allah. Perlu menjauhkan laranganNya. Perlu
memiliki mahmudah dan menjauhi mazmumah. Milikilah sifat Mahmudah dan
jauhkanlah sifat mazmumah. Mahmudah, yang antaranya, sabar, redho,
ikhlas, syukur....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
syukur dengan apa yg kita ada..
ReplyDeletesabar.
ReplyDeletepayah.
sbb tu kataNya sabar tu separuh dari iman kan?
hemmmmemememememmmmm
zino..mesti bersyukur...banyak sgt nikmat Allah yg Allah beri kat kita.
ReplyDeleteWos .. sabar tu pahit, buahnya manis. Tak de sabar, tk terhasil iman....teruskan banyak bersabar.