Saturday, December 31, 2011

Azam tahun 2012

Nak rajin2kan diri update blog ni semula...boley????

Rasa dah semakin busan di FB.  Apalagi dengan perubahan-perubahan yang si Mark tu buat kat FB.  Baik kembali ke pangkal jalan semula, berpijak di bumi yang nyata, mengasah bakat untuk terus menulis tak kira lah fakta atau auta.
Asalkan sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan bersama kawan-kawan yang masih sudi berkunjung ke sini.  Terima kasih atas sokongan kalian.  *yes, I only hv a few regular customer here...beside yg blogwalking lompat2 tetiber sampai ke sini.  I dont mind.

Mereka yg datang ke sini, amat dihargai, walaupun hanya sekali.  Kali pertama dan terakhir...hehhe.tak kisah.
Aku tk rerebut nk ramaikan pengunjung. Kepuasan nk menulis je. Menajamkan, meningkatkan kepakaran menulis.  Ye, pakar sangatlah kan....dah baper tahun kat sini, menulis tara tu jugak.  Tak apa lah.  Aku tetap gumbira.  Janji wa happy...kalau anda happy sama, Alhamdulillah.
Mari kita melangkah penuh keyakinan ke tahun yg baru, dan dengan pakserela...kita cicirkan tahun 2011 ini...kebelakang.  Tidak ada pilihan buat tahun 2011, terpaksa jua digantikan dengan hero baru, 2012.

Lepas ni mungkin nak rebut tarikh 20.12.2012  .... atau 12.12.12 ....???

Berlalu tahun ini

Hari demi hari, minggu silih berganti, 
bulan terus mengambil gilirnya, 
tahun meningkat angkanya.  
Tiada beza.  
Hanya kita
yang terus merancang kehidupan 
yang semakin singkat ini...
Dan Allah yang menentukan segalanya.

2011 merangkak pergi, 2012 semakin menghampiri.

Saturday, December 10, 2011

Bila lapar

Sepanjang minggu ni saya sangat payah mahu rasa lapar.  Adakah kerana mggu menstrual? Atau kerana seronok sangat buat kerja yang ditinggalkan oleh rakan sepejabat yang memasuki gerbang perkahwinannya hari ini...  oh...sebelum terlupa, nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat blogger Orchid Bloom yg juga rakan sepejabat dan rakan sepemantauan yang merupakan duta Carrefour Alamanda... naik pelamin hari ni.  Selamat menghadapi indah dan ujiannya di alam rumahtangga....selamat semua... hehhe

Blog rakan sepejabat smuanya dah besawang.  Semua sibuk.  Sibuk macam-macam hal.  Tak sempat nak update blog.  Dan jugak mungkin sebab sejak pejabat pindah ke aras baru ni, tempat duduk mereka yg amat tidak strategik untuk berfoyer-foyer di blog.

Macam saya ni, tader alasan untuk tidak update, cuma alasan, malasss.!!!

Eh...tadi cerita pasal lapar kan...sambung smula...

Ye..sepanjang minggu saya bekerja sungguh-sungguh.  Hingga waktu rehatpun buat kerja. Cover kerja si Orchid Bloom dan kadang-kadang tepaksa cover jugak jiran di sebelahnya, si Mastura yang juga bercuti.  Lebih seronok lagi, macam semalam, Jumaat, saya telah berjaya mencover 3 orang punya kerja...temasuk kerja sendiri, 4 orang punya kerja apabila sorang lagi blogger di opis saya ini, si Yana aka Kuwa-kuwa, bercuti sakit kerana cirrbirrr.!!!  Anda mampu????   hahahha...

Tak la sampai camni teruknya...  Gambar hiasan semata ini ditaja oleh Pakcik Google.

Sebab itu lah berpagi-pagi saya membaca doa Allahummayassir Wala tua'ssir seperti yg saya catatkan di status FB saya hari itu....mohon agar adalah hendaknya rakan-rakan FB yang menolong mengaminkan...

Alhamdulilllah...memang Allah telah mudahkan kerja saya kemarin itu. Hari ini, sabtu, saya ke opis juga, utk menghabiskan sedikit lagi kerja yang kemarinnya tidak sempat saya selesaikan.
Dari pagi, setakat sarapan kopi O dan sedikit (err...sebalang) kerepek pedas... dan saya bekerja sehingga pukul 4 petang tidak langsung terasa lapar.

Namun bila sampai di rumah, keinginan untuk menjamah nasik terus menerjah ke minda dan berjangkit ke perut.  Sangat pantas!!   Lalu segera menenggek nasik, dan menggoreng ikan kering.  15 minit ! Segalanya siap... lalu nasik dicampur dengan marjerin kurang garam, Naturel, sedikit garam (dah marjerin tu kurang garam kann...) dan the ikan kering...yg juga masin...errkkk...

Tiba-tiba nak makan macam taim kekecik dulu, marjerin Planta campur sedikit garam dan gaul dengan nasik panas...lalu makan begitu sahaja....fuhhhhh..nikmatnya, macam makan nasi minyak tekauuu..!!
Tapi kat rumah ni tader Planta pulak.  Hmmm..apa pun boleh...

Pantas je....habis sepinggan penuh.  Alhamdulillah, kini perut kenyang sudah. Keras semacam..heheh. Sekali lapar, makan apa pun sedap kan..macam tu lah agaknya mereka yang kebuluran di negara-negara miskin sana.  Sekali mendapat makanan, walau apa sekalipun, sangat menikmatinya.  Rasa tidak penting, sasaran hanya untuk mengenyangkan perut.  Rasa sedap adalah apabila sedang lapar.  Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar..!!

Gambar tajaan Pakcik Google gak.

Thursday, December 8, 2011

Nak ke garisan penamatkah?

Dah semakin tader mood nk update kat sini. Mungkin satu hari nanti, aku kan kembali menulis.  Entah kenapa. ..buat masa sekarang ni, tak ada keinginan langsung.  Nothing to share.  Nak cerita apa pun, rasa macam tk kena je.  Nak kongsi pengalaman hidup, takut tersalah ayat, kemungkinan hanya akan memalukan diri sendiri..ibarat membuka pekung di dada.
Nak cerita pasal masak memasak, bukan jenis pemasak pun...hehe..
Nak cerita pasal jalan-jalan, adakalanya, macam nothing interesting pun...balik2 cerita yang sama.
Nak cerita pasal ilmu agama, rasa diri tak layak sebab amalan yg berkurang, bukan bertambah.

Bia lah dulu. Ku sunyikan ruangan ini sesunyi malam yg dingin....biarkan lelabah membuat sesawangnya...nanti akan tiba masa ku bersihkan.

Wednesday, November 30, 2011

Edisi pesanan

Anak2 sekelian..

Kalau berjanji dengan orang, jangan dimungkiri.  Takut sok, org pulak mungkiri janji mereka dengan kita.

Kalau berkawan, biar seribu atau beribu2...berkasih, dengan Allah yang satu...

Jangan kerana menjaga satu hati, kita sakiti hati yang lain...kesimpulannya, jaga lah hati sendiri. Hatimu dengan Allah....

Jangan biarkan sifat amarah menguasai dikau, kerana kelak akan memakan diri....kawalll...kawalll...jgn marahh...
senyummmmm...senyummmm...tak perlu kata apa2...tak perlu kata apa2...


Monday, November 28, 2011

Bicara di Kuburan

Entry seblm ni ada saya sebut, menziarahi kuburnya Datuk dan nenek.. dah lama sebenarnya tidak menziarahi kuburan mereka ini.  Setiap kali raya, asik ziarah kuburnya nenek sebelah emak sahaja.  Itupun sebab emak yang ajak.  Kubur arwah abah, dah lama gak tk pegi.  Kubur somi sendiri pun tk pegi gak dah banyak tawon....errr....  sebab saya berpandangan, tak perlu pegi kat kubur kalu nak berdoa.  Doa je lah dari jauh, sedekah dari kejauhan, akan sampai jua kepada roh mereka itu insyaAllah..


Jadi, semalam, tika sampai ke masjid kampung, saya terpandangkan kubur kedua datuk dan nenek, yang terletak di tepi pagar kawasan kuburan itu sahaja....di tepi jalan menuju ke masjid.  Masjid masih berkunci.  Saya ambil kesempatan itu menapak ke arah kuburan tersebut dan berdiri di luar pagar berhampiran makam mereka berdua.

Setelah mensedekahkan al fatihah, saya bisikkan di situ;
Atok...nenek... ini cucumu...dari anakmu, Hassan @ Jamil yang lebih dahulu meninggalkan kalian dahulu..dalam kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya itu.

Ini cucumu, yang tidak habis mengenali kesemua anak-anakmu, dik kerana perceraian kedua ibu dan bapaku sejak usiaku 3-4 tahun gitu. Dan kami terpisah memandangkan aku tinggal bersama ibuku. Kini cucu ini sedang usahakan untuk mengenali mereka dan anak-anak mereka yakni sepupu sepapat ku.

Ramai jua lah anak-anak atok dan nenek itu yang telah mengikut jejak langkah kalian, dipanggil Allah swt pulang ke asalnya...ke alam barzakh.  Tak sempat ku kenali rapatpun mereka dan mereka jua tidak mengenaliku.  Al fatihah buat mereka yang telah pergi buat selamanya.

Yang msih hidup, ada yang uzur, ada yang tk brapa nak sihat, dan ada yang sihat.  Ku doakan kesejahteraan buat mereka semua, walaupun ada yg tk kenalpn kat anak buah nya ni, tk pnah jumpa kot...dan ada yg salu terlupa pun yg aku ini anak buah mereka.  Tak kisahlah.  Doaku tetap mengiringi mereka.  Moga segala kebaikan milik mereka di dunia dan di akherat...aamin.

Itu je lah atok, nenek, yang cucu nak sampaikan...moga Atok dan nenek dalam keadaan tenang dan dijauhkan dari siksaan kubur...dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sunday, November 27, 2011

Selamat menyambut Maal Hijrah / Awal Muharam 1433

Alhamdulillah, tahun baharu umat Islam dapat kita sambut sesama.

Saya pulang ke kampung, tujuan sebenarnya nak service kereta.  Hmm...kopak jugak dekat RM200...kira murah lah tu, tukar linen tayar kereta blkg, tukar minyak itam, pomen tu ganti kan saluran2 dlm keter tu yg udah reput.  Klu kat belah KL ni, upah pkerja pun RM15 kan.  Kalu kat Kampung, RM5 je....jimat la sikit.

Sambil2 tunggu kereta di repair, saya gi jumpa kawan di Sklh kat Rantau, NS ni,  SKDAZ...jumpa geng kat sini.  Kat dewan orang ramai, kan main meriah bunyik nya, MB dtg... (alaa...rumah kg MB NS mmg kek Rantau tu...)  Diorg buat sambutan meraikan kemenangan pasukan bolasepak NS yg monang pialo Mesia aritu..Tahniah gakla dari acik ni ha..

Tapi saya tk pegi pun join kat dewan tu...cuma ngintai dari beranda sekolah tesebut.  Kawan ni dah lama tk jumpo, si Nik Salina yg kojo kat sekolah ni.  Burak sakan la dgn dia.. Pastu dia blanja lak makan kek simpang linsum...wah..sodap gak makan nasik kat warung tuh.  Gulai kampung kau...!!

Lepas selesai semua tu, saya pulang ke kampung.  Emak kata nk pegi masjid...nk gi baca doa akhir tahun dgn awal tahun.  Nak ikut jugak la.. Puan Lin pun ada sms ajak gi Masjid Putrajaya.  Sorry geng....memandangkan saya tika itu berada di kamfung... akhirnya dapat jugak mengimarahkan Masjid di kampung ku itu...

Di samping menziarahi kubur arwah atuk dan nenekku di sini. Mengambil kesempatan mensedekahkan Al Fatihah buat nenda berdua.

Kubur Arwah Tok Ambak bin Majid dan Nenek Long Siti Nor bt Salleh
Al Fatihah buat kedua mereka


Masjid Kg Linggi. (cantikkan....roner pink gitu)

Dua buah meriam bersejarah yang menjadi lambang kebanggaan di masjid ini.
Alhamdulillah...ter update juga blog ini.

Sekian.


Friday, November 11, 2011

Taman Syurga Dunia - Keukenhof, Amsterdam








Mula-mula tengok gambar ni saya rasa (eh...sopan sungguh...azam 11.11.11 nih..nak guna bahasa sopan gitu..) macam ini mesti gambar rekaan. Maklumlah, tak penah kluar dari  Gua tempurung di Malaysia ni.

Tau taman bunga kat depan Shangri-la Putrajaya ni je lah..takpun Lake Garden Kuala Lumpur...
Suasana yang indah, damai, sejuk mata memandang, sangat tenang...terasa macam nak bentang tikar dan duduk sambil makan nasik lemak kat tepi sungai ni...sambil minum teh herba panas.  Di sulami dengan keropok ikan terengganu yang rangup dan Super Ring ..  MasyaAllah...heaven..!

Bila saya paparkan gambar ni di Facebook, tak lama, dapat info tentang nama tempat ni.  Terima kasih cikgu Balkees..  Keukenhof , Amsterdam, Holland....  Yes...Holland... Land of....err... macam-macam.
Land Of Gardeners
Land Of Flowers
Land Of Cheese
Land Of Windmills
Land Of Bicycles
Land Of Water
Land Of Tulips
Ada lagi?  Land Of Clogs....  kasut kayu...

Sedikit info tentang taman syurgawi di dunia ni..

Keukenhof adalah taman bunga terbesar di dunia, di mana dapat dilihat sekitar 7 juta bunga yang ditanam oleh tangan. Semua mereka memperluas total area 8 hektar. Hal ini terletak dekat kota Lisse, antara Amsterdam dan Den Haag, di Belanda dan setiap tahun menarik hampir 900 000 pelancong dari seluruh dunia.(http://id.thecircumference.org/keukenhof-netherlands)

Maklumat lebih detail sila baca sendiri di laman web rasmi taman bunga ini.

Masukkan dalam senarai teratas antara  tempat yang ingin saya lawati.... kena kumpul duit jual sokabar lama ni.... errr...err..

Kalau dapat pergi tempat macam ni, jangan lupa bertasbih..bertahmid dan bertahlil banyak2...  maha suci Allah.... Subhanallah.. atas keizinan dan kekuasaanNya menumbuhkan tumbuhan yang menghias mukabumi dengan indahnya ini... Alhamdulillah..

Thursday, November 3, 2011

Hari Bersama Keluarga

Hari Sabtu lepas adalah hari yang full program.  Pagi-pagi lagi aku kluar mencari rezeki untuk program Tournament Bowling Persahabatan Puspanita di boling centre MetroPoint Kajang dengan anak sulungku, dan 2 rakan lagi yang jadik passenger lori aku nih. Pertandingan boling yang agak senget (baca sengit) ... dan kumpulan aku yg berusaha untuk memenangi tempat terakhir, akhirnya berjaya...heheh..

Gambar Ihsan dari cik Kuwa-kuwa. Tq.


Sebaik tamat bermain, tak tunggu penyampaian hadiah, aku dgn passenger bergegas keluar dari  tempat itu untuk event lain pulak.  Singgah seketika di Kedai Kek  Secret Recipe tempah kek instant untuk bonda tersayang yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari itu, 29 Oktober ..ulangtahun kelahirannya yang ke 71.  Moga Allah lanjutkan usianya dengan memberi kesihatan yang baik..dan segala yang baik serta dijauhkan segala yang menyukarkan kehidupan dunia dan akherat.

Kami balik ke Putrajaya seketika untuk ambil anak yang kedua pulak di rumah, di samping hantar penumpang balik.  Kemudian baharulah bergerak ke selatan, Seremban, ke tempat pertemuan yang dijanjikan dengan kakak ku di Senawang...  di Satey Kajang Samuri.
Sepupu sengal aku, si Cila dengan mak dia join sekali. 



Ketika sampai, yang lain dah kenyang..temasuk anak bungsu aku yang dah sampai dulu dari Shah Alam.  Aduiii...lambat gak rombongan aku nih. Acara potong kek dijalankan, riuh rendah dalam restoren tu.  Order satey bekali-kali..Buat macam rumah sendiri je.  Yang penting dapat gembirakan emakku. Setelah tumpang solat Asar di rumah sepupu di Pancor Jaya...terus balik kampung hantar emak.  Maghrib di kampung.  Si Nur Zayani nak balik cepat pulak... swimming kunun. Maka malam tu jugak kami pulang ke Putrajaya.

Sampai rumah, menonton perlawanan bola sepak NS lawan Terengganu kat tv je......riuh rendah jugak dgn anak-anak...
Tahniah pasukan bolasepak NS yang akhirnya berjaya dengan Gol 2-1..bebaloi la jerit2 tu ..hehe.

Hari Ahad, hari berehat. Tak pi memana.  Muhasabah diri (ye lah tu..).  Mnyesali kemerosotan dan keterukan aku dalam boling...dalam buat apa je sekarang ni.  Mungkin dah tiba msanya aku duk diam je. Insapkan diri.

 Sekian...cerita pristiwa minggu lepas.




Wednesday, November 2, 2011

Ada apa dengan Cinta?

Tertarik dengan satu entry di Blog ini... antara isinya;

Akan tiba saatnnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang, BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita. MELAINKAN kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita lepaskan..

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan..Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah..melepaskan BUKAN akhir dari dunia..melainkan awal dari suatu kehidupan…
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari..dan mereka yang telah mencuba..Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka..

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hati tapi kadang kala teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari…

Kenapa pulak tiba-tiba bicara tentang cinta? Aku sedang becinta ke?  ..hehe..tak ada maknanya dalam usia senja gini aku nk bercinta. 




Cuma memerhati insan-insan bercinta di sekeliling kehidupan ini.  Ada yang bertemu bahagia, ada yang bertemu derita.  Ada yang selamba je.  Hmmm...pepandailah ngkorang.  tapi, ingatlah, jangan sesiakan kehidupan ini hanya dengan mengejar cinta manusia itu.  Elok jugak baca isi penuh entry blog tadi...mungkin boleh memberi sedikit kebahagiaan dalam hidup yang leka dengan cinta. 

Carilah cinta hakiki..cinta Ilahi.

Tuesday, November 1, 2011

Sibuk blog baru

Sepanjang Oktober acik agak bz.  Tak sempat nak update ini blog.  Dah tau tk sempat nk update yang ada ni, ujudkan pula blog baru lain kat sini. Di penghujung rancangan, macam kampung-kampung tinggal, akan terbiar dan bersawanglah rumah-rumahku ini..harap-harap tk macam tu lah kan.

gambar pinjam dari blog ni.  Terima kasih.
Tapi bila komitmen untuk blog lain dah ada sindri carik pasal .. maka adalah yang akan jadi mangsa terbiar.  Ibarat seorang ibu yang ada anak ramai, akan ada anak2 yang merasa diabaikan.   Tapi hati seorang ibu, sebenarnya tak bermaksud begitu...anak tetap anak.  Sama juga macam seorang lelaki yang ada 4 isteri...ada isteri yang akan diberi tumpuan lebih, dan akan ada isteri yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun isteri tetap isteri dan tetap di hati si suami (yg adil)  Errrkk...boley jadikkan perumpamaan begitu?   Blogger pun sama.  Blogku tetap blogku. Tetap akan dijalankan tanggungjawab walopun tk sekerap dulu.  Acik kan cuba bersikap adil..hehhe.. macam la blog kau ni dapat sambutan sgt...pdhal orang yang sama je dtg..!!

Tak kisah la...walaupun pengunjungnya tk ramai, namun acik tetap nk kongsi ilmu dan apa2 pengalaman yang blh dimanfaatkan bersama.  Agar ianya dapat menjadi amal jariah acik klu mati nanti.  Acik bukan kejarkan keramaian pengunjung.  Ngkorang nak intai-intai je pun tak kesah, klu tak menegurpun takde hal.  Acik tetap gembira. Update bila suka.  Tak update bila kemalasan melanda.

Cuma harapkan yang sedikit ini, akan mendapat, mengamal dan menyebarkan kebaikan yang ada..jika ada..dan mohonkan maghfirah/keampunan buat acik kalau acik dah tiada di muka bumi ini lagi kelak.  Tenang acik kat dalam kubur nnt...thanks in advance kawan-kawan.

Tuesday, October 25, 2011

banjir dalaman

Beberapa hari lepas (minggu lepas), pepagi, tika tiba di pejabat, kami tekejut bila dpati pejabat kami dicurahi air dari siling...apa sudah jadik?  banjir dlm bangunan.  Dokumen bayaran pun jadi mangsa basah curahan kasih sayang dari air di siling tu.  Apakah sebab hujan? atau sebab kebocoran tangki....

Acik ingatkan air dri tandas ke....weeeeeekk... sbb kuning je kat siling tu.  Tpi tiada aroma terapi yg biasa kita bau dari bilik kecil itu.  Syukur Alhamdulillah...bukan najis. Gerakan menyelamat dijalankan segera, mana yang sempat diselamatkan.

Komputer / monitor ada 3-4 yang jadik mangsa banjir ini. Mungkin ada harapan untuk dpt komputer/monitor baru untuk penolong2 akauntan nih?

Hingga ke hari ini, belum pun ada apa2 tindakan. Mungkin dalam proses kot.  Janji air tu dah tk meleleh.  Mungkin diorg nak tunggu kering dulu agaknya.  Karpet pun dah kering.  Tunggu apa lagi...? Ontah... sian pegawai2 den tu duk menumpang di tempat lain...sabar ye...ada hikmahnya di setiap kejadian.




Sunday, October 16, 2011

Jangan Cintakan Manusia, kelak merana

Cintakan manusia, hanya membawa kecewa...kerana ia sementara ..
Cinta Ilahi, cinta yang hakiki ...menyelamatkan kita di sana nanti ..di tempat yang abadi...carilah cinta ini. Pasti anda tidakkan rugi.

Cintakan manusia biarlah kerana Allah.  Allah yang menemukan, Allah yang memisahkan, Allah yang menentukan. Kerana kita hambaNya.  TakdirNya tidak terbaca oleh kita.  Melainkan ketika tertimpa.  Di kala kita mungkin sedang leka.  Menyangka cinta itu milik kita.  Tetapi cinta itu bukan milik kita...  apa yang kita ada?  Segalanya hanya pinjaman Allah semata. Allah beri dan akan Allah ambil bila-bila, dengan pelbagai cara.

Sabar dan redho lah apalagi ketika kita kehilangan cinta isi dunia.  Kerana semua itu adalah kerana Allah menyayangi kita.  Allah uji kita, kerana mahu meningkatkan keimanan dan keyakinan kita dan kepasrahan kita terhadap ketentuanNya.  Yakin..bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.  Percaya bahawa kehilangan adalah kerana Allah mahu memberikan yang lebih baik buat kita. Kalaupun tidak di dunia, di akherat kelak akan terlihat hikmahnya.

Aku sendiri pernah melihat betapa takdir Allah itu memberikan kebaikan buat diriku.  Dulu, pernah terlintas, kenapa lah jodoh aku, bukan dengan sipolan.. beberapa tahun selepas itu, aku diberitakan bahawa sipolan itu kehilangan nikmat akalnya.  Aku lihat hikmah ketentuan Ilahi di sini.  Aku bersyukur...walaupun aku tetap di uji. 

Sekali lagi aku diuji kehilangan kasih manusia...aku bersyukur, kerana aku melihat hikmah Allah padaku yang banyak melakukan dosa ini...seketika selepas aku kehilangan itu, aku lihat, amat besar hikmahnya...kerana Allah tahu, aku tidakkan mampu dengan ujian yang akan menimpa jika aku memiliki cinta manusia itu.  Lalu aku bersujud sembah kepadaNya dan memohon agar ketabahan dan kesabaran kekal dalam diriku.


Nikmat Allah tidak pernah kurang kepada hambaNya...terlalu banyak untuk kita kira dan perlu kita syukuri sepanjang masa.  Bersyukurlah selalu...

Allah telah menyusun jalan hidup kita dengan sebaiknya.  Allah takdirkan kesedihan, untuk menganugerahkan kegembiraan kepada hambaNya, tanpa hambaNya sedari...jadilah insan dan mukmin yang sentiasa mensyukuri takdirNya.

Bukan senang untuk membina iman dalam diri.  Tapi itulah yang mesti kita cari.  tanpa iman, kita takkan selamat di akherat kelak.  Allah kan uji kita dengan dunia.  Kecintaan pada dunia dan isi-isi di dalamnya.  Untuk mendapatkan iman, mestilah melalui pelbagai ujian dalam penghidupan.  Perlu menjalankan perintah Allah.  Perlu menjauhkan laranganNya.  Perlu memiliki mahmudah dan menjauhi mazmumah. Milikilah sifat Mahmudah dan jauhkanlah sifat mazmumah.  Mahmudah, yang antaranya, sabar, redho, ikhlas, syukur....








Saturday, October 15, 2011

Sembahlah Dia

Kita berlain. Tak serupa.  Rupa lain, kulit dan rambut pun lain. Tapi kita tetap ada satu nama yang sama...yakni, Kita adalah Manusia. Tuan kita, Allah.  Yang menjadikan kita. Yang wajib kita sembah. Yang berkuasa atas kita. Yang menentukan hidup mati dan jodoh kita.  Yang memberi rezeki pada kita.  Yang menguji kita.
Allah tempat kita mengadu, Allah tempat kita meminta, Allah yang berhak kita cinta. 

Orang-orang yang bertakwa akan berkata,  "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

Tuesday, October 11, 2011

Sarapan Bajet

Pagi ini aku tertinggal duit kat dalam kereta.  Raba-raba, dalam jeket keselamatan ni, jumpa RM2.00.  Kat poket lain pulak ada dalam RM1.00 syilling. 
Jadi, nak beli sarapan, kena la bajet betul-betul. 

Nak pusing balik ke basement parking tu, tak kuasa rasanya. 

Teringat hari tu beli nasi lemak kat Cafetaria office ni, dapat harga RM1.00.  Apakata hari ini cuba lagi beli.  Alhamdulillah.  Inilah rezeki ku hari ini.  Dapat dengan harga RM1.00.   Wos.....  amacam??  Bulih??? Sambal sotong dengan 2 keping timun lebih dari mencukupi untuk memadatkan perutku pagi ini.

Sunday, October 9, 2011

Kembali lah ke pangkal jalan

Anda pilih lah jalan anda....sama ada jalan yang membawa anda ke syurga Allah, atau jalan yang menerjunkan anda ke neraka jahannam..  nauzubillahiminzalik..

Andai terlanjur mengikut jalan yg salah, kembalilah ke jalan yang benar...pulanglah ke pangkal jalan.  Moga Allah menerima taubat kita.

Allahummaghfirli.....Allahummaghfirlana...


Saturday, October 1, 2011

Menangislah selalu


Airmata kerana mengenangkan dosa itu, bisa menjadi penyelamat kita di akherat kelak. Kerana setitik airmata yg sebegitu, mampu memadamkan api neraka yg teramat panasnya.

Ketawa berdekah-dekah kita, bisa pula menerjunkan kita ke neraka yg maha dahsyat siksanya, dik krn lalai dan kurang takutnya kita pada apa yg menanti kita di hadapan sana, yg kekal abadi...dan dik kerana alpa memikirkan nasib kita di sana.

Maka pilihlah yang terbaik.

Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya. Al-Hadits. Diriwayatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad

Wednesday, September 21, 2011

Minggu untuk tidur

Mungkin aku letih sesangat.  Minggu lepas ke Sabah, makan angin.  Programnya memang padat sangat.  Kesempatan untuk meng update blog memang tidak ada.

Pulang ke sini dari hari Isnin hingga ke hari ini, aku asik2 mengantuk je bila malam.  Tak sampai jarum jam mencecah ke pukul 10, aku dah terkulai layu di bantal busyuk.

Apapun tk jadik.  Mungkin kekenyangan. Sebab asik pegi jamuan je.. errr...itu hanya semalam je.  Jamuan peringkat Bahagian.  Tapi hari Isnin?  Ku kira aku tidak sekenyang mana.  Mungkin keletihan.  Ye lah, balik dari Sabah, hari Ahad.  Hari Isnin pulak balik kampung untuk menghantar emak membuat pemeriksaan doktor ke Hospital Pakar Seremban kerana sakit gatal2nya itu.

Petang selepas zohor pulang semula ke Putrajaya.  Letih bha...Baju2 pun blum kemas lagi ni...

Semalam pulak jamuan hari raya fulak.  Unitku ditugas menyumbangkan eskrim.  Dan aku pulak menjadi 'gadis' eskrim bersama gadis2 eskrim unitku yang lain... letih jugak membahagi2kan eskrim kat kanak2 riang dia Bahagian Pembangunan ini...

Sibuk menyiapkan set2 eskrim yg nk dibahagi2kan.
Tunggu teksi ka?


Kambing golek idaman ku...Jamuan Kementerian tk dapat rasa, kali ni aku tibai bebetul. Alhamdulilllah!!

Niesa, ofismet ku tersenyum kambing di sebelah kambing tergolek itu.
Gadis2 manis mengedarkan kupon2 eskrim.










Itu je yang terlaratku paparkan kali ini.  Kita bertemu lagi di lain entry...!!!
Errr..macam apa pulak haku nih..hehhe..

Tuesday, September 13, 2011

Cerita sebelum raya



 Acik bertugas di satu department yang menguruskan bayaran.  Lihatlah fenomena yang menimpa unit ini setiap kali hampir tiba hari raya.
 


 Bil/baucer-baucer yang bertimbun dilonggokkan untuk diselesaikan sebelum raya.  Tahniah buat penyedia dan pegawai-pegawai yang berhempas pulas menyelesaikan sebanyak mungkin bayaran.






Suasana kerja di pejabat baru di penghujung puasa.

Antara Bil/baucer yang sedang diproses.  Ni dekat tempat Linda.  Menanti untuk di masukkan ke dalam vot untuk hari itu.


Dalam kesibukan, sempat juga menghias pejabat untuk memeriahkan raya yang bakal menjelang.

Linda, yang bertungkus mulus bertugas.  Serious kan muka dia.  Kalau dia tak buat muka garang macam ni, kerja dia takkan selesai.  Dia ni akan terus macam ni, tk pedulikkan ribut ke, topan ke, gempa bumi ke....apa ke....hingga longgokan baucer/bil yang diserahkan oleh semua penyedia padanya ini dapat diselesaikan di bahagiannya.
Di tempat ini, smua tuntutan bayaran akan dimasukkan ke dalam vot, kemudian barulah diedarkan pada pegawai untuk prosedur selanjutnya, iaitu perakuan/klulusan pegawai. OK...layak dapat APC tahun ni.  Vote for Linda...hehhe..

Acik buat apa?  Buat bodoh je.  Melayan panggilan penuntut2 bayaran.  Dalam hujung2 ramadhan itu, tak kurang dari 30 panggilan yang sempat acik jawab dalam sehari. Panggilan yang mahu tahu status bayaran untuk tuntutan mereka.  Yang bagus budi bahasanya senang je nak jawab.  Yang mana sedang tensen tak cukup duit nak bayar pada pekerja2 mereka, pastinya perlukan sedikit kesabaran dalam menyusun kata-kata agar mereka tidak semakin tensen. Kerana kelak, takut acik pulak yang akan dapat sakit jantung dan darah tinggi nanti.

Bukan setakat yang di telefon, di kaunter pun acik tolong selesaikan masalah diorang ni...untuk mereka yang walk in datang ke pejabat. Agak-agaknya dalam sehari, ada lah dalam 20km acik berjalan ulang alik ke kaunter pertanyaan / menunggu yang agak jauh daru unit acik....Seronok jugak exercise di bulan puasa ni...hehhe

Yang mana acik tk dapat jawab, acik serahkan je pada pegawai akauntan dan yang sewaktu dengannya.
Acik puas hati bila dapat sampaikan berita gembira buat penuntut2 bayaran.  Tentu merekapun gembira.  Tapi acik rasa serba salah dan sedih bila terpaksa sampaikan berita bayaran mereka belum selesai diproses.  Terutama pada yg telah lama menghantar tuntutan.  huhu...nak buat camne...sesama lah bersabar.  Bayaran ini diproses oleh manusia.  Bukannya mesin ...ada had kerja yang mampu dibuat....

Acik tak buat bayaran, sebab acik bukan kerani kewangan, atau PTW.  Sebab tu acik buat kerja lain...kerja kerani, ok.  acik hanya kerani. Dan acik memang enjoy kerja jadi kerani ni...(stetmen sebab tk dpt kije lain!) Ada aku kesah?

Tapi acik suka kerja jawab telefon ni. Tak perlu kira mengira. Tak perlu menulis bebanyak.....kan penah acik kata dulu, acik lemah dalam kira mengira.  Sifir pun tk hapal.  Bila nampak nombor, nampak mcm tunggang tebalik je.... maka...pegi lah ko jadik operator telefon kat telekom je acik ooooiii....!!!  hehhehe

Sekian cerita bergambar kali ini.  eh..betul ke cerita bergambar? Entah apa2...






Sunday, September 11, 2011

Takutkah?

Banyak perkara yang berlaku yang memusykil dan menghairan kan kita sekarang ni. Antaranya, umat Islam sendiri lebih takutkan pengharaman tanpa permit atau haram untuk melakukan sesuatu itu yg dikeluarkan atau diwartakan oleh kerajaan ... sebaliknya tidak takutkan pengharaman yang telah nyata tercatit dalam AlQuran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Takut nak bawak kereta laju-laju, nanti kena saman speed trap.  Takut nak seludup dadah, sebab nnt kena tangkap masuk jail atau kena hukum gantung. Takutkan hukuman manusia di dunia lebih dari takutkan hukuman Allah di dunia dan akherat.

Ketandusan iman dan takwa di kalangan kita umat Islam amat ketara.

Klu ada iman dan takwa, pasti percaya kan pembalasan Tuhan...pasti yakin bahawa hidup ini tidak kekal, Cuma ibarat musafir mengumpul perbekalan ke akherat yg kekal..

Andai ada takwa, takut kan larangan Allah, dari pemimpin, hingga ke rakyat jelata, pasti takut menghampiri kemungkaran, pastinya aman damai hidup.  Tak ada percakaran politik, tak ada pertikaian mengenai hukum yg telah Allah tetapkan dlm Al Quran...

Dengan takwa, tidak akan ada rasuah, tidakkan berlaku penipuan, tidak akan ada kejadian samun menyamun, manusia semua akan menutup aurat, tidak melakukan maksiat, kerana diperintahkan Allah.   Melakukan kebaikan dan melaksanakan perintah Allah semata-mata kerana Allah.  Bukan kerana keuntungan perniagaan, bukan kerana mahu meraih undi dan sokongan orang lain (dalam politik) bukan kerana kekasih hati, bukann..bukann..bukann.  Tetapi  Lillahi Taala.


حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدِيثَيْنِ أَحَدَهُمَا عَنْ نَفْسِهِ وَالْآخَرَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ لَهُ هَكَذَا فَطَارَ
“Berkata kepada kita Abu Mu’awiyah, tlah bercrita Al A’masy dari Ibrahim Al Taimy dari Al Harits bin Suwaid, telah berkata kepada kami ‘Abdullah dua hadis, yang satu berasal dari dirinya sendiri (mauquf pen.)dan yang satunya lagi dari Rasulullah SAW (marfu’pen.) berkata ‘Abdullah : sesungguhnya seorang mukmin ketika melihat dosa-dosanya, maka ia melihat seakan-akan dirinya berada di kaki sebuah gunung, ia takut jika gunung itu ditimpakan di atasnya, dan sesungguhnya orang yang fajir ketika ia melihat dosanya, mka ia melihatnya seperti lalat yang berada di atas hidungnya, seperti ini rasulullah berkata kepadanya, kemudian lalat itu terbang.”
Kredit buat penulis di laman web ini kerana meminjamkan hadith yg dicopy dari laman webnya utk tatapan semua.
Image from google


 Manusia sepatutnya berlumba membuang mazmumah dan mengumpul mahmudah dalam diri di samping menjadi hamba Allah yang berilmu..peringatan buat diri yg lupa.

Sekian.

Saturday, September 10, 2011

Salam Perpisahan


Jumaat 9 Sept 2011 adalah hari akhir Ketua Unit kami Pn Azlina bertugas di sini. Setahun lebih je dengan kami. Tak sempat nk bemanje2 pun dgn beliau, dah nak pegi.  Bukan pergi mana pun.  Melanjutkan pelajaran dalam negeri. Setahun atau 2 tahun je agaknya.  Tapi lepas tamat, akan di tempatkan di mana2 sesuka hati JPA la nanti. Bukan balik pada kami pun.  Dah belajar pun tajaan JPA kan..

Tengokla rezeki orang, dah dapat jawatan baik punya..dapat pulak peluang belajar lagi, pastu komfem la naik pangkat, naik gaji lagi...umur muda2 lagi... Alhamdulillah.

Acik ni? camtu gakla....Alhamdulillahhh..(macam mengeluh je kan...)..
Tak apa lah. Hidup kat dunia ni bukannya lama sangat. Dunia ni pun dah tak lama lagi ujudnya.  Kiamat dah semakin hampir melihat pada tanda-tanda yang dah semakin banyak samada yang dinyatakan dalam Al Quran mahupun tanda-tanda hasil dari kajian saintis dan para ilmuwan dunia.

Dunia bukan matlamat kita. Akherat nunnn...kejayaan di sana yang patut kita tumpukan.



video
Ini amanat yang disampaikan oleh Puan Azlina sewaktu Mesyuarat Unit & Jamuan Hari Raya 1432 di pejabat kami.  Sedih jugak.  Beliau seorang yang sememangnya layak menjadi pemimpin.  Bertanggungjawab dan prihatin dengan kakitangan beliau. Yang penting, beliau adalah contoh yang baik kepada ketua-ketua yang lain.
 
Dalam limpahan keduniaan yang dinikmatinya, beliau tampak tidak melupakan tanggungjawab untuk menjadi mukminah yang sejati. Kesederhanaan dalam penghidupan amat nyata. Segi pakaian, segi pergaulan, segi amalan. Sebagai isteri dan ibu, terserlah, beliau menjaga batas-batas pergaulan dan perlakuan. Sangat simple. (Tapi suaminya....ehemmm...ensemm ..dan suka bergaya.  Agak berbeza perwatakan dengan si isteri. Tak apalah, dia lelaki.)

Payah nak jumpa ketua yang macam ni. Acik jarang nak puji orang. Kalau setakat tengok rupa cantik, baju cantik...hmmm..mmg acik takkn puji. Tapi yang ini, acik rasa nak puji. Tak apa.  Puan Lin tu bukan bacapun entry acik ni.  Dia tak tahu pun...hehe..ssyyyhh...jgn citer kat dia pasal entry ni.

Tahun ini acik berkesempatan bertadarus Al Quran bersama bos acik ini.  Dari situ, acik rasa tambah menghormati beliau.  Bacaannya lancar. Dengan tajwid yang tidak sempat nak kami betulkan sebab memang betul.

Kerana bacaannya memang bacaan orang yang berilmu dan beramal. Bacaan seorang yang memang berkawan rapat dengan AlQuran. Beramal dengan AlQuran.  Memang sepatutnya setiap hamba Allah itu, mendampingi AlQuran.  Terutama para pemimpin. Cahaya AlQuran akan terpancar di wajah pembacanya.  Cahaya ketenangan...cahaya keimanan...


Tak macam acik..lalai selalu. Al Quran selalu berabuk tidak dibaca.  Bila nak baca, merangkak2...4 tahun baca pun tk khatam2...huhu...

Semoga Puan Nor Azlina akan berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akherat.... Kekalkan kesederhanaan, kekalkan ketakwaan dan tawadho' dengan Allah serta merendah diri sesama manusia. Akan sentiasa mendapat bantuan Allah dalam urusan dunia dan akherat nanti. ..aamin

Kita pasti akan bertemu lagi..itu harapan acik.


Saturday, September 3, 2011

Selamat hari raya 2011

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN DARI ACIK SEKELUARGA BUAT SEMUA PENGUNJUNG DI SINI.  ..

Wednesday, August 17, 2011

Baca lah

Selamat menyambut Nuzul AL Quran. 


Sudahkah anda meluangkan barang beberapa minit beriktiqaf sempena hari ini?

Apakah ertinya turunnya Al Quran pada kita?  Apa yang anda dapat lihat pada kitab yang bernama Al Quran yang mungkin telah berhabuk di almari rumah anda?  Adakah ianya semata-mata sebuah buku seperti mana-mana buku biasa yang anda miliki?

Adakah ianya digunakan seperti mana yang kita canang2kan....sebagai panduan umat Islam?  Al Quran dan Sunnah? Tahukah bahawa ianya telah mencetuskan banyak idea yang meliputi segenap bidang ilmu sains, politik, sosial, ekonomi mahupun ilmu astronomi?  Anda pernah kaji isinya?  Hingga terasa hebatnya kitab yang bernama Al Quran itu? Mukjizatnya?  Beruntungnya kita memiliki buku yg sering terbiar itu????

Hmmm... mari kita renungkan dan bersyukur ke hadrat Ilahi...kerana anugerahNya yg maha Agung ini.

Sunday, August 14, 2011

Tersalahkah?

Sedang acik duduk beristirehat mnunggu masa untuk berbuka puasa, tiba-tiba terdengar bunyi pintu sedang dibuka... besungguh-sungguh bunyinya cubaan membuka pintu rumah acik tersebut.  Lalu acik pergi ke ruang tamu, di mana acik boleh lihat bayang orang yang cuba membuka pintu itu.

Nampak ada kaki orang...sahlah, memang pintu rumah acik yang cuba dibuka itu.  Lalu acik masuk ke bilik memakai tudung menutup aurat...takut gak kalau penceroboh ke..atau orang yang ada hal mahu berjumpa acik ke.  Anak acik kata orang tu ada mengetuk pintu.  Tapi acik tk perasan pulak bunyik ketukan.

Bila acik bukak pintu, dah tak ada sesiapa dah.  Hmmm...agaknya orang tersalah rumah kot...

Bila tinggal di rumah apartment ni, macam-macam hal boleh jadi.  Acikpun pernah tersalah rumah sendiri.  Pintu rumah semua serupa.  No. rumah pun serupa.  Yang membezakannya cuma tingkat berapa je. Kalau tak tengok lif berhenti di tingkat berapa, harus lah kita akan tersalah rumah. Menonong je ke pintu yang kita rasa rumah kita, dan terus memutar anak kunci untuk membuka pintu.  Bila pintu tak juga dapat dibuka, baru terfikir nak tengok tingkat berapa.  Sahlah salah rumah.  Apa agaknya perasaan tuan rumah sebenar ketika itu.  Tentu menyangka ada orang nak menceroboh, atau pencuri.

Bulan-bulan puasa ni perkara camni mungkin boleh jadi.  Perut lapar, mata dah kelabu, badan dah lemah.  Tk sempat nk perati tingkat berapa.  Dah bayangkan nak cepat sampai di rumah..nak baring...nak buka puasa ke..nak berehat.

Moral cerita;

Berhati-hati ketika hendak ke destinasi.  Jangan tersesat, tersalah jalan. Kalau tersalah jalan, atau tersalah laku, perbetulkan lah. Kembali ke jalan yang benar dengan segera.  Sebelum perkara lebih buruk berlaku pada kita. 
ihsan dri padangperi.blogspot

Friday, August 12, 2011

Balik berbuka di kampung




Hujung minggu lepas balik kampung lagi.  Ambil pakej buka puasa dan bersahur dengan emak acik.  Sian pulak mikirkan dia bebuka dan bersahur sorang-sorang. 

Kakak acik dan keluarganya pun balik sekali. Meriah pulak balik kampung kali ni.  Macam Pra Raya pulak.  Bila lagi nk bkumpul camni kan... walopun minggu sebelumnya acik dah balik, mantai kononnya, tpi masa tu tak sempat sahor atau buka puasa sesama emak acik lagi.  Ye lah, orang kata, sementara masih ada emak ni, kena hargai semampu yang boleh masa untuk bersamanya kan.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Eh..tader kaitan dengan gambar ni ekk?  Ni cuma gambar anak acik si Shahmah dengan neneknya. Yang ditugaskan emak acik kait rambutan.  Baki-baki rambutan yang ada di pokok nan sebatang ni...untuk di agih2kan dengan mak sedaranya dan yg nak di hantar ke masjid.

Kuih istimewa yang mak acik buat hari tu untuk berbuka puasa... Serabai ...cecah dengan kuah durian.!! memang sedap.  Bukan semua orang reti buat kuih ni. Walaupun ramuannya hanya tepung dan santan sahaja.  Kalau tk betul kepekatannya, payah nak jadi sarang-sarang/lubang2 di atasnya. Dengan acuannya pun yang payah nak dicari . Siapa tau, kat mana ada jual?

Sekian. Berita yg tk di update. Selamat beramal di bulan Ramadhan.  Jangan sesiakan bulan yang Rasulullah katakan sebagai bulan umatku....semoga mendapat berkat malam LailatulQadr.
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-