Tuesday, October 25, 2011

banjir dalaman

Beberapa hari lepas (minggu lepas), pepagi, tika tiba di pejabat, kami tekejut bila dpati pejabat kami dicurahi air dari siling...apa sudah jadik?  banjir dlm bangunan.  Dokumen bayaran pun jadi mangsa basah curahan kasih sayang dari air di siling tu.  Apakah sebab hujan? atau sebab kebocoran tangki....

Acik ingatkan air dri tandas ke....weeeeeekk... sbb kuning je kat siling tu.  Tpi tiada aroma terapi yg biasa kita bau dari bilik kecil itu.  Syukur Alhamdulillah...bukan najis. Gerakan menyelamat dijalankan segera, mana yang sempat diselamatkan.

Komputer / monitor ada 3-4 yang jadik mangsa banjir ini. Mungkin ada harapan untuk dpt komputer/monitor baru untuk penolong2 akauntan nih?

Hingga ke hari ini, belum pun ada apa2 tindakan. Mungkin dalam proses kot.  Janji air tu dah tk meleleh.  Mungkin diorg nak tunggu kering dulu agaknya.  Karpet pun dah kering.  Tunggu apa lagi...? Ontah... sian pegawai2 den tu duk menumpang di tempat lain...sabar ye...ada hikmahnya di setiap kejadian.




Sunday, October 16, 2011

Jangan Cintakan Manusia, kelak merana

Cintakan manusia, hanya membawa kecewa...kerana ia sementara ..
Cinta Ilahi, cinta yang hakiki ...menyelamatkan kita di sana nanti ..di tempat yang abadi...carilah cinta ini. Pasti anda tidakkan rugi.

Cintakan manusia biarlah kerana Allah.  Allah yang menemukan, Allah yang memisahkan, Allah yang menentukan. Kerana kita hambaNya.  TakdirNya tidak terbaca oleh kita.  Melainkan ketika tertimpa.  Di kala kita mungkin sedang leka.  Menyangka cinta itu milik kita.  Tetapi cinta itu bukan milik kita...  apa yang kita ada?  Segalanya hanya pinjaman Allah semata. Allah beri dan akan Allah ambil bila-bila, dengan pelbagai cara.

Sabar dan redho lah apalagi ketika kita kehilangan cinta isi dunia.  Kerana semua itu adalah kerana Allah menyayangi kita.  Allah uji kita, kerana mahu meningkatkan keimanan dan keyakinan kita dan kepasrahan kita terhadap ketentuanNya.  Yakin..bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.  Percaya bahawa kehilangan adalah kerana Allah mahu memberikan yang lebih baik buat kita. Kalaupun tidak di dunia, di akherat kelak akan terlihat hikmahnya.

Aku sendiri pernah melihat betapa takdir Allah itu memberikan kebaikan buat diriku.  Dulu, pernah terlintas, kenapa lah jodoh aku, bukan dengan sipolan.. beberapa tahun selepas itu, aku diberitakan bahawa sipolan itu kehilangan nikmat akalnya.  Aku lihat hikmah ketentuan Ilahi di sini.  Aku bersyukur...walaupun aku tetap di uji. 

Sekali lagi aku diuji kehilangan kasih manusia...aku bersyukur, kerana aku melihat hikmah Allah padaku yang banyak melakukan dosa ini...seketika selepas aku kehilangan itu, aku lihat, amat besar hikmahnya...kerana Allah tahu, aku tidakkan mampu dengan ujian yang akan menimpa jika aku memiliki cinta manusia itu.  Lalu aku bersujud sembah kepadaNya dan memohon agar ketabahan dan kesabaran kekal dalam diriku.


Nikmat Allah tidak pernah kurang kepada hambaNya...terlalu banyak untuk kita kira dan perlu kita syukuri sepanjang masa.  Bersyukurlah selalu...

Allah telah menyusun jalan hidup kita dengan sebaiknya.  Allah takdirkan kesedihan, untuk menganugerahkan kegembiraan kepada hambaNya, tanpa hambaNya sedari...jadilah insan dan mukmin yang sentiasa mensyukuri takdirNya.

Bukan senang untuk membina iman dalam diri.  Tapi itulah yang mesti kita cari.  tanpa iman, kita takkan selamat di akherat kelak.  Allah kan uji kita dengan dunia.  Kecintaan pada dunia dan isi-isi di dalamnya.  Untuk mendapatkan iman, mestilah melalui pelbagai ujian dalam penghidupan.  Perlu menjalankan perintah Allah.  Perlu menjauhkan laranganNya.  Perlu memiliki mahmudah dan menjauhi mazmumah. Milikilah sifat Mahmudah dan jauhkanlah sifat mazmumah.  Mahmudah, yang antaranya, sabar, redho, ikhlas, syukur....








Saturday, October 15, 2011

Sembahlah Dia

Kita berlain. Tak serupa.  Rupa lain, kulit dan rambut pun lain. Tapi kita tetap ada satu nama yang sama...yakni, Kita adalah Manusia. Tuan kita, Allah.  Yang menjadikan kita. Yang wajib kita sembah. Yang berkuasa atas kita. Yang menentukan hidup mati dan jodoh kita.  Yang memberi rezeki pada kita.  Yang menguji kita.
Allah tempat kita mengadu, Allah tempat kita meminta, Allah yang berhak kita cinta. 

Orang-orang yang bertakwa akan berkata,  "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

Tuesday, October 11, 2011

Sarapan Bajet

Pagi ini aku tertinggal duit kat dalam kereta.  Raba-raba, dalam jeket keselamatan ni, jumpa RM2.00.  Kat poket lain pulak ada dalam RM1.00 syilling. 
Jadi, nak beli sarapan, kena la bajet betul-betul. 

Nak pusing balik ke basement parking tu, tak kuasa rasanya. 

Teringat hari tu beli nasi lemak kat Cafetaria office ni, dapat harga RM1.00.  Apakata hari ini cuba lagi beli.  Alhamdulillah.  Inilah rezeki ku hari ini.  Dapat dengan harga RM1.00.   Wos.....  amacam??  Bulih??? Sambal sotong dengan 2 keping timun lebih dari mencukupi untuk memadatkan perutku pagi ini.

Sunday, October 9, 2011

Kembali lah ke pangkal jalan

Anda pilih lah jalan anda....sama ada jalan yang membawa anda ke syurga Allah, atau jalan yang menerjunkan anda ke neraka jahannam..  nauzubillahiminzalik..

Andai terlanjur mengikut jalan yg salah, kembalilah ke jalan yang benar...pulanglah ke pangkal jalan.  Moga Allah menerima taubat kita.

Allahummaghfirli.....Allahummaghfirlana...


Saturday, October 1, 2011

Menangislah selalu


Airmata kerana mengenangkan dosa itu, bisa menjadi penyelamat kita di akherat kelak. Kerana setitik airmata yg sebegitu, mampu memadamkan api neraka yg teramat panasnya.

Ketawa berdekah-dekah kita, bisa pula menerjunkan kita ke neraka yg maha dahsyat siksanya, dik krn lalai dan kurang takutnya kita pada apa yg menanti kita di hadapan sana, yg kekal abadi...dan dik kerana alpa memikirkan nasib kita di sana.

Maka pilihlah yang terbaik.

Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya. Al-Hadits. Diriwayatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-