Tuesday, May 26, 2015

Mesin Rumput

Rutin accik tetiap kali balik kampung, memastikan rumput pendek dan tiada kemuncup yang akan menggeletek betis dan peha accik dan penghuni di rumah kampung ini..


Dulu guna mesin ni. berat, bahaya penggunaannya jika tak tahu. Baru-baru ni sebabkan mesin sandang ni asik rosak je, maka emak accik suruh belikan mesin yang baru.  


Ini lah mesin nya..rengan sangat ok.  Memasangnya umpama memasang barang mainan. Sumber tenaga, letrik.  Tak perlu lagi beli minyak petrol atau disel.  Emak accik pun boleh mesin seniri kalau nampak rumput panjang.

Tapi nanti, kalau accik balik kampung, accik nak buat kije apa?  hoho... dah hilang jawatan Tukang Mesin Rumput kan.!!!

Tak kisahlah.  Minggu lepas accik balik, accik tengok rumput tu panjang, accik mesinkan jugak. Dapat jugak merembeskan peluh lagi. Sebab mesin rumput tengahri buta. Udahlah sekarang ni cuaca kalu panas,..tersangatlah panasnya. Mcmana lah kalu panas di dunia dah kita tak tahan, apa lagilah panas api neraka kan... Nauzubillahiminzalik.

Memula beli hari tu tak sempat godek.  Kali ni accik godek-godek lagi, rupanya boleh tinggi rendahkan tahap kependekan pemotongan rumput mengikut selera mata kita. Prakkk nyer haku...hehe...OK la kan.  Kito buek dio.  Bulih yo ... kali ni baru nampak emak accik berpuas hati.  Sebelum ni beliau tidak puas hati sangat sebab katanya rumput yang dipotong tu tidak cukup pendek. Macam kalu guna mesin lama tu.

Hmm...memangla, mesin sandang tu bulih potong sampai gondol tanah..itupun sebab accik tak expert.  Tak berdisiplin lah kalu guna ayat lain.  TInggi rendah rumput tak sama. Ikut kekuatan tangan yang tak berapa kuat ni.

Alhamdulillah..kerja dipermudahkan Allah, diberikan rezeki pada emak accik hingga terbuka hatinya membeli mesin yang lebih mudah di senggarakan. Caiyoooookk omak den...!!

Monday, May 18, 2015

hujung minggu di Tasik Biru

Minggu ni mcam biasa accik isikan dengan menghabiskan masa dengan adik kesayangan.. membantu membuat kerja-kerja perkomputeran...

Ala...bukan apa pun, menaip minit mesuwarat.  Memang takmo galakkan dia blajar.  Nanti kalu dia pandai, semua kerja mendata mnyurat akan diserahkan pada dia yang tak pernah pandai mahu menolak.  Sian dia.

So, tak apalah dik oooii...bia akak tolong.  Sikit je pun. Lepas selesai kije yang cipot tu, accik pun bergolek gelantang dengan beliau, menonton citer zaman jepun tu.. Delisa.. kisah tragedi tsunami yang menimpa Acheh.  Walopun udah berulangkali menontonnya, namun air mata tetap mencurah2 jugak.  Terpaksa kawal, kalu tidak besar malu ku kat adik itu.  Tak pepasal nanti balik rumah mata bengkak.. apa pasal ngko???

Menonton pulak dalam gelap...tarik langsuir, tutup lampu, pasang kipas lelaju...tumpu perhatian pada skrin tv sambil tangan meraba2....errr...meraba mouse komfuter utk mengawal gambar, sambil melihat2 juga folder2 lain dalam lappy accik tu.

Accik guna lappy yang disambungkan dengan cable HDMI...untuk menonton movie yg dalam lappy tu kat skrin tv.
Teknologi sekarang kan...tak perlu dah pergi panggung wayang utk nonton wayang gambar.  Donlod jer dari website movie2 yang dikehendaki. (Errr....cetak rompak namanya tu..huhu.) No good....no good..

Kecanggihan teknologi skrg membolehkan kita menonton direct dari website, atau melalui pendrive yang dicopykan cerita cerinti tu...
Kalu dulu kena masuk dlm CD atau DVD.  Sekarang tak perlu dah.. saiz pendrive pun lebih besar dri DVD tu. Saiz memory mencapai sehingga 32GB ..mgkin lebih.
Petang selepas asar accik bergerak balik ke rumah anak accik, si Nur Zayani ...menjengok cucu katanya..


Bermalam di rumahnya di Sg Buloh ini.  Lalu esok paginya diajak memancing.... di sini..

Di Tasik Biru ini.  Jangan tanya dapat ikan ke tidak...kerana akhirnya accik gi beli ikan kt pasar.



Sekian, terima ksih

Friday, May 15, 2015

Berpantai di hujung minggu (Melaka /Port Dickson)


Sesekali menghabiskan masa di pantai bersama orang tersayang, merupakan masa yang amat berharga..sentimental..instrumental...ilang sakit mental..hehe.

Jadi, minggu lepas perancangan diizinkan Allah untuk ke sini lagi.  Last time, dah penah datang sini.  Tak ingat sama ada dicatitkan dalam blog ni atau tidak.  Sekitar tahun 2006 atau 2007 kot.  Pengkalan balak, tempat yang sangat indah dan permai.  Cuma agak berbeza dengan masa first time pergi dulu tak serabut dengan kedai makan, kedai souvernir, kat tepi pantai ni. 

Accik pujuk pakcik owner chalet tu mintak rumah yang paling tepi pantai, sebab nakkn view laut/pantai sama macam mula-mula accik menginap di sini dulu. Indah sangat. Romantika d amor gitu... Subhanallah.

Sesekali terfikir jugak.  Takut kekalau berlaku bencana alam ...accik lah yang akan kena dulu, sbb paling tepi pantai...err..nauzubillahiminzalik..semuanya ketentuan Allah jua.  Kita pasrah dan sentiasa beringat, berzikir dan beristighfar memohon keampunan dan keredhoan Allah.


Menyaksikan matahari terbenam di pantai Pengkalan Balak. Subhanallah.



Tempat Penginapan di Pengkalan Balak (Impiana Chalet)


Aktiviti di pantai, banana boat, jetski, menunggang kuda. 
Kami hanya menikmati keindahan pantai sahaja. Tak naikpun kudo tu.

Apa yang lebih menyenangkan selain dari menyaksikan keindahan pantai


Merendam badan di air masin. Lama dah tak mandi laut ni. 
Sejak pakai tudung, rasa malu fulak nk berendam.
Dahlah badan macam ikan dugong...hehe

On way balik, buat lintas hormat kat port memancing favourite accik..
Kat bt.13 PD..mmg tempat pilihan.  Bukan sebab banyak ikan. 
Tapi sebab tak ramai orang nak tgk accik mancing kat sini...hehe
Satu lagi permandangan di Batu 13 PD.


Lintas hormat kat Bt 7 & 8 Teluk Kemang PD. Tak nampak pantai
sebab tak turun kereta untuk ambil gambar.  Jem di situ. 
Terlalu ramai dan sesak dengan manusia dan kereta.
Tempat tumpuan ramai untuk mandi manda di sini.

Alhamdulillah.  Accik akan datang lagi ke sini.  Asalkn masih kelihatan damai di sini.  Nak mancing tak jadik.  Sebab lupa nk beli umpan..huhu..


Blog cadangan untuk dikunjungi  : -    Penawar Untuk Yang Kecewa Bercinta

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-