Saturday, July 23, 2011

Sesuatu itu

Dah dua minggu tk update ini blog.  Cerita yang disimpan, dah basi bekulat dah.  Mood menaip tak muncul2.  Tpi malam ni acik paksa diri gak untuk menaip.

Kat FB pun acik dah update MyNotes.... satu cerita dah lari ke sana.  Tak apa.  Masih ada kisah penghidupan acik lagi hari ini yang bulih acik semadikan kat sini pulak....baru adil kan..

Cuma acik masih dihantui virus M utk bercerita panjang kat sini... (harap2 dengan tulis stetment camni, acik akan susah nak brenti menaip lepas ni...hehe)

Senornya, setelah penat setengah hari gi jumpa kenkawan kat Selayang hari ni, acik telah digumbirakan pada malamnya...

Cer tengok gambar ni.. 
Comel kan... ni bukan lah sebenarnya idaman hati acik.  Sebab idaman hati acik tk muncul2 lagi... Namun seseorang telah menghadiahkan acik Gajet ni malam ni..Mekasih bebanyak....Sahdu kan...

Jadi, jangan diucapkan selamat tinggal pada henpon buwuk acik yang begitu banyak bejasa selama hampir 7 tawon ni... jgn ketawa..mmg ini je lah yang acik mampu pakai selama ni.  Setelah cubaan brani menggantikannya dgn sesuatu lain yang tidak asli...gagal.  Penggantinya punah, lalu perkhidmatannya dilanjutkan semula. Memang dah uzurpun, tk membenarkan tuannya bercakap lama dgnnya, pasti terputus, dgn bunyi2 serak2 basah mengiringi suara yang dikirimkan di angin lalu itu. Tpi tahu tak, telefon ni sgt berkat.  Pernah berkecai di atas jalanraya...disambung smula dan kembali berfungsi...cuma tidak sebaik waktu masih baru lah.




Tipon lama yg masih diperlukan khidmatnya. Acik sayangg kamu.






Henpon baru, walopun kecit dan murah, tapi canggih, mengikut peredaran zaman, Android ok...(brapa lama lak android akan berada di atas skrg ni..slepas iphone, BB ..symbian dan yg sblmnya?)

Acik tk pedulik dgn rupa dan harga henpon baru ni. ..ia tidak mahal seperti henpon ngkorang lain yang cecanggih dan mahal harganya... Tpi ianya sgt berharga sbb pemberian dari seseorang ini...  ingatan tu amat bernilai.  Heeeppp!!!...jgn gossip acik yang masih suci ini. 

Sebenarnya henpon ni hadiah dari Shahmah, anak acik.  Bajet yg dia ada, melayakkan model ini dan yang lain yg dia bagi option pd acik.  Akhirnya acik pilih yg ini.  Alhamdulillah.  Sempena dia dapat gaji & komisen hasil dari kerja sambilan di 2-3 tempat sepanjang 2 bulan cuti sem dia ni...dan sempena dia dapat pulak rezeki scholarship untuk semester baru dia nanti, maka dia belikan acik ni.  Dia asik kutuk henpon acik....dan tayang-tayang henpon baru dia yg dulu dibelinya hasil dari pinjaman wang umi dan nenek dia...memandangkan nenek kata tak payah bayar, maka acik diwakilkan untuk terima bayaran balik pinjaman duit nenek dia tu...hehhe..bulih?


Duit umi pun cipot je pun yg bagi dia pinjam...  tpi kan...klu nenek pun blh halalkan duit pinjaman, apa lagi lah emak dia kan.. tk sampai ati kita ni klu nk suh anak bayar balik duit yg dipinjam...rsa besalah pun ada.  Tapi acik ni bukan orang senang pun, klu taim sesak, acik memang suruh bayar balik...hahah..

Tapi sumpah, bukan acik yang suruh dia belikan acik henpon ni.  Dia sendiri yang hendak.  Dan entry ni bukanlah nak sindir anak yang lain pulak utk belikan acik hadiah lain pulak.  Bukann..bukan...klu bagi, acik ucap tima kasih.  Kalu tk bagi, acik tk kisah...tpi sindri ingat la...jgn le sampai nak makan pun tunggu acik yg siapkan sorang2 ... . reti2 lah membeli utk kita makan sesama...kita kan duk serumah...ngkorang memasing dah ada income.... kankankan...

Sekali lagi, terima kasih anakku, moga Allah murahkan lagi rezeki kamu dan adik bradik yg lain.

Sorang ibu itu menghargai pemberian dan bantuan anak yang ikhlas dan tidak diungkit2 atau dikira berapa kali.... kekadang tak disebut, tapi sgt dihargai dan ada rasa bangga gitu, cuma tk tunjuk. 
Sebagaimana sorang ibu terasa hati dengan anaknya, malas nk kira berapa kali, cuba dilupa2kan...tpi mengharapkan ada perubahannya.

Moga semua anak-anakku akan berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah buat aku dan ayah mereka yg entah di mana tu. 

Sekian.

Tuesday, July 12, 2011

Malam Sabtu yang merah

Acik dalam perjalanan ke negeri CIk Siti Wan Kembang ketika itu... berjumpa dengan situasi yang sebegini.... 2 jam terensot2 di jalanraya untuk tiba ke tol Sg Besi....aduyaiii...
toksah la buat hal ceni lagi...hasilnya. adalah pada keesokan harinya.

Kami tepaksa menjalankan program tanpa sempat mandi...udah sampainya ke destinasi adalah lewat...!!!
Dan hasilnya lagi....pesatuan kami kalah...sebab main game tak mandi..hehehhe...apalagi alasan yang bulih menyelamatkan nama kami?? kannnnsszzzz...

Thursday, July 7, 2011

Untuk makluman


Tak ada masa nak update blog...sebab sibuk nk dapatkan 3 star kat Angry Bird ni...hehhehe

Sunday, July 3, 2011

Lima lagi peringatan

Peringatan yang baik untuk dikongsi bersama


Important Reminder! {Reminder to myself first}★
1 ➲ Don't let a day pass without [Reading the Qur'an with meaning]
2 ➲ Don't let a day pass without [Learning something new about Islam]
3 ➲ Don't let a day pass without [Making Tawbaa]
4 ➲ Don't let a day pass without [Thanking Allaah Subhanahuwa Ta'ala]
5 ➲ Don't let a day pass without [Giving anything for Charity even simply a Smile :) 

By: Sh Talha Shebib


Accik share lagi kat sini ye.... Terima kasih kak Talha




Ringkas, tapi peringatan yang sangat bagus untuk kita sama-sama amalkan, untuk dunia dan akherat kita.


1.  Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa membaca Al Quran dengan memahami ertinya.


Mungkin ramai yang membaca, tapi adakah mereka memahami apa yang dibaca?  Atau kita hanya setaraf dengan burung kakaktua hinggap di jendela, yang mampu melafazkan kata cinta, tetapi tidak memahami sepatah jua kata-kata yang keluar dari paruhnya?


2. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa mempelajari sesuatu yang tidak kamu ketahui tentang Islam.


Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.  Itu yang kita selalu dengar.  Atau mungkin kita sering mendengar, melafazkan, tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China.  Kita amat dituntut, untuk mencari ilmu.  Setelah dapat, kita wajib pula mengamalkan ilmu.  Hidup tanpa ilmu, ibarat kapal tanpa kemudi.  akan terumbang ambing dan akhirnya melanggar terumbu karang, hancur berderai.  
Atau keretapi tanpa landasan.  Tak tahu kemana nak dituju.  Atau Kapalterbang tanpa sayap.  Sungguh tidakkan lengkap hidup ini tanpa ilmu. Ilmu sebagai panduan perjalanan hidup kita.  Andaian ada panduan, tapi tidak diikuti, kita tetapkan sesat.  Ibarat ada kompas, tapi simpan je dalam beg.  Tidak dirujuk, maka kalau nak pergi ke Damansara pun, akan tersesat sampai ke Genting Highland.  Errr.....


Cer belajar guna GPS ke...mungkin akan tersesat juga, kalau tidak memahami betul-betul cara penggunaannya...atau arahan yang diberikannya.  Sebab itulah kita perlu belajar.  Belajar dan beramal.  Jangan belajar mengemudi, tapi tidak jadi jurumudi, hanya jadi juru moody..


Ada GPS, tapi tetap nak ikut peta google yang tk dikemaskinikan, maka tetaplah kan sesat jalan. ..ehh...melalut pulak acik..


3. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa bertaubat.


Jangan pernah lupa bertaubat setiap hari. Bertaubatlah kamu, kerana kita sentiasa di kelilingi dosa...yang sengaja dan tidak sengaja kita lakukan.  Mati itu datang tiba-tiba.  Semua kita mengharapkan kematian dalam keadaan sempat bertaubat.  Kerana orang yang bertaubat nasuha itu, bersih dari dosa, dengan rahmat Allah, ibarat sehelai kain putih yang tiada cemarnya.  Nak harapkan amal, tidak sebanyak mana, walaupun usia yang Allah berikan semakin bertambah angkanya. Usia sahaja yang bertambah.  Mengiringi usia, adalah dosa, yang menggunung, sedang amal, seciput cuma. Itupun moga Allah terima.  


Sebab itu, jangan sekali-kali lupa untuk bertaubat setiap hari, setiap masa.  




4. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa mensyukuri nikmat Allah Ta'ala.


Sentiasalah bersyukur.  Bukan sekadar ucapan "Syukur Alhamdulillah !!"  atau "Thank GOd." atau "Aku bersyukur ke hadrat Ilahi" ..... bukan...bukan..bukan setakat ucapan di lidah yang keluar di bibir mungil mu itu. 

  • Hargai nikmat Allah yang masih kita miliki dengan mempergunakannya ke arah kebaikan.
  • Menjauhkan dosa dan kemaksiatan seperti yang diperintahkan Allah.
  • Bersedekah sebagai tanda mensyukuri rezeki melimpah yang Allah kurniakan.
  • Merasa mencukupi dan redho dengan apa yang Allah berikan dan takdirkan pada kita.
  • Mengekalkan baik sangka kepada Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Itu antara cara bersyukur.  Selain dari menzahirkan dengan ucapan, zikirullah Alhamdulillah atau bersujud syukur.

5. Jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa bersedekah jariah, meskipun dengan hanya melemparkan senyuman...senyum itu kan sedekah..!!


Bersedekah lah, walau dengan sebiji kurma.  
Lagi rengan, dengan tersenyum.  Dah dapat pahala sedekah.  Jangan kedekut sangat nak senyum kat orang lain.  Senyum itu adalah penawar kepada banyak penyakit.  Terutama penyakit hati.  

Tapi, jangan pula salah guna senyuman itu untuk menggoda ... pahala tk dapat.  Bala yang datang nanti.



















Agak-agak senyum Monalisa ni leh dapat pahala sedekah tak?  Hmmmmmm...

Percayalah, walau bagaimana hodoh sekalipun wajah anda, apakala dihiasi dengan senyuman, segalanya akan nampak indah dan menghiburkan.
Ha...kan nampak manis jugak kan...  err.r.



Ada harta, bersedekahlah selalu...   Tak kira siapa.  Tapi ada keutamaannya.  Beri harta untuk bantu anak sendiri pun sedekah...tapi jangan jadi macam dalam cerita Anakku Sazali.  Rosak !! atau macam Abdul Wahub...sedekahkan reter bapak mentua dia, Saddiq Segaraga...hehhe.. melampo lak kan...

Friday, July 1, 2011

Apabila kita dicaci

Bersabar Apabila Dicaci.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keter...laluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai umat Islam kita telah diajar oleh Rasulullah saw supaya sentiasa bersabar dan menahan kemarahan kerana dengan tidak bersabar dan marah membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan bagaimana malaikat membalas setiap cacian orang terhadap kita. Namun apabila kita membalas cacian tersebut maka syaitan telah mengambil alih dalam usaha untuk menghasut dan 


memburukkan lagi keadaan.




Sumber dari FB. Terima kasih kepada kak Sharifah Talha yang banyak berkongsi ilmu dengan kami di FB. Acik panjang2 kan lagi.  Moga acik dapat beramal dengan ilmu ini.
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-