Thursday, April 30, 2009
Aku dan mimpiku
Wednesday, April 29, 2009
Tolonglah....
Monday, April 27, 2009
Cerita anak-anak
Mulai esok dia akan mula praktikal di Mardi. Maknanya, tak lama lagi tamatlah pengajiannya. Lama tk lama, 2 sem lagi. Lega rsanya kalu dia dah habis belajar. Gambar kat atas, gambar dia dengan kawan sekolej dia.. yang banyak persamaan. Mula-mula acik hantar dia ke kolej 11 UPM ni, acik terperanjat, sebab dia dpt duk sebilik dengan sorang yang nama sama dengan dia. Nur Zayani Ramli dengan Nur Zayani Kassim. Tarikh lahir pun hampir sama... Yanie Ramli - 20 April 87 Yanie Kassim - 26 April 87 Rabun - Yupp..tahap kerabunan kedua mereka adalah serupa... Tak suka minum susu - tu lah dia... dedua cenggitu Perangai - hmmm...ada yg serupa - suka kekemasan. Beza mereka - kos tk serupa... Asal usul lain - sorang NS, sorang Kedah nnuuu.. Aktif - anak acik ni aktif gegiler ...smua aktiviti dia nak masuk. Gila kuasa sungguh ...tapi Yanie sorang lagi tk mcm dia.... Peramah - Yanie Kassim, pendiam sikit kott.. Yanie Ramli...ya Allahh....mulut....cam mulut murai ..klu dgn knkawan dia la.. ikut saper la gaknyer.. Masak - Yanie Kassim suka masak.... Yanie Ramli tk suka masak.... (anak caper la ni gaknya..) Ruper...memang la lain dedua ni.. dah lain acuannya... So, esok...dedua mereka ni akan mulakan praktikal di tempat yang berlainan. Memandangkan acik dah biasa dgn si Yanie Kedah ni...baguih jugak klu hang duk umah acik je...tk yah la nk gi sewa rumah bagai... Petang tadi gi ambil barang2 si Kakak ni kat kolej.... memandangkan mereka akan bercuti (tapi kerja) selama lebih kurang 2 bulan, maka smua barang-barang di kehendaki bawa pulang. Tu pun, dlm cuti/praktikal ni.. dia sibuk sebab ambil bahagian dalam MSUM.. kan...tk geti duk diam... nak dapat sijil..katanya. dah bekepuk sijil penyertaan dia dah...beguna ke kalu nk gi mintak kijer nanti tu??? hmmm .. entahhh.. Pening jugak... sesiapa yang masuk matrikulasi, perlu kerja kuat untuk lulus cemerlang. kalau tk, jangan berangan nak kerja pegawai,...kalu kantoi dalam pengajian, alamat bekerja lah dengan sijil spm yang ada...tak per la...masuk je...belajar betul2... klu ada panggilan dari ipta...blh lah keluar dari matrik dan masuk ke ipta...gitu ok tk??? atau klu dah sedap kat matrikulasi...teruskan je... hmmm hati manusia salu berubah2....
Lesen memandu dia dah dapat dah... tapi lom penah test power lagi... simpan je lah lesen tu utk esok2.... janji dah ada lesen... sekrang ni, nak amek lesen mandu makin hari makin leceh... Ummi diorg ni pulak..... Hai... semalam dah 26hb April...... tak geti-geti nak gi bayar duit saman speed trap tuh???
uuuuuuhhh...malehnyer acikkkk nak gi Semban 2 tu...!!!! (sayang duit senornya..) Semalam gi berenang..tapi entahler... stamina cam tak ada je.. sampai kat tetengah kolam tu, rasa nak tidur kejap.. tpi sebab masa tu kat tetengah part yg dalam tu... acik tk leh nak berenti..kalu berenti brenang, acik akan karammm.. karam di lautan duka.. lepas tu, acik terus cari pemegang kat tepi kolam...just santai2 je... cam tk bersemangat je semalam...sori kawanku... malam esok tu kan kita janji nak brenang lagi..tapi acik tukar plan.. nak gi ALamanda beli barang2 rumah...segala jenis sabun dah habis...
Dah sekian lama acik tk jejak kaki kat alamanda... banyak berubah ropernyer kat C4 tuh. Carik barang tk jumpa..hehehe.. Pehtu banjer budak2 ni makan pizza hut... take away jer... tk koser nk duk lelama kat situ. Dah si Yani ni nak balik cecepat. Esok/err..hari ni perjuangan bersambung kat opis, untuk mengurusetiakan interview biasiswa cecikgu tu.... tak abih2 lagi...hingga 30hb nanti.... acik kener jaga kat blok E2 hari ni...
Mesti sibuk giler ... bos acik otstesen ke Sabah. rakan sejawat acik kener cikenpoks pulak...adeiiihh..coti lama la tu...acik kener take ober kije dia.. mcm dia take ober kijer acik masa acik otstesen/kursus tuh. Jangan luper wat persediaan interview utk diri sendiri...
Nak amek coti.... tk gak dedapat... tahun ni, acik belum lagi amek coti sekalipun. Pekerja cemerlang sungguh... Tapi klu nak cuti pun, nak pegi mana???? Rumahku sorgaku.... Acik tk boleh amek cuti, sebab, bila nak amek cuti je...bos sibuk... bos cuti... rakan sejawat cuti...rakan sejawat MC.... abeh tu... bila acik pulak cuti??? mungkin sebab acik sendiri selalu tinggalkan opis, otstesen...kursus... tu boleh kira cam cuti eeekkk???? Ader kawan ajak pi candat sutun kat Terengganu... uwaaaaaaaaaaaaahh...tinginnyer... tapi...di masa2 sibuk begini???? Sekian.
Sunday, April 26, 2009
Walk The Talk / Cakap Dan Buat
Tips for Walking Your Talk
The most important tip comes first. If you do this first action well, the rest will follow more naturally. If the ideas you are promoting are congruent with your core beliefs and values, these actions will come easily, too. So, start with a deep understanding of “why” you want to see the change or improvement. Make certain it is congruent with what you deeply believe. (Lanjutan artikel di sini..)Selalu kita dengar istilah, cakap tk serupa bikin. Acik sendiri selalu keluarkan ayat, jangan tengok orang yang berkata, tetapi apa yang dia kata.. Maksud acik, kalau ada orang yang memperkatakan tentang kebaikan, ambillah kebaikan itu... jangan pula dibandingkan dengan apa yang dilakukannya yang merupakan ibarat cakap tidak serupa bikin.
Acikla sebenarnya selalu macam tu. Maaf kenkawan. Bagaimanapun, acik selalu berkata tentang sesuatu yang baik, untuk menarik diri acik sendiri untuk melakukannya. Kerana acik sendiri terkadang, tidak melakukannya. Peringatan untuk diri sendiri.. *stetmen stended untuk menyelamatkan diri dari dikatakan... cakap tk serupa bikin. Namun jika anda seorang pemimpin, perbuatan itu penting, sebelum menyeru orang lain melakukannya.
Nanti dikatakan ibarat Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul. Sesungguhnya, ada benar, untuk mengajak orang melakukan sesuatu yang positif, perlunya diri sendiri mengamalkannya, barulah terkesan pada jiwa orang yang diseru untuk mengikut sama. Dalam hidup ini, telah acik pelajari antara lain adalah;
apa sahaja yang kita tidak mahu orang lakukan pada kita, itulah juga yang orang lain tidak mahu kita lakukan pada mereka. atau; apa yang kita tak suka, itu jugalah yang orang lain tak suka. apa yang kita mahu, itu jugalah yang orang lain mahu apa yang kita benci, itu jugalah yang orang lain benci. Kalau kita tk suka orang marah kita, begitu jugalah orang tak suka kita memarahi mereka.
Kalau kita tk suka orang ambil barang kita, kita sendiri jangan suka-suka ambil hak orang.* Adalah sesuatu yang tidak normal, seandainya seseorang yang suka mencuri itu, juga suka apabila barangannya dicuri orang... boleh ker??? Misalnya, seorang pencuri baru balik dari kerja mencurinya. Apabila sampai di rumah atau markaznya, di dapati ada pencuri lain telah menceroboh dan mengambil harta curiannya.
Ianya serupa dengan keadaan abnormal, apabila seseorang itu mendapati bahawa rumahnya telah dimasuki penyamun tarbus... lalu ia ketawa gembira.... Alhamdulillah.... ada orang masuk menyamun rumah ana lahh..!!! (baca dialog stail P ramlee..)
Perlu diingat, bahawa perkara ini pernah berlaku, tapi ini kisah yang memang menakjubkan yang benar-benar berlaku kepada seorang wali Allah.
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah.
Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut.
Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu.
Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini."
Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya..
Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa,
"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu." (kopipes dari laman web ini) Apakah anda ada rasa kagum dengan kisah ini??
Acik kagum...sungguh kagum..selayaknya beliau mendapat gelaran Wali Allah. Para Wali Allah memang membuat perkara yang di luar kemampuan manusia biasa. Alangkah respeknya acik kalau berlaku pada zaman ini misalnya seorang pencuri masuk di rumah Perdana Menteri kita, DS Najib,
Nota Tambahan* Kita percaya bahawa setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat balasan dari Allah. Andai hari ini kita ambil hak orang, satu masa nanti, orang lain akan mengambil hak kita. Cuma redho atau tidak redho sahaja akan menentukan reaksi anda ketika itu. Jika anda redho, anda mungkin mendapat pahala, dan hidup akan terus tenang...andai anda tidak redho, hidup anda sendiri tidak akan aman, dlm keadaan dendam, marah dan macam-macam rasa lagi.
Friday, April 24, 2009
Sibuk sangatkah?
Acik pulak rasa nak tanya diorg tu, saper panel interview...apa yang dia akan tanya.... nak panggil apa . Acik dah lama diminta bersedia untuk dipanggil temuduga..tpi acik leka.. dengan kesibukan yang melanda sepanjang bulan ini.
Lega bila dimaklumkan bahawa interview itu ditangguh.. mula lah acik leka semula..cam biasa.. kita ni memang suka persediaan last minute kan..!! Nk pegi brenangpun tk sempat...gindu dah kat kolam renang yang melambai2 acik. Begitu juga dengan jogging track kat shang rila tu....memanggil2 acik...sebab berat acik dah semakin bertambah... Sabarlah sayang...acik akan datang jua satu hari nanti... satu hari???? ohhh tidak....bukan satu hari... berhari-hari...
Petang kemaren, sorang teman dari Trengganu datang bertandang di rumah. malamnya kami kluar berpoyer2 kat Bangi....makan kerang bakar....walllaaa...sodapp...tpi nasi goreng yang kami order tu tidak menepati selera kami... err..selera acik...sebab... nasik gorengnya manis... ohhh..itu tdak menjadi masalah sangat pada acik. Yang menjadi masalahnya... pedasss...!!! Acik mang orang Negeri Sembilan jati... tapi acik tk suka pedas ok!.. Acik kurang suka makan pedas dan tak tahan pedas...!!
Balik dari makan-makan, acik terus terlena diulit mimpi. Dalam mimpi tu, sempat juga acik menjawab beberapa sms yang masuk... (err..mimpi pun blh sms lagi...) ... tak per... demi keranamu.... hehhe.. Hampir terlupa untuk menyebut di sini, Hari Ulangtahun Kelahiran anak sulung acik, si Yani pada 20 April lepas, yang ke 22 tahun ! Happy Birthday to you...err..belated birthday .. Hmmm...dah tambah dewasa ye kamu.. semoga perangai juga akan tambah dewasa...
Kamu nak umi doakan jodoh kamu ke?? hehhe.. tak nak sebut lagi... tamatkan pengajian kamu dulu... soal jodoh adalah sesuatu yang rumit. Moga Allah tentukan yang terbaik untuk kamu... selebret??? hmmm.. tak perlu kot... Hadiah? bacakan Yasin untuk dia udahle.. YASINNNN?? ape kes? ingat ni orang mati ke? helllllooooo... Yasin bukan hanya untuk orang mati ok.. orang hidup pun bagus jugak dibacakan surah Yasin...
Hadiah yang tidak ternilai itu..! Beruntung diorg ni dapat ummi / ibu yang cam acik ni tau... acik jarang nk selebret birthday2 acik atau diorg ni. Sementelahan pula... dia sedang exam... sibuk tuh. Nanti lah..lelepas exam dia tuh...maybe blh ajak gi maen boling ke..hehehhe...saper nak join???
Thursday, April 23, 2009
KAIZEN
Acik lege sebab interview acik ditangguhkan ke hari yang tidak diketahui biler. So, acik masih boleh buat research merapu acik.
Temuduga ni sebenarnya akan berkitaran tentang frontdesk officer.. customer service..
Acik pun blurr nak buat kajian tentang aper...acik blh agak beberapa soalan pasti dari panel tu nanti.
Apa mungkin dia akan tanya, bagaimana anda akan menyelesaikan masalah customer yang membuat aduan tentang ketidak sopanan kakitangan anda...
Atau aduan customer tentang ketidakcekapan kakitangan dalam melayani mereka.
Atau keadaan customer yang datang marah2...
Atau apakah akan ditanya tentang komunikasi perseorangan..tkkan nak tanya pasal teori komunikasi?? atau komunikasi korporat? atau komunikasi silang budaya??? atau tentang Public Relations connection dengan hal ehwal korporat??
Atau mungkin acik akan bercerita mengenai perkara seperti di bawah...err...sanggup tak rasanya panel tu dengar acik bercerita??? har har har....
Kaizen means Ongoing and Continous Improvement.
In business management, kaizen is a Japanese tradition which is now used internationally, modified by each culture to best suit their own business environments. A literal translation of kaizen could be "to become good through change". At its most basic the concept of kaizen is one of restructuring and organizing every aspect of a system to ensure it remains at peak efficiency.
Kaizen is founded upon five primary elements:
- Quality Circles: Groups which meet to discuss quality levels concerning all aspects of a company's running.
- Improved Morale: Strong morale amongst the workforce is a crucial step to achieving long-term efficiency and productivity, and kaizen sets it as a foundational task to keep constant contact with employee morale.
- Teamwork: A strong company is a company that pulls together every step of the way. Kaizen aims to help employees and management look at themselves as members of a team, rather than competitors.
- Personal Discipline: A team cannot succeed without each member of the team being strong in themselves. A commitment to personal discipline by each employee ensures that the team will remain strong.
- Suggestions for Improvement: By requesting feedback from each member of the team, the management ensures that all problems are looked at and addressed before they become significant.
Wednesday, April 22, 2009
Siapa Kawan anak-anak kita??
Waktu balik dari kelas TADIKA , pintu rumah terkunci dari dalam.
"Mak! Mak!Buka pintu cepat! Umar dah balik." Seru Umar pada ibunya.
"Tunggulah sebentar." jawab ibunya dari dalam. Tetapi Umar sudah tidak sabar. " Cepat mak!" Sambil Umar menumbuk-numbuk daun pintu rumahnya.
"Mak kata tunggu, tunggulah." Jawab ibunya dari dalam, hampir meninggikan suaranya serta merta pintu dibuka.
"Mak babi! Mak babi!"jerit Umar. "Apa yang Umar cakapkan ni, Umar nak rotan ya! Cakap begitu pada mak." Marah ibunya. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa lain benar perangai anaknya hari itu. Mana dia belajar sebut perkataan yang seburuk itu?
Sedutan cerita di atas terlalu lumrah kita temui dalam masyarakat kita, malahan lebih dahsyat dari itu pun ada berlaku. Apa yang dapat kita lakukan pada kanak-kanak hari ini yang terlalu tandus dengan didikan yang sihat dan soleh dari kita para ibubapa dan pendidik. Kanak-kanak memaki dan mencaci sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah orang dalam masyarakat kita, tapi bagi sesetengah orang yang terlalu sensitif, ,mereka akan merasa malu, apatah lagi kalau yang melakukan perbuatan itu kanak-kanak Islam! Ini menunjukkan sifat akhlak yang buruk mula tumbuh pada diri anak-anak itu, yang tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat yang terdidik dengan akhlak Al Quran dan Sunnah Rasulullah.
Kata-kata yang berupa mencarut atau seumpamanya yang kotor serta jijik untuk didengari oleh telinga kita sendiri, sudah menjadi basahan lidah anak-anak yang suci sebelumnya. Mereka memaki hamun kawan-kawan dan mengeji sesama mereka. Alangkah sedihnya jiwa yang begitu bersih sudah dinodai oleh nilai-nilai akhlak yang rosak dan buruk.
Ada satu dua perkara yang menjadi penyebab kanak-kanak berakhlak demikian. Pertamanya ialah
* Kerana adanya tunjuk ajar yang buruk dan tidak sihat; * Keduanya kerana ujudnya pergaulan yang tidak terkawal yang tidak terdidik dengan pergaulan Islam yang sebenar.
Tunjuk ajar yang buruk kerap diperolehi oleh kanak-kanak daripada orang yang terlalu hampir dengan mereka. Antaranya ibubapa, datuk neneknya, pengasuhnya, abang, kakaknya, jirannya dan sesiapa yang hampir dengan mereka. Mereka inilah yang memberi didikan tidak langsung yang cepat diterima oleh kanak-kanak ini. Oleh itu jika kita sekiranya para pendidik dan ibubapa inginkan kanak-kanak terdidik dengan asuhan Islam yang sebenar, maka hendaklah kita asingkan mereka atau jauhkan mereka dari bergaul dengan orang-orang yang berakhlak buruk dan jahat.
Pada peringkat awalnya anak-anak ini akan mendengar dahulu perkataan yang berupa makian, cacian, melaknat hingga mereka akhirnya terbiasa dengan kalimah-kalimah yang serupa untuk mereka gunakan pula.
Semuanya berpunca dari pergaulan yang rosak dan kurang sihat itu. Oleh yang demikian apa yang wajar yang para pendidik dan ibubapa lakukan? Ia nya tidak lain melainkan mendidik mereka dengan teladan yang baik dan soleh.
Mengajar mereka cara bercakap yang sopan, mengajar mereka menggunakan kalimah yang baik dan indah serta sedap didengar. Di samping mengawasi siapa yang menjadi teman-teman mereka. Jangan biasakan mereka berkawan dengan kanak-kanak yang suka bercakap kotor atau memaki.
Seterusnya, menjadi tanggungjawab kita juga menjauhi anak-anak dari berkawan dan bergaul dengan anak-anak nakal supaya anak-anak tidak terpengaruh dengan akhlak dan kenakalan mereka. Kadang-kadang kita tidak dapat elakkan mereka bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Seperti di sekolah. Dalam hal ini, yang penting kita sudah didik mereka membezakan apa yang baik atau tidak untuk di contohi.
Menjadi tanggungjawab kita lagi mendidik anak-anak agar bersabar bila dikata oleh kawan-kawannya. Sabarkanlah mereka bila di keji dan dihina oleh orang lain. Jangan kita sebagai pendidik mengajar mereka membalas kembali makian orang lain.
Akhirnya menjadi tanggungjawab kita para pendidik memperdengarkan kepada anak-anak , hadis-hadis yang melarang dari memaki dan mencaci. Perdengarkanlah kepada anak-anak bahawa Allah tidak suka memaki, mencaci, melaknat dan seumpamanya dan akan membalasnya dengan azab yang pedih (neraka).
Semoga dengan cara ini anak-anak akan biasa dengan menjauhi perkara itu, kerana secara tidak langsung, kita menyampaikan peringatan dan bimbingan dari Allah dan RasulNya. Sampaikanlah pada anak-anak mengenai hadis Rasulullah seperti " memaki orang Muslim itu fasiq dan membunuh mereka (org Islam) itu kafir."
Jadi barangsiapa yang memaki sesama Islam, jelaslah sudah menunjukkan kefasikannya. Orang fasik adalah orang yang tidak layak menjadi penghuni Syurga Allah.
Sebaliknya akan dibakar dengan api neraka. Hendaklah kita jauhkan anak-anak dari sifat ini. Jika anak-anak dimaki orang, katakan kepadanya,
"sabarlah nak! Orang yang sabar takkan rugi, Allah akan tolong kita. Allah suka orang yang baik, orang yang sabar."
Ataupun untuk menegah anak-anak dari berkawan dengan anak-anak yang nakal, kita katakan kepadanya , "Orang jahat Allah benci dan Allah tak akan tolong dia! Kita tidak boleh berkawan dengan orang jahat."dan seumpamanya lagi.
Alangkah mulianya seorang anak bila dia tidak terikut-ikut dan berkata-kata bila mendengar kata-kata cacian, makian dan kerendahan budi. Pastilah ia menjadi pewangi dalam rumahtangga dan juga dalam masyarakatnya.
ambil dri artikel majalah.
Mahap..acik tk dan nk create n3 sendiri... so, kita kongsi bersama artikel yg dah lama tpi isi tetap berguna ini. ..moga diberi keberkatan ilmu buat penulis sebenar artikel ini.
Tuesday, April 21, 2009
Jemput minum
Monday, April 20, 2009
I MET YOU TODAY
akan datang
Saturday, April 18, 2009
Buah naga itu..
Cumer masa balik tu rasa tecabar dengan satu keter Avanza yang potong dari kiri....hampesss.. (hek eleeehh...mcm la aku ni tk pnah buat centu...)... mau lawan ka??? huhh... so, acik kejo yob kejo keter tu..... tercicir dia jauh kat belakang... ha ngko... nak tunjuk brani ngan aku... anak bini penuh dlm keter tk sedar...bawak la pelan2...
klu jadik apa2, saper yang susahhh??? bini ngkooo jugak..kener cari ganti yang lain...aper...ngko hengat, pompuan yg dah tk de laki, senang ke nak carik ganti???? oooohhh...tidak...bukan sebab dah tk laku...ato dah tk der market value..
tapi sebab kesetiaan kepada raja dan negara !! tau tak...!! tak macam lelaki.. bini segar bugar... kulit licin dan tegang bak kulit epal, putih melepak cam sofea jin.. layan tiptop... tk penah sakit... punnnnn dah nak carik spare part kat luar... tak pun main sms...tak pun main email...main chat..... sampai subuh adam... tak gheti2 nak jaga hati bini.
Nak bini jer jaga ati somi...this is not funfair !! biler bini tanya... Abang buat aper tu bangg.. diamla...aku tengah conference ngan bos aku kat sumatera nih... ada orang nak jual kayu balak... Ayang gi tidur dulu ye... abang nak bincang jap... tutup skali pintu bilik tu...nanti angin tiup ..bedentum pulak..tepranjat pulak awak...!!
Pandai kan... Pehtu, bila balik keje...duk lelama dalam keter...begayut ngan pompuan muda tu la...
Bini duk tunggu la dengan segelas air sejuk untuk sang suami yang rsa geli geleman dah tgk muka bini yang dah tecegat kat pintu tuh.. dia terus melekapkan tinger kat henpon....ehh..melekapkan henpon kat telinga. Bila dah puas duk dalam keter...kuar pulak..keliling keter...bercakap gaya2 bisnessman yang sibuk sangat. Si isteri dah letih dah...tdi ingat nak gi kejar somi lalu salam dan cium tangan suami.. baru nak angkat kaki kanan nak gi kejo... suami dah angkat henpon. dah habis cakap...baru bepaling pada isteri...
Mahap yang... ada client nak order barang... susah betul nak berunding dengan orang camni...nak barang baik...tapi nak yang murah...banyak cantik dia!!
Ni malam nanti abang kener keluar gi jumpa dia untuk sain agreement. hek elehhhh... kaki auta punyer laki ! Mulut manis bak gula tebu.... Pehtu bila malam, siap pesan, yang..klu tipon bunyik, tak yah jawab ye.. bia abang yang angkat.. sebab setengah2 orang marah klu dia tipon, tapi orang lain yang angkat...habih bil tipon dia. Isteri yang lurus bendul ni patuh he...
Baik bang.. ayangpun tk kuasa nak menjawabnya... (jgn jadi bini buduh cam ni...!!.) Pehtu biler tipon bunyik, bawak jejauh...cakap kat nunn...luar rumah sana.. sabau jer la... kalau somi ngkorang cakap tipon jejauh centu...ngkorang gi ikut dan dgr sekali...betrabur ayat dia nanti....hahaha.. Ehhh...naper aku citer mender ni....adeiiihh... dari citer buah naga....acik citer pasal bawak keter tadi...tup2 citer ni pulak...
Lebey kurang sama dengan cerita acik dekat setahun yang lalu kat sini. Maafla.... kkdg klu temasuk cerita ni...acik teremosional... terkena dan terkenang. Dan kepantangan acik klu bejumpa dengan orang yang penipu cam yang acik citer kat atas tu. Harap2 pengunjung kat sini tk ada yang beprangai camtu. Semua setia sekata, sejiwa, jujur dengan pasangan masing2. kalau ada yang camtu... atau yang tepikir nak buat camtu...
siler insap.. kalu tk..takut senasib dgn org cam cerita kat sini...!! kalu tk insap gak, siler brabusss.....
tingin la nak race naik keter camni..heheh..
Friday, April 17, 2009
Aku yg Letih
Thursday, April 16, 2009
teperangkap di lif
Wednesday, April 15, 2009
untuk mu di sana
Kerang percik dari http://asiyahhasan04.blogspot.com/2008/08/nasi-kerabu.html Ikan percik dan nasik kerabu... sedakla weeii... jupo ke tak jupo nati nih.

Laksam weeii..
Gamba gogel Nasik Dagang.. Gambar dari www.tourism.terengganu.gov.my
Tuesday, April 14, 2009
Siangku kelam, malam ku gelap..
Sunday, April 12, 2009
andainya aku pergi dulu sebelummu..
Encik Karam dan Puan Kelam
aku mungkin akan karam
dan terkadang jadi geram
menjadi ibarat ayam
yang asik mengeram
mungkin aku akan dpt makan nasik berlauk garam
atau mungkin akan direbuskan tiram
walaupun duduk di bilik yang seram
yang bangunannya terletak di atas bukit yang curam
yang pastinya bukan rumah haram
dan tidak adapun jeram
tapi aku masih boleh melaram
dan mandi bersiram
sambil nyanyikan lagu soriram
yang liriknya aku main taram
bertukar alam
di daerah nan mengimbau kenangan silam
ku tarik nafas dalam-dalam
sambil berbaring di atas tilam
dalam bilik yang kelam
tak per la..walaupun tk dapat menikmati keindahan alam
tapi aku dapat juga makan ulam
dan menghiris buah pelam
dapat tengok burung balam
dan carik pokok gelam
Walaupun aku tk dapat mandi kolam
aku mungkin akan dapat cari batu nilam
sambil belajar menyulam
Dahlah, aku nak menamatkan qalam
sekian, wassalam.
Saturday, April 11, 2009
Disiplin
Kalau eksiden, kamu ndak ke tecampak kat luar keter tuh? (sedapnya mulut ummi dia..) Kamu ni bakal pemimpin..pelapis pemimpin akan datang.. kalau kamu tidak amalkan disiplin dalam hidup kamu...camner kamu nak pimpin orang lain, orang-orang bawahan kamu????
Kalaupun kamu tk jadi pemimpin, kamu mungkin akan jadi ibu kepada anak-anak kamu... Macamana kamu nak suruh anak-anak kamu atau orang-orang bawahan kamu berdisiplin kalau kamu sendiri tidak amalkan disiplin dalam hidup kamu...!!! Serupa macam ketam ngajar anak-anaknya berjalan..! Kamu nak ke jadik camtu??
Yanie tk menjawab. Diam je.. Acik teruskan pemanduan... dan pemanduan dalam hidup untuk anak dara acik ni. Besok-besok, kalu kamu dah pegang jawatan besar (kalau la...kalau-kalau..) , baru kamu tau betapa pentingnya disiplin dalam hidup. Melainkan kamu ni sorang yang terlalu sempoi...tk mementingkan disiplin dalam hidup.
Sekarang ni pun ummi tengok kamu selalu marah adik kamu kalu tk ikut cakap kamu kan...ha...camana nanti kalu kamu nak suruh orang lain buat sesuatu kalau kamu sendiri tak buat?? poooooooooooooooNNNNNNNNNNNNN..poooonnn... acik hampir melanggar seekor ayam yang sedang cuba melintas jalan tanpa melihat kiri kanan jalan...sungguh ayam ni tidak berdisiplin.
Disiplin adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita. Islam juga mahu umatnya berdisiplin. Kita hidup kena berdisiplin. Mengucap 2 kalimah syahadah itu disiplin Menunaikan solat fardhu 5 waktu itu satu disiplin Berpuasa dalam bulan ramadhan itu disiplin Membayar zakat itu juga disiplin Menunaikan haji jugaaaaaaa disiplin!!!!
Acik masih tk menerima respon.... lalu acik jeling ke sebelah kiri acik di mana dia duduk sebagai penumpang merangkap co pilot yang tidak diyakini. CEHHHHHHHHHH...dia TIDURRRRRRRRRRR...!!!!
Acik kuit idung dia. Dia mendengus...
huh..... ape ummi nih...
Kamu dengar tak apa yang ummi kata tdi???
haaa...dengarr lah.... disiplin... !!
hmmm.. bagus... habih tu...naper tk pakai lagi talipinggang tuh???Ala..... rimas la... nanti laaaa.... itu lah yang dia jawab.. betuah punya anakk.. heiii... kamu ni bebetul la tk nak mencontohi ummi kamu yang berdisiplin nih.... cuba kamu tengok....
Haaa... ye lahhh..ye lahhh... kata Yani sambil matanya masih lagi terkatup... Tengok la umi ni.... ye lerr...ye lerrrr.... lalu dibukanya sebelah mata menjeling ke sisi sebelah acik... haahahaha..... umi pun tk pakai talipinggang .....camner nak suruh anak pulak...wakakakaka....
Sekian... kisah benar hari ini.... Acik bukan tk pakai... sesungguhnya acik menyahut seruan kerajaan untuk memakai talipinggang keledar ketika memandu. Sungguh... acik pakai setiap kali memandu... tapi setakat kat bahu sahaja.... Bapak polisi....harap tidak saman acik... acik ni warga tembaga...kesian la.... tesepit leher acik tauuuu!!!!! dapat kalian bayangkan????
Anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut.
Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.
Thursday, April 9, 2009
Selamat Datang Tan Sri Muhyiddin
kalu peningkatan dalam pendapatan... kami suker...hehehhe
Wednesday, April 8, 2009
Ala la la latok..
malang, biler keter kelajuan 6 kuasa kuda keldai acik menjadi kereta yang terpilih untuk berhenti ke tepi dan diminta hulurkan IC....ini adalah satu2nya cabutan bertuah yang acik salu kener dan yang sungguh tidak menggembirakan..
selepas mendapat surat cabutan bertuah itu, acik insap seketika... membawak kereta dengan penuh kesopanan dan kesusilaan....tapi dah sampai kat jalan Bangi...acik tk tahan menanggung rindu...untuk menekan minyak lebih dalam lagi...there goesss....terbang semula...hahaha..
Ari ni kelam kabut cari sesaper ada kenkwan kek balai polis...Monday, April 6, 2009
Ku kan pergi jua
Tpi kalu acik dah tk ada lagi, mesti n3-n3 acik tu akan memberi makna pada acik... bukan makna..mmberi guna jua. Ujung minggu yang santai...gitu ler nampaknya, kerana acik tidak ke mana-mana...hatta untuk ke kedaipun acik tidak walopun tong beras acik dah kosong tuh. BUkan tk ada duit... duit tengah ada, wlopun tk banyak... (saper nak mrompak, sila lah...takat seploh doploh tu...ada gaklah...hehhe) ... money is not everything... but no money..no talk ...
Tapi...acik tk kuar rumah, sebab mata acik bengkak.. acik termenangis..... melarat2la... melalut2 pemikiran. Tau apa yg acik buat hari Ahad ni? ohh...acik dah cerita semalam ye.. tak per..acik tambah sikit cerita yang bosan lagi. Acik muhasabah diri... lagi dan lagi dan lagi... Acik tanya diri, apakah bekal yang dah acik kumpulkan untuk ke sana. Tak ada???
Bukan tk ada.... tak banyak, dibandingkan dengan dosa yang juga telah terkumpul sedar atau tak sedar. Anak-anakku telah besar-besar dan mampu berdikari sudah. Si kakak, selalu ikuti program survivor.. sudah jadi pemimpin di kolejnya...agaknya dah boleh lah memimpin dirinya sendiri dalam mengharungi hidup seterusnya kelak.
Dia tampak lebih tahu bagaimana menjaga hati acik. Dia ikut juga cakap acik, kalau acik dah marah bebetul. Itu kelebihan dia. Cuma bab pengumpulan CD citer industan, dia masih degil. Senornya dia belum betul2 anak yang baik lagi.... Namun dia tahu bagaimana cara menjadi anak yang baik..cumer dia tk praktikkan. Bebaru ni acik marah dia sebab join MLM, labur duit kat situ.. lepas tu acik boikot dia... akhirnya dia kata, dia dah tk join dah...aciklega...walopun mungkin duitnya dah terlebur... takper...duitkan blh cari....tapi, masa?? mana nak carik lagi... time never return.... acik marah, sbb takut dia terguna masa untuk belajar tu utk aktiviti MLM tuh kelak... memang lega bila dia kata dia dah tk ikut program tuh.
Si abang, setakat ini acik yakin, dia mampu menjaga dirinya. Sebab dia jarang sangat menghubungi acik. ..kecuali klu nak mintak tolong acik...Dia tidak memerlukan acik sgt dalam hidup dia. Baguslah....acik klu pergipun, pergi dalam aman... errr...senornya acik nak pergi dalam iman... tu yang lebih penting. Dia tk penah nak kongsi cerita kehidupannya dengan acik. Kecuali cerita kejayaan2nya. Tak kisahlah...janji, tk buat perkara yang tidak elok. Salah acik gak yang kurang berkomunikasi dengan anak2.
Setakat ni, kalu dia buat aktiviti apa pun, acik tk larang... sebab dia dah besar dan tahu beza yang baik dengan tidak. ..err..senornya, acik tak tau dia buat apa...klu tau..mungkin akan ada tapisan jugak. Anyway...apa jua yang dia buat, dia lelaki...dia tahu jaga diri dan risiko dia tanggung sendiri. So far, acik nampak dia tidak cenderong buat perkara yang tidak elok. Kalau nampak...mesti acik akan tegur. Kalau mintak tolongpun, jarang-jarang lah memberi alasan.
Si adik... acik harap dia akan diberi kesedaran dan mampu mengenal hati ummi dia sebenarnya. Acik masih terluka dengannya. Dan akan terus terluka sehingga dia sendiri sedar. Sejak dari kes dia enggan mengikut cakap acik, untuk berhenti kerja... acik beri kebebasan padanya nak buat apa pun. Kalau itulah yang dikatakannya kasih sayang seorang ibu... terima lah... tapi tidak bagi acik.
Kebebasan yang acik berikan, bukan kasih sayang sebenar. Tapi kemarahan. Keterlukaan. Acik cuba kawal diri agar tidak terluka... tpi itu yang acik rasa. Acik mahu melihat ketaatan dia....tpi itu tidak ada padanya. Sedangkan itu yang paling penting yang acik mahukan dari anak-anak...bukan harta, bukan wang ringgit kesorga dunia.. Dia mempertikaikan kasih sayang acik yang tidak sama rata.
Dia bezakan, dikatanya kakak dan abang dapat apa yang mereka mahu, tapi dia tidak. Kakak dan abang boleh diberi kebenaran apa jua yang mereka mahu lakukan...tetapi dia tidak.. ok... fine... Semenjak hari dia mempertikaikan itu semua... acik bebaskan dia sebebas2nya... kalu itu yang dia mahukan... acik harap dia gunakan kebebasan itu dengan baik. Acik harap dia tidak akan tersesat jalan. Acik harap dia tidak akan lupa pada Tuhan apabila telah mendapat kebebasan itu.
Apa yang acik tahu, kebebasan itu, bukan kasih sayang seorang ibu. Habis tu? bagaimana kasih sayang seorang ibu senornya? pikirkanlah sendiri... Seorang ibu yang sayangkan anaknya adalah seorang ibu yang sentiasa risaukan keselamatan anak-anaknya. Seorang ibu yang sayangkan anaknya adalah seorang ibu yang akan melarang apabila difikirkan sesuatu yang dilakukan anaknya itu akan mendatangkan kesusahan kelak.
Seorang ibu yang sayangkan anaknya akan memarahi apabila anak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Seorang ibu yang sayangkan anaknya akan sentiasa menasihati anaknya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan agama. Ada nak tambah lagi?... mungkin ada lagi yang acik terlupa. Jadi, apa erti kebebasan yang acik berikan padanya sekrang???
Agak2nya dia rasakan atau tidak kasih sayang acik padanya dengan memberikan kebebasan untuk membuat segala keputusan dalam hidupnya kini? sebab dulu dia kata acik tk sayang, sebab apa yang dia nak buat, semua tk boleh... hmmm...sepatutnya dia sedar kini... bahawa larangan seorang ibu, leteran seorang ibu, marahnya seorang ibu, itu adalah kerana kasih sayang. Kalau seorang ibu tk risau, tk marah, tak larang, ibu itu tidak lagi ada rasa kasih dan sayang padanya.
Seorang ibu mahukan anak-anak selamat di dunia, selamat di akherat. Senang di dunia, senang di akherat. Larangan ibu adalah didikan yang mahu menyelamatkan anaknya dari kesusahan sama ada sedar atau tidak. Larangan dan suruhan ibu, bukan kerana tidak sayang... tapi dik kerana sayanglah, sesuatu perintah dan larangan itu disuarakan. Tapi larangan acik, tidak dihargainya.
Bahkan dikatakan acik tidak sayang...acik pilih kasih. err...terfikir pulak... begitu jugalah larangan dan suruhan Tuhan...adalah kerana Allah tu Maha Pengasih lagi Penyayang pada hambaNya. Nah, sekarang, acik tidak lagi melarang...nak buat apa...nak pegi mana...nak balik pukul berapa.... ada acik larang??? tapi... ada rasa tak kasih sayang acik dengan cara beri kebebasan sebegitu?
Seorang ibu yang tidak risaukan dia lagi... apa nak jadipun, jadilah kat luar sana kat dia. Kasih sayangkah itu??? Hati ini sakit ...walo acik cuba untuk tidak sakit. Mcmana tak sakit.. kalu acik dipaksa menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berlawanan begitu... acik tidak melarang...walupun acik nak larang.... acik tidak dapat menegur...walupun acik nak menegur.
Agaknya dah puas hati dia kini? Mendapat ibu yg langsung tidak melarang...langsung tidak ambil berat tentangnya? Naluri seorang ibu itu tidak akan hilang... acik mengharapkan satu hari nanti dia akan minta acik melarang dan menyuruhnya semula demi untuk memandu kehidupannya... acik harap satu hari nanti dia akan sedar bahawa acik tidak memilih kasih dalam membesarkan anak2.
Acik harap dia insaf, bahawa larangan ibu itu adalah kasih sayang jua...bukan kebencian. Marah acik hanya dapat acik luahkan di blog ini seperti di sini dan di sini dan pernah acik bawakan tajuk pilih kasih ni dalam N3 kat sini.
Walau apapun berlaku, andai acik pergi dulu, acik tetap akan memaafkan mereka... sebagaimana acik mengharapkan mereka memaafkan acik yang tk pandai mendidik anak ini. Andai acik pergi tk kembali, acik tiada meninggalkan harta. Tapi anak-anak sahajalah saham acik di akherat.
Acik mengharapkan mereka akan menjadi insan yang beriman dan bertakwa ... agar aman hidup acik di sana kelak. Acik harap mereka berjaya mendidik keturunan mereka jua agar menjadi orang-orang yang berjaya di dunia, berjaya di akherat. Mereka lah saham besar acik untuk ke akherat...
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...



