Thursday, March 21, 2013

Purple Walk vs Green Walk..


Hujung minggu lepas acik dah siap daftar untuk turut serta dalam Purple walk di Putrajaya bersama PM. Tiba-tiba si Shahmah ajak balik kampung, nak tengok tanah yang nak di jual.. sejak bila dia jadik broker tanah kan..!  Nak amik gambar katanya. Hmm...mesti nak ikut jugak, sebab acik tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Tapi, nak masuk ke situ perlukan kenderaan pacuan 4 roda. Cari punya cari, untuk disewa, atau dipinjam, tak dapat.

Tawakal sahajalah.. acik drive sorang ke kampung, dan Shahmah pandu keretanya sendiri besama kawannya. Sampai2 je, acik mesin rumput dulu memandangkan kemuncup pun dah mencacak2 kat rumah tu.

Bila dia sampai, dia tanya, Umi nak ikut tak gi ladang tu? Acik terus letak mesin rumput, dan ikut mereka sesama ke arah Port Dickson di mana lokasi tanah tersebut berada.

Masuk ke kawasan tersebut, ternyata 4wd acik ni tk lepas nak masuk, tepaksa park kat tepi pokok gotah tu, dan jalan kaki bertiga ke kawasan yang tk pernah acik jejak itu. Hmmmm...akhirnya aku berjalan jugak, walaupun tak bersama PM...ada jugak dalam 2 km pegi balik berjalan masuk ke kawasan tanah pertanian itu...

Bagus beriadah gini.... 





Ok....saper nak beli tanah ni?   3 ekar ....tanah pertanian... kawasan berhampiran dengan  Pengkalan Kempas dan sebelum Sg Raya / Pasir Panjang Port Dickson.  Acik letak harga RM50K seekar... kesemuanya RM150K   :)  ... 

Friday, March 1, 2013

The Lake House

 
Sebabkan terlalu banyak simpan cerita, sampai lupa nk update kat sini. Tajuk tu, hanya tajuk, tak ada kaitan dengan movie lakunan Sandra Bullock dengan Keanu Reeves hero hensem tu ye... Gambar-gambar ini menunjukkan aktiviti acik tahun lepas. Bulan sepuluh kot...dah lupa. Kesinambungan entry Coklat itu sedap tahun lepas. 
 


 Orang Pahang mesti tau kat mana ni...  ya..Esplanade/Benteng di Kuantan Pahang..tempat memancing ikan dan orang..hehehe

Masa kami gi ni, ada pertandingan mancing kat situ. Jadi, tak boleh lah nak mencampakkan mata kail pancing keramat acik ni ha..berpeleseran je la dengan kawan acik si Laila dan anak2nya.



 Memancing dengan kawan sepengajian kat depan umah dia.
 

 
Ni depan umah kawan acik, Laila .  Cantikkan...mnjadi idamanku utk tinggal di rumah tepi tasik begini... heavennnn...
 
Kat tepi tasik tu, ada jugak pokok periuk kera ni.... bebaik..kang di gegetnya... :)
Berposing tepi muara sungai Pahang ini....
 
Ok..jangan tanya accik dapat ikan ke tidak.....langsung tk dapat, walaupun memancing di tasik/lombong yang sebesar2nya ni..! Janji puas hati dapat memandu sorang diri dari Putrajaya ke Kuantan untuk pertama kalinya !!  :)
 
Sekian.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-