Thursday, January 23, 2014

Ujian Pekebun Getah

Memang banyak ujian untuk mendapat hasil tanaman ni. Terutama waktu mula-mula tanam. Gangguan perosak dan pemunah seperti babi hutan, kambing dan lembu terutamanya. Belum lagi diambil kira pengaruh cuaca, hujan atau terlalu panas.
Emak accik sendiri hampir merajuk bila habis semua anak getahnya dimusnahkan gerombolan lembu yang meroboh dan menceroboh masuk ke kawasan tanamannya. Alhamdulillah, tuanpunya lembu dah ganti semula, anak-anak getah yang punah tu. Terima kasih. Tapi kami kena bersabar untuk tunggu anak getah tersebut menghijau seperti pokok orang lain. :( .  Sabar itu separuh dari iman.  Sabar itu pahit, kerana buahnya manis.


Wednesday, January 22, 2014

Pekebun Moden itu

Nak mencari orang membantu kerja-kerja di ladang pun sangat payah. Payah yang macam-macam. Emak accik kata, mereka diupah mahal, tapi kerja tidak memuaskan hati. Bila berlaku rungutan yang sebegitu, accik kata kat emak accik,"tak apalah mak, kami ni ada..(anak-anak dan cucu) Biarlah kami tolong buatkan semampu kami ..." Well, kalu anak yang tolong buat kerja, kalaupun tk sempurna, emak tu idaklah nak mengomplen sangat kan... :) ...lagipun free kan....kami tk caj pun.

Maka jadilah accik dan anak-anak pekebun getah secara tidak rasminya. Setakat ini kami dah buat kerja membaja, meracun dan memagar. Yang belumnya, menoreh je lagi...huhu.. tak apalah, demi membantu ibu tua tersayang kan.. di samping, seronok juga, melihat anak2 getah membesar. Kehijauan ladang (orang lain) , dan sekarang ni pulak, musim angin kuat bertiup...seronok. rasa nak main layang-layang je kat ladang tu.








 

Tuesday, January 21, 2014

Ragam Pekebun Kecil Getah

 
 
Kesinambungan kisah kebun getah, macam-macam cara yang pekebun getah lakukan untuk mengawal anak-anak getah mereka.  Antaranya dengan meletakkan patung harimau yang besar seperti saiz sebenar binatang tersebut.  Ha...memang macam rimau betul kalau orang tak tau ni.  Kera, kambing dan lombu pun, pikir banyak kali nak masuk kawasan ni... 
 
 

Tapi macamana kalau tetiber memang harimau bebetul yang masuk ladang ni?  Memula tu ingatkan rimau palsu, sekali tu, dia ngangakan mulutnya besau2.....  Mesti tak cukup tanah nak lari kan... !!! Minta Allah jauhkan kita dari malapetaka begini...aamin.

Monday, January 20, 2014

Melawat Kebun Getah

Sejak accik asik berulang ke ladang menolong emak dengan tanaman semula getahnya, macam-macam pengalaman yang accik dapat, sama ada buat sendiri ataupun melihat orang lain buat.
 
Merumput, meracun dan membaja perlu dilakukan dari masa ke semasa. Banyaklah peluh dan mungkin airmata yang menitis dalam tempoh itu. Hanya mereka yang bersabar sahaja yang akhirnya akan dapat menikmati hasilnya. Usaha akan membuahkan hasil. Berbudilah pada tanah, kita tidak akan kecewa dengan hasilnya.



 
Kata sorang penceramah motivasi tu, hanya mereka yang ada 'passion' dalam kerja yang dilakukan yang akan seronok dan berjaya.
 

 
 
 
 
 



Saturday, January 18, 2014

Kata Pak Menteri

Harga barang dinaikkan untuk burukkan BN - Tengku Adnan

Faktor permintaan, bekalan dan cuaca selain musim perayaan, menjadi antara punca utama mempengaruhi kenaikan atau penurunan sesuatu barang di pasar ~  Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

PM Dato' Seri Najib kata harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.


TPM, Tan Sri Muhyiddin kata, situasi sebenar kenaikan sesetengah ketogari barangan boleh diketahui puncanya samada ianya hanya dikatakan naik sedangkan barangan itu tidak naik atau ianya sengaja dinaikan semata-mata hendak menunjukkan barang itu naik. 

Hmmmm....entahla.. Accik yg tk berapa pandai ni perati,
setiap kali harga minyak naik, harga barang mesti akan naik,
setiap kali harga gula naik, yang lelain pun akan naik
setiap kali tol naik, harga lelain pun naik...


Ini adalah antara barangan / perkhidmatan utama yang menyebabkan kenaikan segalanya kerana barangan itu diperlukan dalam penghasilan produk-produk lain.

Kangkung tak diperlukan untuk penghasilan produk lain.  Jadi, tidak akan memberi kesan pada harga barangan lain, walaupun harganya jatuh menjunam 90% sekalipun.


Kata PM, menjawab isu kangkung,  Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang. 

Terima je lah....

Redha dan berbahagia je lah wahai rakyat Malaysia memandangkan kita masih dapat makan sedap-sedap kat bumi Malaysia ini, tak macam rakyat negara lain yang mana mereka dan anak-anak mereka mengutip makanan yang dibuang di tempat pembuangan sampah untuk menghilangkan kelaparan mereka. 

Kekalkan keamanan negara kita, bersama kita menjauhi perkara yang boleh menimbulkan perpecahan dan kekacauan dalam negera kita ini. Amalkan Al Quran dan Sunnah..insyaAllah, kita dapat mahmudah dan akan terbuang mazmumah dalam diri. 

Salam Maulidurrasul buat semua muslimin muslimat mukminin mukminat seluruh dunia...jangan memarah.. (ingatan untuk diwi sendiwi..)

Thursday, January 16, 2014

Peliharalah Dirimu

Jaga lah sumber rezekimu, nescayakan terjaga hatimu,
Peliharalah hatimu, akan terjagalah lidahmu,
Peliharalah lidahmu, akan terjagalah amalmu,
Peliharalah amalmu, akan terselamatlah kamu di dunia dan di akherat.


Jom...kita berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk menyara hidup kita,
makan pakai kita.

Monday, January 6, 2014

Kisah seekor helang


Ada seekor helang.  Dari pagi hingga ke petang duduknya di pohon durian yang menjulang tinggi ini.
Diamnya di kampung Linggi...

 Kerjanya, memerhati, mencari rezeki
yang ditetapkan Allah untuknya setiap hari
Mangsanya mungkin ayam-ayam orang kampung yang berkeliaran, atau beburung yang terbang tak hengat diri..


Satu pagi,
tika beburung lain terbang riang gembira terbang ke sana ke sini,
keluar dari sarang mencari rezeki
sambil berbunyi berzikir ke hadrat ilahi,
kerana memberi peluang lagi,
menghirup udara bumi,
Sang helang yang tetap di puncak yang tinggi
Melihat mangsanya berlari-lari di mukabumi..
Lalu sang helang menebar sayap di kedua sisi..
mahu mengatur strategi...
Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar.
 Kuku yang tajam bersedia mencari,
mangsa yang masih tidak menyedari,
Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar.
Tapi Sang Helang sendiri tidak tahu ia diperhati,
Penembak handalan yang menjaga hak yg dipinjam Ilahi
Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar.

(tanjat makcik tadi tau !!! mendengar letupan senjata api...)
Akhirnya Sang Helang tumbang terhempas ke bumi
di hujung senapang penembak yang tiada kasihan di hati
yang picu nya dipetik hanya sekali


Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar.

Kini pepohon dan beburung di sini sunyi
Tiada lagi raja di udara yang mengancam diri.
Tunggulah, pasti ada pengganti. 
Bertenggek di hujung dahan nan tinggi ini lagi.


Sekian..kisah benar yang disaksikan pada 5hb Januari
Di Kampung ku, Kampung Linggi..
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-