Apapun boleh blaku, dengan izin Allah. Siapa yang menang siapa yang kalah, izin Allah juga. Pemimpin yang adil, bijak dan beriman, anugerah buat kita untuk hidup harmoni. Pemimpin yang tidak adil, bodoh, selfish, corrupt...itu ujian buat rakyat dan negara dan kita perlu berusaha mengekalkan keharmonian negara. Adalah hikmahNya untuk kita.
Agar kita baiki diri bersama. Agar kita bersyukur atas bnyk lgi nikmat Allah. Agar kita lebih bersatu dan berusaha..agar kita meningkatkn maqam sabar kita. Ye...moga meningkat lah juga pahala buat kita atas ujian Allah pada negara kita (bukan dosa kutukan umpatan dan fitnah sesama manusia).
Moga Allah satukan hati-hati kita. Bukankah itu juga satu nikmat Allah yg patut kita syukuri?
Mungkin kalau kita sabar, mereka itu akan memberikan banyak pahala buat kita.
Dan kalau kita tak sabar, kita lah yang memberikan mereka banyak pahala, dengan izin Allah dengan kutukan, umpatan dan fitnah yang berlonggok kita lemparkan pada mereka.
Kekadang kita dengar, setiap kali Undi pilihanraya, ada yang main kotor atau main lumpur ke main najis ke...untuk menang. Entahlah. Wallahu a'lam itu semua. Lalu, mereka menang. Siapakah yang izinkan mereka menang? Apakah Dia tiada kuasa untuk memberikan kekalahan kepada mereka yang tidak jujur itu? Tidak. Kuasa Allah tiada batasannya. Takdir Allah tiada yang dapat menghalangnya. Sesuatu yang ditakdirkanNya, ada bersebab. Ada hikmah yang tersurat dan yang tersirat. Yang patut kita sentiasa syukuri dan insafi.
Ada hikmat tersirat yang kita tidak tahu. Masa hadapan itu rahsia Allah. Kita tidak tahu kan? Mungkin kalau si polan yang selama ini kalah, tiba-tiba menang, dia akan jadi pemerintah yang zalim, lupa diri dan lupa janji manifesto parti bagai tu.
Bab-bab hikmah kejadian ni, cuba kita rujuk kisah waktu Nabi Musa mengikut pengembaraan Nabi Khidir dan ambil ikhtibar dari kisah itu. Zahirnya bukankah nampak Nabi Khidir itu seolah-olah seorang yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Membunuh kanak-kanak, merosakkan perahu, dan membina tembok yang nampak seperti sia-sia perbuatannya. Nabi Khidir diberikan keistimewaan untuk mengetahui masa depan. Sedangkan Nabi Musa tidak nampak semua itu.
Allah Mahu kita ambil ikhtibar dari kisah nabi-nabi itu. Bezanya cuma, nabi Khidir adalah nabi dan Allah berikan kelebihan kashaf kepadanya iaitu boleh melihat masa depan.
Mungkin sebab kita banyak lalai, lalu Allah ketuk hati kita dengan ujian-ujianNya untuk kita mendekatkan diri denganNya. Untuk kita selalu mahu menyebut dan mengingatNya di waktu kita ditimpa kesusahan dan penderitaan..(Walaupun dalam penderitaan, banyak lagi nikmat untuk kita bersyukur)
Sedar atau tidak, bila mereka itu membuat kesalahan, ramailah yang buat kajian, baca kitab, tanya alim ulama' akan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang mereka nampak. Maka bertambahlah ilmu, bertambahlah amal hendaknya. Tapi jangan bertambah pula dosa kita ye.
Sentiasalah bersangka baik. Dengan Allah dan sesama manusia.
Bersyukur, berusaha dan berdoalah kepada yang meminjamkan kita segala yang di dunia ini dalam mengharungi ujian Nya.
Hidup kita hanya sementara.
Di Akherat sana yang kekal selamanya.
Berbuatlah amal dengan usia yang ada pada kita
Jangan kita perhabiskan usia yang singkat ini dengan membuat dosa
Dan perkara yang sia-sia.
Sekian. Peringatan buat diri sendiri yang sering terlupa.
JOM MENGUNDI.
PASTIKAN PILIHAN ANDA ADALAH YANG TEPAT !
