Wednesday, January 31, 2018

Smart Phone, bukan Semak Phone

Ada telefon bimbit, bermakna,
Selamat tinggal keluargaku
Selamat tinggal isteri ku
Selamat tinggal anak-anakku
Selamat tinggal ibuku
Selamat tinggal ayahku

Kenapa ku katakan begitu
Telefon pintar lebih mendapat nafkah dari isteri dan anak-anak
Telefon pintar lebih diambil berat dari isteri dan anak-anak
Telefon pintar sentiasa di sisi
anak dan isteri di jauhi dan tidak dipeduli
Telefon pintar lebih dekat dengan diri dari mendekatkan diri dengan Allah.
Masa untuk telefon pintar sentiasa ada
Masa untuk bersama anak dan isteri sentiasa tiada
Masa dengan telefon pintar bila-bila sahaja
Masa untuk Allah, dihujung waktu, tika mata sudah keletihan melayan ragam Telefon Pintar.
Kasihan anak-anak
Kasihan isteri
yang terbiar justeru tempat dihati telah dipunyai oleh telefon pintar itu
Isteri mahu berbual , tidak dilayan , asik berbual dengan telefon pintar
Isteri meminta wang belanja, tidak ada katanya, tapi jika untuk telefon pintar, sentiasa ditunaikan nafkahnya...dijaga jangkahayat nya, dimanjakan selalu, dijaga agar tidak rosak dan baik sentiasa
tetapi sang isteri,anak ......hati yang rosak, remuk redam, hancur perasaan, adakah kelihatan padanya?

Aku pelik, suami yang letih pulang ke rumah, masih mampu mengadap telefon pintar, namun bila isteri meminta bantuan untuk membuat kerja rumah,  langsung tidak dipedulinya.
Aku pelik suami yang berumur lebih setengah abad, masih leka bermain telefon pintarnya ketika dihadapan anak dan isteri.
Aku pelik dengan suami yang menjadikan telefon pintar itu lebih disayangi dari menyayangi isteri dan anak-anaknya.  Anak dan isteri sakit tidak dihantar ke rumah sakit atau dipeduli, tetapi jika telefon bimbitnya itu rosak, tak senang duduk dan dengan segera akan dibaiki atau dibeli baru.

Wahai suami, walau berapapun usiamu, ubahlah sikapmu. Bantulah isterimu dengan kerja-kerja di rumah. Ke dapurlah, ke kedai lah untuk membeli keperluan isi rumahmu.
Jangan sekali-kali kau anggap isterimu itu khadammu semata-mata. Sediakan makan minum tanpa  mereka diberi wang perbelanjaan. Uruskan rumah dalam keadaan kesakitan.

Didikah anak-anak melalui tauladan dirimu.
Malu lah untuk makan hasil titik peluh isteri mu.
Malu kan..apabila suami yang bangun tidur, minta isteri keluar belikan sarapan dan makanan tanpa memberi wang belanja. Bukan setakat malu.  Suami yang sebegini, amat keji.  Kejam.  Dan tidak punya maruah diri.

Lebih malang lagi, suami yang begini pun boleh punya banyak isteri. Ye, jodoh itu ketentuan Allah. Namun, jangan hanya mahukan indahnya, tetapi tidak dijaga amanah Allah itu.

Ingatlah wahai suami-suami yang punya sikap keji ini..jangan kau mimpikan hari tuamu kan indah jika panjang umurmu.  Jangan kau harapkan anak-anak akan menjagamu tika telah lanjut usiamu, jika anak-anak itu tidak kau pedulikan diwaktu mereka membesar.  Tidak kau berikan secukup kasih sayang kepada mereka.




*Kenyataan saya di atas hanya untuk suami yang tidak bertanggungjawab sahaja.  Beruntunglah wanita yang punya suami yang bertanggungjawab dan menyayangi mereka.  Moga Allah merahmati rumahtangga anda. Jangan sia-siakan nikmat Allah ini.  Sentiasa bersyukur dan berbaktilah dengan penuh ikhlas kepada suami dan anak-anakmu.

Buat yang diuji dengan suami yang tidak ada hati perut ini, bersyukur dan bersabarlah.  Moga Allah beri kebahagiaan jua buat kalian tak di dunia, diakherat kelak. Sesungguhnya sabar itu pahit, tetapi buahnya manis.



APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-