Wednesday, March 4, 2020

Apa nak jadi lah negara ni..


Saya bukan pengkritik politik. Hanya rakyat marhaen.
Apa pun kemelut yang sedang melanda negara ini, mari sama-sama kita doakan
Moga negara ini akan aman damai, terus bersatu padu, maju rakyat, maju ekonomi.

Tidak mendapat pemimpin yang bermain politik kotor, yang makan rasuah, salahguna kuasa dan
mementingkan diri sendiri. Apa lagi ciri-ciri pemimpin yang tidak patut ada.....moga tiada pada pemimpin-pemimpin kita sekarang dan akan datang.

Apa yang negara ini perlukan, pemimpin yang bertakwa, bijak dalam memajukan negara dan menyatupadukan rakyat di samping menjaga keharmonian, berintegriti, menambah hasil dalam dan luar negara, dan yang paling penting, mengutamakan agama Islam dalam hal kepimpinan dan pentadbiran negara. Jadikan apa yang Rasulullah dan para sahabat lakukan sebagai panduan dalam mempimpin. Lihatlah bagaimana empayar Islam dibangunkan ketika itu.  Runtuhnya sesuatu kerajaan itu apabila telah ujud rasa tamak dan haloba dengan dunia dan kuasa. Itu yang nyata, yang berlaku di mana-mana kerajaan kecil atau besar.
Kepimpinan melalui tauladan. Pimpinlah negara ini dengan berpandukan Al Quran dan sunnah.

Apapun, ingat sentiasa,   Kita mentadbir, Allah mentakdir.

Semoga Allah kembalikan kemakmuran dan kesejahteraan negara ini, dan menyatupadukan para pemimpin yang akan mentadbir negara tercinta kita ini.

Pemimpin bersatu, negara maju.
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-