Monday, November 30, 2009

sakit kepala

Kapla sakit.... tak bley tdo... carik ubat tk jumpa.... sudah terbuangkah? Ato di mana... sekian.

Friday, November 27, 2009

Salam Eidil Adha.

Hari ni hari raya aidil adha...hari raya korban.... dan diucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam... biarlah ianya menjadi hari yang memberi erti pada kalian.

Bagi acik....ianya memang bermakna... *tapi klu ikut tahun omputeh la.. Sebab hari ini... pagi ini, acik telah selamat melahirkan anak yang ketiga... yang bungsu... Hazirah.... lapan belas (18) tahun yang lalu. Ia memberi erti sebab waktu ini lah acik pers taim dapat naik ambulan....dari umah kampung, ke Hospital Besar Seremban (sekrang dikenali sebagai hospital Tuanku Jaafar) ... hehe... tak fatot kan..

Alhamdulillah, ini anak, membesar bagai johan dan dikurniakan Allah tubuh badan, sihat dan lengkap sempurna segala anggota, dengan otak yang cerdas dan cergas dan telah membanggakan keluarga dari sekolah rendah lagi.... *tpi naper udah besar makin merosot? Makin malas nk capai kejayaan ekkk??

Harapan acik, Hazirah ini akan berusaha lebih giat, demi untuk tidak memiliki sesuatu keputusan yang bernama kegagalan... nanti sendiri yang sedih dan susah. Kelmarin, result PSPMnya telah keluar, dan Alhamdulillah, lulus untuk terus berjaya mempertahankan diri utk terus belajar di kolej matrik itu.. ....lulus yg hanya sekdar melepaskan dirinya.

Tak apa..lepas ni usaha lagi gigih... bukan untuk ssesiapa...tapi untuk masa depan diri sendiri juga.. kita, adalah tanggungjawab diri kita sendiri. Berusaha dan doa tidak dapat nak dipisahkan.... tanpa usaha, kejayaan tkkan jadi milik kita.

Tanpa berdoa, kita tiada daya upaya juga untuk mendapatkan kejayaan yang dicita dalam hidup ini. Kerana segalanya adalah dengan keizinan Allah juga. ini doa ummi buat Hazirah...

Selamat hari lahir...moga akan menjadi anak yg solehah, yg beriman dan bertakwa, ditunaikan segala hajat, dikasihi sekelian makhluk di bumi, dimurahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yg baik sehingga akhir hayat, dijauhkan dari segala kejahatan dunia dan akherat..diberikan segala kebaikan dunia dan akherat, dipermudahkan urusan dan diberikan kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akherat terutamanya...aamin.

Moga semua pembaca blog ini sudi mengaminkan doa acik nih...

Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan seorang hamba

Esok adalah hari raya korban.

اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ * اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ * وَللهِ الْحَمْدُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَ للهِ الْحَمْدُ.

Aidil-Adha merupakan hari memperingati peristiwa di mana Nabi Ibrahim A.S. diuji oleh Allah Taala agar menyembelih putra kesayangannya iaitu Nabi Ismail A.S. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah As-Saafaat ayat : 102-109 Maksudnya :


“ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab:
‘Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.

Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “

Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”.

Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”.
Hebatkan pengorbanan Nabi Ibrahim itu....klu kita, sanggup tak? Err...tpi jgn la pulak kalu tetiber kita mimpi suh semelih anak, kita bangun tdo terus amek parang, lantas memenggal paler anak kita lak....ha...tak ke nayer tuh...

Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir... dan hanya nabi Ibrahim yang dberi arahan sebegitu untuk mendidik umat2 selepasnya. Kerana membuat ibadah korban itu amat besar ertinya, besar faedahnya...banyak pahalanya...

Mengorbankan sesuatu yang kita sayang...itu adalah pengorbanan yang dinamakan pengorbanan.
Mengorbankan yang kita tidak perlukan, bukan pengorbanan namanya.
Berkorban, ertinya terkorban... rasa sedih, rasa menderita dengan perlakuan yang seolah2 kita terpaksa lakukan tanpa redha... Namun, perasaan kasihkan Allah itu mengatasi keterpaksaan dan penderitaan itu. Rasa puas kerana dapat mentaati perintah Allah.

Apa juga yang kita lakukan kerana terpaksa, kerana Allah, adalah satu pengorbanan. Termasuk meninggalkan kehidupan yang penuh dosa, menuju ke arah penghidupan yang lebih baik, sebagai hamba Allah yang taat pada perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya.... adalah juga satu pengorbanan yang hebat.

Hijrah ke arah kebaikan, adalah pengorbanan. Bukan senang meninggalkan kenikmatan dunia yang penuh dosa dan kealpaan, menuju ke arah mentaati perintah Allah...dan merasai nikmat cinta Allah.

Membuang mazmumah(sifat keji) dalam diri demi untuk memiliki mahmudah(sifat terpuji), adalah juga salah satu pengorbanan.

Daripada seorang yang pemarah, menjadi seorang yang pemaaf Daripada seorang yang kedekut, menjadi seorang yang pemurah Daripada seorang yang suka mengumpat, menjadi seorang yang suka berzikir Daripada seorang yang bersifat boros, menjadi seorang yang suka berjimat dan membelanjakan wang ke arah yang lebih baik.

Bagi yang berada di Tanah Suci Mekah, menyambut Raya di sana tentu lebih bermakna. Berada di rumah Allah, menghayati detik2 pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim... Merasakan kehambaan diri.... betapa hebatnya kekuasaan Allah, betapa taat dan patuh Rasul dan NabiNya yang diturunkan untuk memimpin dan mendidik manusia2 lain dari zaman mereka sehingga bila2 selagi ada umur dunia.

Moga semua mereka yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah tahun ini akan mdapat Haji yang Mabrur.. dan akan selamat pulang nanti. *Tetiber rindukan seseorang... Bila pulak acik dapat pi sana plak... Meh kita benasyid sat...

Haji Menuju Allah Album : Syukur 21Munsyid : Raihanhttp://liriknasyid.com

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
Pergi haji Artinya menuju Allah yang esa Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Wednesday, November 25, 2009

Balik kejap

Tadi acik balik kampung kejap. Amik Emergency Leave...nk menemankan emak ke pejabat pertanian Podeksen..

Pehtu, bawak emak acik sekali balik Putrajaya. Turut sama, Nurzayani dan Shahmah yang sedang cuti semester. So, sekarang, kat umah udah ada ramai....meriah gakla.. esok Hazirah lak balik...memulakan cuti raya dia.

Esok juga adalah hari debaran untuk dia... Result exam Matrikulasi akan keluar... penentu samada dia akan terus atau tidak di Kolej tersebut... acik doakan dia berjaya la... risau nih..

Raya Aji tahun ni nampaknya semua di Putrajaya lah... udah emak acik ada kat sini.

Tak ada pekdahnya lah nak balik kampung... tapi tdi acik tgk kat kampung, gumput udah fanjang...harus kener gi mesin gumput jugakla nnt...musim2 ujan ni, rumput amat cepat fanjangnya...rasanya baru lagi acik balik mesin gumput aritu..

OKlah....ni nk cukup an syarat menghapdet je... nengok tajuk Riak kat kitab Hidayatussalikin tdi...amat fanjang itu tajuk...huhu...tpi, itu ler tajuk terakhir dalam bab Maksiat Bathin nih... Sekian.

Monday, November 23, 2009

Pantun Klasik

Tak geti2 nak hapdet?? huhu... Tak per la..meh kita berpantun...
Apa guna pasang pelita
Jikalau tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain cinta
Jikalau tidak dengan sungguhnya

Asal kapas menjadi benang
Asal benang menjadi kain
Barang lepas jangan di kenang
Sudah menjadi orang lain

 Malam ini merendang jagung
Malam esok merendang jelai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai

Thursday, November 19, 2009

Kejap je

Kejap sahaja kita telah bertemu semula dengan hari ini...hari Khamis, dan esok adalah hari Jumaat. Orang yang beriman gembira dengan hari Jumaat, kerana Jumaat adalah Sayyidul aiyam.. penghulu segala hari ... dan adalah hari yang amat istimewa dengan pelbagai keistimewaan yang telah Allah janjikan.

Tapi bagi hamba Allah yang tipis imannya (moga aku dikurniakan iman yang kuat dan kukuh) , seperti penulis, hari Jumaat adalah hari yang amat dinantikan sebab esoknya adalah hari Sabtu, hari untuk berehat di rumah atau berlibor bersama keluarga, atau hari untuk bangun tidur lewat dari hari-hari bekerja. Betui kan? Hari Ahad pulak, agak sedih, sebab esoknya akan datang hari Isnin untuk kembali keluar mencari rezeki, terutama pada mereka yang bekerja makan gaji.... Begitulah pusingannya setiap minggu. Semalam... dalam entry tajuk Kejohanan Carrom acik ada cerita tentang cabaran Rumah Merah pada Rumah Kuning dalam pertandingan Carrom itu. Dan keputusannya, Merah mengungguli kejohanan Carrom 2009 ini dengan keputusan 3-2 ....

Memang sengit. Pemain RUmah Merah acik, berjuang habis-habisan untuk menang. Tahniah untuk mereka... dan yang membawa kemenangan adalah pemain bidan terjun kami, pemain bergu lelaki, si boboi dan Anuar... selain dari kategori single lelaki (yg tak pernah kalah lagi) dan single wanita. Yang kalah, telah berusaha sedaya upaya.... tak apa...kita tetap menang !! Semua ahli Rumah Merah amat gumbira...!! Terutama ketua pasukannya...yg datang lewat untuk memberi tentangan psiko pada pasukan lawan... yg tak kurang hebatnya menyaiko pemain kami... hehehe OK.. tamat cerita tuh. Acik masih in progress membaca buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia. Kini acik terhenti di satu perenggan yang sungguh menarik untuk dikongsikan di sini.


Contohi lah pohon kurma; tinggi cita2nya, kebal dari penyakit dan jika dibaling dgn batu ia membalas dengan menggugurkan buahnya.
 
Sungguh... acik tk trpikirkan perkara begini. Bukan hanya pohon kurma, sekiranya pohon mangga pun, jika kita baling batu, atau kayu, terkena buahnya, maka akan gugur lah ia, lalu kita menikmati buah itu. Siapa sebenarnya yang berkorban dan terkorban dalam hal ini? Pokok itu lah... kerana terpaksa menanggung kesakitan, namun ia tidak membalas, bahkan menunaikan hajat kita...memberikan buahnya pada kita. Bagaimana pula kita, dalam mengharungi penghidupan seharian kita.

Mampukah kita melakukan seperti pohon kurma itu? Apabila ada yang menyakitkan kita, kita hadiahkan orang itu dengan sesuatu yang menyenangkan hatinya? Acik belum mampu lagi...! Terus terang mengaku. Bahkan masih menyimpan dendam kesumat pada mereka yang menyakitkan hati maupun memburukkan nama acik. Masih payah memaafkan dan melupakan kesalahan mereka...

Raser nak cepuk-cepuk je mereka tu. Cuma acik blh kontrol untuk tidak membalas je..dan menjauhkan diri dari mereka yang menyakitkan itu..tidak la sampai mencepuk2 mereka itu.... Namun untuk melupakan, apalagi untuk memberi hadiah cam pokok kurma tu.... hmmm..tak sampai ke makam tu lagik... lemahkan???..tak patutkan????!!

Aku hanya manusia biasa yang masih memiliki 1001 sifat mazmumah, namun aku sebenarnya mencintai kebaikan dan membenci kejahatan donia. Acik tak mahu jadik macam landak... kalu diusik, akan menembak musuhnya dengan duri2 di badannya....
Landak ..gambar pinjam kat sini

atau seperti serangga charlie yang akan menyemburkan cecair berbisa apakala disentuh sedikit bahagian badannya. serangga ini telah ditemui dalam tandas lelaki di pejabat acik. Bahaya taw!!

Atau seperti Skunk, yang menghadiahkan bau busuk pada apa jua yang mengganggunya

credit to www.northrup.org

... Biarlah landak itu yang membalas biarlah serangga Charlie itu yang tiada belas kasihan menyakitkan pengganggunya biarlah skunk yg bersenjatakan bau busuknya.... membusukkan orang lain... Acik tak mau jadik cam binatang2 itu... Tapi acik nk mencontohi sikap pepohon kurma dan yang sewaktu dengannya itu. Biar hati sakit, namun tetap kan membalas dengan kebaikan.
Moga acik akan mencapai makam sedemikian nanti...Aaamin untuk diri sendiri.

Wednesday, November 18, 2009

Kejohanan Carrom

Dari minggu lepas opis acik telah menganjurkan kejohanan Carrom peringkat KRESTA iaitu kelab Bahagian kami. Acik tak amik bahagian kali ni. Cuma sibuk jadik jurugambar tak rasmi cam biasa. Tak reti nak menjentik disc tuh... asik kener dinding je... takmo mender tu masuk kat lobangpun. Pertandingan hari pertama. Rumah Merah acik macam biasa lah...memenanginya mengalahkan Rumah Biru.... heheh...misti marah org rumah biru kalu baca nih. Rumah Merah menang 4 -1. Seronok pulak tengok diorg main. Rasa nak beli papan carrom sendiri nanti... Tapi Shahmah kata.. Ummi nak main dengan saper?? Sorang??? errrkkk... cisss..

Ini Yeen, salah sorang wakil kategori double wanita... bermain dgn jayanya di pertemuan dengan Rumah Biru. Tapi tewas bergaya dalam pertemuan dengan Rumah Hijau. Ni blogger Aida, yang mengungguli kategori single wanita pada hari pertama mewakili RUmah Biru... 'golden fingers' tu... Dua wakil Rumah Merah kategori Bergu Campuran ... Blogger Lyn, rekod tanpa kalah lagi sehingga pertemuan kedua dengan RUmah Hijau. Kira jadi penyelamat kepada Rumah Merah yang hampir tumpas di perlawanan kali kedua dengan Rumah Hijau yang memberikan mata kemenangan tipis 3-2. Maria yang tewas pada pertemuan dengan pemain single wanita Rumah Biru, tapi cover balik lalu mendapat kemenangan ketika bertemu dengan pemain single wanita Rumah Hijau. Tahniah sis !! Pasangan Yeen, Ina , kategori Bergu Wanita, yang bersungguh, tapi lebih bersungguh lagi Ketua pasukan, Ana, dalam memberi semangat di sebelahnya...sampai lompat2 tuh.. hehhe.. Pemain single lelaki RUmah Merah yang masih pegang rekod tanpa kalah.... En. Kamaruzaman. En. Faizal wakil Rumah Biru yang udah kalah... kategori single dan bergu campuran...jgn marah banggg... Pertemuan Bergu campuran Merah lawan Hijau baru je dibuat semalam sebab tak cukup masa minggu lepas. Kira penentu untuk tahu sapa yang menang . Udah dedua pasukan dpt markah 2-2. Tapi acik tk pegi tengok dan amek gambar, sebab pegi becumbu rayu dan memadu asmara dengan si Eddie Roseqa atau Mr E (Blogger My name is E)kat bilik dia...hehhe.. sabau je lah kan. (makan-makan senornya...) Semua perlawanan itu telah dibuat sewaktu rehat antara pukul 1-2 petang. So, memang amat singkat. Tinggal satu perlawanan lagi...bertemu Rumah Kuning. Harap2 Rumah Merah akan menang Kejohanan ini. Sebab lepas ni Cabaran Ping Pong pulak.... kali ni acik masuk...lom tau lagi leh menang...sebab acik tk geti main...heheh... tapi acik yakin RUmah Merah akan menang, memandangkan kami ada pemain handalan... (kondifen je kan..)...Tungggguuuuuuuuuuuuuuu...

Sekian Lintas langsung laporan sukan hari ini dari acik..

entah kan bila kan berubah

Acik dulu seorang yang suka membaca. Baca buku cerita. Baca novel betimbun2... *ye la tuh. Tapi betul..! semenjak kecik, klu ada bahan bacaan yang menarik minat acik, acik akan baca sampai abih...baru gi tempat lain.

Walopun buku tebal cam hikayat Siti Zubaidah tuh... sehari acik blh abihkan. Terbaring tegolek la kat kosi tu... Kener marah pun acik buat derk je.. Tapi sejak mengenali alam IT ni lebih seploh tawon kebelakangan.... acik sangat kurang membaca.

Gagah2 juga nak membaca satu dua novel....tpi... kkdg, sebulan pun tak sesampai gak ke penghujung cerita. Tapi minat pada buku tu tetap ada. Beli gak sesekali...tpi acik lebih berminat beli buku ilmiah atau motivasi. Beli untuk di simpan... errr.. dah tu..pas beli..letak je dlm lemari. Sok sok kat akherat agaknya buku tu akan jadi saksi kutuk acik... ha...ni ler orangnya yang beli aku, simpan dalam lemari... tak gunakan aku pun....!!!

Agak2 eh centu ke? takut gak ekk.. banyak lagi buku dalam koleksi acik yang belum acik baca lagi.... kalau la buku tu boleh becakap... mesti mereka akan jerit2 panggey acik... assalamualaikum manusia....biler ngko nak baca aku niiiii.....dah reput dah isik dlm aku nih...!! Acik mang minat buat koleksi buku.

Tapi semenjak insaf, sbb beli buku, tapi tk baca... acik slow sikit buat koleksyen. Kalu baca pun, setakat untuk mencari maklumat tertentu je... hmm..tu la gunanya buku kan..untuk di buat rujukan... khasnya tika nak nulis blog gak...masa tu acik akan carik buku apa yang acik boleh buat rujukan...

errr...cam buat assignment masa zaman belajar dulu lak kann...hehehe ada sowang adik acik tu...ajak acik sambung blajar... acik tingin gak.. tpi.... ada tapi nyer.. acik tk mampu lerr dik non oooi.... klu ngko nak support...boley jer. ... mang suker sgt acik.

Masalah sekrang ni... sijil yg acik pogang ni pun tk digunakan lagi...camno la acik nak mmpu nak tambah satu sijil lagik.... buang boreh yo... kekadang bila tk kena kat kita, kita boleh lah kata, belajar tu jangan niat untuk naik pangkat..naik gaji... sebaliknya belajar tu utk menambah ilmu.. menambah amal...bukan menambah pendapatan. errr.... tapi iman rendah tahap acik ni teselit gak belajar utk membaiki taraf penghidupan.

Mengharapkan rezeki bertambah, cam org lain. Namun acik perlu berpatah balik ..kembalikan segalanya pada Allah. Allah yang telah menentukan rezeki hambaNya. Bukan gulungan sijil2 ituh... citer pasal buku tadik kan...dah konar pulak. Ok..back to the track... bukan apa duk sebut pasal belajar tu.

 Kalu kita belajar....jadik student semula...maka kita mesti akan sibuk dgn tugasan2... tk leh lari...dan mesti nk carik buku2 rujukan yang mana boleh di buat rujukan. Masa2 ceni lah koleksi2 buku kita akan amat berguna. Tapi kalu koleksi dalam lemari tu penuh dgan buku Conan, buku Narita... buku doraemon... tak de pekdahnya!!!!


Tapikan knkawan, salah satu rasia awet muda...adalah... menjadi pelajar.. Tak caya gi terai...mendaftar jadik student unibesiti memana.... pehtu join budak2 unibesiti yang lain... misti nampak muda.... sebab berada di celah2 anak2muda yang sedang belajar itu...hehhe Tapi klu bebudak tu pegi disko...jgn lak pulak menggatal ngikut... dan ajak pulak diorg gi dangdut... *org tua la katakan...huhu..

Nanti dapat gelaran orang tuha tk sedar diri!!! Acik senornya mahukan habit suka membaca itu semula. Acik selalu berazam untuk membaca buku2 yang acik beli, tapi tak gak bebaca tuh. Tapi..... sampai skrg. pangai acik tk gak brubah2. Abih tu...nk tunggu bila.....??? Tak apa lah. Acik akan terus berazam.... hingga terlaksana ... Senornya nk kata tunggu PC ni rosak...tunggu internet tk leh nak ekses.... tapi takut....nnt jdi cam doa...heheh.. Sekian.


Tuesday, November 17, 2009

Subuh itu...

Dingin subuh...pukul 4.00 pagi... dingin? kipas berpusing sahaja yang mendinginkan suasana aku hanya termangu... tak tahu kemana nak di tuju... tetiber terdengar suara tangisan...kesalan....rungutan mungkin... aku kira siapakah itu?

seseorang yang mengigau dalam tidurnya atau.... errr...aku takut gak nak kluar tgk. Anak perempuan ku di bilik sebelah... apakah ada seseorang yang menceroboh... mengapa2kan dia??? adeeeiihh...sampai ke situ aku mikir.. atau.. dot dot dot...sesuatu yang menyeramkan...bermata merah...dgn darah meleleh di mulut....mahu menakut2kan hakuh???..., menguji keberanianku??? Kemudian muncul di pintu... tekejut akuh.. si Nur Zayani... ummiiii...... spec kakak..... !!!! patahhhhh lagiiiiii..... !! Innalillahiwainna ilaihi roojiuunnnn..... errr...abihtu nk kata apa lagi??? Ni tah kali ke baper tah patahnya..

Esok petang, dia akan ke Perak lagi untuk urusan Final Year Project nya..tah ke sawah bendang mana pulak dia nak pegi kali nih.. Bagaimana la nak wat kijer kalu mata tk nampak...!!

Lagi sedih dlm keadaan ekonomi gawat skrg nih..... memacam hal pulak jadik.... huhu... tk dapek nak nolonggg... saper suh tk jaga bebetul spec tu...saper suh bawak tidur... ? Tak guna nak nyesal .. benda udah nak jadik... acik terus duduk menaip....

beberapa kali menderaf untuk entri esok... kalu cam orang dedulu, nak satu ream kertas acik 'kelomot' / keronyok dan campak ke bakul sampah... cam nak nulis novel rasanya. Tapi Entri tk gak jejadiknya. Serba tak kena. Gigih sungguh berusaha nak menghasilkan sesuatu artikel nih.... Tetiber acik dengar bunyik orang bersin. Yang ada dalam rumah ni hnya Nur Zayani dan acik. Yani bukan bersin macam tu.... bersin si Nurzayani ni ada tune tersendiri....... tpi bersin subuh ni cam bersin orang normal....haaaassssyummmmmmm...!!! ha..gitu..

 Acik keluar intai... betul ke si Yani ni yg bersin gitu...pelek pulak.. sebab memang dia yang bersin..Alhamdulillah, dia boleh bersin cam org normal gak....hehhe.. Tapi masa keluar mengintai, ... sesuatu berlaku... Dalam masa yang sama acik bukak pintu acik nak lihat siapa... Nurzayani pun sedang bukak pintu bilik si Shahmah dgn tujuan mencari baju.... acik terkejut sebab dia terkejut... sebab dalam bilik Shahmah ada orang..!!!

 Shahmah sejak hari Ahad telah keluar ke kolejnya di uitm seri iskandar, Perak bersama kawan-kawan se prektikalnya... jadi, biliknya sepatutnya kosong.... Tapi subuh ni ditemui seorang lelaki dalam bilik dia....

Saper..??? Saperr??? ++ ~ ++ ~ ++ ~ ++ ~ ++ ~ ++ ~ Cessss.... si Shahmah lerr..... tah biler mamat ni balikk..... taim semua orang dah tidor agaknya... eeeeeeeee..menterkejutkan sungguh!!! Dah... ader sejam lagi...nak sambung tido. Ilham ku makin terganggu sekarang ni klu taim nak nulis... ... jiwa kaco..

Monday, November 16, 2009

Kerinduan

Rindu fulak nak hapdet.... err..yer ke aku rindu... Entah.. cam tak sepenuh hati pun nak update. Apakah telah sampai masanya coretan-coretan di sini dihentikan? Apakah yang menyebabkan acik kehilangan mood nak update...? tak de apa... just... tadek mood. Hari Jumaat Payah nak carik Jumaat yang tak ada buat makan-makan kat pejabat acik ni. Minggu ni utk merai kan pegawai eksekutif yang akan berpindah lagi... Puan Norahizan, akan bertukar ke bahagian lain. So, Majlis kali ini khas buat beliau... moga di tempat baru, akan lebih seronok lagi berkhidmat nanti. Bukan hanya untuk dia, tetapi juga untuk jiran acik Cik Husna, yang juga akan bertukar di bahagian yang sama... gitu jugalah doa acik buat jiran sebelah meja acik nih... *saper la nnt jadik mangsa dengar nyanyian sumbeng ku nanti pasni...hehhe.. Dan juga buat adik tersayang acik, Nabilah, PKS (pekerja sementara) yang akan menamatkan kontrak kerjanya... *tk dpt nak renew kontrak sbb bahagian ini sudeh kehabisan peruntukan..... huhu..Moga Nabilah yg nak sambung bajar ni akan berjaya dgn cemerlangnya nnt dalam pelajaran dan kerjaya juga.. tima kasih atas bantuan selama kat pejabat nih. Pastu, kisah lain di hari yang sama... emak acik datang ke rumah, sebagai persinggahan sahaja sebenarnya.

Dik kerana kakak acik akan adakan majlis Khatam Quran.... err..bukan adakan pun, join majlis khatam Al Quran anak dia kat surau Al mutawakkil kat Putraheight. Malam sabtu tu tetiber knkwan acik sms.... Malam ni akan ada sesi latihan untuk pemilihan wakil perenang SEA games, sila hadir. Wahh...acik teruja.... tapi emak ada kat rumah. Anakpun ada... hmmm...camne ekkk.. Pehtu Nurzayani tipon, dan acik beritahu dia hajat acik... nak gi berenang malam ni.

Dan tak di sangka...dia kata dia nak ikut. Selama ni dia tk penah pun nak ikut. Jadi, acik heret sama emak acik, Nurzayani dan Nurzayani... roomate anak acik tuh ikut sama. Meriah pulak... ramai rombongan cik Kiah kali nih. Seronok emak acik dpt santai tepi simingpul...ahakss... besembang tahaper2 dgn knkawan acik yang tk masuk kolam.

Sementara acik dgn dua yani tuh berdebur-debur dalam air dengan kawan-kawan lain yang bikin havoc kat simingpul Presint 9 itu. Hari Sabtu pulak, duk mikir nak gi overtime. Kakak acik lak kata nk datang ambil emak acik sebelah pagi. Tunggu punya tunggu, tak juga sampai nya.

Dalam masa yang sama, anak bujang acik, si Shahmah pun ondeway balik, setelah menamatkan praktikalnya selama 6 bulan di JB. Dan dia balik dengan menonggang motor. Risau juga, musim-musim hujan nih... Elok-elok acik turun lif nak gi kat kereta, shahmahpun naik lif sebelah, balik ke rumah. Jadi, kami selisih, tk jumpa. Acik terus je gi kijer. Agak-agak 2 jam je kat opis... perut berbunyi-bunyi cam lapar sangat je. Sebelum pegi tu, acik udah jamah nasik goreng yang mak acik masak... tpi naper lapar gak ekk..

Kakak acik lak tipon kata tengah masak sambal potai... hmmm...tambah lapau la hakuh... Maka acik bergegas balik selepas menyelesaikan sedikit kerja di pejabat tu. Wah-wahh..meriah ngkorang yek.. Shahmah dah bedengkur tdo, keletihan sebab bertolak selepas subuh dari JB. Berapa jam tu...agak2 3-4jam gaknyer...termasuk berhenti di R&R. Lepas kakak dan emak acik berlepas ke Putraheight, acik kejut shahmah, ajak pegi kedai pakcik Mydin... udah lama tk pegi sana, walopun bakang rumah je. Tak ada nak carik apa senornya. Hanya nak tunggu kawan.

Buat apa? hehehe...acik tetinggal henpon kat opis, pehtu acik baru teringat lesen memandu acik udah luput tarikh... amvoooii... tadi masa gi opis, tak hengat pun lesen udah mati. Nanti-nanti lah...acik renew. Sekarang dah ada 2 orang supir kat rumah. Dedua akan bercuti selama lebih sebulan. Sukati acik je nak lantik saper jadik supir acik gi kije nanti..hehe Kat Mydin, puas acik mundar mandir tunggu kawan tu. Nak tipon, tkde tipon, nak pinjam tipon Shahmah, tk ingat lak nombor kawan tu. Udah lama baru tingat, naper acik tk tipon no. tipon acik tu je...bia kawan tu hangkat....

Gitu lah, akhirnya tipon tu diangkat dan kawan tu rupa2nya masih di pejabat... mengong kau..! penat aku tunggu kat Mydin nih.. kawan tu golakkan acik.. Takper lah umi..kita gi je opis amek.... kata shahmah.. Maka gitu ler..kami gi opis amek. Selesai masalah. Hari Ahad.. Pepagi lagi emak acik tipon dari Putraheight, kabo, majlis tu mula awal..suh datang cepat. Adeiihh... supirnya lagi beradu.. Shahmah tk ikut sebab nak balik ke uitm perak...

Tinggal si nurzayani tu je... puas kejut dia bangun, liat sungguh. Sempat siapkan sarapan untuk Shahmah dan kawan2 dia yang tumpang tidur kat rumah... akhirnya kul 8 lebih gak bergerak dari Putajaya nih.
Kejap je... tengahari udah balik rumah semula.. lepak kat rumah je. Ingat nak karoke sowang2....rehat2kan minda.. tetiber DVD / CD player tu rosak la pulakkk...adeiihh...bulan2 gelap ceni, memacam hal laaa...

Anak acik kata, sebab suara acik tk sedap..tu pasal la rosak player tuh...cehh... ader ke fatot...!! Itu ler cerita sepanjang acik tidak menghapdet nih...cerita2 biasa jer.. nnt acik hapdet lagik... ikut tahap kerajinan. Sekian.

Thursday, November 12, 2009

Stop kejap

Entry ringkas je arini .... sebab tk sempat menderaf pun.. (alerr..cam nk wat surat rasmi pulakkan...) Acik sedang berazam untuk menghabiskan baca satu buku ni... dan acik nk kongsi kalu2 ada ayat2 cinta dalamnya yang menarik hati... errr...camner ye..smua ayat dalam buku ni menarik.... huhuhu..

Berjanjilah dengan diri anda bahawa dalam setiap saat, satu pujian, setiap minit, satu gagasan dan setiap jam, satu tindakan.

Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.

Sekian... ehh..luper... kata2 hikmah tu di ambil dari buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia...tulisan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni, penulis buku La Tahzan.

Nanti2 kongsi lagik... tataw la bila nk start bebetul baca buku ni...muqaddimahpun lom abeh lagik...

Wednesday, November 11, 2009

Ujub kah aku?

Sudah lama acik tk sambung bacaan kitab Hidayatussalikin acik nih. Sejak acik mengemas meja nih, almaklum la..biler dah simpan buku ni...payah pulak nak keluar balik. Meh kita sambung membacanya.  

Maksiat Bathin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud;

Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya.  

Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. 

Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. 

Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub.

Pening kan...baca bahasa kitab tua. Acik pun pening. Tapi dari pemahaman acik... ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!'

Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekdang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku....

Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata.

Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah.

Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu.

Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga.

Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan baalighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.???

Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita...

Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih... Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl... ehh...apo tetibo den tercakap omputeh lak nih... sorry..sorry.. tringat sok English Day kat opis..ehh...esok ke?

Bukan esok tu adalah hari ini??? huhu... udah nak pukul 5 pagi...acik nak tdo sejam. minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.
Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.
Sekian.

Monday, November 9, 2009

Yang menggembirakan

Acik gembira bila dapat menggembirakan.
Acik suka kalu orang suka kawan dgn acik .
Acik tk gembira bila acik tersakitkan ati orang
Acik senornya tk suka bila acik tk bjaya gembirakan orang
Memang acik gembira kalu orang buat acik gembira tapi yg lebih penting dan bermakna kalu acik yg gembirakan diorg dan yg acik nak jawohkan jangan orang sakitkan ati acik...

Acik sedey bila acik buat orang sedih
Acik sedey biler tgk industan... sedey gak tgk citer melayu.. ato citer kung fu cina.. ato citer ninja jepun.. ato citer mengarut Indonesia.. ato citer lap stori omputih.. ato citer lelawan Tamil ato citer Filipino.. ato citer basa apa pun la.. asalkan ada sarikata terjemahan mlayu...

Kalu taim sedih, acik nanges kalu taim gembirapun, acik nanges... isk...sbb tu acik jarang tgk tv... ato movie.. bengkak mata acik nanti sbb nanges tk hengat diri.. ehh...melalut dan merapu sudeh.. permisi...

cerita ujung minggu yg sibuk

Hujung mingguku adalah sangat padat dengan program2. Sabtu ke BUkit Jalil, tonemn badminton anjuran MESCA.. Acik masuk bergu... kalah okeh..3 kali lawan, satu menang tk bergaya...sebab pasukan lawan tercedera dan tak dapat meneruskan cabaran...namun acik puas hati dalam game nih. Sebab dapat main selagi boleh main. Semangat ada...kederat jer tadek.. hmmm..
En. Azlan n the gang also tumpas sehingga suku akhir sahaja. Gambar acik ...?? tadek org nk amek..hehe
Selesai main badminton, acik pegi ke gelanggang Bola jaring, menjadi pompom gurl kat situ pulak. mang suka jerit2 ni....tahun ni suara penyokong Bahagian kami amat bersemangat sebab group lelaki join sama...menghasilkan bunyi sorakan yang harmoni...meriah rasanya. Setiap kali ke Bukit Jalil, acik misti carik cikgu SBJ nih... sajer..suka tengok dia yg comei lote, terbang cam burung helang menyambar bola... Ok cikgu Kis...chai yok... Pasukan bola jaring kami bermain dengan agak cemerlang kali ini.,.. tapi hanya berjaya menduduki tempat ke 4...dapat adiah gakk. Petang dalam pukul lima baru sampai rumah. Lupa pulak nak habaq.

Kawasan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan MSN petang itu, sedari pukul 2 petang, telah mula didatangi penyokong2 pasukan bolasepak Kelantan. ... yg nak menonton perlawanan bola sepak Liga PerdanaPiala Malaysia.... Abang Pulis mula bertugas.. dan mula menjeling kereta acik yang diparkir di tepi2 bibir jalan itu. Waktu mengambil henpon yg tertinggal dalam keter, sorang abang pulis tegur acik dan minta acik alihkan kereta.... huh... sib baek acik dapat masuk kat kawasan MSN dan meletak keter acik kat situ.

Selepas acik, Pak Guard pun tutup pagar kawasan MSN, tk kasik kenderaan lain masuk dah. Waktu mau pulang... memang penuh penyokong pasukan Kelantan di sepanjang jalan. Penyokong NS tk nampak lagi. Agaknya sebab dekat, mereka datang lewat. Acik risau gak, sebab plet keter acik plet NS. Buatnya penyokong Kelantan mengganas, kang di apa2kan pulak keter acik yang suci ini...Alhamdulillah....keadaan masih terkawal....dengan kawalan pulis2 trafik ketika itu. Langit amat gelap, dan hujan mulai turun. Acik dan penumfang2 keter acik tepaksa belari cam kambing ke kereta.

Ketika itu, kepala sudah mula rasa weng weng... Sesampai di rumah, acik tersangatlah letihnya...dan sakit kepala... setelah mandi, solat....acik terus tumbang tewas di pembaringan. ...setelah menelan 2 biji geliga hikmat berwarna putih itu... PANADOL... Hingga terlupakan perlawanan bola sepak NS vs Kelantan itu.

Pukul sepuluh lebih, acik terima sms dari sepupu acik di seremban, mengatakan NS telah menjaringkan gol 2-0. Terpisat2 acik bangun, dengan semangat kesukanan yang ada, menuju ke ruang tamu, duduk sama anak acik, Nurzayani, di situ. Lalu memulakan sorakan acik seperti biasa...walopun sorang... Anak acik suh acik masuk tido semula... sebab katanya, acik memekak je... huhu.. Gol penambahan NS masuk lagi, menjadikan 3-0....wahh..misti sonok orang NS...

Akhirnya Kelantan berjaya menyumbat satu gol jangan tidak.... dan acik gembira juga... sian lak nak balik bawak kosong je kan... heheh... ong Kelantan jgn marah... Acik mang udah agak, penyokong Kelantan akan mengganas. Penyokong Kelantan tk pernah serik dengan insiden2 sebelum ini, yang akan memalukan pemain2 mereka. Rata2 org Kelantan pun tk paham, dan malu dengan sikap penyokong bolasepak mereka.

Sikap yang sungguh tidak bertamadun... mengganas gitu, membaling dan membakar.... dan sikap tidak mahu terima kekalahan. Penyokong negeri lain pun ada jugak yg mengganas, tpi idak seteruk penyokong bolasepak Kelantan. Harap selepas ini, akan ada perubahan... sokongan dan sorakan mereka diperlukan. Tapi keganasan itu harap dihentikan. SOkonglah dengan cara yang sewajarnya. Nyalakan semangat kesukanan... bukan nyalakan api kemarahan ..bukan cetuskan keganasan sebegitu. Tidak ada faedahnya. Melainkan merugikan banyak pihak.

Acik senornya bukan lah minat sangat pun nengok bola nih. Sesajer....kerana ada sedikit semangat kesukanan dalam diri yang udah nak senja nih...heheh.. Hari Ahad Acik masuk Jogathon pulak. Katogeri veteran... ada 5 orang peserta sahaja.

Sedangkan hadiah yg disediakan untuk setia kategoti adalah sehingga ke tempat ke 10... Biler dah tahu komfem dapat adiah, acik dgn collegue acik lenggang lenggok je jalan..sambey borak2...sambey mnikmati keindahan tumbuhan ijo yg masih ada di Bukit Jalil. Lihatlah kami berdua...yang bersemangat. Datang awal untuk mengambil bahagian. Masa ni kulit dah mula bertukar menjadi bertambah gelap.... gasak pi la... Sambutan acara ini amat dingin... tak ramai. Agaknya ramai yang letih menonton bola sepak malam tu. Maka acara Jogathon, tidak mendapat sambutan. Selain Jogathon, acara sukan MESCA pagi itu, adalah bolasepak.

Peringkat suku akhir hingga final. Bahagian acik ambil bahagian, tpi tk sempat ke peringkat separuh akhirpun. Udah tewas. Matahari mang terik sungguh hari tu. Acik tk menunggu sehingga majlis penyampaian hadiah. Balik sebelum pukul 12. Memikirkan badan letih, nak balik masak dan basuh baju.... lega dan bersyukur, akhirnya acik dah melepasi semua tuh. Tahun depan acik berazam nak masuk lagi. Nak tingkatkan prestasi. Nak berlatih dengan lebih kerap.

Entah bila acik boleh berjoging semula...memandangkan cuaca yang biler petang je...hujan....petang je hujan... hujan je petang... abihtu....bila nak berjoging...??? Selepas ini, En. Azlan kata nak anjurkan perlawanan badminton persahabatan...dan dia nak acik berlatih nanti... hmmmm ... boley3X...heheh.
Balik rumah, acik baru terasa sakit2 satu badan.... adeiiihh....rasa mawu carik owang urut je... baru sedar diri sudah berumur... insap seketika... Sekian.

Friday, November 6, 2009

Jumaat sudah

Layan lagu ujan... sebab pagi ni hujan turun amat syahdunya..
Hujan
Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

 Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi Engkau pergi...


Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini Semesra bumi yang disirami Begitulah hati ini Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih, bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi...


Ehh...arini jumaat ehh... errr....acik masih nk tarik simut ni... coti2 mesia.. Selamat bekerja la buat ngkorang di pejabat nuu.. hehhe Moral of the story: Hujan , adalah rahmat....kerana hujan, bumi Allah ini menjadi subur....

Kerana hujan, tidur menjadi tambah lena.....aaaaaaaaaaarrh.. Maaf la..acik merapu meraban di Jumaat yang mulia. Jap lagi nak balik kamfung mesin ghumput. Rumput udah fanjang...sejak raya aritu tak de nak mesin lagik.. Pastu nak pegi hantar HaZirah balik Kolej di Koler Filah... huh...

 BTW...semalam acik gi tengok Tifah Vogue main bowling kat alamanda... chai yokkk tipahh... doaku sentiasa buatmu..... arini kalo sempat balik copek, acik gi tgk lagi dari kejauhan yekkk.. Sian adik acik sowang tuh...udah la kuwos...semput tk baper nak baek lagi... lagi mawu baling itu bola bosi...huhu.. ..camner pun, moga tipah and the gang monang bosa... Acik patutnya main badminton arini..tpi camner leh telupa kena antar zirah balik ...?? so, good bye badmintonku... lagipun, partner bergu ku main cak cak je..kejap endak..kejap tk endak... lupekanje lahhh..

Thursday, November 5, 2009

Hidup perlu sempoi

Hari Isnin aritu memang biasalah, mood kijer amat tipis... mata mengantuk je....perut lapaaar sentiasa. Sekali tu, kami di pejabat digemparkan dengan satu kebakaran di tingkat bawah. Maka berduyun-duyunlah kitowang ni dari tingkat 13, menuruni tangga okeh.. turun tangga dengan sabarkan.... dimaklumkan bahawa kebakaran berlaku di aras 6...kami turun sampai ke lobi...eh....dah lepas aras 6, tader asappun.. menurut kata diorg yang entah siapa tu, api telah dapat di kawal.... Namun kami teruskan perjalanan ke lobi. aiikk...tadek orang turun pun!!...kami dari tingkat 13 je yg bersemangat turun untuk menyelamatkan diri.

 Selalu centu ...agaknya, menurut kata sorang teman sepejabat acik, kita ni memang tunggu je klu ada panggilan kecemasan suh tinggalkan opis....huhu..panas je duk dlm opis....panas dalam sejuk gitu... Tapi tk per...kita ni kalu dengar tentang kecemasan, tk rugi kalu turun menyelamatkan diri... Kalau tk ada apa2 yg serious, Alhamdulillah.. kalu bebetul serious...ha.. kan dah selamat gak kita..!!!

Ari selasa, besembang dengan Shahmah di YM..
Umi, abang nyaris eksiden naik motor tadi... dah banyak kali dah jadi tergelincir cenggitu, bila jalan licin.. sebab tayar licin...
Kenaper?
Ye ler...sebab tayar botak.....

adeihh... acik jadik risau... pempahamla, kakitangan kerajaan lambat dapat gaji.. bukan lambat..tapi sebab dah dapat cepat bulan lepas, maka amatlah terasa lambat untuk dapat gaji bulan selepasnya...

Memula acik marah dan membebelkan Shahmah...
Ha..tu lah, belum abeh belajar, nak pakai motor... berangan lagi nk pakai kereta. Kalu kita ongkaya tak per gak.. motor lak bukan motor kapcai yg tayar murah2... Nak mintak pada nenek udah malu... dah la beli motor pun nenek bagi duit, nak renew lesen pun nenek bagi subsidi jugak...

ye lah..ye lah...tak payah la ganti dulu tayar tu. Nanti abang kumpul duit sendiri..

Dia udah majuk. Tapi hati sorang ibu... boleh ke tenang bila mikir anak dlm bahaya bawak motor tayar botak gitu...musim hujan fulak tuh.. Maka acik tanya, berapa yang dia perlukan.... nanti acik korek duit ASB yang tinggal ciput itu lagi.. Tapi Shahmah majuk dan kata tak payah jugak...sbb tayar motor tu mahal...sama reger dengan tayar keter... tak aper lah... nanti klu jadik apa2 kat dia... lagi nyusahkan.... maka acik transferkan jer duit ke akaun dia... dan arahkan dia segera tukau tayar motor tuh.. fuhhh...lega... Alhamdulillah... Walopun duit ASB ku semakin menciput.. Takmo sebab sayangkan duit yg ciput tuh, nyawa anak terancam... nanti nyesal seumur idup... kannnzzz... Moral of the stori: Keselamatan lebih penting dari duit. Tapi duit penting untuk keselamatan!

Wednesday, November 4, 2009

Today is Wednesday

Hari ni hari Rabu. Kalu ikutkan, hari ini, adalah English Day di pejabat kami. Ketika mula-mula dilancarkan program ini, smua bersemangat berbahasa Inggeris, tak apalah, camnerpun bunyi cakap kami. Acikpun sama. Hantam sajalah labu...tapi sekarang dah tk ada dah...takkan nak cakap sorang-sorang kot?Acik pesan pada yang pepandai berbahasa Inggeris, tegurlah kalau silap. Sebenarnya, kalau kita kerap menggunakannya, barulah kita akan menguasainya. Memula, mmg memacam ujian bila kita cuba menggunakannya. Tapi kita jangan give up...

Biar orang ketawakan

Biar orang marah

Biar tunggang langgang bahasa kita

Bila kita give up, maka tak akan kemanalah kemahiran berbahasa kita. Malu? tak malu pada orang yang acik tk malu...hehe..

malu bertanya..sesat jalan.

Kat office ni, salunya cik Sharifah Ratina lah yang menjadi mangsa kaunter pertanyaan acik sekarang ni...(dulu ada puan haida...tapi sejak udah findah ke MITI...tadek lagi la..) .. beliau seorang pegawai PTD memegang jawatan Penolong Setiausaha (bakal naik gred lagik nih....tahniah..) yang genious... yang boleh berbahasa melayu, Inggeris, Jepun, dan bahasa lain yang acik tk tau.. (sekarang gi UK...lawatan kerja..utk 2 minggu ..agaknya) Macam gak orang yang nak blajar bahasa melayu, perlu menggunakannya. Biarlah orang ketawakan, lelama mereka akan pandai juga. Seperti orang Pakistan penjual karpet kat Nilai 3 tu, memula becakap, bunyik gurkha je...(err...camner bunyik gurkha ekk??) ..kita ketawakan mereka tkpun kita bengang bila mereka tk pempaham cakap kita... *entah2 diorg bebuat tk paham kot????

Best kan...kalau tahu banyak bahasa...macam Mahathir Lokman tuh..

Sekian

*entry ini telah di simpan lama dalam draf folder...sebelum expired...baek ler acik publishkan..

Monday, November 2, 2009

khuatiri lah...

Sayidina Ali kw pernah berkata; "Sedikit manusia yang jatuh kerana tergelincir kakinya tetapi ramai manusia yang tergelincir ke dalam neraka kerana tergelincir lidahnya." Kawallah mulut daripada berkata-kata yang mendatangkan dosa kerana di akherat kelak ia akan mendakwa kita. Kuasailah ia semasa di dunia, kerana kelak di akherat kita tidak akan lagi menguasainya! Kita selalu menyebut, lidah yang bercabang...tpi cuber tengok gamba ni...ternyata memang ada orang yang lidahnya bercabang... cuber ngkorang buat ceni....boleh tak??? tgk lidah ngkorang becabang ke tidak?? meleleh air liur pun tk jadik kan... sbb hnya orang yang lidahnya becabang sahaja yang blh buat ceni...hehe Tapi yang ni...memang lidah dia fanjang ceni...dan misti lagik payah nak jaga...sebab tu dia letak subang kat lidah dia..huhu.. *Gambar ihsan google Camner pun.. mehla kita sesama menjaga lidah kita...jgn bercabang...jgn bercakap yang tidak sepatutnya kita cakapkan.. sok sok..di Sana nanti, kita akan dapat hadiah, sebab telah menggunakan lidah untuk kebaikan.. atao dpt pembalasan sebab tak reti nak guna lidah selain dari jelir2 kat orang cam dlm gambar tuh... hiiii...... Sekian. Nampaknya, malam ni line streamyx tk baper nak ok....iskk...bengang acik...
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-