Friday, June 3, 2022

PENTINGNYA BERFIKIR SEBELUM BERKATA²

Kerapkan...dalam sehari kita bercakap tanpa berfikir.
Jagalah perkataan yg kluar dari mulut kita kerana kita tak tahu kesannya pada orang yang mendengar.
Jangan sewenang²nya menggunakan lidah untuk berkata sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu.
Lidah mmg milik kita. Suka hati kita nak kata apa. Kadang² lidah digunakan tanpa ditemani hati dan akal fikiran.
Namun, telinga orang lain yang mendengar, ada hati dan perasaan. Jika hati dan perasaan mereka terluka, terfikir tak apa yg akan berlaku? Antaranya:
Pecah ukhuwah
Kemurungan
Rasa tidak dihormati
Sangka buruk
Berhenti kerja
Putus asa

Dan lain² yg di luar kotak pemikiran kita.
Yg paling teruk, memilih jalan tamatkn kehidupan. Ye..itu dh banyak berlaku. Jgn ketawa dgn kenyataan ini. Ini kebenaran. Belum lagi usik tentang dosa dan pahala. Syurga dan neraka.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan kerana mulut badan binasa.
Hello kawan, cukup²lah menyakiti hati org lain. Jgn sampai org yang sakit hati tu mengadu pada Allah...kerana lidahmu yg lembut itu telah menyakiti hatinya. Apalagilah doa di hari yg mulia ini...sayyidul ayyam...makbul.
Andai tak boleh kawal mulut dri berkata yg mnyakitkn..diam sahaja lah. Andai tak boleh diam, didiklah hti ingat azab neraka. Begitu juga andainya otakmu tk boleh mngajar lidah berkata yg baik² sahaja, berhentilah menjadi manusia. Mengapa Allah ciptakan kau menjadi manusia..kan lebih baik kau menjadi haiwan  ..... haiwan pun kalau hari² dilatih akan mngikut kata.
Sekian...tazkirah jumaat utk ingatan kita bersama.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...