Sunday, March 12, 2017

Resepi Simpanan

Subuh ni mengemas rak buku.  Jumpa lah kertas kecik yang ada tulis resepi beberapa masakan.
Dah berapa kali hilang resepi ni,  Biasalah, tulis kat kertas..selit entah mana-mana.  Lepas tu pernah juga taip dalam word atau note pad..bila cari tak jumpa...aduhaiiii.
Jadi, jalan paling selamat setakat ni, meteri kan dalam blog sendiri...kannnn.  Selagi blogspot tak tendang nama accik ni..selamat lah bersemadi resepi ni kat sini.  Sesekali nak guna, boleh jengok kat sini.  Orang nak share pun boleh.
Lepas ni boleh buang dah kertas ni.  Mengemaskan...kena compress betul-betul barang-barang kita.

Resepi 1,
Kek Coklat Moist Kukus.  (Di share oleh Puan Lin satu ketika dahulu)

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak / butter
1/2 cawan susu manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikabonat
3 biji telur

Cara-cara
Masukkan koko, gula, susu, susu cair, susu manis & minyak ke dalam periuk.  Masak atas api kecil hingga larut
Tutup api biarkan suam.  Ayak tepung...soda bikabonat dan baking powder sekali.
Pukul telur sehingga kembang. Campurkan dengan campuran koko tadi, gaul rata dan campurkan sedikit2 tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tuang dalam 1/2 acuan sahaja.
Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan. Siap. Tq Puan Lin.


Tart telur

Kulit Tart
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter (125 gm kerat dua)
2 biji telur

Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
Aikk...ni pun sampai sini je?  betui ka nota ni...(ni lah akibat selalu buat kije tak habis.)

Apam Bunga

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3 biji telur
1 cawan aiskrim soda
1 sudu besar ovelette
Kacau hingga kembang.  Masuk dalam paper cup.  Kukus dengan api bosa.  Thank pada yang beri resepi ni.  (Anizalin kah?)

Sekian.  Untuk simpanan sendirik.  Nak kongsi pun boleh...haha.. (catatan yang sekerat..sambung sendiri)

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...