Saturday, September 29, 2012

Tengok lagi

Baru lepas nonton cerita hindustan.  Tentang kasih sayang antara dua sahabat.

Buat accik sedih.  Terkenangkan sahabat yang nun di sana.

Itu lah...saper suh tengok citer hindustan mengarut tu.? Kan dan meleleh air hidung...air liur semua...

Ok...relaks accik.  Mungkin sebab baru2 lagi.  Lelama nanti akan ok lah tu.  Akan lupa lah kat kawan tu.

Biarkanla dia jalani hidup dia dengan gumbira. Jgn tekenang2 sgt.  Nanti dia pun asik tesedak2...sian dia.

Boleh ke gitu?

Pecaya tak pada hubungan hati antara orang2 yang rapat..?  Instinct dua sahabat biasanya ada.

Hmmm...jadi, aku perlu tenang dan gembira.  Jgn sedih2...nnt kawan tu pun turut sedih sama pulak kan....


Baek lah....

Mari baca antara hadis Nabi tentang perhubungan sahabat ni..

Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.



Larian kesihatan dan Knight Rider

Esok selepas subuh nak kena sarung uniform ni dan berjalan bercanda dengan teman seperjuangan Blogger dan Fbian, Sya Nysya....

Dah agak lama tk berjalan, apa lagi lah nak berlari....dah lebih 3 bulan agaknya....

Lepas tu konon2 nya nak balik kampung.  Drive keter baru.....tapi hampa... keter baru idak jugak siap2nya.  Untuk maklumaan, Knight Rider Accik, masih dapat di selamatkan.  Idak la dpt diucapkan selamat tinggal lagi.  Masih mampu berkhidmat lagi selepas ianya dibaik pulihkan sebulan dua lagi.  Hmm...makan masa jugak tu. Jangan bimbang knight rider ku, walopun kau telah ku cari pengganti, namun kau tetap ku sayang... NBM yang tetap menjadi pojaan hatiku..

Friday, September 28, 2012

Esok bakal menjelma.

Betul juga kata Ust. Pahrol dalam buku Cinta Kerana Allah...

Kita hanya meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam 3 masa - semalam, hari ini dan esok !

Mengapa kita asyik mengenang peristiwa lepas, seolah-olah kita masih berada di zaman lalu...kita ingin pula masa diulang,  mahu baiki apa yang telah tersilap kita lakukan, mahu buat keputusan yang tidak salah sehingga menyebabkan kita dalam kesedihan, kesusahan, kedukaan, atau menyebabkan orang lain menderita. ..sedangkan kata Imam Al Ghazali, yang semakin jauh dari kita, adalah masa lalu. Masa lalu tidak akan berulang kembali.  Tidak mungkin kita dapat kembali ke masa lalu, meskipun kita dihidangkan dengan filem-filem Back to Past....rekaan-rekaan yang menyesatkan kita, kononnya boleh dibuat 'time machine' untuk kembali ke zaman lalu...karut semua itu, kerana pada hakikatnya, masa yang lalu, tidak akan kembali lagi

Kenapa pula kita risau memikirkan masa akan datang yang belum tahu datangnya.  Kita susah hati.  Kita berusaha untuk kesenangan masa depan kononnya.  Akibatnya, kehidupan hari ini kita terjejas. Asyik kita pikirkan, mana kita nak pergi selepas pencen nanti, apa kita nak buat sekiranya anak-anak semua sudah berumahtangga, mampukah kita hidup sendirian andai pasangan kita kelak diambil Allah..cukupkah perbelanjaan kita nanti.  Sihatkah kita nanti, gembirakah kita nanti.  Kalaulah benar ada Time Machine itu...blh lah kita buat persediaan, agar nasib kita akan jadi baik sahaja di masa akan datang.....aaahh..bullshit...karut belaka. 

Kehidupan kita yang sebenarnya adalah kehidupan hari ini. Masa lalu adalah hadiah buat kita.  Ambil yang baik, kita jadikan pengajaran dan panduan kehidupan hari ini. Esok bagi kita akan menjadi hari ini. Kita lalui dan kita nikmati sebagaimana yang Allah kehendaki.  Berpandukan Al Quran dan Sunnah. Berbekalkan pengalaman dan kematangan setelah melalui hari semalam dan seblumnya.   Gmbira dan bersyukurlah.  Jangan letihkan diri anda dgn memikirkan keperluan hari esok.  Esok yang ada adalah esok di sana....esok yang kekal abadi yang perlu kita ambil kira. 

Pergi lah ke mana sahaja



gambar dari google image search...thank u.

Sahabat baik accik baru melangsungkan perkahwinannya. Agak terkejut kerana ianya tiba-tiba sahaja.  Accik memang sedih.... sedih, kerana tiada lagi akan mendapat sms tazkirah darinya.
Sedih kerana tiada teman bincang siri Tanyalah Ustaz lagi..
Sedih kerana tidak ada lagi peringatan menjauhi neraka, mendekati syurga darinya..
Sedih kerana tidak dapat lagi menyakat dan bergurau dengannya,
Sedih, kerana tiada lagi pertikaian tajuk sensasi perbualan kami..
Sedih kerana, mungkin tidak akan dapat lagi berita tentangnya..
Apa lagi mendapat MMS gambar bunga2an tanamannya...

gambar dari google search...thank u
30 tahun kami tk jumpa.  Baru-baru ni, 3 bln lepas, kami Allah temukan semula.
Rancak semula persahabatan kami, Walaupun seorang di utara seorang di selatan..err..tetengah Msia.  Namun sms dan telefon menghubung kami. Kami bertazkirah, bincang tajuk program Tanyalah ustaz, buku2 agama, kami ingat mengingati, kami berjanji untuk bersama menuju jalan ke syurga, kami sakat menyakat, kami berbual hingga ke subuh pagi di hujung minggu, kami bertukar2 gambar keindahan alam sekeliling kami....

Bukan tiada sahabat lain, ada....ramai....dan disayangi juga....tapi tk sama....setiap mereka itu tidak sama ....ada lebih dan ada kurang.... masing2 ada sentimental value nye....errrkkk...


(gambar pinjam dari mana tah...cari kat google..accik edit sikit....thank u ya..)
Namun jodohnya sampai....bertemu semula bekas kekasih lama yang menantinya selama 20 tahun.  Setia....huh...kalau dalam novel ni, memang saspek la ....sbb kesetiaan kekasih ni menanti...membujang menanti dan sanggup ambil jadi isteri walaupun sahabat itu sudah bergelar ibu tunggal, dan dalam usia menghampiri setengah abad.  Pasangan yang sepadan bak pinang dibelah dua, meskipun dalam usia begitu.  Cahaya keimanan terpancar pada wajah kedua mereka yang berpisah kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah. Mereka orang-orang yang mencintai Allah, Allah temukan cinta mereka utk tambah mengukuhkan kecintaan pada Ilahi itu. Al fatihah buat arwah ibumu, yang pergi buat selamanya ketika kenduri meraikan perkahwinanmu itu.  Tahniah dan takziah ucapan buatmu...memang berat dugaan buatmu....semoga kau tabah sahabatku..

Jodohnya menjadi penyebab kami terpaksa berpisah semula....kenapa?  Sebab dia akan (baca ; dah dibawa) dibawa pergi jauh.....jauhhhh...di Saudi Arabia...berhampiran Tanah Haram...alangkah betuahnya dia....
Semua orang kata orang yg dapat duk dedekat Makkah tu, adalah sgt bertuah.. senang nk gi buat umrah atau haji kan...betul ke? betul pun..tpi smua tu atas izin Allah jua.  Allah yang jemput...

Hasrat untuk bertemu kali terakhir, tidak tercapai.  Tidak diizinkan suaminya.  Accik pun tk paham...tapi mungkin ada hikmahnya.  Isteri dia, hak dia untuk memberi izin.  Accik terpaksa akur.

Bingkisan yang telah tersedia untuk accik berikan padanya dipertemuan akhir kononnya, kini hanya di simpan.  Tak tau bagaimana nak sampaikan.  Accik dah berjanji...akan berikan...tpi skrg bagaimana?   Tak tau, dia entah di mana....
hanya secebis doa accik tadahkan buat sahabat....moga kan bahagia dan akan bertemu syurga yang diidamkan....moga mendapat cinta Ilahi, moga dalam limpah rahmat Allah sentiasa. Tenang dan gembira dalam menjalani pengabdian diri terhadap ilahi....katamu...kutunggu kau di pintu syurga...... accik tau...dia mahu accik membuat sebanyak mungkin amal ibadah dan mengumpul bekal, untuk ke akherat sana..itulah maksudnya kunantimu di pintu syurga... terima kasih sahabatku.  Segala pesanmu tersemat di hati.

Mari kita berdoa untuk sama2 dapat menerjah masuk ke pintu syurga itu... Moga segala dosa Allah ampuni, segala amal, Allah terima, moga dengan RahmatNya, dapat mengakhiri hidup ini dalam husnul khotimah...aamiiinnn ya Robbal a'lamin...
Tuhanku, aku tidak layak untuk syugaMu, tapi, aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakaMu....

Sekian.  Luahan utk diri sendiri. Jangan nak temuntah pulak...!




Thursday, September 27, 2012

Kisah kehidupan yang sementara

Selagi kita hidup, selagi itulah akan diuji.  Jangan kesalkan setiap ujian yang mendatang.  Kerana ianya tanda kasih Allah pada kita. Setiap kali diuji dengan kesusahan, kita mencari Allah. Apakala kita telah lepas dari ujian, kita mula menjauh dari Allah.

Allah tidak meminta apa dari nikmat yang diberikanNya.  Seperti mana kita mengharapkan balasan dari setiap kebaikan yang kita lakukan.  Allah tidak perlukan apapun dari kita.  Hanya kita yang amat memerlukan Allah.

Allah yang memberi kehidupan ini pada kita.  Kehidupan dunia yang sementara, untuk menentukan tempat kita di sana.  Kerana di sana, Allah telah sediakan 2 tempat sahaja untuk kita pilih.   Syurga  atau   Neraka.

Untuk ke syurga, ada jalan-jalannya yang perlu kita tempuh.  Biasanya, jalan ke syurga itu bengkang bengkuk dan banyak onak dan duri sepanjang perjalanan ini. Jalannya penuh duka, penuh derita penuh sengsara. Kita kena sabar dan tabah dengan kesakitan, kepayahan dan dugaannya.  Kita lalui dengan keyakinan, bahawa di penghujungnya akan ada kenikmatan. Kita perlu berani dan berserah sepenuhnya kepada Allah dan meletakkan kecintaan kepada Allah demi untuk mendapat kasih sayangNya.

Kasih sayang Allah itulah yang akan membawa kita ke syurga. Bukan kasih sayang makhlukNya yang akan kita temui di sepanjang perjalanan penuh duri kita itu. Namun, kasih sayang makhluk yang Allah anugerahkan kepada kita, yang memimpin kita lebih hampir kepadaNya itu perlu dicari dan dipelihara.

Kasihilah...cintailah, selagi ianya di atas landasan keimanan dan ketakwaan, selagi ianya  bukan beralaskan nafsu hasutan syaitan.  Kasih sayang seperti ini, boleh membawa kita ke syurga Allah. Kasih yang suci murni yang benar-benar kerana Allah ini mampu menunjukkan kita jalan ke syurga. Bolehlah kita terima kata-kata, ' kan ku nantimu di pintu syurga.'  Tapi, kasih sayang bagaimana yang benar-benar suci kerana Allah ini? Payah hendak kita temui.  Yang paling mudah, kasih sayang antara suami dan isteri.  Didiklah diri masing-masing, agar menemui kasih sayang kerana Allah ini dalam rumahtangga masing-masing.

Untuk ke neraka, jalannya amat mudah.  Penuh nikmat, penuh keindahan dan keseronokan.  Tiada kepayahan, tiada penderitaan.  Jalannya lurus sahaja, dan di sepanjang jalan itu, ditaburi dengan segala macam kenikmatan, harum-haruman dan keceriaan.  Tapi dipenghujungnya, neraka Allah yang maha dahsyat menanti. Neraka yang maha panas, tersedia bermacam jenis gaya penyiksaan yang tidak terbayang oleh kita dalam kehidupan sementara kita ini. Ye lah, dalam perjalanan yang penuh kenikmatan itu, kita tidak memikirkan apa yang ada di hujungnya.  Kita lalai, kita leka dengan keindahan dan keseronokan yang kita nikmati.  Serasa seolah kita akan selamanya dalam keseronokan dan kemewahan itu.  Hingga kita lupa, perjalanan ini akan ada penghujungnya.. penghujung yang tiada lagi kenikmatan, tiada lagi haruman, tiada lagi irama merdu yang menghiburkan.

Moral of the story, jangan ikut jalan yang membawa kehancuran pada diri sendiri, walaupun seronok dan indah...namun ianya hanya di dunia.
Ikutlah jalan yang telah Rasulullah tunjukkan pada kita.  Jalan hidup berpandukan Al Quran dan sunnah.  Berpegang pada agama Allah...jalankan perintahNya, tinggalkan laranganNya.  Nah...itulah jalan yang benar. Selagi kita mahukan kebenaran, selagi itulah, akan banyak halangannya.  Halangan itulah merupakan hadiah Allah buat kita, selagi kita mentaatiNya, bersabar atas ujianNya. Menyerahkan segalanya kepada Allah.  Mencintai Allah dan RasulNya. Berusaha mentaati. Berusaha menjadi hambaNya yang soleh / solehah.

Monday, September 24, 2012

Mencari Ketenangan Jiwa

 
Credit to Google Search.
 
Surah Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).  (8)
 
***********************************
 
Amalkan ayat dari surah Insyirah atau Ash-Sharh ini.  InsyaAllah, akan dapat menenangkan jiwa yang gusar.  Isinya amat mendalam, sungguh mendalam. Antaranya diulang dua kali di dalamnya, bahawa setiap  kesusahan ada disertai kemudahan.  Setiap bencana/musibah/kedukaan, ada hikmahnya.  Ada nikmatnya.  Mungkin dapat kita lihat serta merta.  Mungkin akan datang masanya.  Sebagai orang yang beriman dengan Allah dan rasulNya, kita wajib mensyukuri kehidupan ini samada di waktu senang mahupun waktu susah. 
 
Dan MINTALAH PADA ALLAH APA SAHAJA YANG KITA MAHUKAN. Jangan kita minta selain dariNya.  Allah mahu mendengar setiap permohonan hambaNya.  Akan ditunaikan. Dalam masa dekat atau akan datang.  Allah mencintai hambaNya.  Allah yang paling hampir dengan kita.  Buatlah apa sahaja, keranaNya.  Kerana Allah.  Nescaya Allah ambil kira sebagai ibadah dan mendapat ganjaranNya di sana kelak.
 
Jiwa kacau...elok amalkan ayat ini.  Bacalah 7 kali selepas setiap solat fardhu.
Jadikan Al Quran teman baik kita. InsyaAllah jiwa akan tenang.
 
 

Tuesday, September 18, 2012

Pengganti dia


Yesss...yesss...  Thank you pada Tan Sri yang telah menghadiahkan kereta ni pd accik...

Hehehe...  Banyakkk la Tan Sri yg nak bagi kau hadiah Accik oooooii..

Dahhh... jangan sedih...   nnt kita kutip gotah Sokorap,...jual, lelamo mesti dapek boli keto ni...



hahaha... jadik la kannn....

*Gambar kereta di ambil pada 17 Sept 2012 di Pameran Kereta Anjuran The Star Publication di Bukit Jalil.
Anak2 bawak ummi dio gi jenjalan, release tensi yg nampak cam tk stabil yo sehari duo ni...  Sabo yo accik yo...Jangan sodih2.  Dunio smuo ni.  Sonang yo nk carik balik.

Moral of the Story :
Allah turunkan hujan, untuk hadiahkan pelangi buat kita.
Dia yang Maha Mengetahui segala suatu rahsia, yang tersurat dan tersirat. Dia Maha pengatur kehidupan hambaNya.... dan berikan yang terbaekkk.. yang hanya mereka yang beriman sahaja yang menyadarinya dan mensyukuri nikmatNya itu.

Sunday, September 16, 2012

lupekanje

bersama, seketika cuma
satu dua tiga
lalu telah tiada
kenapa
kerana terleka
dia bukan milik kita
lalu bersahaja
tidak ada makna
tiada kata-kata
tiba2 je menjelma














tiba-tiba juga 
ia menghilangkan dirinya
ternyata pinjaman semata
selamat tinggal semua
pergilah ia meninggalkan dosa
untuk membuat pahala

Thursday, September 13, 2012

Selamat Tinggal Temanku

Pilu bila teman seperjuangan jadi begini:






Si Girl Next door ni sibuk kata tk langgar tiang...ato tiang tk langgar dia.  Tapi cer citer mana datang tanda bulat cantik cam masuk dalam acuan eh tu...
Ye..kemalangan yang telah meragut nyawa kereta cari makan ku ini telah jadi cam tin biskut setelah berlaku kemalangan di satu tempat di Putrajaya.  Bukan..bukan acik yg drive...tpi anak dara acik.  Diorg Ok...sihat...cuma sikit cedera kat penumpang, si Hazirah yg degil tk reti nk pakai talipinggang keselamatan tu. Alhamdulillah..
 Marah??  taaakkk..tak marah....syukur... sbb tak ada nyawa yg hilang...dan cedera teruk...
APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-