Surah Annisa' (148 - 149)
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149)
Panduan untuk umat Islam. Peringatan buat diriku yang selalu lupa.
Apa lagi rujukan kita selain dari Al Quran dan Sunnah yang Rasulullah s.a.w tinggalkan buat umatnya.
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat semua yang melintas dan singgah di blog ini.
Tuesday, June 27, 2017
Wednesday, June 21, 2017
Berjimatlah di Hari Raya
Bangsa kita, bangsa melayu ini selalu membazir bila tiba hari raya kan.
Bazir duit, bazir masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Lepas tu bising kata tak ada duit. Gaji sikit, Majikan kedekut, barang mahal.
Sebenarnya Allah dah bagi rezki yang mencukupi buat hambaNya yang bersyukur. Sikit pun cukup sebenarnya.
Buat apa nak beli baju baharu, jika baju lama banyak lagi yang elok dan cantik.
Kita beli baju bila dah tak ada baju nak pakai. Bila baju yang selalu kita pakai dah koyak.
Mesti ramai tak setuju dengan ayat tadi tu. OK. Fine. Tapi tengoklah orang kita. Bila ada orang kawin, beli baju baharu. Bila nak pergi jalan, beli baju baharu. Nak pergi dinner, beli baju baharu.
Bila buka almari, berlonggok baju-baju lama yang bukan makin kurang, tapi makin bertambah. Akan dihisab ye, kalau tak digunakan. Sedekahkan lah baju-baju yang berlebihan itu. Jangan sedekah baju yang sudah koyak-koyak pulak. Rasulullah sedekah baju dia bila ada sahabat yang menegur bahawa bajunya cantik. Sanggup kita? :)
Ok. Alasan, baju dah sempit. Memang lah kena cari baju baharu. Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak beli. Beli bila rasa perlu. Apakala semua orang set minda, hari raya kena ada baju baru, ini yang buat orang ramai di pusat beli belah setiap kali perayaan ini. Begitu juga dengan kasut baharu, beg baharu.
Fungsi baju adalah untuk menutup aurat. Bukan pakai untuk orang puji kita. Kalau ada pegangan ini dalam diri masing-masing, insyaAllah, banyak lah yang kita dapat berjimat dalam perbelanjaan kita sehari-hari. Boleh lah menyimpan untuk perkara lain yang lebih diperlukan. Bagi yang lebih kreatif, baju yang mungkin tak boleh lagi dipakai, jika diubahsuai (Macam rumah pulakkan..) mungkin boleh dipakai semula.
Kalau kita nak cukup dalam perbelanjaan kita, kita perlu menjadi orang yang bijak menguruskan wang.
Jangan membazir.
Satu lagi, jangan lah bakar duit. Ye..bakar mercun, bunga api yang mahal-mahal tu, bukankah membakar duit. Kalau nak tengok orang yang ada berlebihan duit, pergi lah cari tempat di mana kita mendengar bunyi mercun setiap tiba bulan Ramadhan. IYE.....BULAN RAMADHAN !!!
Sebab kalau dahulukala, orang melayu main mercun pada malam raya, atau pada malam 7 likur.
Sekarang ni, anak-anak diajar, (atau kurang diajar) main mercun dari mula malam satu ramadhan lagi.
Di kala orang lain sibuk bertaraweh, anak-anak diluar telah mula meletopkan mercun. Adat manakah itu? Bukankah mereka itu dari keluarga yang kaya raya sungguh. Mampu membakar duit begitu sahaja. Sedangkan duit itu susah payah dicari.
Itu belum lagi yang membakar duit dengan menghisap rokok. OK, tak mau bawa tajuk itu. Sindri tahu lah. Bukan setakat bakar duit tu. Bakar nyawa sekali.

![]() |
| Contoh baju yang dijual . credit untuk tuan gambo ni. tq. |

Monday, June 19, 2017
Ramadhan, ramadhan, ramadhan..usah pergi
Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujung.
Puasa 29 hari untuk tahun ini.
Apa yang kita lakukan untuk menambah perbekalan ke akherat? Tambah pahala atau kurang mengumpul pahala, dik kerana kelalaian, dik kerana kedosaan, dik kerana kealpaan?
Apa yang kita dapat dalam kita melalui Ramadhan yang mulia ini? Apakah hanya sebagai laluan untuk bersukaria di hari raya?
Ada yang tidak berkesempatan bertemu ramadhan ini. Ada yang hanya sempat sampai di pertengahan ramadhan sahaja. Ada yang Allah beri nikmat melalui hari-hari sepanjang ramadhan. Tetapi tidak melihat dan menggunakan kelebihan ramadhan itu, hanya setakat untuk lapar dan dahaga. Sedangkan ia sebenarnya belum pasti akan bertemu lagi bulan penuh berkat ini di tahun mendatang. Mungkin sempat, mungkin tidak. Tidak lagi rasa kerugian kerana mensia-siakan anugerah Allah ini.
Apapun, Moga Allah terima dan merahmati kita sepanjang masa. Moga Allah masukkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman. Moga Allah Ampunkan dosa kita. Moga Allah masukkan kita ke syurganya dengan rahmatNya. Moga dijauhkan kita dari azab nerakaNya..aamin, ya Rabbal Aa'lamin.
Perjalanan yang akan sampai ke penghujung pada bila-bila masa.
Thursday, June 8, 2017
Jangan Lupa: World Quran Hour 2017 Pada 19 Jun 2017
Shah Alam - Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung masing-masing pada 24 Ramadan dan 9 Zulhijah ini sekali lagi menghimpunkan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.
Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
Kempen World QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang) pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.
Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.
Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.
Sumber dari KOSMO online pada 24 may 2017.
Ayuh....ambil bahagian . Sekurang-kurangnya dari rumah atau pejabat masing-masing. Jadikan Al Quran, teman dan panduan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...