Sangat sedih bila kekadang kita terlupa untuk mentaati perintah Allah dan melakukan laranganNya. Kutujukan pada diriku juga.
Aku dah banyak kali hilang kawan kerana menegur mereka. Mungkin caraku tidak berhikmah. Maafkan aku kawan. Padaku, aku menggunakan lidah ku untuk menegur, jangan nanti aku disoal di akhirat kerana tidak saling mngingat.
Aku memang silap apabila melarikan diri dari kawan-kawan kerana takut nanti aku menegur lagi dengan cara tidak berhikmah. Lantas, retak persahabatan, lalu aku hilang lagi seorang demi seorang.
Jadi, langkahku meninggalkan kawan-kawan setelah puas mengumpulkan mereka, pada aku, hanya untuk menjaga persahabatan kami. Takut nanti aku melukakan hati mereka lagi, kerana mereka semua tidak mengenali aku. Dan aku sering terlepas cara menegur yang tidak betul. Maafkan sekali lagi.
Sekarang, aku hanya mendoakan dari kejauhan. Moga kita semua dalam petunjuk Allah sentiasa, moga kita didorong untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Moga kita menjadi hambaNya yang mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Moga Allah bagi kekuatan pada kita semua. terutama aku, yang sebenarnya sangat belum sempurna Islam ku. Tapi ingin iman menjadi milikku, takwa pakaianku. Doakan aku juga wahai sahabat. Tegur aku jika tampak aku terleka.
Umur kita semakin dekat dengan penghujungnya, yang boleh ditamatkan bila-bila sahaja, mungkin sesaat lagi, mungkin seminit, mungkin sejam. mungkin sehari lagi.mungkin esok, mungkin lusa... mungkin tahun hadapan, manakah bekalan kita untuk perjalanan akhirat yang tersangat jauh dan kekal abadi.
Yang kita harapkan, kesudahan yang baik. penghujung di kala kita dalam mentaati Nya. Membuat kebaikan. Bukan ketika atau sedang berbuat mungkar.