Tuesday, February 22, 2011

Kau panggil aku

Kau panggil, aku datang
Datang pd Mu, untuk membersihkn
mencuci kekotoran hati ini...
Terima lah aku....

Alhamdulillah.

Monday, February 14, 2011

Petang yang bening

Hari Jumaat lepas acik menyebok mengikut kawan-kawan yang nak pegi belajar fotografi. Orang dengan DSLR canggih2...acik masih terus dengan Dcr-HC36 Sony acik gak..hehe..tak kisahlah.  Janji dapat juga merakamkan gambar-gambar untuk tatapan diri sendiri. Rupa-rupanya bukan mudah ye, nk guna kamera DSLR ni.  Memacam istilah, punat yg nk dipusing dan di edjaskan... untuk mendapat gambar yang berkualiti dan memuaskan hati.  Guna compact biasa je lah yang senang. Fokas, dan snap..dah jadik...cantik ke ..tak cantik ke ..belakang kira. 
Sekarang bukan macam zaman dahulu, guna filem yg cam plastik bergulung tu.  Satu gulung kena bayar RM6.00, pastu nak proses gambar hingga jadi gambar, kena bayar lagi tah berapa sen sekeping..kurang-kurang, keseluruhan kos nak dptkan gambar dalam 30 keping tu tak lari lah dari RM20 lebih.. Sekarang ni pulak, tk kiralah brapa ribu keping gambar yang kita nak, selagi muat memory kad tu, petik je lah kamera. Keluar duit untuk beli kamera je...dan kalu nak jadikan hard copy...barulah gi bayar kat kedai gambar tu. Bulih pilih-pilih lagi gambar mana yang nak cuci, mana yang tanak.  Kalu yg pesen lama tu, habih semua gamba kelabu pun kita cuci, dan kena bayar gak..tk kira elok ke..tk elok ke gambarnya. 
Alhamdulillah, kemajuan dunia yang meringankan kos untuk penggemar-penggemar fotografi.

Gambar favourite, Matahari terbenam di Putrajaya.

Tempat sukan air selalu diadakan. Presint 5, Putrajaya.

Suka benar amek gambar celah pepohon kan..

Sifu yang kreatip.

Pyan & kameranya.

Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya di waktu senja.

Di celah pepohon itu.


sonjo2 pun ramai gak kat sini.  Antu air pun ramai apo..huhu


apo kojo eh tobaring lak kat jeti ni kan? hehe..ponek gak eh jurugambar2 nih.

Pullman Resort, Putrajaya dalam remang senja.

Pelajar-pelajar kelas fotografi ini.. Pyan & Yana. :) ..diorang lah pelajar, diorglah model. ..err..acikpun jadik mangsa model anggun diorg...terima kasih lah sifu Ahmar, mengangkat darjat acik yg tk berapa tinggi nih..hihi.


Thursday, February 10, 2011

Memancing lagi

Cuti Tahun Baru Cina lepas acik telah meluangkan sedikit masa untuk menunaikan hasrat terpendam pergi memancing.  Dah lama tk mancing, last sekali masa gi ke Pulau Asam 2 tahun lepas kalu tk silap. Bulih refer kat pos Fishing Trip kat sini.

Kali ni acik pergi memancing di Tanjung Dahan, Kuala Linggi, Melaka.  Kat kawasan chalet Desa Balqis yang sungguh permai tempatnya.

Kekangan masa menyebabkan acik tk dpt nak cerita panjang.  Sangat busy di pejabat, sementara buat masa ni, PC di rumah buat hal.  Hantar repair. Kalau rajin, acik panjangkan cerita ni.  kalau tak, tengok je lah gambar yg acik uplod ni je.



Subuh2 lagi dah start lontar joran.  Hasilnya, lumayan...

Dapat ikan remang..

permandangan yang indah waktu matahari terbit.

lagi, permandangan ciptaan Ilahi untuk di syukuri.

dan lagi...Subhanallah...Alhamdulillah.

Nak story sikit.  Malam nya, masa acik menunggu ikan memakan umpan, acik sering mendongak langit, menikmati panorama malam, yang menyaksikan bintang-bintang bertaburan dengan amat indahnya.  Sungguh indah.   Semua galaksi-galaksi tempat Sheikh Muszaphar lalu masa terbang ke angkasa lepas hari tu, acik dapat tengok.  Dan, acik dapat lihat 3 kali bintang berekor melintas.  Kata orang... makbul doa kalu berdoa ketika melihat keadaan yang sedemikian.  Betui ka???

Apa2pun, Acik enjoy sangat trip mancing kali ni.  Kalau panjang umur nak pegi lagi.




APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-