Wednesday, March 28, 2012

Melukis tanpa Pemadam

Terjemahannya,
Kehidupan ini ibarat melukis tanpa pemadam. Sekali kita mencorak, ia tidak boleh nak dipadam lagi.

Dari itu, berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, kerana sesuatu yang berlaku itu, tidak boleh nk di 'undo' atau nak delete semula. Ia tetap akan berlaku dan berlalu. Mohonlah petunjuk dan istikharah dengan Allah, sebelum membuat sesuatu keputusan, semoga apa yang kita lakukan, bukan dari hasutan atau pengaruh syaitan dan hawa nafsu.

Kalau tersalah lukis, boleh lagi modified, untuk mencantikkan semula. Ibarat seorang pelukis yg mula-mula kita nampak macam hampeh je lukisannya diperingkat awal, tpi lama kelamaan, apabila diperbetulkan, campuran warna diharmonikan, ton yang betul, mengikut arah cahaya, perspektif yg tepat,  diselitkan macam-macam elemen objek dlm gambar tersebut, ianya membentuk satu lukisan yang indah..

Hidup ini pun macam tu jugak.  Kalau dah tersalah langkah, bertaubatlah, bersihkan diri, dekatkan diri dengan Allah, sucikan hati, perbanyakkan amal, jauhkan mungkar.  InsyaAllah, kesilapan lama itu akan menjadikan iktibar, pengalaman hidup yang amat berharga untuk dijadikan sempadan dalam kehidupan.

Monday, March 26, 2012

Bird Watching

Nak pergi Bird Watching konon.... kau tengok peralatan Bird Watcher yang lain....


Mampu???  huhu.. lupekanje..klu setakat kamera ni..


Sambil gelak guling2......



Monday, March 19, 2012

Teman Baru

Setelah lebih sebulan mnsurvey, bemacam dah jadi idaman hati...akhirnya acik boli yg ni ha,...tak ada langsung temasuk dalam senarai survey. Hargapun lebih dari bajet.  Huhu...
Alhamdulillah, bagaimanapun, masih mengikut spesifikasi yang dikehendaki.  Berkualiti gitu, dengan harga sederhana. Asus U46SV, Prosesor intel i5, dengan HD 640GB (cukuplah tu..), RAM 4GB, bateri tahan lama, Nvidia Gforce Graphic C. Sgt jauh lebih baik dari PC lama yg banyak berjasa tu... Berat sikit, dibanding dengan Ipad 3..errr.. teringin jugak.

Tpi mikirkan, Ipad atau jenis2 tablet ni semua mempunyai ruangan memory yg amat terhad, maka acik lupekanje lah..membazir utk orang mcm acik ni ha.  PC lama tetap akan disimpan dan digunakan. Mungkin boleh modified lagi kot? Memikirkan monitornya yang masih baru ni...
Apapun, syukur Alhamdulillah. Sekarang masih sibuk melengkapkan software2 di dalam teman baru acik tu.  

Mungkin lepas ni boleh upgrade lagi pengetahuan tentang fotografi pemprosesan video. Lebih pantas, lebih luas penggnaan software2 nya, Kononnya lah....

Langsung beli komputer riba untuk acik tu, dibelikan sekali untuk anak sulung acik yg lappy dia dah uzur tu.  Yang murah2 je... tapi prosesornya intel i3..mana boleh atas dari ummi dia kan... haha. Selain dari itu HDnya, 500GB, RAM di upgradekan ke 4GB, amd radeon hd 6470m Graphic C. Oklah tu kan.  Walaupun harga jauh lebih murah dari ummi dia punya.  Anggapla hadiah Hari Lahir dia tk lama lagi ni.. hadiah la sangat.
Ye...Lenovo G470  ni ..menarik jugak. Yang penting, ia mampu juga buat tugas2 berat.

Tah mengapa, macam dah kurang mood sebenarnya utk online, sama ada di blog atau di FB ..

Sunday, March 18, 2012

Saranan untuk penunggang basikal (sukan)

bahayalah sukan bebasikal ni. Selalu jugak dah jdi kemalangan jalanraya..kena pikirkan cara2 elakkan kemalangan giini dri terus belaku. Misalnya, pakai helmet motosikal...errr..atau sediakan laluan utk mereka..

Berita terkini keluar di akhbar online tadi...

Pelumba basikal, Rafizi Hamdan, maut dilanggar


2012/03/18

KUALA LUMPUR: Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa. ,,seterusnya baca kat link tu.


Kantoi kan... mana mau lari.  Mesti pemandu kereta tu gabra, takut nk berhenti, nnt kena belasah dengan penduduk kat situ...mungkin dia gi buat polis kat memana balai kann...sangka baik la kita.  Dengarnya pemandu tu seorang lelaki melayu...wallahualam. Moga sesama kita ambil iktibar.


Photo dapat dari rakan FB..

Alfatihah buat Allahyarham..moga diampunkn segala dosa dan dimasukkan ke dalam golongan orang2 yg beriman,

Dan untuk yang nak berbasikal, berhati-hatilah...kalu cam diorg ni, memang bahaya.  Kalu sekali tu, datang kereta dgn lajunya, lenyek, ngucap pun tk sempat...nauzubillah..
Kawan2 waktu berbasikal di Sabak Bernam

berbasikal tepi pantai pun kena hati2.  Nanti terjun pulak dlm laut tu..hehe


Monday, March 5, 2012

Notebook / Laptop ?

Hutang pinjaman komputer saya sudah selesai dibayar.  Dah layak untuk buat pinjaman lain pulak.  Dulu pinjam, untuk beli laptop anak saya.  Sekarang tiba masanya untuk beli Laptop / Notebook untuk diri sendiri pula. Tapi terdengar pula, anak sulung yang sambung pengajiannya, nakkan laptop baru.  Laptop lamanya memang dah uzur sangat, dah 5-6 tahun usianya.  Memang patut diganti yang baru.
PC saya pula dah lebih 10 tahun saya gunakan, memang lagi layak lah saya dapatkan yang baru. Dah lama saya mendera PC saya tu, utk buat kerja yang tak mampu dilakukannya dah. Tiba masanya utk kurangkan tugasnya. 

Hmmm...tak sampai hati pulak.  Maka saya buat keputusan akan beli 2 laptop atau notebook. Bajet dalam RM3K lebih je...cukup kan?

Dari awal tahun duk survey jenis dan model apa yang nak dibeli.  Pening jugak kepala.  Saya study semua jenis yang terjumpa di laman web.  Akhirnya ada beberapa jenis yang menarik perhatian. 

Selama ni, saya memang guna jenis Acer, sejak dari tahun 1997, PC pertama saya, adalah Acer.  yang kedua beli melalui Odasaja tahun 2000..  masih berfungsi sehingga kini, setelah melalui beberapa fasa baikpulih dan di upgrade setakat yang boleh. Dah lama tu kan....itu lah yg saya guna untuk online selama ini.

Kemudian, ketika anak yang sulung masuk U pd tahun 2006..klu tk silap, saya belikan dia laptop Acer juga.  Seterusnya, adik lelakinya, juga saya belikan Acer, tahun 2007 (masih baik, setelah sekali ditukar mboard) tpi dah di trade in nya utk beli yang baharu, Sony Vaio series S pula. Orang muda, nak yg update je...alasan, untuk buat projek assignment dia.

Akhir sekali, adik bungsu mereka, beli Acer TimelineX ..Acer juga... memang keluarga ni melakukan barangan Acer je.  Sebab, tukang repair komputer saya, syorkan beli Acer, kalau rosak, dia senang carikkan spare part nye...ha..tu lah sebabnya.

Pemilihan saya yg tak berapa reti ni adalah dari aspek:

1. Harga affordable.
2. Processor: Sekurang-kurangnya Intel i5, kan..hehe.
3. Jangka hayat battery yg panjang.
4. Ringan dan syomel...antara 2kg ke bawah. Berat sikit tk pe..janji ok.
5. HD yang sekurang-kurangnya 500GB.
6. Memory sekurang-kurangnya 4GB...dan boleh upgrade lagik.
7. Diplay skrin antara 13- 14". 

Yang lain-lain mcm graphic card, webcam, wireless ability, dvd drive smua tu standard la..dpt yg latest dan canggih, mesti la mau.
Selain dari itu, saya pentingkan barangan yang mudah di baiki kalau rosak atau dengan lain perkataan, senang carik spare part.


Hasil survey saya:
Memula terbekenan dengan yang ini, Sony Y series, untuk anak saya. Harga murah, rupa cantik,brand khelasss.. tapi, processornya AMD E-450.. saya tidak suka AMD..! kesian pulak nnt kalau menimbulkan masalah pada anak saya waktu menggunakannya. Ada pengkomen di forum yg kluar stetment kata baik tak pyh guna jenis ni. - reject !!




 

Kemudian ternampak yg ini pula. Dell-inspiron-n4050-45451g.  Harga RM2099, sebelum diskaun.
Berat sikit nampaknya, 2kg.  Tak apa, blh masuk senarai favourite gak.


 

Terpikat pulak dengan model dell yang ini..  dell-vostro-v131.  Rengan jugak la.. 1.8kg. Ai laik..ai laik !!! Harga sebelum nego RM2199


 


Rambang mata gue..ni belum gi memilih kat Low Yatt lagik ni..   Yang ni pun menarik gak..   Dell Inspiron 13Z.  Rengan lagi dari Vostro .. 1.7kg. Harga kurang sikit dari vostro ...  RM2149 online..lom nego lagi tu.




Yang ni lagi cantik kan..  Samsung NP300S06MY.
Harga murah gakla.. RM2098...tertulis kat online shop ni la...mesti dpt lagi murah kalu nego kat kedai Low yatt. 
Beratnya cuma 1.4kg..wahhh...dah macam Mac Air nih...
Tapi, ada yg komen, kata jenis Samsung ni, tk brapa nk baik...huhuhu..





Apple Mac Air?  hmm...sangat teringin.  Tpi mahal.  Boleh beli...tpi banyak nk guna duit lagik ni..kan ke nak beli 2 laptop nih...hehe. Lagipun, sgt susah maintenance nya.. Kalau org yang selalu guna untuk buat kerja2 grafik, ok la guna jenis ni. Saya guna juga...untuk proses video & photo.  Tpi kalu dah maintenance tinggi, hmm...lupekanje lah.



Beli dalam mimpi je lah dulu.





Setakat ni, yg ni dulu dlm senarai.  Masalahnya sekarang, duit tk masuk lagi..hehe...
Masih banyak masa nk ubah fikiran nk beli yang mana ni. 

Kalau ngkorang ada cadangan, mana yang baik, habaq mai...tpi msti dlm kategori pemilihan di atas.




APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-