Monday, November 24, 2008

Parking kat Putrajaya

Ada sesaper nak komplen?? siler kan..silerkan... Pihak Pengurusan memang perlukan komen atau komplen atau aper je lah yg sewaktu dengannya. Okeh..di sini aku menulis bukan kerna nama. Nak habaq, eksplin smua....dulu mang orang yang datang berurusan, pasti akan merungut dan berpeluh nk mencari tempat parking kereta kat Putrajaya (ku tujukan khas di Parcel E yg havoc tuh...)..betul tak cecikgu sekaliannnnn???















ambar hanya hiasan Tapi sekarang ni...kami...yang bergelar kakitangan kerajaan, yang menjalankan jentera pentadbiran kat Putrajaya ni khasnya di Parcel E pulokkk akan merungut dan berpeluh....ader ke patoooottt????? Siang tadi darah aku rasa run upstairs bila dengar kenkawan dari bahagian lain yg dah dapat memo tentang kuatkuasanya arahan parking keter kat Park n Ride... bukan aku jer..(tapi aku lah yg over, klu bab2 yang menyusahkan ni..)..yang aku tk suka dengar...hah...ni klu jawab soklan tag..aku jawab le ni.. apakah 5 perkara yang anda tidak suka dengar siang tadi?

1. Berkuatkuasa 01 Disember 2008, smua kakitangan yang ber gred 48 ke bawah, tidak dibenarkan parking kereta samada di basement, mahupun di padang/dataran tempat biasa memarking kereta itu..

2. Semua yang memandu kereta, (kcuali yang gred 48 ke atas yg telah sah jawatan ye anak2...) dikehendaki memarking kereta anda di Park n Ride (PR) yang disediakan di Presint 14 dan 7. ..ala..kat trapik lait tuh..kemudian seterusnya naek bas dengan tambang 50sen untuk ke pejabat. Bas akan turun di bas stop depaaaaaaaaaaaaaaaaann tu..dekat je..buat penat turun keter, naek pulak bas..pehtu turun bas, jalan kaki ke opis (kalau tk nak naek bas pun tk per..jalan kaki la cam bebudak SAS tu nak gi alamanda ..sampai kat opis.... siler mandi dan edjas bau badan anda untuk berurusan dengan pelanggan.

3. Sekiranya mahu meletakkan kereta anda lebih dekat dgn opis anda..siler parking kat tempat parking baru kat depan antara E13 dengan alamanda (tapi tak siap lagi pun...) dengan dikenakan bayaran singgit sejam... ingat kami nk shoping kat alamanda aper????

4. Kawasan di Parcel E ini akan dibina pagau dan once pagau ni siap nnt, tidak dibenarkan kenderaan melainkan pegawai yang gred 48 ke atas untuk 'drop' passenger kat depan opis....nak drop kalu, kat luar tuh..kt bas stop yang beribu batu kerikil jauhnya dari opis memasing. Itu kami yang merungut...belum lagi dengar rungutan cikgu2 atau mereka yang berurusan dengan kami.

5. pesanan kat bawah memo tu kata... siler sesuaikan diri anda dengan 'suasana baru' ini. Haprakk betui...

 Sejak kami terima memo bulan lepas lagi, tentang tempat parking berlabel no. keter pegawai tinggi..bukan yang bantut cam acik nihh.. memang rasa nak marah..menyirap darah je biler tgk tempat parking untuk diorg tu kosong..tk ada pun keter..sedangkan kami orang bawahan ni, bertindih2 parking kat peruntukan secipot yang dibenarkan kami guna utk dptkan tempat parking 'secipot' kat basement tuh...

Tetiber datang la satu memo lain yang tk beri langsung kami parking kat basement yang mewah dan salu banjir itu...bukan sahaja basement...kt padang kat leluar tu pun tk boleh!!..aper ke heee nya... baper ramai agaknya mereka yang memiliki tahap gred 48 ke atas??

..berapa ramai pulak yang akan datang kerja di opis...tolak yg kener pi taklimat, bengkel, mesuwrat, kursus, otstesen.. Sebab tu, tempat parking yg dikhaskan untuk diorg, tk berisipun....ini sudah jadi satu pembaziran yang tidak langsung digalakkan.....!! Acik mengetag diri sendiri lagi di sini..













Siler berikan 7 keburukan kalu perkara ini dikuatkuasakan...(tujuh je...jgn nk lelebih pulak)..sebab tk cukup masa.

1. Kereta akan cepat rosak, cepat buruk, dan akan selalu kener serbis.

2. Berkemungkinan risiko kereta hilang, kecurian, hilang tayar mungkin akan berlaku...ye la..parking jejauh tuh..ader jaminan ke selamat???

3. Risiko untuk kakitangan kerajaan yang sakit mental akan bertambah...sebab hari2 stress nak pegi keje... nk kejar punch card, nk kejar bas..

4. Hujan yang nak turun tk mengira masa akan merisaukan kami kuli2 kajaan yang berkasta rendah yang diwajibkan parking di Park n Ride...esp mereka yang mengandung, yang ada anak kecik ...nk kendong anak..kendong beg bekalan mereka...nk gi kat bas.. pehtu nak turun bas jalan kaki masuk ke pejabat..(klu opis kt bangunan depan...kat KTAK ke kesihatan ke.... tu tak per gak..idak le jauh..dan ada bumbung lagi..cuba bayangkan mereka yang ada anak kecil…membawa bakul bekalan di tangan kanan, mengendong anak di tangan kiri….ujan pulak tu..mana ada tangan nak pegang payung…uwaaaaaaaaaahh..

hibanya membayangkan permandangan itu. Sedangkan pegawai…senang lenang ..dahla anak bibik jaga..

5. Yang berusia warga tembaga suasa macam acik ni berisiko sakit ostreopsis, tepaksa la berlebih belanja membeli susu Anlene untuk menguatkan tulang temulang reput ini sebab nak kener berjalan jauh setiap hari kerja nanti.

6. Oleh sebab salu kena hujan dan sakit lelenguh sendi dan tulang, maka lebih kerap la ambil MC...demam...sakit...dah kener ambil coti yang tk banyak mana tuh...bukan tu aja...dah kener kuar duit...nk bayar kat doktor tu..

7. Yang kaya makin kaya, dan yang susah idup makin susah...sistem kapitalis ke ni.. Sebab aper, dah kami kasta rendah ni kena naik bas atau parking bebayar, maka perbelanjaan akan bertambah...sementara yang pegawai gaji besar2 dapat parking free dan selesa tu. Keter salu rosak dan buruk cat...duit lagi...sementara pegawai tinggi, sesuka hati menukar kereta 2 thn sekali atau bila2 mereka rasa dah jemu dgn kereta mereka yg elok berkilat itu. Mereka yang dapat elaun memacam lagi tu makin sehat la dengan keadaan kereta mereka yang tidak kena panas mentari dan air hujan itu...

Cukup ehh.. bukan nya cemburu dengan rezeki yang Tuhan bagi pda mereka, dah rezeki mereka kan. .. tapi marah sbb mereka menganiaya kami yang berpendapatan rendah, yang pasti tk mampu bertukar2 kenderaan, yang makin terbeban ekonomi dik sebab kerakusan mereka nakkan keistimewaan tempat letak kereta bawah tanah itu.

Apa ramai sangatkan bilangan pegawai gred 48 ke atas yang istimewa sangat tu yg datang bekerja, dibandingkan dengan kami kakitangan bawahan? Izinkan lah kami turut sama merasakan kemudahan yang sepatutnya dinikmati bersama sebagai mereka yang menjadi jentera penggerak pusat pentadbiran negara ini.

Tanpa kami, siapa lah pegawai2 itu.
Tanpa pegawai2 itu, siapalah pula kami.
Kita saling memerlukan…bukan hanya pegawai yang perlukan kemudahan.
Kita sama-sama nak senang. Bukan pegawai sahaja nak senang.

Kalaupun tk nak mengaku mendiskriminasikan kami, apakata, arahan ini dikeluarkan menyeluruh...semua kena guna kemudahan PR . Semua letak kereta di PR ...atau di tempat letak kereta berbayar singgit sejam itu...dan kosongkan saja basement parking yang jadi kontrobersi ini...maka acik akan setuju yang amat lah. Biar menteri2 dan jusa2, pegwai2 tinggi itu sama2 naik bas. Sama2 kejar bas. Sama2 mendokong anak berjalan dari bas stop ke opis masing-masing... pendekata, sama-sama susah lah... alangkah indahnya demokrasi itu.

Tapi sudah tentu mereka tak mahu. Sudah tentu mereka bagi alasan mereka orang penting...mereka mana boleh sama cam orang bawahan..nanti mereka penat..nanti badan mereka berpeluh dan busuk...aper keistimewaan mereka... habis tu? kami tak penting ke?? kami tk penat, kami tk busuk?? Keistimewaan... gaji tinggi, elaun memacam.. tu tk istimewa ke? Selama ni kita sama2 meletak kereta di basement tu, ader masalah ke? Parking tuan/puan yang dah dilabel itu di cerobohi orang ke?? Tak layak kah kereta murah kami berdampingan di sebelah kereta tuan/puan?
Acik mengharapkan apa pun keputusan yang dibuat oleh pihak pentadbiran kita….fikirkanlah kemudahan semua pihak….jangan fikirkan kemudahan sendiri sahaja…

Kalau sendiri rasa tk mahu susah payah.. begitu jugalah kami yang memang susah…bertambahlah susahnya kami.
kami rasa sungguh tertindas..sedangkan berlaku pembaziran ruangan meletak kereta di basement.


Nak kurangkan kesesakan meletak kereta? Apa kata mereka yang mahu berurusan di sini diberikan tempat parking baru yang bakal dibina di hadapan E13 tu…?

Tak perlulah dikenakan bayaran pada mereka…kerana penat lelah mereka berjalan mencari blok2 opis yang mereka tk berapa tahu dah cukup menyusahkan mereka…acik menulis atas dasar memikirkan kesusahan pihak yang mahu meminta bantuan kita…kita tidak patut tambah menyusahkan mereka yang kadang-kadang datang dari jauh.

sekian.

Suara Rakyat biasa Putrajaya.

Tgk ni..suasana sebenar kat tempat parking basement yg banyak kosong. Kereta staf gred rendah duk tumpang je kat leluar menambah kesesakan..sementara lot parking pegawai kosong...
Ni kosong terus... pegawai samada bercuti atau keluar berkursus atau out station.














Nampak tak pembaziran nih..sementara kat luar sana, kereta bertindih2 hingga menghalang laluan.
kereta yg parking bertindih2..
ni lagi..

15 comments:

Ungku Nor said...

panggil la karam singh walia buat liputan berita ciikkk..;p

lupakanje said...

Tak leh...sebab ni bukan unibers nya kes...ini hanya kt tompek ni je..
panggey ungkunor je lah..blh kita lepaks kat boling ke...heheh

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

betul la...parking kat putrajaya cam saka. bila nak gi berurusan pasal tajan ari tu..
btw, nak tanya acik, betul ka, brg perjanjian tajaan HLP 2008 kena submit sebelum 15.12?..
akunyer surat U tak sampai lagi ni, waaaaaaaaaaa...

lupakanje said...

daftar U biler? lepas daftar, anto la surat tu..betenang...klu rejeki tk ke mana..esok lusa sampai la surat tu...tpi klu lambat..tk bayo...hahah..

tentangseseorang said...

hoh...dan bayangkan pulak kompeni2 kecik yang terpaksa bersaing dengan kompeni2 jerung. nak submit dokumen tender jer sampai bawak troli ok. sebab banyak giler lampiran. so kalau park and ride berkuatkuasa...berapa banyak staff nak diusung untuk hantar dokumen tender ye? hoh!

lupakanje said...

datangla makan angin kat Putrajaya agak2 3 keter..jgn lupa bayau parking..heheh

aishifa said...

sy setuju ngan semua ke 7 keburukan itew dan yg paling setuju ngan alasan no 7.. memang dah wujud zaman berkasta kasta ni dari dulu lagi..tak pernah abis..bosan giler

lupakanje said...

ingat dah tak dak kasta dah kan..rupa2nya, masih berkasta kasti cenggini..
Tapi kat opis acik, bos smua best2..begaul sesama, tk ler rasa tk layak nk besembang2 ngan kami...atau tk mikirkan keperluan kami. Yg acik kecoh ni bos atas lagi...Tk ingat ke Yg Paling Atas tu dok merati dan menulis amal kita dan membariskan kita di sana tnpa mengira Gred dan jawatan kita di donia..tapi, banyak mana kita buat baek kat orang..dan pd diri kita sendiri..huhu..

Tijah Lawa said...

ya!! malaysia bolehh!!

tak sangka masih ada lg amalan aparteid (tul ke eja nih) ni lagi ek??

lupakanje said...

malaysia mang smua boleh Jah...over boleh..yeaahh..!!
Acik nk ngilap motosikal acik balik ni..nk merempit smula..hehe

KAKTINY said...

tak leh parking kat blakang joni tu ker acik?.. (sambil mata kebil2 nak ajak acik main boling kat alamanda.. hihihi)

dizz said...

lama benor tak dpt bersantai2.. buat keja tak kelip2 mata.. hari ni tak kira aku nak menreply jugak post ni sbb darah aku pun naik upstair cam cencorot jugak. aku pun bukan bulih org dok tindas org tak ketahuan hala.

baca sampai dekat nak habis tak leh baca dah, hot betul, sungguh mereka itu mendiskriminasi golongan pekerja yg gred bawah.. tak tau ka golongan yg keje bawah2 ni lah yg kadang keje teruk drp boss2 tu, tak dinafikan jugak boss2 pun ada yg ok ketokohannya kerjanya tapi jgn lah sampai nak mennafikan FUNGSI pekerja bawahan pulak.

melampau betul, biar kita doa idea sapa yg nak mendiskriminasi org bawah supaya Allah kerot rezeki dia, baru padan muka, belagak sgt.

tak tau kah putrajaya tu tertegak pun pasal duit rakyat, bukan duit peribadi mereka, so jgn lah nak senang2 konker, timbang rasa lah pd semua org, tak kira staf yg tak de pangkat besar ke maupun rakyat marhain yg berurusan kat situ.

tapi tak salahlah bagi keutamaan pd staf yg keje kat situ banding dgn pelawat yg berurusan, pasal depa hari2 dtg keje kena park kete. jadi cam rmh no 2 pada pekerja2 semua kan..

ini sama2 pekerja nak di buat kasta2 pulak, kalau jwt paling tinggi, no2 tinggi atau no3 tinggi sikit2 dibagi priviledge tu dok bawah bumbong ka tak kisah sgt, ni di halau semua yg yg gred 48 ke bawah keluar, tak ada rasa bersalah ka.. sedang jwt dan pangkat pun Allah yg bagi, dlm masjid semua org semayang dlm saf yg sama tak kira pangkat apa, dtg awal dok lah depan, dtg lambat terpaksa lah ke belakang.

takpa tak pa, kat pdg mahsyar nnti depa tau lah erti darjat sebenar.

lupakanje said...

Tiny,
minggu ni...jom..hehe
(nnt Yanie marah acik..."oooo.patutla tk nak balik kampung ye ummi...!!!" hehehe

Kak teh,
uuuihh..kteh smangat nih..
takut nk ckp lebih kteh...nnt markah prestasi rendah...heheh
semua tu betui..
tdi ada mesyuarat ngan Kj(ketua jabatan) da bincang hal ni...
agaknya blh kot diorg rayukan ubah arahan tuh...harap2 padi seberang..

dizz said...

ha'a ye lah.. kan sekarang musim prestasi KPI suma tu.. jadi berhati2 lah jugak yer.. jgn main kipas2 tau, nnti tak berkat :(

lupakanje said...

kipas tarak..lawan tokei jer nih..haha..habihla markah acik tawon nih...huhu..tk per..bani kraner benar...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-