Sunday, April 26, 2009

Walk The Talk / Cakap Dan Buat

Dalam mencari-cari maklumat di alam siber ini, acik terjumpa lah ayat ni... Walk The Talk.. ye...acik pernah dengar seorang penceramah siri kursus2 yang acik ikuti, menyebutnya... Walk The Talk To The Top... Kemudian, setelah membuat carian, acik ketemu tips ini..

Tips for Walking Your Talk

The most important tip comes first. If you do this first action well, the rest will follow more naturally. If the ideas you are promoting are congruent with your core beliefs and values, these actions will come easily, too. So, start with a deep understanding of “why” you want to see the change or improvement. Make certain it is congruent with what you deeply believe. (Lanjutan artikel di sini..)

Selalu kita dengar istilah, cakap tk serupa bikin. Acik sendiri selalu keluarkan ayat, jangan tengok orang yang berkata, tetapi apa yang dia kata.. Maksud acik, kalau ada orang yang memperkatakan tentang kebaikan, ambillah kebaikan itu... jangan pula dibandingkan dengan apa yang dilakukannya yang merupakan ibarat cakap tidak serupa bikin.

Acikla sebenarnya selalu macam tu. Maaf kenkawan. Bagaimanapun, acik selalu berkata tentang sesuatu yang baik, untuk menarik diri acik sendiri untuk melakukannya. Kerana acik sendiri terkadang, tidak melakukannya. Peringatan untuk diri sendiri.. *stetmen stended untuk menyelamatkan diri dari dikatakan... cakap tk serupa bikin. Namun jika anda seorang pemimpin, perbuatan itu penting, sebelum menyeru orang lain melakukannya.

Nanti dikatakan ibarat Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul. Sesungguhnya, ada benar, untuk mengajak orang melakukan sesuatu yang positif, perlunya diri sendiri mengamalkannya, barulah terkesan pada jiwa orang yang diseru untuk mengikut sama. Dalam hidup ini, telah acik pelajari antara lain adalah;  

apa sahaja yang kita tidak mahu orang lakukan pada kita, itulah juga yang orang lain tidak mahu kita lakukan pada mereka. atau; apa yang kita tak suka, itu jugalah yang orang lain tak suka. apa yang kita mahu, itu jugalah yang orang lain mahu apa yang kita benci, itu jugalah yang orang lain benci. Kalau kita tk suka orang marah kita, begitu jugalah orang tak suka kita memarahi mereka.

Kalau kita tk suka orang ambil barang kita, kita sendiri jangan suka-suka ambil hak orang.* Adalah sesuatu yang tidak normal, seandainya seseorang yang suka mencuri itu, juga suka apabila barangannya dicuri orang... boleh ker??? Misalnya, seorang pencuri baru balik dari kerja mencurinya. Apabila sampai di rumah atau markaznya, di dapati ada pencuri lain telah menceroboh dan mengambil harta curiannya. Lalu pencuri itu ketawa dan bersorak dengan gembiranya.... yeayyy...barang aku kener curi!!! Sungguh tidak normal itu !!! Andai berlaku sedemikian rupa, acik sanggup datang dan usahakan agar nama pencuri itu dimasukkan dalam Guinness Book Of Records.

Ianya serupa dengan keadaan abnormal, apabila seseorang itu mendapati bahawa rumahnya telah dimasuki penyamun tarbus... lalu ia ketawa gembira.... Alhamdulillah.... ada orang masuk menyamun rumah ana lahh..!!! (baca dialog stail P ramlee..)

Perlu diingat, bahawa perkara ini pernah berlaku, tapi ini kisah yang memang menakjubkan yang benar-benar berlaku kepada seorang wali Allah. 

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. 

Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. 

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. 

Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. 

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.  

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang. 

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. 

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri. 

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. 

Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." 

 Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. 

Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, 

"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu." (kopipes dari laman web ini) Apakah anda ada rasa kagum dengan kisah ini??

Acik kagum...sungguh kagum..selayaknya beliau mendapat gelaran Wali Allah. Para Wali Allah memang membuat perkara yang di luar kemampuan manusia biasa. Alangkah respeknya acik kalau berlaku pada zaman ini misalnya seorang pencuri masuk di rumah Perdana Menteri kita, DS Najib,

Lalu DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansur tolong bungkuskan sekali barang-barang yang nak dicurinya..dan siap pesan, kalu tk cukup, datang la lagi... kat dalam bank ada banyak lagi duit...!! hehehe...sori tok najib... Memangla tkkan berlaku macam tu dah... tapi apa mungkinkah ada lagi manusia seperi Rabia'tul Adawiyah itu di dunia ini sekarang??

Nota Tambahan* Kita percaya bahawa setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat balasan dari Allah. Andai hari ini kita ambil hak orang, satu masa nanti, orang lain akan mengambil hak kita. Cuma redho atau tidak redho sahaja akan menentukan reaksi anda ketika itu. Jika anda redho, anda mungkin mendapat pahala, dan hidup akan terus tenang...andai anda tidak redho, hidup anda sendiri tidak akan aman, dlm keadaan dendam, marah dan macam-macam rasa lagi.

2 comments:

kakpah said...

selamat pagi cik. sarapan apo harini. ko sokali gus ngan makan tongahari hik.hik..

haritu kpah ado donga sorang poncoramah di radio ikim. dio cakap salah tu kito cakap bagai kotam mongajar anak bojalan botul. bagi kotam, caro dio bojalan memang dah macam tu. memang dah botul. Tu kato dio lah.

cik, kalau poncuri sokarng ni masuk lam ghumah.. tak sompek lai nak bocakap mo dio tuan ghumah dah kono ikek. Apo lagi nak suruh somayag. maun kito di polangkung e.
masyaAllah.. agak e orang akhir zaman ni lobeh jahiliah dari orang zaman dulu-dulu kot...

lupekanje said...

salam kpah..
arini acik goreng mi hun yoo..makan tghri tk pyh..hehhe
betul gak tu kpah..ketam dah mang jln centu kan..ok..kener ubah peribahasa tuh..
mang sodih dgn kejahilan org kita sekrg...macam2 pangai ado..lagi maju, lagi teruk pangai...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-