Wednesday, April 22, 2009

Siapa Kawan anak-anak kita??

Seperti biasa Umar ke sekolah pada hari itu dengan wajah riang. Di sekolah Umar berkawan dengan beberapa rakan sebayanya. Umurnya baru 6 tahun. Entah bagaimana ketika bermain-main, salah seorang dari kawan-kawannya telah terjatuh lantas memaki kawannya yang seorang lagi, "Hei , babi kau,ngapa kau buat begini?" "Kau yang babi, kau yang tolak aku tadi!" Jawab kawannya pula. Lalu keduanya pun bertengkar dan bergaduh. Akhirnya guru pengawas datang dan meleraikannya. Umar hanya melihat dan mendengar peristiwa itu.

Waktu balik dari kelas TADIKA , pintu rumah terkunci dari dalam.

"Mak! Mak!Buka pintu cepat! Umar dah balik." Seru Umar pada ibunya.

"Tunggulah sebentar." jawab ibunya dari dalam. Tetapi Umar sudah tidak sabar. " Cepat mak!" Sambil Umar menumbuk-numbuk daun pintu rumahnya.

"Mak kata tunggu, tunggulah." Jawab ibunya dari dalam, hampir meninggikan suaranya serta merta pintu dibuka.

"Mak babi! Mak babi!"jerit Umar. "Apa yang Umar cakapkan ni, Umar nak rotan ya! Cakap begitu pada mak." Marah ibunya. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa lain benar perangai anaknya hari itu. Mana dia belajar sebut perkataan yang seburuk itu?

Sedutan cerita di atas terlalu lumrah kita temui dalam masyarakat kita, malahan lebih dahsyat dari itu pun ada berlaku. Apa yang dapat kita lakukan pada kanak-kanak hari ini yang terlalu tandus dengan didikan yang sihat dan soleh dari kita para ibubapa dan pendidik. Kanak-kanak memaki dan mencaci sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah orang dalam masyarakat kita, tapi bagi sesetengah orang yang terlalu sensitif, ,mereka akan merasa malu, apatah lagi kalau yang melakukan perbuatan itu kanak-kanak Islam! Ini menunjukkan sifat akhlak yang buruk mula tumbuh pada diri anak-anak itu, yang tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat yang terdidik dengan akhlak Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

Kata-kata yang berupa mencarut atau seumpamanya yang kotor serta jijik untuk didengari oleh telinga kita sendiri, sudah menjadi basahan lidah anak-anak yang suci sebelumnya. Mereka memaki hamun kawan-kawan dan mengeji sesama mereka. Alangkah sedihnya jiwa yang begitu bersih sudah dinodai oleh nilai-nilai akhlak yang rosak dan buruk.

Ada satu dua perkara yang menjadi penyebab kanak-kanak berakhlak demikian. Pertamanya ialah

* Kerana adanya tunjuk ajar yang buruk dan tidak sihat; * Keduanya kerana ujudnya pergaulan yang tidak terkawal yang tidak terdidik dengan pergaulan Islam yang sebenar.

Tunjuk ajar yang buruk kerap diperolehi oleh kanak-kanak daripada orang yang terlalu hampir dengan mereka. Antaranya ibubapa, datuk neneknya, pengasuhnya, abang, kakaknya, jirannya dan sesiapa yang hampir dengan mereka. Mereka inilah yang memberi didikan tidak langsung yang cepat diterima oleh kanak-kanak ini. Oleh itu jika kita sekiranya para pendidik dan ibubapa inginkan kanak-kanak terdidik dengan asuhan Islam yang sebenar, maka hendaklah kita asingkan mereka atau jauhkan mereka dari bergaul dengan orang-orang yang berakhlak buruk dan jahat.

Pada peringkat awalnya anak-anak ini akan mendengar dahulu perkataan yang berupa makian, cacian, melaknat hingga mereka akhirnya terbiasa dengan kalimah-kalimah yang serupa untuk mereka gunakan pula.

Semuanya berpunca dari pergaulan yang rosak dan kurang sihat itu. Oleh yang demikian apa yang wajar yang para pendidik dan ibubapa lakukan? Ia nya tidak lain melainkan mendidik mereka dengan teladan yang baik dan soleh.

Mengajar mereka cara bercakap yang sopan, mengajar mereka menggunakan kalimah yang baik dan indah serta sedap didengar. Di samping mengawasi siapa yang menjadi teman-teman mereka. Jangan biasakan mereka berkawan dengan kanak-kanak yang suka bercakap kotor atau memaki.

Seterusnya, menjadi tanggungjawab kita juga menjauhi anak-anak dari berkawan dan bergaul dengan anak-anak nakal supaya anak-anak tidak terpengaruh dengan akhlak dan kenakalan mereka. Kadang-kadang kita tidak dapat elakkan mereka bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Seperti di sekolah. Dalam hal ini, yang penting kita sudah didik mereka membezakan apa yang baik atau tidak untuk di contohi.

Menjadi tanggungjawab kita lagi mendidik anak-anak agar bersabar bila dikata oleh kawan-kawannya. Sabarkanlah mereka bila di keji dan dihina oleh orang lain. Jangan kita sebagai pendidik mengajar mereka membalas kembali makian orang lain.

Akhirnya menjadi tanggungjawab kita para pendidik memperdengarkan kepada anak-anak , hadis-hadis yang melarang dari memaki dan mencaci. Perdengarkanlah kepada anak-anak bahawa Allah tidak suka memaki, mencaci, melaknat dan seumpamanya dan akan membalasnya dengan azab yang pedih (neraka).

Semoga dengan cara ini anak-anak akan biasa dengan menjauhi perkara itu, kerana secara tidak langsung, kita menyampaikan peringatan dan bimbingan dari Allah dan RasulNya. Sampaikanlah pada anak-anak mengenai hadis Rasulullah seperti " memaki orang Muslim itu fasiq dan membunuh mereka (org Islam) itu kafir."

Jadi barangsiapa yang memaki sesama Islam, jelaslah sudah menunjukkan kefasikannya. Orang fasik adalah orang yang tidak layak menjadi penghuni Syurga Allah.

Sebaliknya akan dibakar dengan api neraka. Hendaklah kita jauhkan anak-anak dari sifat ini. Jika anak-anak dimaki orang, katakan kepadanya,

"sabarlah nak! Orang yang sabar takkan rugi, Allah akan tolong kita. Allah suka orang yang baik, orang yang sabar."

Ataupun untuk menegah anak-anak dari berkawan dengan anak-anak yang nakal, kita katakan kepadanya , "Orang jahat Allah benci dan Allah tak akan tolong dia! Kita tidak boleh berkawan dengan orang jahat."dan seumpamanya lagi.

Alangkah mulianya seorang anak bila dia tidak terikut-ikut dan berkata-kata bila mendengar kata-kata cacian, makian dan kerendahan budi. Pastilah ia menjadi pewangi dalam rumahtangga dan juga dalam masyarakatnya.

ambil dri artikel majalah.

Mahap..acik tk dan nk create n3 sendiri... so, kita kongsi bersama artikel yg dah lama tpi isi tetap berguna ini. ..moga diberi keberkatan ilmu buat penulis sebenar artikel ini.

13 comments:

Mas said...

insap kejap.....betullah tu. Cam Nurin, bila Cik W suka tanya kat dia, Awin dah puas ati bila dia dapatkan sesuatu. Sekarang ni dia lak tanya kat kami....dah puas ati?
Memang kita kena awasi dgn sapa anak kita kawan. Tingat lagi masa kecik bila mak salu larang kawan ngan sapa2 mesti kita tak mau dengar....yelah orang tua nye instinct kan kuat. Kira six sense giteww. Skrg six sense den samo ngan tijah dan cok. Ekekeke

HappyIrfa said...

salam acik..
komen psl en3 ni:
anak2 sy mgkin kategori dikongkong.
saya x benarkan anak ke taman tanpa pengawasan.kalau nak ke taman saya akan teman,maksudnya duk kat kerusi tgk diorang main
(serik ngan kes hero kenit jatuh dan kesannya kat tangan yg saya sesalkan smpi sekarang).
akibatnya,anak2 saya x dekawan ditaman perumahan.cuma ada kawan kat sekolah dan umah pengasuh.tp saya x kisah pun.buat apa ramai kawan tp cakap kotor.anak2 saya kalau dgr budak lain cakap aku atau gila atau bodoh mesti akan bgtau saya 'x baik kan umie kalau kita cakap babi,bodoh,gila'..

komen psl en3 kota dreba keta sewa kat KB.rega teksi apt ke kb mmg rm25.tp kalau nak murah sikit naik bas.tp bas lalu ikut suka dia je.mmg berjanggut kalau tunggu bas depan epot tu.kalau naik prebet yg tggu penumpang depan bustop epot ke kb mmg rm10 atau rm15.tp kalau tahan prebet yg lalu depan bustop mmg rm2.rasanya itu rate penduduk tempatan.diorang kenal dressing org luar dan org tempatan.
pengalaman saya,saya akan cari sapa2 kat bus stop utk kongsi keta ngan saya.so dapatlah rm5 sorang.
tp dr kb ke apt mmg standard rm15 atau rm10 (tgk driver).ikut nasiblah

Mak Su said...

jiran lama saya, dok mencarut and maki hamun dari atoknya, sampailah ke cucunya, tak boleh tersilap sikit, kata2 kesat keluar... huhuhu :(

lupekanje said...

six sense?? ooo..ok..moga nurin menjadi anak yang berbudi bahasa, cerdas dan cergas pelapis pemimpin akan datang.

lupekanje said...

irfa,
tak per tk ramai kawan masa kekecik ni..sok dia dah kluar dari rumah...study..dia akan pandai nak pilih kawan camne..harap2 gitu lah. Anak acik dulu tk dikurung..tpi sendiri tk mahu campur atau lepak kat rumah knkawan..esp shahmah..tk suka biler kawan buli, dia akan lari balik rumah...lagi bagus, lagi aman.

Prebet RM2.00 ke KB? retinya tk la acik nayer drebar keter prebet tu dgn bayo RM2 kat dia kan..hehe..lege..
nmpaknya idakler acik tetipu sgt..hehe..
kener blajar jadik org tempatan klu sampai kelantan ni..
thx for the info.

lupekanje said...

Mak Su,
tu yg tk baper sonok...dah jadi darah dagin nmpaknya dlm kuarge tu mencarut menyumpah gitu..
yang risau..anak2 kita la pulak..tkut terikut. Bebudak apa tau..
peranan kita lah utk melarang bagaimana ke anak2 kita agar tidak terikut nampaknya.

Shifu67 said...

satu family sedang makan.... lalu anaknya tanya...

anak: daging apa ni papa?
papa: daging babi.

(anak dia tanya lagi...)

anak: daging apa ni papa?
papa: daging babi.

(anak dia tanya lagi...)

anak: daging apa ni papa?

( ayah budak tu dah naik angin...)

papa: daging la babiii!

errr... relevan ke dak citer ni... hehehe

kuIna LadyInRed said...

anak2 mudah mengikut & terikut

moga anak2 saya & anak2 sahabat2 saya terhindar drpd sifat2 begitu..

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

Anonymous said...

sapa2 nak join smartherbs...modal rendah cuma RM60 untuk satu lot..prluang dapat RM961...kalau 11 lot anda kira sendiri kalau tak percaya...tak perlu jual..tak perlu cari orang...untuk maklumat lanjut sila email kat saya...hamzah005@gmail.com...

kakpah said...

tak dapek nak buek komen panjang sobab cucu tongah monangih haha...
cik, anak kakpah maso kocik2 marin kalau dapek pokataan yang tak elok ni, kakpah patahan cilo yo. masukkan lam mulut e tu. joran tak cakap lai.

xiiinam said...

ckLah kalau marah cakap mandarin....

kak ina kl said...

salam...kat rumah kita boleh tegur jika anak kita cakap perkataan yang tak elok....tapi bila kat luar/sekolah dah bercampur gaul dengan member..jadi tak boleh kawal...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-