Sunday, April 12, 2009

Encik Karam dan Puan Kelam

Hari-hari mendatangkan bakal suram dan muram..
aku mungkin akan karam
dan terkadang jadi geram
menjadi ibarat ayam
yang asik mengeram
mungkin aku akan dpt makan nasik berlauk garam
atau mungkin akan direbuskan tiram
walaupun duduk di bilik yang seram
yang bangunannya terletak di atas bukit yang curam
yang pastinya bukan rumah haram
dan tidak adapun jeram
tapi aku masih boleh melaram
dan mandi bersiram
sambil nyanyikan lagu soriram
yang liriknya aku main taram
aku akan hilang dari laman ni selama 4 malam
bertukar alam
di daerah nan mengimbau kenangan silam
ku tarik nafas dalam-dalam
sambil berbaring di atas tilam
dalam bilik yang kelam
tak per la..walaupun tk dapat menikmati keindahan alam
tapi aku dapat juga makan ulam
dan menghiris buah pelam
dapat tengok burung balam
dan carik pokok gelam
Walaupun aku tk dapat mandi kolam
aku mungkin akan dapat cari batu nilam
sambil belajar menyulam
Dahlah, aku nak menamatkan qalam
sekian, wassalam.

8 comments:

  1. cik....
    kenapa rima akhirnya sama je....

    semua 'ram' aje...

    Ram pun tetiba rindu Karan Singh Walya...tu yg keluar gambar tu lg sekali....muehehe

    ReplyDelete
  2. ckLah..
    kebetulan tuh.
    tetiber acik rasa banyak betul perktaan yang hujungnya Ram dan Lam.

    lupa lak nak masukkan cikgu Ram..selain dari Karam singh Walya tu .heheheh..
    cikgu Ram???.....errr...errr..

    ReplyDelete
  3. tijah,
    habih tu...atok saper nak jagoo??

    hehehe..

    ReplyDelete
  4. jom poi mancing cik. kek alamanda.

    ReplyDelete
  5. "Walaupun aku tk dapat mandi kolam

    aku mungkin akan dapat cari batu nilam

    sambil belajar menyulam

    Dahlah, aku nak menamatkan qalam"


    tolong DIAM...
    muehehehehehehe..

    aku takde parut la... :P

    ReplyDelete
  6. kpah...
    jom..kpah bawak umpan yo..hehhe

    kts,
    weeeiiii... dah...dah ...gi solat magrib...kang kono lepuk kang...hehehe...

    ReplyDelete
  7. sapa2 nak join smartherbs...modal rendah cuma RM60 untuk satu lot..prluang dapat RM961 tiap2 bulan...kalau 11 lot anda kira sendiri kalau tak percaya...tak perlu jual..tak perlu cari orang...syarikat akan rasmi 28hb ini..cepat jadilah ahli yang terawal...rebut cepat peluang ini..layari smartherbs4u.com.my..untuk maklumat lanjut sila email kat saya....hamzah005@gmail.com...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...