![]() |
| Gambar pinjam dari blog LovelyShafa...tq. |
Hujan lebat dan kilat sabung menyabung seketika sewaktu melalui Shah Alam..risau pulak bila rasa kereta ni dah tk baper sedap nk rempit cam dulu lagik..bila nk cukup kumpul duit siling nak baiki keter ni gaknya...
Siang tadi tolong kawan yang kereta nya rosak betul-betul di hadapan kawasan ofis acik. Acik bayangkan, kalau lah kereta acik ni buat hal....huhu...rasa seakan separuh nyawa ku pergi jua.
Minta Allah jauhkan lah perkara yang akan menyempitkan otak acik mikir nih..
Hari ini memang otak agak rasa ala kental2 gitu. Tk cair ...utk melahirkan ilham2 ilmuwan sasterawan....
Acik amat menghargai pengunjung-pengunjung tetap di laman usang acik ni. Tak ramai....tpi mereka lah yg rajin menceriakan lupekanje ini. Tak kisahlah. Ada ramai yang silent reader...dan acik ucap terima kasih atas kesudian berkunjung. Datanglah..bacalah. Kalu ilmu yang baik, amalkanlah...kelak kita sama-sama kan berkongsi ganjarannya. Kalau yang tidak baik tu, kalian singkirkan jejauh.... acik bukan insan sempurna.
Banyak tersalah dan tersilap dalam perkataan dan pergaulan..dengan Tuhan lebih2 lagi lah.. Sebab tu, acik cuba merasakan bahawa kalian, sangat mulia ..sgt baik dibanding dengan acik yang miskin budi bahasa ini...dan miskin amal jariah...
| Sopan kan, kalu ketawa camni.... Gambar ihsan dari Google |
"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.
Hah....kantoi lagi aku...sejak akhir-akhir ini tergoda juga menyaksikan lawak2 melampau, yg acik gi carik kat Youtube..(sebab kat rumah ni tader Astro tu..).pastu, ketawa tekekeh2 sorang-sorang. Patut lah acik jadik semakin pemarah...
Sekian. * kali ni bebetul update. Mata udah kantouk...mawu tido awal.

