Monday, April 20, 2009

akan datang

sabda rasulullah s.a.w lagi; Akan datang nanti umatku mengasihi 5 perkara dan melupakan 5 perkara lain, 1. Kasih akan hidup dan lupa akan mati 2. Kasih akan harta dan lupa akan hisab 3. Kasih akan mahligai dan lupa akan kubur 4. Kasih akan makhluk dan lupakan Allah 5. Kasih akan dunia dan lupa akan akherat Huraian versi acik Kasih akan hidup dan lupa akan mati Mengidap penyakit takut akan mati. Takut dan tidak sanggup meninggalkan harta yang ada, nikmat yang di rasa. Berpoyer-poyer sesuka hati seolah-olah tidak akan mati dan hidup selama-lamanya. Dan sebuah hadis qudsi, maksud firman Allah Taala; Enam perkara dari Ku dan enam perkara darimu. 1. Ketuhanan dariKu, kehambaan darimu 2. Perkenan dariKu, pintaan darimu 3. Bala' dariKu, sabar darimu 4. Rezeki dariKU, syukur darimu 5. Keampunan dariKU, taubat darimu ehhh...ada lima jer...mesti masa ni acik dah tetido..saper tau yang ke enam atau yang ke berapa pun la....

4 comments:

kakpah said...

cik, good morning. Takdo komen sobab nak poi mandi ni. Lupo lak bolum mandi lai hik..hik..

Ma_sUyinFiqah said...

kawan yang salu cubit tu tak do ker? Den nak kasik air lior acik meleleh tengok otak2 siam ari tu. Jangan claim tisu kek den sudah.

Mak Su said...

tima kasih dgn entry ini :)

sebagai peringatan

lupekanje said...

salam kpah..
patutlah pepagi lagi acik ada bau semacam je..macam bau kpahh...heheh
Hari ni acik de very bz...
da buat dan sampaikan pesanan kpah kemaren tuh kt ckLah..haha..

Mas..
kejammm..kau kejaaamm.
Mas..sok acik gi Koler...kau tgu dgn masakan pelbagai kau tu yo..

MakSu...
senornya entry ni tk siap..acik tk abih huraipun...pati dia jer ni..
tetiber acik terschedulekan arini...
pdhal acik belom habih edit lagi..
tgk..tajuk pun lupa nk letak..heheh..aper nk jadi la acik nih...thx MakSu.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-