Showing posts with label puisi ku. Show all posts
Showing posts with label puisi ku. Show all posts

Friday, July 5, 2019

TERLUPAKAH

Aku masih di sini...
menanti hari yg semakin mendekati..
tpi kekadang aku tk ambil peduli..
terus berpoya2 di sana sini..
menyangkakan usia ku masih muda lagi
sihat segala segi, lupa diri
lupa iktibar yg dilihat sendiri
lupa menyiapkan bekal untuk ke sana nanti.
lupa memohon ampun untuk dosa yg telah digelumangi..
lupa bersedia untuk mati ..


 Accik Cen
Ramadhan yg semakin meninggalkan kami.....
26 Ramadhan 1433

Transfer dari FB ku

Sunday, September 16, 2012

lupekanje

bersama, seketika cuma
satu dua tiga
lalu telah tiada
kenapa
kerana terleka
dia bukan milik kita
lalu bersahaja
tidak ada makna
tiada kata-kata
tiba2 je menjelma














tiba-tiba juga 
ia menghilangkan dirinya
ternyata pinjaman semata
selamat tinggal semua
pergilah ia meninggalkan dosa
untuk membuat pahala

Sunday, January 1, 2012

Ingatlah teman

Jika anda mulia, jangan buat orang lain rasa hina
Jika anda kaya, jangan buat orang lain rasa miskin
Jika anda kuat, jangan buat orang lain rasa lemah
Jika anda pandai, jangan buat orang lain rasa bodoh
Jika anda cantik, jangan buat orang lain rasa buruk
Jika anda bahagia, jangan buat orang lain rasa derita
Jika anda ada ramai kawan, jangan buat orang lain rasa keseorangan
Jika anda rajin, jangan buat orang lain rasa tidak serajin anda
Jika anda berkata, jangan buat orang lain terasa dan tersinggung
Jika anda memuji, jangan buat orang lain rasa diperli
Jika anda ketawa, jangan lupa pada yang sedang menangis
Jika anda membenci, anda juga mungkin ada yang membenci
Jika anda mengata, anda juga akan di kata dan dicerca
Jika anda berpangkat tinggi, jangan buat orang lain rasa rendah di bawah.

Setiap insan punya hati dan perasaan. Pelihara lah perasaan orang lain sebagaimana anda menjaga perasaan anda sendiri.

KC 1994

Saturday, December 31, 2011

Berlalu tahun ini

Hari demi hari, minggu silih berganti, 
bulan terus mengambil gilirnya, 
tahun meningkat angkanya.  
Tiada beza.  
Hanya kita
yang terus merancang kehidupan 
yang semakin singkat ini...
Dan Allah yang menentukan segalanya.

2011 merangkak pergi, 2012 semakin menghampiri.

Wednesday, May 25, 2011

Bulan Di jendela

Mari kita berpuisi.
(Dinukilkan pada 18 Mei 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432)


Bulan di jendela

Ku terpegun
Bila tabir jendela ku intai
cahaya sirna menyimbah di wajah..
terang tiada silaunya
Lembut ditemani tompok-tompok awan 
perlahan mengelilingi atmosfera...melengkari sang bumi..
Mana bulan 
ada bintang
Mana bulan
Ada pungguk
tidak keduanya mengejar sang bulan..
Kerna bulan tidak sehangat mentari
Bulan mahu bersendiri
Bulan masih mencari
Cahaya dingin akan menyinari
tempat yang sunyi.

KC/bpkpm, Putrajaya.


Tuesday, February 23, 2010

aku tulis

Aku tulis... aku padam... aku taip.... aku delete.... aku temenung... aku tesenyum... dan sekejap aku mengerut kan dahiku.. tak tau nk tulis apa.... tak tau nak taip apa.. otak ku mcam kosong.. tapi tk kosong... serupa cam perut aku kosng... tapi tk macam nak makan.. tak tau nak makan apa... last2.... masuk angin... lalu aku mula mengigil kelaparan serupa hari ini, lalu aku berlari ke cafe... mencari sesuap nasi agar tak menggeletar lagi... apakah aku akan menggigil juga, di hadapan PC usang ini? hmmm... biarlah.... belum masanya, aku menurunkan tinta ilhamku di sini... mungkin esok lusa akan kembali berpesta kata.. Janji aku gembira... aku tidakpun kecewa tapi buat macam biasa.. kerana aku manusia biasa yang tidak ada sesiapa Yang suka atau yang mencuka dan mungkin esok lusa aku dah tiada... Sekian sahaja.

Tuesday, December 1, 2009

Awal dan Akhir

Setiap yang bermula, akan berakhir... Setiap yang baru akan menjadi lama... Setiap yang bertemu akan berpisah...

Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan... kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru.. kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu... Jika yang bermula, akan ada akhirnya... Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya.. Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya yang entah di mana dan bila..

Detik permulaan, ketentuan Tuhan... Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan.. Yang baru, Tuhan yang jadikan Kelakkan usang, fitrahnya begitu..

Pertemuan, adalah keizinan Allah Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah Siapalah kita.. hanya hamba... yang tidak berdaya... cuma merancang, tapi selalu pincang, cuma berakal, kekadang hilang akal, cuma berusaha tanpaNya kita tk berdaya. syahdu pulak.. ni gegara blogger senior, Tipah Vogue la ni.. (wat per la aku link kan lagi... )...yg menutup tirai blognya.
Tak dapat lagi tengok gambar2 vogue Tipah kat blog..


Ni gamba pers taim jumpa tipah kat BNM...ingat lagikkan tipah masa tuh... lepas tu baru acik jadikkan rutin utk jengok blog tipah hari2...mulai arini...acik tk pyh dah pegi tipahvogue.blogspot.com ... kurang bebanan tugas acik sikit...hehe...(ader fulak..!!..tak de la..acik gegurau je..!.)

Tu pasal belaku gempa bumi 3 skala richtr tuh...tak per lah.. Moga ada kebaikannya buat Tipah selepas ini. Acikpun mungkin akan buat keputusan yang sama, bila tiba masanya, seperti yang dikatakan,

Yang bermula, akan berakhir, yang bertemu, akan berpisah. Nikmatilah kemanisan di blog ini, sementara kita masih diizinkan di sini.

Friday, September 11, 2009

Puisi Jemahat

Memori September itu...
Memori yang kembali
memori yang tidak pernah pergi
memori yang buat aku mengenepi
menanyakan diri di mana letaknya hati
di mana letaknya sanubari
di mana ada erti sebuah perkenalan ini
satu perhubungan tidak bertali untuk disambung lagi...
apakah akan terus begini
penghujung yang sepi
semakin menjauh kini...
lalu.............. aku meratap sendiri
kerana aku tidak dapat menghindari
dari menjadi penulis lagi..dan lagi...dan lagi....
bagaimana aku dapat menjadi perindu yang tidak berbunyi
bagaimana aku dapat menjadi talian menghibur sunyi.

KC
kemalasan mengapdet...

Saturday, May 16, 2009

pesanan buat diri sendiri

lihat aku yang berjiwa seni... (ehh...akukah??)
seorang diri...di tengah kota metropolitan ini.
 dulu ada seseorang di sisi...
 tapi Allah pegang pada janji...
bahawa segala yang kita miliki bukan abadi.....
 jadi.. aku tiada masa nk sakit-sakitkan hati
soal remeh temeh kehidupan di dunia ini..
walau berkali dilukai tiada siapa yg peduli...
namun aku tetap di sini.. berdiri....
belum tumbang lagi... tegap..gagah..beraniii...
dan menggembirakan hati..
dengan kawan-kawan yg sudi..
meskipun hanya sekali..
 sambil mengingatkan diri...
agar jangan lupa Ilahi..
menadah tangan meminta simpati..
memohon dimurahkan rezki..
dan dijauhkan dari dengki mendengki..
semua mazmumah perlu dihindari
hiaskan diri dengan mahmudah terpuji...
 ehhh..panjangnya puisi..
maaf...hanya mahu berkongsi hihihi..

Sunday, April 12, 2009

Encik Karam dan Puan Kelam

Hari-hari mendatangkan bakal suram dan muram..
aku mungkin akan karam
dan terkadang jadi geram
menjadi ibarat ayam
yang asik mengeram
mungkin aku akan dpt makan nasik berlauk garam
atau mungkin akan direbuskan tiram
walaupun duduk di bilik yang seram
yang bangunannya terletak di atas bukit yang curam
yang pastinya bukan rumah haram
dan tidak adapun jeram
tapi aku masih boleh melaram
dan mandi bersiram
sambil nyanyikan lagu soriram
yang liriknya aku main taram
aku akan hilang dari laman ni selama 4 malam
bertukar alam
di daerah nan mengimbau kenangan silam
ku tarik nafas dalam-dalam
sambil berbaring di atas tilam
dalam bilik yang kelam
tak per la..walaupun tk dapat menikmati keindahan alam
tapi aku dapat juga makan ulam
dan menghiris buah pelam
dapat tengok burung balam
dan carik pokok gelam
Walaupun aku tk dapat mandi kolam
aku mungkin akan dapat cari batu nilam
sambil belajar menyulam
Dahlah, aku nak menamatkan qalam
sekian, wassalam.

Wednesday, August 6, 2008

andainya

ANDAI AKU

--------------------------------------
Andainya aku seekor burung
Aku kan terbang ke sana ke mari
Membawa hatiku yang sepi
Rinduku yang tidak bertepi
Menjadi peneman ku waktu sendiri

Andainya aku seekor ikan
Aku akan berenang ke sana ke mari
Menghilangkan kedukaan diri
Lautan mana yg tak ku lalui
Selat mana yg tak kuselami

Kalau pun aku seekor burung
yang dapat terbang di udara
Kalaupun aku seekor ikan yang berenang
membelahi lautan
Namun aku tetap seekor burung gagak yang sendirian
Aku tetap seekor ikan bilis kerdil
yang sering dikecewa dan jadi permainan

Nukilan aku seploh thn dolu2..tk ada kaitan dgn yg idup atau yang dah mati. Sekadar ilham rasa seorang insan seni...cewah..!!

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...