Showing posts with label kitab. Show all posts
Showing posts with label kitab. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

Ujub kah aku?

Sudah lama acik tk sambung bacaan kitab Hidayatussalikin acik nih. Sejak acik mengemas meja nih, almaklum la..biler dah simpan buku ni...payah pulak nak keluar balik. Meh kita sambung membacanya.  

Maksiat Bathin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud;

Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya.  

Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. 

Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. 

Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub.

Pening kan...baca bahasa kitab tua. Acik pun pening. Tapi dari pemahaman acik... ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!'

Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekdang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku....

Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata.

Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah.

Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu.

Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga.

Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan baalighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.???

Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita...

Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih... Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl... ehh...apo tetibo den tercakap omputeh lak nih... sorry..sorry.. tringat sok English Day kat opis..ehh...esok ke?

Bukan esok tu adalah hari ini??? huhu... udah nak pukul 5 pagi...acik nak tdo sejam. minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.
Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.
Sekian.

Tuesday, September 8, 2009

Takabur

Sambungan dari Kitab Hidayatussalikin Sifat Keji yang ke 8... Kibir...atau takabur, iaitu membesarkan diri, maka sebesar-besar penyakit dan maksiat yang di dalam hati yang dicela oleh syarak. Seperti firman Allah Taala yang bermaksud; Masuk segala kamu hai orang-orang kafir akan pintu neraka hal keadaan kekal mereka itu di dalamnya maka neraka itu sejahat-jahat tempat orang yang membesarkan diri mereka itu dan firman Allah Taala lagi yg membawa maksud; tdakkah di dalam neraka jahanam itu tempat bagi orang yang membesarkan diri mereka itu yakni sesungguhnya di dalam neraka itu iaitulah tempat bagi segala orang yang mmbesarkan diri. Dan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud; tidak akan masuk syurga seseorang itu yang di hatinya ada setimbang semut yang kecil daripada biji sawi dari KIBIR (takabur). Jgn berbangga klu kita dapat terbang tinggi di angkasa, kerana kita akan mendarat di tanah jua akhirnya nanti...gambar amek dari geocities...tah saper nye tah dan sabda nabi s.a.w lagi yg bermaksud; Dihimpunkan akan segala orang yang takabur itu pada hari Kiamat seperti rupa semut yang kecil padahal memijak akan mereka itu oleh segala manusia kerana sangat hina mereka itu pda Allah Azzawajalla. Dan sabda nabi s.a.w lagi yang bermaksud; Barangsiapa merasa besar dalam dirinya dan takjub ia di dalam perjalanannya, nescaya mndapati ia akan Allah Taala, padahal Allah Taala itu sangat murka atas mereka itu. Syahadan bermula hakikat kibir itu bahawa dilihat seorang akan dirinya itu terlebih tinggi dan terlebih besar dan terlebih mulia daripada orang yang lain, dan melihat pula hina pada orang lain. Tanda2 kibir itu antaranya nyata pada lidah, seperti berkata ia, aku baik daripada si polan.dan aku mulia dari sipolan...seperti kata iblis laknatullah yang di hikayatkan di dalam Al quran ertinya; aku terlebih baik darinya (Adam), engkau jadikan aku dari api dan engkau jadikan dia dari tanah. dan adakalanya nyata pada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya adakalanya ketika berbicara dia, tidak mahu menerima teguran orang lain. Retinyer, perkataan dia je yang betul, dan tk mahu mengaku salah walopun memang dia salah. Apa ciri orang takabur itu? Rasulullah SAW bersabda, "Kesombongan adalah mendustakan kebenaran dan merendahkan orang lain." Mudah marah dan kasar. Sering menghina, mencaci maki. Jarang sekali mau memuji dan mengakui kelebihan orang lain. Jarang berterima kasih. Tidak mau meminta maaf. Pantang menerima kritik dan saran. Tidak suka bermusyawarah. Tidak mau mengakui kesalahan atau kekurangan. Sering dengki pada yang lain. -diambil dari http://dzuckybrotherhood.blogspot.com/ Kata imam Al Ghazali; Orang yang takabr itu adalah orang yang jika ditegur oleh orang lain, maka ia marah dan benci, dan jika ia menegur orang...di tegur dengan kasar. demikianlah adanya. maka jika dilihat akan dirinya mulia dari orang lain atau sesuatu lain yang Allah jadikan di muka bumi ini, maka itu adalah takabur. Ketahuilah bahawa orang yang mulia itu di sisi Allah, adalah orang yang takut akan Allah. Firman Allah Taala yg bermaksud; sesungguhnya orang yang terlebih mulia daripada kamu kepada Allah Taala itu iaitu orang yang terlebih takut daripada kamu akan Allah. Maka anggaplah bahawa kita lebih hina dari semua orang di sekeliling kita ..lihat pada kanak-kanak. Berkatalah dalam hati..bahawa ini kanak-kanak yang tidak membuat maksiat...kanak2 ini lebih mulia dari aku.. lihat pula orang yang tua dari kita...lalu berbisiklah di hati memasing...bahawa orang tua ini telah berbuat banyak ibadah kerana telah hidup lebih lama dari aku... *walopun ternyata orang tuha tu mang cam org tk sedarkan diri..bepoyer2 sana sini... Sebab kita diseru merendah diri....kang klu kita kata org tuha tu jaat...kita seolah2 mengatakan diri kita ini baek amat...maka terkategori lah kita dalam golongan mutakbbir...orang takabur..! mawu???? Seterusnya, bila kita lihat orang alim, berktalah dalam hati...orang ini Allah beri ilmu yang tiada diberikan pada aku... maka ia jawoh lebih mulia dari aku.. kmudian apabila melihat orang jahil dengan kejahilannya, maka katakan dalam hati, iskk....dia jahil, melakukan perkara yang tidak diketahuinya.....sebaliknya aku.....yang mengetahui...tpi tetap melakukan perbuatan seperti orang yang jahil juga... aper kess??? maka aku lebih hina dari orang yang jahil itu.. mana tahu, jika orang jahil itu bertaubat, lalu tiba2 Allah ambil nyawanya...maka segala dosa2nya akan diampunkan oleh Allah Taala....sedangkan aku blm tawu lagi, gimana keadaan matiku? sempatkan aku bertaubat...atau ketika aku sedang lalai dan leka?? Nauzubillahiminzalik. Bila melihat orang kafir...bisikkan dalam hati.. entah-entah dia ni nanti akan masuk Islam dan mati dalam ISlam...lalu mendapat keampunan Ilahi.. sedangkan aku ni dah sedia Islam...belum pasti lagi apakah aku akan mati dalam iman. Mudahnya beramal itu...dengan bersangka baik, kita akan menghindari diri kita dari bersifat takabbur lalu memilik sifat merendah diri. Maka tidakkan berlaku umpat mengumpat, kutukmengutuk, cerca mencercai.. Bersangka baik llah salu dan selalulah memikirkan kelemahan dan kesalahan diri sendiri dari memikirkan dosa orang lain.... *adakah ini bermaksud kita perlu membiarkan orang lain bergelumang dosa, tanpa menyeru mereka membuat kebaikan? Ye la...nmpk bebudak muda buat maksiat..kita cool je... kata dlm ati...aaahh..ntah2 diorg tu nnt sempat tobat...last2 aku gak yg terjun ke neraka..nauzubillah.. boley ke camni??? oooh tidak...org yang tidak menegur kemungkaran..juga akan dikira berdosa. Perlulah kita tegur dengan penuh hikmah... bukan marahhh...nasiiihattt... Tapi jgn tokok tambah ayat... cth mudah.. APE LA NGKORANG NI.. BUAT MAKSIAT....CUBER KO BUAT BAIK CAM AKU NI...!!! haaaaaaaa....jangannnnnn ckp camni.... anda dah termasuk dalam kategori takabbur gitu... kok mati masa cakap centu....mati katak la ngkorang. ..kalu Allah tk hampunkan.. ingattttt... berhati2 dalam berkata... Sekian...dari kitab Hidayatussalikin.. (ader dua lagi sifat maksiat bathin yg akan acik tuliskan.) pehni nk tulis sifat terpuji yg perlu kita miliki lakk..

Tuesday, August 11, 2009

LOVE IS CINTA

Assalamualaikum, para sahabat, rakan taulan pengunjung blog ini sekelian. Mari kita sama-sama membaca sambungan kitab Hidayatussalikin yang dah lama acik simpan dalam lemari, (da simpan, payah pulak nak keluar balik kan...) atas tajuk Maksiat Bathin,
Perkara yang ke tujuh iaitu, Hubbud DUnya.

Adapun hubbudunya iaitu kasih akan dunia, dicela oleh syarak. Di benci oleh agama. Ia nya dikatakan asal segala sifat kejahatan yang membinasakan manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud; Barangsiapa berkehendakan pahala Akherat nescaya Ku tambah baginya di dalam pahalanya itu dan barangsiapa ada ia berkehendak pahala dunia nescaya Ku berikan dia dan tiada dapat baginya di Akherat daripada bahagiannya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud; Kasih akan dunia merupakan kepala segala kesalahan dan kejahatan. Sabda Nabi lagi; Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir. Sabda Nabi lagi yang bermaksud; Dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang di dalamnya melainkan yang ada perbuatan yang diperbuat kerana Allah Taala.

Sabda Nabi lagi; Jika dunia ini pada Allah setimbang sayap nyamuk, nescaya tidak dituangi Allah Taala akan kafir satu teguk air ... Sabda Nabi lagi yang bermaksud; Barangsiapa kasih akan dunia, nescaya akan jadi mudharat akan akheratnya, dan barangsiapa kasih akan Akherat, maka nescaya akan jadi mudharat akan dunianya...maka engkau pilihlah Akherat yang kekal dibandingkan dunia yang akan binasa. (dlm kitab kata, kekal atas dunia yang binasa....acik ubah kasik clear...)
Nak hurai sikit maksud hadis ni.. jika kita cintakan dunia...menikmati hiburan di dunia..hingga lalai dan leka serta lupa akan Allah dan pembalasan di akherat, maka itu sahajalah yang kita dapat. 

Di dunia yang sementara. Dan di akherat, kita mendapatkan balasan... dan balasannya amat menyiksakan...itu lah yg akan memudarat kan kita...menyebabkan kita disiksa...selamaaanyaa... Sebaliknya, kata nabi lagi, sekiranya kita pilih akherat, maka dunia kita yang akan mudharat... tapi berbaloi kan??? sebab hidup di dunia tidakkan lama... hanya seketika.... kita akan tersiksa dan rsa menderita.. kalau kita sabar dan redha... maka di akherat kita akan hidup selesa.. jauh dari segala siksa... yang kekal selamanya...  

Kita mahu hidup senang di dunia yang sementara, kita tak mahu hidup susah... kita rasa amat seronok, apabila kita tidak disusahkan di dunia...namun kita lalai dan leka...kerana nabi sendiri telah berkata, bahawa orang yang mahukan akherat, dia kan disusahkan di dunia. Dan yang mahu dunia, nikmatilah keindahan dunia yang sementara itu... lalu di akherat, akan tersiksa. Orang yang sabar dengan kesusahan di dunia, akan mendapat nikmat di akherat kelak. macam hadis nabi tdi... Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir. Jadi apabila kita diuji...katakanlah pada diri... aku diuji sedemikian rupa, kerana aku adalah orang-orang muslim yang mukmin... 

Aku perlu terus bersabar dan mensyukuri banyak lagi nikmat yang TUhan bagi pada ku. Muslim dan Mukmin adalah dua perkara yang berbeza. Seorang muslim belum tahu mukminnya... seorang mukmin..sudah pasti muslimnya... Mukmin... adalah orang muslim yang beriman. Muslim ... adalah orang-orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadat. Maka usahalah menjadi orang mukminin dan mukminat...bukan sekadar menjadi muslimin dan muslimat semata.

Bermula dengan dunia itu iaitu tiap kelakuan yang sebelum mati, yang boleh memberi manfaat seperti ilmu dan amal kebaikan, maka ianya akan memberi manfaat di akherat kelak...cintai ilmu, cintai amal...sesungguhnya, itulah yang kita perolehi dan boleh lakukan di dunia yang boleh memberi manfaat untuk kita di akherat nanti... (moga Allah beri kefahaman dan membuka hati kita menerima ilmu dan kebaikan...) Sabda nabi s.a.w. lagi yang bermaksud; di beri kasih kepada aku daripada dunia kamu itu tiga perkara:

1. bau-bauan yang harum

2. perempuan

3. dijadikan aku sejuk mataku seolah-olah aku lihat akan Allah dalam sembahyang

Dikhabarkan Rasulullah bahawa solat itu dilakukan di dunia...tetapi pahalanya dimanfaatkan di akherat, maka dinamakan amal akherat...

Ketahui juga bahawa cintakan dunia itu tidak dicela semata-mata dan tidak juga dipuji. Sebenarnya, jika kecintaan duniawi itu memberi manfaat di akherat, maka ianya adalah dipuji, sebaliknya, jika kecintaan duniawi itu tidak memberi manfaat, bahkan membawa keburukan di akherat, itulah yang dibenci dalam agama.  

Huraian: Begitulah...kita boleh jadikan kecintaan kita kepada dunia itu satu alat untuk kesenangan di akherat juga... contohnya lain, makan... kita makan yang sedap2, untuk bagi tenaga (asalkan tidak membazir, dan makanan yang halal...) bila dah ada tenaga, kita blh berbuat kebaikan... bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Ini sudah dikatakan dunia yang memberi faedah untuk akherat....dengannn syarat... pelaksanaannya tidak menyalahi hukum2 Allah...  

Kawin... kita kawin agar dapat zuriat... dapat ketenangan jiwa.. sbb dpt nikmat suami isteri.... maka lebih mendorong kita untuk mendekatkan diri pada Allah.. mendidik hati kita dan keluarga kita agar menjadi hamba yang beriman dan bertakwa... menjauhkan kita dari maksiat perhubungan yg tidak halal... menjadikan kita hamba yang mensyukuri nikmat Allah..  

Ini lah kebaikan dunia untuk dibawa ke akherat..dengannn syarat... pelaksanaannya tidak menyalahi hukum2 Allah... Komputer/laptop bagai.. Allah rezekikan kepada kita memilikinya...lalu kita gunakan untuk mencari mencari bahan2 rujukan untuk belajar... mencari ilmu itu satu kebaikan... maka ianya memberi kebaikan untuk akherat jua.. Tapi kalu kita gunakan untuk main game atau tgk gambo lucah sampai terleka...lupa nak solat...lupa nak masak..lupa nak layan isteri ato suami... haaa...aper kess??? 

Maka ianya terkategori kepada perbuatan mencintai dunia yang memang dicela oleh agama. Kita keluar pergi berenang... adalah sesuatu perbuatan yang baik...riadah..menyihatkan badan...maka kita akan dpt menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan lebih baik... menjaga kesihatan adalah kewajipan seorang hamba ALlah...maka ianya akan dibawa ke akherat... dengannn syarat... pelaksanaannya tidak menyalahi hukum2 Allah...  

Tapi jangan pula kita berjudi sewaktu hidup di dunia, lalu hasil untung judi itu, kita sedekahkan pada orang miskin yang memerlukan.... ini satu contoh pelaksanaan yang tidak betul...kerana berjudi itu ternyata haramnya dalam Islam...sebagaimana mengambil upah membunuh orang... ianya sudah semestinya haram....dan upah yg diterima adalah haram untuk diberi makan pada anak bini...errr...ganas pulak contoh acik nih....huhu...

Maka perbuatan seperti itu...tidak baiikkk... dan tidak memberi manfaat pada akherat kita. Kita mendapat keuntungan dunia, kita memburu kesenangan dunia, tanpa memikirkan akibat di akherat. Aperkahhh???

Seperti mana sabda nabi saw; Dunia itu tempat bercucuk tanam. Iaitu, dunia ini tempat menghasilkan/ mengumpul bekal di akherat kerana dunia ini tempat perniagaan di akherat. Sabda nabi saw lagi; Bermula dunia itu manis lagi hijau, barangsiapa mengusahakan daripadanya akan harta yang halal dan membelanjakan ke arah kebaikan, nescaya diberikan Allah akan pahala dan memasukkan kamu ke dalam syurga..dan barangsiapa mengusahakan daripada dunia ini akan harta yang tidak halal dan dibelanjakan nya ke arah kejahatan..nescaya akan dimasukkan Allah kedalam neraka jahannam. Nauzubillahi minzalik

Huraian: Ingatlah...harta yang halal yang kita usahakan, belanjakan ke arah kebaikan. Walopun harta halal...tpi apakala dibelanjakan ke arah yang tidak sepatutnya.... seperti upah orang membunuh saudara lain.. maka dapatlah hasilnya yang amat lumayan di neraka akherat kelak.. ehh..aper aku nih...asik bagi contoh centu jer kan.. oklah...katalah kita hempas pulas menoreh gotah... 
hasilnya kita bawak gi bepoyer2 ke disco... maka tk ada la dpt kebaikan kat akherat. Gitu juga, klu kita usahakan harta dari sumber atau pelaksanaan yang tidak halal... kita sedekah kat anak2 yatim... maka tk ada maknanya jugakkk...  

Sekian perkongsian ilmu kali ini. 
Love is Cinta... Jangan cinta kan dunia ini...kerana kita akan sedih apabila kehilangannya..

Yang baik itu dari Allah, yang khilaf dan dhoif itu dari diriku yg tidak sempurna ini... harap teguri dan dimaafkan. Peringatan ini adalah buat diriku yang selalu terlupe.

Friday, June 12, 2009

Hasad

Seterusnya, dihari Jumaat yang mulia ini, kita teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin dalam tajuk Maksiat Batin... yakni sifat keji (mazmumah) dalam diri manusia. Kali ni kita masuk ke sifat keji yang ke4.. HASAD.
Adapun hasad yakni dengki adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak lagi haram.Kata Imam Ghazali rhmlhtaala...

A'lam annalhasada haram ..........ertinya, Dan ketahui oleh kamu bahawa hasad itu haram, iaitu suka engkau akan hilang nikmat dari orang lain atau suka engkau turun bala pada orang lain dan tiada haram munafasah dan iaitu bhawa engkau kenang dan suka bagimu seumpama nikmat bagi orang yang lain dan tiada suka engkau hilang daripadanya dan harus engkau suka akan hilang nikmat dripada orang yang zalim supaya hilang zalimnya itu.

(sori, bahasa kitab tua, ada sikit fenin...) Retinyer...Berdengki2 itu adalah dilarang oleh syarak...hukum Allah.. Hasad itu merupakan satu rasa gembira agar orang mendapat susah dan mendapat bala'... tetapi bagus jika bergembira sama dengan orang yang mendapat kesenangan, kemenangan, keuntungan, kegembiraan, dan harus pula suka jika orang yang zalim mendapat kesusahan (betul ke camni ayatnya...) sekiranya orang zalim itu, dapat berubah sikap kerana bala' itu...harussss.. sbb nakkan mereka berubah sikap menjadi baik.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah itu tidak salah. Selanjutnya tentang munafasah klik di sini: http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20090220092439

atau search kat tempat lain..banyak yang menceritakan tentang hasad ini.

Seterusnya isi dari kitab ini;

Ketahui olehmu, bahawa hasad itu membatal akan ibadah dan mendatangkan murka Allah. Hadis Nabi bermaksud;bermula hasad itu memakan ia akan amal kebajikan seperti api memakan kayu yang kering.

Maknanya...sekiranya ada sifat hasad ni, maka tidak ada gunanya membuat amal kebajikan yang lain, kerana semua nya akan dipadamkan dari rekod kebajikan yang ada..hanguss... tk de pekdahnya dah... jadi...jagalah, jgn ada sikitpun rasa hasad dengki ni dalam diri kita. Sesia jer nanti segala amalan baik kita. .. sama la cam mengumpat...kankankan...

Sekian.

tu je tentang tajuk hasad dalam kitab ni.

Huraian acik;

Hasad terlalu berleluasa di persekitaran kita. Biar kita di dengki orang, jangann kita berdengki pada orang.

Namun seperti yang dituliskan dalam kitab ini, bermunafasah itu harus. Irihati pada kelebihan orang lain. Irihati dengan azam untuk berusaha menjadi sepertinya. Tanpa melakukan aniaya terhadapnya... irihati dan merasakan ianya satu cabaran untuk usaha lebih giat lagi.

Kita jadikan diri kita gembira apabila orang lain mendapat nikmat...mendapat kebahagiaan, mendapat keuntungan. Jangan hanya mulut mengatakan; Saya tumpang gumbira dengan kejayaan awak..!! , tapi dalam hati kata;

Nanti engkau!.... aku hebahkan kat orang lain pasal keburukan engkau...baru padan muka engkau!

Inilah orang yang hasad dan dengki. Busuk ati... Bersihkan hati anda dari sifat ini. Nescaya hidup akan tenang tanpa stress atau tekanan, memikirkan hal orang lain. Sekian.
Maklumat tambahan, sebelum telupe.....semalam ada orang bawak buah ni kat opis utk org yg mengidam...... berair mulut den...hehe..tak suker..
Cuma suka tgk gugusan mangga ni... cantik klu nak buat lukisan.. ( ...err....aper ye penjodoh bilangan utk selonggok buah yang masih ditangkai ni..? Cikgu BM ade tak? hehe...)

Wednesday, June 10, 2009

Marah

Salam.. Teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin.. Fasal ketiga pada mengatakan tentang Maksiat Batin, adalah Marah...atau bahasa Arabnya, Ghadab.. Sifat marah adalah dicela oleh syarak sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti membinasakan petrol/jadam akan air madu.

 Sabda nabi lagi, yang bermaksud Tiada marah seorang itu melainkan hampir ia atas api neraka jahannam sabda nabi lagi, bahawa marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu daripda api dan hanya sanya padam api itu dengan air. maka apabila marah seseorang dari kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu'.

Ini dari kitab Hidayatusalikin Ringkas je...tapi huraiannya mesti panjang...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sifat marah ni. Ini diambil dari satu laman web lain...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan. 


 Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " 
Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" (la taghdap...) Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.


jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) 


Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) 
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan. 


Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara...


Ifrath pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal.. (wah...acik cam kompius...cut n paste ni..nnt semak balik) -OK...dah semak..dan dibetulkan...tuanpunya laman web tersilap taip tu.. mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) .. 


Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!".. 


Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu. 


Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134). 


untuk diriku yang salu terleka. (Nampaknya isi yg acik copy n paste ini diambil dari kitab Intipati Ihya' Ulumuddin Imam Al Ghazali... susunan Al-Shyeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi.) Terjemahan Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz

 Aku yang cepat marah... perlulah jua mengawal diriku ini....

Ya Allah, lembutkanlah hatiku dari segala kemarahan.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...