Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Inilah dia hidup

Di setiap celahan kegembiraan,
ada kepiluan yang tersembunyi,

Di setiap kegelapan yang menyelubungi ada cahaya yang mengintai masuk
Di setiap keriuhan dan gelaktawa ada yang jiwanya sunyi dan kesepian
Di setiap tragedi ngeri dan menakutkan ada nikmat dan hikmat yang tidak pernah dipikirkan Ada sesaper yang kesah???


Nota: Al fatihah buat Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir, pengantin yang terkorban dalam kemalangan jalanraya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis 12 Disember lepas.

Monday, October 12, 2009

sedarlah

Bahawa usia ku semakin menginjak tua... Bahawa bumi ini juga semakin tua.... sedang kita asik berleka... tanpa pedulikan apa orang kata kerana mengikut kata hati yang selalu alpa.. esok lusa entah kita dah tiada.. dipanggil yang Maha Esa kekadang tiba-tiba ja.. di mana atau bila-bila jua... dan selepas itu, di neraka atau surga tempat kita pilih laaaah.... kita yang menentukannya.

Sekian... KC Hari2 di penghujung minggu, teramat bizi nyer.. err...untuk menulis blog mahupun melompat-lompat blog, dah cam tk bertenaga...tpi kat pesbuk, layan gak... mungkin kat pesbuk, tk perlukan perahan oren otak yang sungguh2....kat sini, kener mikir apa tajuk dan isi yang blh di pasarkan di siarkan buat tatapan umum. Idea kering? bukan...bukan ketandusan idea. Tapi nak dptkan mood untuk menulis itu yang payah. Namun apabila mula menulis, ianya payah untuk menemui noktah. Mungkin akan bertalu-talu dan menderu-deru new entry di cipta dan di publish... samada cerita pendek (cerpen) mahupun cerita panjang (cerpan...erkk..) ataupun cerita-cerita bergambar. (cerita bergambar-gambar...yg mana satu betui?? ) tak apa lah... minggu ini mungkin lebih santai. Akan ku kumpulkan memori indah dan imiginasi ganaz ku untuk masa yg akan datang di entry2 poyos ku di sini nanti.

Monday, June 29, 2009

Mendung petang

Pintu Duka
Pintu itu akan tetap dijumpai
diberi salam dan dihormati barangkali
ada yang sentiasa di sisinya kerana demikianlah tuahnya
tetapi janganlah dipintai atau minta bukai sepertimu kini
di mata dan di dahimu engkau mengasuh kedukaan mengadukan
serba serbi ketiadaan
maka engkau minta dibelai dengan apa saja kemudahan dan kesenangan
dan engkau hanya berpangku tangan menantikan mimpi menjadi kenyataan
Maka tumbuhlah duka kembang berbunga kerana
engkau sendiri mencambahnya
dan menyirami tanahnya
14 Syawal 1423H / 19 Disember 2002M YAHYA M.S. (Brunei)

Tk sempat nak hapdet umah nih.. tempel sajak ni jer ler... Jangan idak..huhu..

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...