Sabda nabi lagi, yang bermaksud Tiada marah seorang itu melainkan hampir ia atas api neraka jahannam sabda nabi lagi, bahawa marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu daripda api dan hanya sanya padam api itu dengan air. maka apabila marah seseorang dari kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu'.
Ini dari kitab Hidayatusalikin Ringkas je...tapi huraiannya mesti panjang...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sifat marah ni. Ini diambil dari satu laman web lain...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.
Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: "
Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" (la taghdap...) Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.
jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)
Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.
Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara...
Ifrath pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal.. (wah...acik cam kompius...cut n paste ni..nnt semak balik) -OK...dah semak..dan dibetulkan...tuanpunya laman web tersilap taip tu.. mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..
Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..
Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.
Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134).
untuk diriku yang salu terleka. (Nampaknya isi yg acik copy n paste ini diambil dari kitab Intipati Ihya' Ulumuddin Imam Al Ghazali... susunan Al-Shyeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi.) Terjemahan Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz
Aku yang cepat marah... perlulah jua mengawal diriku ini....
Ya Allah, lembutkanlah hatiku dari segala kemarahan.
Achik,
ReplyDeleteMarah itu juga punca kepada segala penyakit...lebih-lebih lagi penyakit hati dan juga penyakit di dalam perut.
kalau marah sangat poi amek air somayang. bia sojuk.
ReplyDeleteponyakit yang no tigo tu yang porlu hati-hati tu. buleh bobunuhan dibuek e kalau tak dikawal.
cik, ko dah sarapan ko bolum.
gud moning acik..
ReplyDeletepiah kalo marah.. muker menten kiut.. cuma tgn ada sket menggeletar..
getaran tu akan hilang kalo piah dpt menghayunkan penumbok ke muka saspek..
wakaka..
senyum sket ler acik.. :D
kok tongah marah...minum la milo ais. gerenti copek sojuk...
ReplyDeleteahhhh!!!!
klu rasa nak marah cepat g ambik wuduk... sejuk.. segar...
ReplyDeleteKS,
ReplyDeleteaha..bila marah, tekanan darah naik...penyakit pun memcm datang...
kpah,
ReplyDeletesifat marah memang klu dah melampau, dan tk terkawal, blh menyebabkan perkara yag tidak kita ingini..so, jgn dedekat dgn org yg tgh marah...tunggu dia sejuk dulu...tk pun bia diluahkan kemarahannya dulu..
sarapan..?? dah tesandar ni konyang makan tengahari..
kpah dah kt umah bakal besan ko??? hehe
Piah,
wahhh...lega lepas dpt menghayun penumbok itu?? hahha...
ko ni memang la piah...brutal sungguh..
Tijah,
ReplyDeletemilo ais yaang campur ngan mas cotek...wakakak...
Kuina,
betul...tu yg kita kener buat klu rasa nak marah ato tgh marah..
amalkanla...dan lihat hasilnya.
Achik dulu sya kalau marah suka buat keja banyak2 tapi la ni kalau marah sya hentam pintu je pastu ok dah tapi sian le kat pintu
ReplyDeletesya..
ReplyDeletemmg kesian pintu tu....berubah la sya....pegi amek wudhuk....hehe..
acik bagus n3 nie cik.. den pun selalu gak kdg2 overrate bilo time marah tuh.. tapi selalu gak ingat2 jgn terlalu ikut rasa hati kan
ReplyDeletesamo2lah kita beringat....acik klu marah..lagi teruk...sebab tu kener cuba kawal diri jgn marah...tpi tahap kesabaran utk tidak marah itu pun ada hadnya...huhu...
ReplyDeleteaku hny manusia biasa...bukan malekkat..
cennnnnnnnn,
ReplyDeletereleven sgt lah topik ni dgn my state of mind sekarang... makasih makasih banyak2.