Friday, June 12, 2009

Hasad

Seterusnya, dihari Jumaat yang mulia ini, kita teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin dalam tajuk Maksiat Batin... yakni sifat keji (mazmumah) dalam diri manusia. Kali ni kita masuk ke sifat keji yang ke4.. HASAD.
Adapun hasad yakni dengki adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak lagi haram.Kata Imam Ghazali rhmlhtaala...

A'lam annalhasada haram ..........ertinya, Dan ketahui oleh kamu bahawa hasad itu haram, iaitu suka engkau akan hilang nikmat dari orang lain atau suka engkau turun bala pada orang lain dan tiada haram munafasah dan iaitu bhawa engkau kenang dan suka bagimu seumpama nikmat bagi orang yang lain dan tiada suka engkau hilang daripadanya dan harus engkau suka akan hilang nikmat dripada orang yang zalim supaya hilang zalimnya itu.

(sori, bahasa kitab tua, ada sikit fenin...) Retinyer...Berdengki2 itu adalah dilarang oleh syarak...hukum Allah.. Hasad itu merupakan satu rasa gembira agar orang mendapat susah dan mendapat bala'... tetapi bagus jika bergembira sama dengan orang yang mendapat kesenangan, kemenangan, keuntungan, kegembiraan, dan harus pula suka jika orang yang zalim mendapat kesusahan (betul ke camni ayatnya...) sekiranya orang zalim itu, dapat berubah sikap kerana bala' itu...harussss.. sbb nakkan mereka berubah sikap menjadi baik.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah itu tidak salah. Selanjutnya tentang munafasah klik di sini: http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20090220092439

atau search kat tempat lain..banyak yang menceritakan tentang hasad ini.

Seterusnya isi dari kitab ini;

Ketahui olehmu, bahawa hasad itu membatal akan ibadah dan mendatangkan murka Allah. Hadis Nabi bermaksud;bermula hasad itu memakan ia akan amal kebajikan seperti api memakan kayu yang kering.

Maknanya...sekiranya ada sifat hasad ni, maka tidak ada gunanya membuat amal kebajikan yang lain, kerana semua nya akan dipadamkan dari rekod kebajikan yang ada..hanguss... tk de pekdahnya dah... jadi...jagalah, jgn ada sikitpun rasa hasad dengki ni dalam diri kita. Sesia jer nanti segala amalan baik kita. .. sama la cam mengumpat...kankankan...

Sekian.

tu je tentang tajuk hasad dalam kitab ni.

Huraian acik;

Hasad terlalu berleluasa di persekitaran kita. Biar kita di dengki orang, jangann kita berdengki pada orang.

Namun seperti yang dituliskan dalam kitab ini, bermunafasah itu harus. Irihati pada kelebihan orang lain. Irihati dengan azam untuk berusaha menjadi sepertinya. Tanpa melakukan aniaya terhadapnya... irihati dan merasakan ianya satu cabaran untuk usaha lebih giat lagi.

Kita jadikan diri kita gembira apabila orang lain mendapat nikmat...mendapat kebahagiaan, mendapat keuntungan. Jangan hanya mulut mengatakan; Saya tumpang gumbira dengan kejayaan awak..!! , tapi dalam hati kata;

Nanti engkau!.... aku hebahkan kat orang lain pasal keburukan engkau...baru padan muka engkau!

Inilah orang yang hasad dan dengki. Busuk ati... Bersihkan hati anda dari sifat ini. Nescaya hidup akan tenang tanpa stress atau tekanan, memikirkan hal orang lain. Sekian.
Maklumat tambahan, sebelum telupe.....semalam ada orang bawak buah ni kat opis utk org yg mengidam...... berair mulut den...hehe..tak suker..
Cuma suka tgk gugusan mangga ni... cantik klu nak buat lukisan.. ( ...err....aper ye penjodoh bilangan utk selonggok buah yang masih ditangkai ni..? Cikgu BM ade tak? hehe...)

9 comments:

Kopi Suam said...

terima kasih achik dengan ilmu yang dikongsikan..saya dah baca dah bab ni....kira revision la ni...

btw kelas saya akan bermula pada Isnin minggu depan...ustazah baru balik umrah...

Achik nak join calling saya yek 019-3714425

kakpah said...

PHD ni memang merata-rata ada. Ado hati-hati yang tak buleh tengok orang lobeh. Tu apo makno e tu. hati dan jiwo sakit lah tu. Ubek pado hati yang sakit ni banyak-banyak baco zikir.
Tak komano-mano ko rehat ni cik. lamo ni bokokok lam opis....

HappyIrfa said...

buah tu mengiurkan tp dapat rasa mesti masam kan?

lupekanje said...

kopisuam,
yup..kita kener salu mengulang..utk elak diri dari lupa...untuk ingatkan diri sendiri...
Thanks..nnt acik contact for more info..k..



Kpah..
yo kpah...bnykkan berzikir...antara cara membersihkan hati dari sifat mazmumah...jgn salah zikir sudahhh.

acik mang tk kemana2 arini...duk rehat melekat depan PC je..
Sebab lotih nabena arini...
pagi kono jago kaunter pertanyaan,
pehtu, datang sekali beramai2 cikgu lapor diri, dah tamat blajar..
potang nyelesaikan kojo yg tk ponah rso nak solosai...huhu...
so, taim rehat..acik rehat bobotul...

lupekanje said...

irfa,
masam kot....acik hambek gambau je..pehtu acik tk hambek tau apa jadi kat buah tu...beri yg ibu ngandun..
errr... ngidam ke???

zino said...

PHD ni sinonem dengan orang melayu.. kenapa ya? sejak dulu kini dan entah sampai bila.. tak habis2 nak mendengki .. malas lah nak cerita hehe

jue mj said...

pergh... tgk je dah kecur air liur, buah tu tpt ju panggil pelam padi.... tp ju pun tak suka mende2 masam ni....

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tapikan acik..pernah dengar la org kata, boleh kita berdengki2..

dengki pada benda baik..maksudnya, jika org berbuat baik, kita pun terasa sama nak buat baik sebab dengki kan dia..

betul ke acik?..saja nak tanya..

(amba tak reti bab kitab2 ..ni....)

lupekanje said...

zino,
dengki ni penyakit manusia...tk kira di benua mana mereka berada..
dengki, sungguh merosak iman...merosak tali silaturrahim..dan banyak kerosakan lain yang dengki blh lakukan.
Andai tiada hasad dengki ni, alangkah indahnya hidup kita.


Jue mj,
jadi, moral of the story, kita tgk je lah buah tu..hehe..moktan gak sodap kann...



Cikgooden,
dengki camtu yang dipanggil munafasah...diharuskan...
dengki untuk berlomba2 buat kebaikan. cam..
eeeii...org tu sedekah sampai RM100.... aku nak sedekah RM1000 la pulak...moga pahala aku lebihla dari dia...
hehhe..blh tak contoh centu...?
ataupun, bila org dapat master, kita cemburu...kita berazam utk nak dptkan phd pulak... sebab kecintaan kita pada menuntut ilmu.
Tapi awass....jgn sampai tambah satu sifat keji dlm diri lagi.. yakni, riak...megah...atau ujub...dan yg sama dgnnya.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-