Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Cantikkah..

Subhanallah... Tuhan jadikan manusia makhluk yang paling sempurna di muka bumi ini dibandingkan dengan makhluk lain.

Sempurna dengan akal yang ada pada kita. Akal untuk memilih apa yang baik, apa yang tidak. Memilih yang selamat, atau yang tidak selamat. Membuat keputusan atas segala yang patut diputuskan.

Acik nk luah apa yang dirasa dari apa yang dilihat..pandangan acik tentang mereka yang membuat perubahan pada wajah terutamanya, acik lihat.... keadaan mereka bukan semakin baik...atau semakin cantik.... tapi..kenapa masih ramai buat perubahan?

Contoh paling ketara, Mike Jeksen.. sebab nak putih...sebab nak mancung hidung dan yg sewaktu dengannya...melalui banyak pembedahan.... hinggakan..apa da jadiiiii???

Adakah beliau makin sihat? OK..walopun tk sihat..katalah pentingkan kecantikan...kehenseman..
Apakah beliau makin hensem??????

Duit berbillion habis.. untuk pembedahan. Untuk merawat sakit kesan dari pembedahan demi pembedahan itu... Berbaloi kah?

Sedangkan dulu, beliau adalah seorang budak hitam hidung kembang (idakla kembangpun..sama je cam idun acik..) yang comel.... lagi comel kalu senyum walopun hanya nampak gigi je.. (idakler itam sangatpun dia dulunyer...)

Ada orang buat pembedahan untuk hilangkan kedutan pada kulit. Hasilnya apa??? Penyakit barah dan lelain. Dah la tegang dan kaku semacam. Cantik ke? Bila bercakap, mulutpun macam tk blh nak bukak. Hilang manisnya. Sedangkan keadaan sebelumnya adalah jauh lebih baik...walopun kendur...walopun berkedut. .. sikit je pun kedutnya... senornya, terlalu takut untuk kelihatan tua...atau tk puas hati dengan keadaan di wajah yang telah Tuhan berikan... maka dihabiskan duit dalam jumlah yang bukan sedikit, untuk memuaskan hati...

Kenapa takut dan rasa malu dengan kedut...rasa malu untuk lihatkan usia telah semakin lanjut?? Mahu hidup berapa lama lagi di dunia ini dengan kecantikan yang ada? Ke mana haluan kita selepas ini? Adakah difikirkan semua itu? Kalu habiskan duit untuk membuat pahala, bersedekah, bantu mangsa bencana...kan lagi bagus....klu ikhlas, maka jadilah bekalan di Sana kelak.

Acik: Rindukan wajah mereka yg dulu... manis dan menawan jua.
Segala yang tercatat hanyalah pandangan peribadi penulis. Tidak melibatkan mana-mana organisasi. Kesilapan adalah kerana kelancangan, ketelanjuran, kelemahan dan kekurangan mental penulis..minta maaf... Kalau ada yang baik, adalah dari Allah semata-mata.

Monday, August 4, 2008

Mandi????


Salam... Acik terima email Fwd ni dari kenkawan pejabat.. mungkin ada yg dah penah terima. Tk per la...acik nk tnya sikit kekalau ada yg tau, kt bawah n3 nih..


Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Mengikut kata org yg pos ni ...mandilah walaupun balik malam. Uuuuhh...Acik dh amalkan dari dulu, untuk tidak mandi malam. Sebab ramai nasihatkan gitu. Katanya nanti kena sakit tulang, paru-paru berair...kembang paru-paru etc. So, camana? Nampak gayanya, mandi air sejuk pun ok..mandi air panas pun ada baiknya. Kalu kerap sangat mandi air panas pun, orang kata, tk elok. Aper ke tk eloknya??
Acik ada pendapat dalam hal ni. Gini jer lah...apapun yang kita buat, bersederhana lah... tk salah mandi air panas. Tapi jgn kerap sngt. Mandi air sejuk pun bagus..tpi janganlah sejuk sangat...semput pulak jadiknya.
Perasan tak..klu lepas kita mandi air panas...kita akan rasa sejuk menggigil bila kluar dari bilik air. Tapi bila kita mandi air sejuk, suhu bilik, kita tk rasa sejuk pun pastu..hehe
takper la...aper2pun, kita mesti lah mandii!!!!!!!!!!!!!!! Jangan jadi kambing....tk mandi. Tapi kambing peliharaan sekarang pun mand
i gak...tk caya...tanya orang yang bela kambing...




mbekkk....

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...