Wednesday, June 24, 2009

Bakhil itu Keji

Salam... Sambungan Kitab Hidayatussalikin. Bab yang ke lima tentang BAKHIL. Yakni bakhil dan kasih akan harta sifat yang dicela oleh syarak. Iaitu yang membawa sebesar-besar kebinasaan di akherat kerana seperti firman Allah Taala yang bermaksud; Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka bakhilkan pada hari kiamat kelak. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Takut oleh kamu akan kikir itu kerana ia telah membinasakan orang-orang yang terdahulu dari kamu. Itulah pula yang membawa mereka suka mengalirkan darah sesama mereka serta menghalalkan apa-apa yang dilarang kepada mereka. Maknanya tu...jangan bakhil ato kedekut ...sebab kedekut tu blh membawa bala di dunia dan akherat... Tuhan tk goma tuh... Lawan kepada bakhil adalah Sakha-pemurah, yakni sefat kepujian yang dipuji oleh syarak seperti firman Allah Taala yang membawa maksud; Barangsiapa memelihara akan dirinya dari kikir maka mereka itu lah yang dapat kemenangan di akherat. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Bermula murah hari itu satu pohon kayu yang tumbuh di dalam syurga maka tiada masuk syurga itu melainkan orang yang murah hati dan kikir itu satu pohon kayu yang tumbuh di dalam neraka, maka tiada masuk neraka melainkan orang yang kikir. Sabda Nabi lagi yang bermaksud; Bermula orang yang murah hati yang jahil itu lebih dikasihi Allah dari orang a'bid dan berilmu yang bakhil. sabda baginda lagi; Tidak masuk syurga orang yang bakhil dn memperdayakan orang dan orang yang khianat dan orang yang jahat perangainya di dalam hati. Kata imam Ghazali, ketahui oleh kamu bahawa kikir itu berasal dari kasih akan harta iaitu dicela oleh syarak kerana barang siapa tiada diberikan harta, tiada nyata kikirnya tetapi nyata ia kasih akan harta. Yang demikian itu, dicela pula oleh syarak. Begitu juga orang yang kasih akan harta ini menunjukkan pemurahnya semata-mata mahu dipuji oleh orang lain, mahu dikatakan orang bahawa ia seorang yang pemurah...juga dicela oleh syarak. Nyata, terdapat ramai golongan sebegini di dalam masyarakat kita. Yang berderma beribu-ribu, berjuta mungkin, tapi mahukan nama. Mahu ianya dihebah2kan. Mahu ianya diiklankan. Kerana ia mahu mendapat nama. Maka ia bukan seorang yang pemurah kerana Allah. Akan sesia sahajalah sedekahnya itu. Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Walaupun tidak bakhil, namun sikap begini pun dicela oleh syarak... Tidak ikhlas...buat sesuatu bukan Lillahitaala. Tapi bila fikir2 balik...tak apa lah...walopun dia hanya nak nama... pedulik apa...mungkin pahala dia kurang...namun orang lain tetap mendapat faedahnya kann.. dari dia membuang duit untuk berpoyer2.. Namun kita sama2 ingat mengingati ...agar bila membuat kebajikan... ikhlaskan diri. Jangan mengharapkan balasan sama ada dari segi pujian orang atau harapkan ada udang balik mee...ye anak2.. itu nanti adalah salah satu sifat keji dalam hati juga...belum sampai ke tajuk tu lagi. Firman Allah yang bermaksud; Jangan kamu melaghakan (mensia-siakan) oleh kamu akan segala harta kamu dan segala anak kamu daripada mengingati Allah. (Bahasa mudah, Janganlah kamu dan keturunan kamu mensia-siakan harta kamu sehingga menyebabkan lalai dari mengingati Allah.. ) Dalam kitab ni tulis lagi.. maksud sabda nabi saw; Bermula kasih akan harta dan kasih akan kemuliaan itu iaitu menambah keduanya itu akan munafik dalam hati seperti menambah air akan sayuran?? (saper blh terangkan maksud ni? Kopisuam???) ..adakah maksudnya akan merosakkan sayur itu? seperti rosaknya amal? Kata imam Ghazali, Harta itu adakalanya dipuji oleh syarak dan adakalanya dikeji. Ianya dipuji, apabila harta itu digunakan ke jalan kebaikan. Bersedekah, menunaikan fardhu Haji misalnya, dan segala perbelanjaan yang dilakukan ke jalan akherat... (termasuk membeli makan dan keperluan anggota keluarga secukupnya..) ..errr....dan blanjer kenkawan... yang kelaparan... adalah satu perbuatan yang amat terpuji dan dapat pahala...sbb betul cara guna harta tu... melainkan klu beli makanan yg haram...bagi keluarga makan.. bagi kenkawan makan... ha..!! maka ianya tidak lah dinamakan amalan terpuji... bahkan dikeji.. wokeh..! Manakala harta yang dikeji itu adalah harta yang digunakan kepada berbuat maksiat.... dibelanjakan ke arah yang disukai oleh napsu yang tidak akan membawa kebaikan di akherat kelak...melainkan mendapat balasan dosa....siksaan... well....salah guna reter lah tu... Walopun reter sendiri... nanti ada yang kata...sukati guaaa laah nak guna buat apa..ni reter guaa....! eehhh...tak boleh centu... dalam hidup yang seketika cuma ini, apapun yang kita lakukan, perlu dikaitkan rapat dengan kesan2 yang bakal kita terima di akherat kelak...kerana kesan efek itu, akan mengakibatkan hasil yang kekal dan berpanjangan di akherat yang kekal abadi itu. Huhh...panjang gak tajuk ni... (2 hari baru siap..) ader sesaper nak tambah...nak betulkan klu ada salah...silerkan..kembangkan ilmu nih....dan amalkan... Peringatan untuk diri sendiri nih...yang slalu tk bersyukur dan lalai.

7 comments:

kakpiah said...

wos tak bakhil cik..
perchayalahhh...
acik pon tak bakhil kan?
belikan la wos adiah..
ari nih besday wos..
har har har!!!

Kopi Suam said...

thank you achik dengan peringatan ini.

buruk kesannya kalau kita ni bakhil achik...lagi pun segala yang ada pada kita hari ini adalah barang yang dipinjamkan oleh ALLAH semata-mata termasuk le harta benda yang kita dok kumpul melangit dan menggunung...bila sampai masa kiok...bye le harte bende tu semua...


iskhhh buang le sikapp bakhil ni...penyakit tu...

kakpah said...

acik ado jual ko pokok duit tu cik. kok ado nak oder lam sepuluh batang wakakaka.....
Tingat plak cito haji bakhil yang ahmad nesfu main tu. walaupun cito tu lawak tapi beri pengajaran gaklah yang ghoto yang kito dapek kek dunio tu somo e pinjaman. kungsi-kungsi la sapo ado yang bolobeh tu kan?

sya said...

Achik .. lebih baik takde reta dr ada tapi buat lakukan perkara2 maksiat kan?

ikan emas said...

Tetiba teringat Hj Bakhil yg minat kat Cikgu Murni tuu..

Cik,dah bayar zakat?

lupekanje said...

salam Wos,
besday wos....ala...mehla jumpa acik...acik beri adiah nakkk...hehe
hepi belated besday..
acik bz kat opis..lompat sesikit je kat blog..kat umah ngantuk sik tdo je wos..nk ubat camner nih..? huhu..


kopisuam,
orang bakhil mang ada sangkut paut dengan cintakan harta...takut hilang harta...



kpah..
sori..pokok tu dah abih stok... haha...

Tapi klu kpah sodokah banyak lagi kat anak yatim cam acik ni, insyaAllah akan diberi Allah pokok centu kat akherat kelak..:)
dunia ini hanya pinjaman...ye.. masa kat dunia ni lah kita mengumpul amal..untuk menentukan tempat kita di akherat nnt...2 daerah sahaja pilihan di sana... syurga..atau neraka.

lupekanje said...

sya,
betul...sebab tu kekdg bila pikir2 balik, agaknya hikmah org cam acik ni tk dijadikan kaya raya, sebab Allah tahu, mungkin nanti acik akan tambah lalai...lalu DIa jadikan acik hidup sederhana..biar igt selalu untuk berdoa...ingat selalu untuk bersyukur...
Yang tersurat dan tersirat.



ikan emas,
cerita hj bakhil mang sinonim dgn sifat bakhil yg amat si orang kaya tu...hehhe..cerita ada mesej dan menghibur jua.

Zakat? Acik penah pi pusat zakat, diorg kata, acik tk perlu bayar zakat...reter tk cukup nisab...huhu..
Zakat fitrah hari raya memang bayar le tetiap tahun untuk diri dan anak2 skali ...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-